Chapter 12

Romance Completed 35261

“Alright class. That’s all for today. Don’t forget to complete your assignment. The due date is tomorrow. Class dismissed.” suara garau itu didengari dari bilik kuliah di fakulty of business management and globalization.

“Rohani, aku pening lah dengan assignment ni.” Christina bertutur sambil mengemaskan buku-buku nota. Semua nota kuliah business management dan buku nota dimasuk ke dalam beg sandangnya.

“Aku pun. Pening jugak. 50% pulak tu. Besar markah tu. Kalau kita gagal assignment ni, kemungkinan besar kita kena repeat paper lagi. Nak tak nak kena hadap jugak Dr. ni. Nak ke?”

“Apa-apa lah. Jom kita makan dulu. Sofi, jom. Kita sarapan dulu.” ajak Christina.

Tanpa memberi balasan, Sofia Amelia hanya mengikuti Rohani dan Christina. Badan sahaja tinggal sini, fikirannya tak tahu melayang entah ke mana.

“Aku pergi beli dulu. Sofi, kau nak makan apa?” Rohani menyoal. Dompet dikeluarkan dari beg.

Sofia Amelia hanya membisu. Kepalanya digelengkan. Perutnya tak lapar. Mukanya pucat sahaja.

“Sofi, kenapa ni? What is the problem? Cuba share dengan kitorang. Mana tahu kami boleh bantu.” Rohani terus duduk di hadapan Sofia Amelia. Firasat hatinya mengatakan ada tak kena dengan Sofia Amelia. Selalunya mulut Sofia Amelia pot pet pot pet. Selalu mengutuk pensyarah business management mereka. Tapi hari ini mulut itu hanya diam membisu.

“Sofi, kalau kau diam macam ni, macam mana kami tahu masalah kau?” Christina tutur perlahan.

Air mata mula bergenang di tubir mata Sofia Amelia. Tunggu masa sahaja untuk bergugur.

“Sofi.” Rohani dan Christina duduk sebelah Sofia Amelia. Rohani memeluk bahu Sofia Amelia bagi memberi sokongan.

“Aku rindu arwah mummy aku. Kenapa aku tak ada ibu Rohani? Aku tengok semua happy dengan ibu. Tapi aku? Aku rasa berseorangan bila tak ada ibu di sebelah. Kenapa mummy meninggal awal?” tersedu-sedu Sofia Amelia meluahkan perasaan rindu terhadap arwah ibunya, Datin Aliza.

“Sofi, kau kena redha apa yang dah berlaku. Kita tak boleh putar balik masa. Aunty selalu ada dengan kau. Kau just ingat itu. Kami ada dengan kau. Kami tak akan membiarkan kau menghadap semua seorang-seorang.” Rohani dan Christina juga berasa sedih melihat kawan rapatnya Sofia Amelia.

“Thank you sebab masih setia bersama dengan aku.”

“Dah lap air mata. Buruk je aku tengok.” berseloroh Christina sambil mengelap air matanya dengan hujung jari.

“Dia sendiri pun menangis. Nak kata muka kita buruk pulak. Habis muka kau macam mana?” mengusik Rohani.

“Sofi, kau ada call uncle?” menyoal Christina. Sengaja membiarkan soalan Rohani tak dijawab.

“Tak.”

“Call uncle Sofi. Uncle mesti rindukan kau.” Rohani memujuk Sofia Amelia.

“Hi pretty girls.”

Rohani, Christina dan Sofia Amelia sibuk bercakap itu tersentak mendengar ada orang bercakap dengan mereka bertiga.

“Siapa ni Rohani? Baru je tengok muka ni di kampus.” berbisik Christina.

“Hi. Saya Adam.” Adam menghulurkan tangan untuk bersalam.

Rohani dan Christina menyambut huluran tangan Adam dengan serba-salah. Bagi menjaga air muka Adam konon. Supaya tak berasa malu.

“Hi pretty.” Adam menghulurkan tangan kepada Sofia Amelia.

Sofia Amelia tidak melayan Adam. Matanya memfokuskan telefon bimbitnya. Membalas satu persatu mesej Whatsapp yang tak sempat membalas.

“Hello?” Adam bersuara lagi. Tangannya tidak diturunkan dengan hasrat berjambat tangan dengan Sofia Amelia.

Sofia Amelia mendongak dan melihat Adam yang menayangkan semua giginya.

“Ingat aku buat colgate advertisement ke? Tayang semua gigi dia tu. Dah lah gigi tak sama rata. Ada gigi taring runcing di hujung tu.” sempat Sofia Amelia menganalisis susunan gigi Adam.

“Sorry. Aku tak boleh sambut huluran kau. Kau bukan mahram aku.” jawab Sofia Amelia tanpa memandang muka Adam.

Wajah Adam berubah. Tak sangka dapat jawapan itu dari Sofia Amelia. Christina dan Rohani yang ada di situ turut terkejut mendengar balasan Sofia Amelia.

