Saraa tersenyum meleret mendengar pertanyaan cemas Paksu. Bukan Paksu sahaja malah Maksu, Maklang, Sufrina dan Mila juga cemas mendengar kata-kata Saraa.
“Kau takut?” tanyanya sinis.
“Takpe kau jangan risau. Harini aku nak bercerita tentang kisah hidup seorang gadis bernama Saraa Airisha je,” sambungnya dengan mengenyitkan mata lalu duduk bersila di hadapan mereka.
“Sa..Saraa…,” panggil Mila takut-takut.
“Shhhhhhhh,” dia melarang Mila untuk mengeluarkan suara.
“Masa aku bercerita ni aku tak nak sesiapa menyampuk tau. Kalau ada yang menyampuk…..,” dia mengeluarkan pistol dari poket seluarnya.
“…faham?”
Mereka semua hanya mampu mengangguk kepada arahan Saraa.
“Good! Mula-mula sekali aku nak cerita tentang zaman kanak-kanak aku,” bibirnya menguntum senyuman mekar.
“Aku, ibu dan ayah tinggal dengan family ibu sampai umur aku sembilan tahun. Happy? Yup! Kami tiga beranak happy walaupun pak cik, a.k.a abang ibu tak suka sangat dengan kehadiran kami. Arwah atuk dan arwah nenek layan aku baik sangat. Diorang sayang sangat kat aku. Diorang besarkan aku menjadi seorang budak yang periang.
Semasa umur aku hampir mencecah 10 tahun, kami keluar dari rumah atuk dan nenek. Masa tu atuk baru je meninggal. Kami menyewa. Nak kata hidup kami senang… tak jugak tapi aku bahagia. Setiap kali aku ada masalah, aku akan share masalah aku dengan ibu dan ayah aku tanpa berselindung.
Ayah berhenti kerja waktu umur aku 13 tahun sebab kilang tempat dia bekerja dah tutup. Masa tu……,” dia mula memandang wajah mereka satu persatu dengan pandangan penuh dendam.
…
“Nah makanan kau dan Mikail,” Zack menghulurkan bekas makanan kepada Syaza.
“Yeay! Makan!” Mikail bersorak ceria.
“Susu budak tu pun aku dah bancuhkan. Lepas kau makan, kau tolong bagi dia susu tu,” arah Zack.
Syaza mengambil bekas makanan itu dengan matanya yang mula berair. Dia tiba-tiba teringat akan ibu dan kakaknya yang berada dalam tawanan Saraa.
“Kau dah kenapa?!” marah Zack dengan suara perlahan kerana tidak mahu Mikail sedar bahawa Syaza sedang menangis.
“Entah makan entah tidak mak dan kakak aku,” dia mengesat air matanya.
“Makan cepat. Suap Mikail sekali. Lepastu bagi Afif susu,” arahnya lagi dengan suara mendatar tanpa membalas kata-kata Syaza.
…
“……kami berpindah kat rumah pusaka keluarga ayah. Kami duduk bersama dengan kau….,” dia menghalakan jari telunjuknya ke arah Maklang. Mata Maklang mula merah menahan tangis.
“….dan arwah Makngah. Aku tak tahu apa salah ayah aku sampai kau dan arwah Makngah benci sangat kat dia. Kebencian korang tu bukan setakat kat ayah sorang je. Aku dan ibu pun kena tempias sekali.
Aku kesian kat ibu dan ayah aku. Boleh dikatakan setiap hari diorang bergaduh sebab korang. Setiap kali kalau diorang bergaduh, siapa lagi kalau bukan aku yang jadi mangsa amarah mereka. Kadang-kadang aku tak tahu pun apa salah aku sampai aku kena marah teruk dengan diorang. Tapi aku tak salahkan diorang sebab aku tahu diorang jadi macam tu sebab stres.
Hari demi hari, Saraa Airisha yang dulunya seorang yang ceria bertukar kepada seseorang yang dia tak kenali. Tiada lagi kebahagiaan, tiada lagi senyuman mekar yang ikhlas terukir di bibir. Saraa Airisha hanya bagaikan sebuah robot yang diprogramkan untuk memuaskan hati kau dan arwah Makngah. Setiap malam ibu pesan kat aku jangan simpan perasaan marah kat korang sebab korang ibu saudara aku.
Tapi sekarang ni aku nak tanya kau, siapa je yang tak marah kalau dah dihina dan diseksa secara mental? Orang gila je kot yang takde rasa marah kalau dilayan macam tu,” dia menghela nafas panjang.
“Maafkan Maklang, Sa…,”
“AKU CAKAP JANGAN MENYAMPUK!” dia terus mengacukan pistol tepat di wajah Maklang. Maklang terus memejamkan mata kerana takut peluru itu tembus di kepalanya.
“Saraa!” serentak Maksu dan Paksu terjerit kecil. Wajah Sufrina pucat manakala Mila sudah menangis kerana takut Saraa menekan picu pistol itu tanpa berfikir panjang.
“Takut?” senyuman sinis diukir.
