"Abang Ryan,zara sukakan abang.
Dengan pantas dia menuturkan perkataan keramat itu tanpa memikirkan apa balasan jejaka itu kepadanya.
"Ha kau demam ke apa ni tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba kau kata kau suka kat aku.,biar betul kau ni.balas Ryan
"Zara jatuh cinta dengan abang masa kali pertama kita jumpa,
"Sorry cik gula kapas aku rasa kau tak sesuai untuk aku la. Sekarang kau kena fokus belajar bukannya bercintan cintun"
"Tapi Zara ikhlas suka kan abang,"
Ryan diam seribu bahasa hanya deruan
angin yang berbuai didengari. Dia juga merasakan yang sama namun dia perlu menepis perasaan itu jauh-jauh.
"Sekali lagi aku cakap aku tak boleh terima kau.aku nak fokus final exam ni sem aku yang last so aku tak nak bazir masa aku berfeeling feeling ni. Sorry ye gula kapas ni kali terakhir aku jumpa kau. bye. Ryan lantas berlalu pergi dengan hati yang pedih kerana melihat riak wajah Zara.
Maafkan aku Zara Amelia aku pun menyintai kau namun aku harus berkorban demi pelajaran aku dan kau.
....................
Peperiksaan akhir untuk fakulti kejuruteraan awam telah tamat dengan jayanya. Ryan yakin dia telah sehabis baik menjawab segala soalan.
"Ryan jom lepak. Esok aku nak balik penang dah tapi lepaih tu aku mai la sini balik sebab papa hang dah janji nak ambik aku keja kat venture holdings tu".
"Aku malas la wan. aku nak balik rumah terus,"
"Ala hang ni tak sporting la aku baru nak ajak Dian ngan Zara sekali. lepaih ni kita tak jumpa depa dah tau dak.
"Kau pergi je la sorang aku malas la"
"Hang elak jumpa si Zara tu ka apa ni,aku tau hang suka budak tu kan.
"Kau jangan memandai wan aku belasah kau jap lagi karang".
"okay la sorry.Aku blah dulu na nanti apa apa hal aku contact hang."balas Ikhwan sambil berlalu pergi.
Selamat tinggal Zara Amelia.
Share this novel