“Dia ni perli kita ke?” Christina menyoal perlahan dekat Rohani.

“Tak tahu. Tapi betul kan apa dia cakap. Dia ni bukan mahram kita. Kenapa kita sambut huluran dia eh?” Rohani berasa malu akan keterlanjuran diri tadi.

“Pandai pulak dia ni cakap pasal mahram. Tengok dari segi penampilan, tak pun nampak macam ikut ajaran agama. Tapi cakap macam muslimah. Pakai seksi-seksi. Macam tak cukup kain.” mengutuk Adam dalam hati. Tangannya jatuh ke bawah.

“I’m sorry.” Adam memaniskan muka.

“Whatever.” mencebik Sofia Amelia. Malas nak layan Adam.

“Girls, jom pergi makan kat tempat lain. Hilang selera bila tengok orang yang kita tak ajak. Tapi terhegah-hegah nak perkenalkan diri.” Sofia Amelia terus memerli Adam tanpa menghiraukan keberadaan Adam di situ.

“Sofi, apa pulak cakap macam tu. Tak baik lah.” tegur lembut Rohani.

Rohani berasa kasihan pada Adam. Adam tak kenal siapa diri Sofia Amelia lagi.

“Hish! Sombongnya!” mengerutu Adam. Dirinya berasa seperti diejek.

“Baik ke tak baik ke aku tak kisah. Aku lapar.” Sofia Amelia meninggalkan mereka.

Christina dan Rohani pula terpinga-pinga dengan kelakuan Sofia Amelia. Tadi bukan main sedih, sekarang dah berubah ke perangai asal. Tak boleh jangkakan perangai Sofia Amelia ni!

“Sorry awak.” Christina meminta maaf bagi pihak Sofia Amelia.

“Tak apa. Saya student baru kat sini. Ingat nak berkawan dengan korang. Tapi kawan you nampak macam tak sukakan saya.” bertutur lemah Adam. Adam budak baru masuk ke LimKokWing University. Hari ini merupakan hari pertama Adam.

“Owh. Patutlah. Kami baru nampak muka awak kat sini.” Christina mula menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut pasal Adam.

“Rohani! Christina!” laung Sofia Amelia.

“Dia ni. Baru aku nak kenal dengan Adam.” geram Christina.

“Awak pergi lah dulu. Kawan awak tu panggil. Next time kita jumpa ye.”

“Okay. Sorry once again.” Rohani dan Christina mengorak langkah ke arah Sofia Amelia.

“Sofi. Nice name. Tapi berlagak! Tak pe! Kau tak kenal siapa diri aku sebenarnya kan. Tak lama lagi, kau akan jatuh hati dengan aku. Aku akan buatkan kau cintakan aku.” nekad Adam.


********************

“Dato’ ada tetamu nak jumpa Dato’.” interkom berbunyi di atas meja Dato’Johari.

“Suruh dia masuk.” arah Dato’Johari.

“Assalamualaikum uncle.”

“Waalaikumsalam Amir.” Dato’Johari menghentikan kerjanya dan memandang Amir yang tengah berdiri di hadapannya.

“Duduk lah Amir. Kenapa berdiri je? Nak minum apa? Coffee or tea?” mempelawa Dato’Johari.

“Tak pe uncle. Ni Amir datang sini just nak visit uncle. Dah lama rasanya tak jumpa dengan uncle.”

“Yes. Kejap. Uncle suruh tealady buatkan air. Tak akan lah uncle biarkan tetamu uncle macam tu je.” kata Dato’Johari dan menekan butang interkom.

“Please bring 2 coffee to my room now.”

“So, macam mana kerja semua Amir? How are you?” Dato’Johari kembali sembang dengan Amir.

“Everything goes fine uncle. Uncle macam mana? Sihat?” soal Amir.

“I’m good.”

Mata Amir menjatuh ke atas gambar Sofia Amelia. Rasa rindunya tidak dapat ditahan. Hampir sebulan tak berjumpa dengan wanita itu.

“How is Sofi uncle?” tanya khabar tentang Sofia Amelia kepada Dato’Johari.

Dato’Johari sedar yang Amir merindukan anaknya. Dato’Johari tahu yang Amir menyayangi Sofia Amelia sangat. Hatinya inginkan menyatukan Amir dan Sofia Amelia. Tapi adakah anak tunggalnya setuju akan cadangannya? Dah lah Sofia Amelia tak layan Amir. Sofia Amelia benci kalau dengar nama Amir. Risau jugak kalau Dato’Othman mengapa-apakan anak perempuannya nanti kalau dikahwin dengan Amir. Banyak halangan !

“Alhamdulilah she is fine Amir.”

“Glad to hear it uncle.” senyum Amir.

“Erm… uncle… Boleh Amir tanya sesuatu?”

“Ada apa Amir? Bunyi macam penting je.” Dato’Johari menegakkan badan bagi berasa selesa.