“Kalau sekali lagi ada yang berani menyampuk, aku tak teragak-agak untuk tekan picu pistol ni,” tegasnya.
“Okey, kita sambung. Masa umur aku mencecah 17 tahun, ibu dan ayah dah kurang bergaduh. Barangkali diorang tak nak aku stres. Maklumlah aku nak SPM, kan? Aku bersyukur tapi….hmm,” dia mula tertawa kecil. Posisi duduknya yang bersila tadi kini bertukar kepada memeluk lututnya.
“…kalau aku tak stres dan dapat keputusan cemerlang pun dalam SPM, bukannya aku dapat sambung belajar. Aku memang dah bercadang nak kerja lepas habis je SPM walaupun aku cemburu apabila kawan-kawan aku bukak topik tentang nak sambung belajar kat depan aku. Tapi takpe sebab nak tolong ibu ayah cari duit, aku diamkan aje” keluhan berat dilepaskan.
“Dahla. Aku tak nak cerita pasal tu. Kita sambung lagi. Makngah disahkan menghidap breast cancer tahap 4. Haha. Bukan orang lain jugak yang jaga dia, ibu aku jugak. Nak harapkan Maklang, setiap hari berdoa supaya dia mati cepat. Lucu. Dulu masa dia sihat, koranglah duo terhebat untuk memperlekeh kami tiga beranak tapi dah dia sakit, kau layan dia macam sampah pulak. Masa umur aku 18, Makngah meninggal dan…,” kini pandangannya beralih kepada Maksu dan Paksu.
“Korang pulak yang hadir menggantikan tempat Makngah. Mula-mula aku ingat korang baik tapi hari demi hari belang korang semakin nampak. Si suami kedekut nak mampus lepastu tiba-tiba bersikap dingin tanpa sebab. Si isteri pulak ikut je telunjuk suami walaupun tahu arahan si suami tu salah dan tak masuk akal,” dia menjeling Maksu dan Paksu silih berganti.
“Sufrina,” panggilnya.
Sufrina memandang wajahnya dengan wajah yang pucat.
“Kau nak tahu kenapa kakak kesayangan kau takde kat sini?” tanyanya.
Sufrina mengangguk.
“First, sebab sekarang ni dia kat overseas. Second, aku nak jiwa dia yang menderita. Cuba kau bayangkan kalau dia tahu yang aku tawan keluarga dia. Mesti dia cemas kan? Tu belum lagi kalau dia tahu yang aku nak seksa korang. Dan mungkin aku akan seksa sampai korang menghembuskan nafas terakhir. Mesti dia boleh jadi gila, kan? Third, aku tahu kakak kau tu cinta mati sangat kat Adam. Dan untuk pengetahuan korang, lepas aku seksa korang ni nanti, aku akan berkahwin dengan Adam tau. Wuuuu aku akan kahwin dengan cinta sejati aku dan pada masa yang sama dia tu jugak cinta mati kakak kau,” terangnya panjang lebar. Dia bertepuk tangan seperti kanak-kanak yang diberikan gula-gula kerana memikirkan strateginya sendiri.
Dia terus mengacukan pistol di wajah Sufrina yang baru hendak membuka mulutnya untuk bersuara.
“Kau nak aku tembak ke?” ugutnya.
Sufrina hanya mampu menggelengkan kepala tanda tidak mahu ditembak.
“Bagus! Cerita aku, aku habiskan kat sini je. Macam mana? Seronok? Rasa-rasanya kalau aku buat novel sedih cliché bertajuk Kisah Hidup Saraa, ada orang yang nak baca tak?” dia ketawa geli hati.
“Hurmmm,” dia mencebik setelah puas ketawa.
“Paksu….,” panggilnya manja.
“Saraa panaslah. Kalau Saraa bukak tudung, boleh tak?” ujarnya.
Paksu hanya memandangnya tanpa jawapan. Air liur ditelan pahit. Dia umpama dapat menjangka bahawa Saraa hendak berbuat sesuatu di luar jangkaan.
“Eh..,” dia memandang Haris lalu mendekatinya.
“Kau haritu cuba buat benda tak baik kat aku, kan?” tanyanya kepada Haris.
“Aku ada hukuman untuk kau,” dia membuka beg sandangnya lalu mengeluarkan sehelai kain dan cili giling yang dibelinya bersama Adam.
“Jeng! Jeng! Jeng!”
“Saraa….kau nak buat apa ni?!” Haris gerun.
“Ssshhhh,” dia membuka pek cili giling itu lalu mengambilnya dengan menggunakan tangan. Dengan segera, dia menyapu cili giling yang berada di tangannya itu ke mata Haris.
“SARAA! SARAA! JANGAN SARAA!” Haris meronta.
“Saraa, jangan buat macam tu nak! Buta dia nanti!” ujar Maksu yang sedari tadi diam.
“Biarkan dia buta! AHAHAHAH,” dia terus mengikat bahagian mata Haris yang sudah disapu dengan cili giling dengan kain yang dibawanya.
“ARGHHHH!! PEDIH!!! MATA AKU!!!” Haris mengerang kesakitan.
Share this novel