Sejak lama aku telah mengikat janji, disaksikan sajak-sajak alam, dan sepasang merpati. Untuk sebuah kenyataan, kuakui aku keterlaluan. Lelaki tak sepantasnya hanya beradu dengan janji, tapi apa daya kata, jika tradisi telah membungkam hati. Namun, bukankah begitu? Di antara tegasnya kasih, tetap pasti ada arah menuju hambatan, di antara beribu harapan, hanya sesekali menjadi kenyataan. Selebihnya, pelipur dalam mimpi hari petang. Sejak lama keraguan telah memalingkan sikapku, terutama sejak berita itu merongrong dalam telinga, menggencet perasaan dan jiwa. Bahawa kau akan melepas masa perawan, akhir bulan ini, bulan syawal. Hati ini bukan piama, bukan hanya pelengkap ketika bermimpi. Tapi, untuk satu mimpi aku serahkan sebuah kenyataan. Kenyataan bahawa wajahmu begitu tenang, sepintas dengan pancaran cahaya di wajahmu. Pancaran kenyamanan.
Share this novel