“Macam mana uncle kenal mak Amir?” Dah bertahun-tahun Amir memendamkan persoalan ini dalam hati. Apa hubungan antara Dato’Johari dengan ibunya Datin Rafidah?

“Satu hari nanti Amir akan tahu jugak.” Dato’Johari menjawab Amir. Dato’Johari tidak bersedia untuk menceritakan semua kepada sesiapa lagi. Biar bila tiba masa, semua dapat tahu tentang peristiwa hitam itu.

“Baik uncle. Amir tak nak force uncle.” Amir menghormati keputusan Dato’Johari.

“Amir, if you are free tonight, can come to my house? Kita dinner sama-sama.” Dato’Johari ingin memberi jamuan kepada Amir sebagai tanda berterima kasih sebab menyelamatkan Sofia Amelia tempoh hari.

“Dinner? Is it any special day uncle?” berkerut Amir. Berfikir kenapa Dato’Johari tiba-tiba ajak untuk makan malam.

“There is no special day Amir. Uncle nak appreciate Amir sebab selamatkan Sofi hari itu. Walaupun nama Amir diburukkan, Amir sanggup menyelamatkan Sofi.”

“No problem uncle. Amir sanggup buat apa sahaja demi Sofi.” jawab jujur Amir. Dalamnya cinta Amir terhadap Sofia Amelia. Walaupun Sofia Amelia tidak mengendahkan percintaan Amirul Nasruddin.

“How? Harini dapat datang tak?” menyoal Dato’Johari lagi.

“Baik uncle. Amir datang.” Amir tak sampai hati untuk menolak ajakan Dato’Johari.


****************

“Mak Ziah, tolong susunkan makanan atas meja ye. Kejap lagi tetamu jemputan akan sampai.” berpesan Dato’Johari.

“Baik Dato’.”

“Sofi, ada balik rumah ke Ziah?”

“Tak ada Dato’.”

“Okay.” tertunduk Dato’Johari. Walaupun baru sehari tak jumpa dengan Sofia Amelia, rindunya tak dapat dibendung. Sofia Amelia tiada rasa perasaan rindu terhadap Dato’Johari?

Dato’Johari keluar dari bilik tidurnya. Baru sahaja menunaikan solat. Terdengar suara Amir memberi salam dari luar rumah dua tingkat milik Dato’Johari.

“Waalaikumsalam Amir.” mari masuk dalam.

Dato’Johari dan Amir bersembang dan menikmati makan malam yang disediakan oleh Mak Ziah. Walaupun Dato’Johari suruh menyediakan makanan malam untuk tetamu pada saat terakhir, Mak Ziah mampu masak dengan sedap. Pelbagai masakan dimasak oleh Mak Ziah.

“Hei Sofi.” panggil Dato’Johari apabila nampak bayang anak tunggal hendak naik ke biliknya.

Muka Sofia Amelia masam mencuka. Mana taknya? Tadi Sofia Amelia beria sangat untuk berjumpa dengan ayahnya, Dato’Johari. Tapi, apabila tengok muka Amir, terus hilang moodnya. Naik geram apabila tengok muka Amir. Perbuatan Amir di Bali bermain di fikiran Sofia Amelia.

“Ada apa daddy?”

“Join makan.” ajak Dato’Johari.

Amir tahu yang Sofia Amelia tidak selesa dengan kehadirannya di situ.

“Sofi tak lapar. Sofi penat. Sofi naik atas dulu.” tanpa menunggu Sofia Amelia menaik ke bilik.

“Sorry Amir. Uncle rasa Sofi masih marahkan Amir. Amir jangan risau. Nanti uncle ceritakan semua kepada Sofi.” jelas Dato’Johari. Dato’Johari berasa kasihan terhadap Amir. Sepatutnya Sofia Amelia tidak layan Amir sebegitu. Tapi kalau Sofia Amelia tahu sebab Amir bertindak sebegitu tempoh hari, mungkin Sofia Amelia tidak melayan Amir seperti ini.

“It’s okay uncle. Amir faham.” bertutur Amir dan sambung menikmati makanan malamnya.


*******************

“Hish! Daddy ni dah kenapa? Ajak si Amir tu untuk makan malam? Daddy dah lupa ke apa Amir dah buat kat Sofi?” berbisik geram oleh Sofia Amelia.

“Atau Amir buat-buatkan daddy ke?” Sofia Amelia berfikir bukan-bukan pasal Amir.

“Apa-apa pun terjadi, Sofi tak biarkan apa-apa musibah berlaku pada daddy. Something should have happened. That’s why daddy treats jantan itu very well. Entah-entah Amir tu ambil kesempatan atas daddy.” mengumam Sofia Amelia dalam hati.

Iphone miliknya diambil dan membuka netflix. Otaknya harus direhatkan. Filem pilihan dibuka untuk ditonton malam yang sejuk itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience