BAB 1

Romance Completed 3910

Hidup ini memerlukan lebih dari harapan untuk mendapatkan apa yang kau mahukan dan sebab itu kau perlukan sesuatu menjadi kompas hidup kau,TUHAN. Selain itu, situasi yang buruk adakalanya mampu menjadi kompas yang membawa kepada situasi indah.

Allahu Akbar Allahu Akbar.
Allahu Akbar Allahu Akbar

Asyhadu alla illahaillallah.
Asyhadu alla illahaillallah

Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.

''STRESS!!! STRESS!!! MEMEKAK!’
’Haiyaalas solah
Haiyaalas solah

Haiyaalal falah.
Haiyaalal falah.

Assolaatu khairun minan naum
Assolaatu khairun minan naum

Allahu Akbar Allahu Akbar.

La ilahaillallah.

‘’Apasal lah tak reti bahasa betul ni! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh,.bunyi lagi!!!!!,. aku naktidurlah mangkuk!'' Amirul menengking kuat disebalik selimut. Telinganya dipekup dengan kedua belah tangannya. Semalam dia tidur lewat kerana asyik melayan internet. Dari satu video ke satu video di dalam you tube. Bila buka you tube dia paling suka melayan video-video HOT. Bukan payah pun, buka saja you tube, bersepah video-video HOT itu dipaparkan. Kadang-kadang sampai ke pagi dilayannya video itu. Ada setengah video Hot yang menarik minatnya akan dimuat turun ke dalam komputernya. Bila ada masa lapang atau pun boring menelaah, dia akan menonton filem-filem panas yang telah dimuat turun itu.

Muhammad Amirul Mukminin Bin Haji Alyas Taha, nama saja gah tapi perangai tak semegah namanya. Iman tak dapat diwarisi, walau ayahnya Haji Alyas dan ibunya Hajjah Mastura dihormati di Taman Perumahan mereka dan ayahnya Haji Alyas merupakan seorang Iman masjid dan kedua orang adik beradiknya yang lain merupakan ustaz dan ustazah tapi Amirul tidak 'menjadi' sebaik mereka.

Amirul seorang remaja yang berusia 20 tahun dan masih menuntut di sebuah kolej swasta atas permintaannya sendiri. Kakak sulungnya Fatimah Az-Zahra dulu menuntut di UIAM, dan abang keduanya Muhammad Rasyid menuntut di Mesir selama 5 tahun dan kini menjadi pensyarah di KUIS.Amirul anak bongsu yang diasuh dengan didikan agama Islam yang kuat oleh kedua orang ibu bapanya tapi dunia siber tanpa sempadan telah mengubah Amirul menjadi seorang remaja yang terlalu bebas dan penuh dengan keseronokan.

Bila mula memiliki komputer sendiri di usia 12 tahun, Amirul mengunakan komputer itu dengan sebaiknya. Sikap Amirul yang peramah dan suka berkawan dengan semua orang akhirnya menjebakkan Amirul dengan pengaruh sosial tanpa pengetahuan keluarganya. Keluarganya percaya Amirul mampu menjaga diri sendiri dan menjaga sikapnya. Bila orang lain ada beberapa laman sosial Amirul pun turut sama membuka laman fac,twitter dan blog. Dalam internet Amirul bebas bersosial tanpa halangan sesiapa kerana Amirul memberi alasan mengunakan internet untuk mencari maklumat untuk membuat assigmentnya. Amirul dah bijak menipu. Pada mulanya Amirul ingat menipu tu macam kata P.Ramlee, sekadar bohong sunat saja. Inilah dia pengaruh filem. P. Ramlee tu nak buat cerita lawak ja, mana ada istilah bohong sunat nih!

''Mirul!,.bangun solat. Subuh dah masuk ni!'' pintu biliknya di ketuk kuat. Suara umminya Hajjah Mastura sudah kedengaran. Mesti umminya nak pergi solat berjemaah di masjid dan mengejutkan Amirul sebelum keluar rumah. Amirul terus mengkerekot di dalam selimut, matanya terlalu berat untuk diangkat. Mimpi-mimpi indah masih memanggilnya. Tadi Amirul mengamuk bila orang masjid memasang tahrim, sekarang suara azan dan selepas itu suara umminya pula yang menganggu ketenangan waktu paginya. Selepas ini mesti suara orang solat berjemaah pula yang akan tetap menganggu tidurnya. Kenapalah orang masjid ni nak guna speaker bagai. Tak boleh ke solat senyap-senyap. Itulah ayat yang selalu Amirul bebelkan dalam hatinya.

'' Mirul!,.ummi nak ke masjid ni dengan walid, nanti Mirul bangun ya!'' suara Hajjah Mastura kedengaran lagi. Amirul memekup kedua belah telinganya. Memekak sajalah ummi ni! Orang nak tidur pun tak senanglah! Amirul masih membentak di dalam hati. Suasana sunyi seketika, Amirul terus memejamkan matanya dan kembali terlelap tapi beberapa minit kemudian terdengar pula suara walidnya yang baru memulakan solat berjemaah.

''Argghhh,.kenapalah walid ni beli rumah di tepi masjid? Bising, bising, bising!!!!!!'' Amirul memekik lagi di keheningan subuh pagi. Terbakar hatinya setiap kali mendengar suara walidnya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan suara yang mendayu-dayu. Amirul rasa jiwanya langsung tak tenang dengan apa yang didengarnya. Dia rasa panas hati, nak membentak dan nak membantah semua perkara, namun Amirul tidak berani menunjukkan taringnya lagi, takut kebebasannya bersosial di laman-laman sosial akan dikongkong oleh ummi dan walidnya. Setakat hari ini Amirul cuba bersabar dengan apa yang sedang ditanggungnya, asalkan kegiatannya di laman sosial tidak diganggu gugat..

Amirul terus menyambung tidurnya, suara speaker dari masjid di sebelah rumahnya langsung tak diendahkan. Tidur lagi baik! Hatinya berbisik lagi, dan Amirul terus menyambung mimpi-mimpinya hingga matahari sudah meninggi. Beginilah Amirul, setelah mengenali dunia barunya. Dulu Amirul cukup patuh dengan suruhan Allah kerana takut walidnya yang sangat tegas itu merotannya kalau tak solat. Sejak meningkat usia remaja, Amirul semakin culas dengan tanggungjawabnya yang wajib kepada Allah. Amirul hanya solat bila diajak walidnya ke masjid. Hanya solat di bulan ramadhan untuk berjemaah solat tarawikh. Kalau tanpa pantauan walid dan umminya jangan harap Amirul nak solat. Rimas!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience