3

Short Story Completed 49743

Aku dan Farish berhenti seketika di stesen minyak Shell sekadar mengisi minyak tapi Farish masuk pula ke dalam kedai, entah apa yang dia buat. Aku pun malas nak tanya.

Aku bersandar pada pintu kereta sambil memeluk tubuh. Bosan aku kalau asyik terperap dalam kereta mewah tu, kalau duduk luar dapat jugalah aku melihat gelagat orang ramai pada lewat pagi seperti ini.

Aku mengerling ke arah jam tangan yang berharga tiga ribu ringgit ini sekadar melihat sekarang sudah pukul berapa. Jam tepat menunjukkan pukul 1.30 pagi. Rambut aku pun dah terasa sejuk beku dek kerana embun pagi.

Dari jauh jejaka tinggi lampai itu datang kembali ke arah aku sambil berlari-lari anak. Bibirnya tak henti-henti mengukirkan senyuman sambil memegang dua tin air minuman. Aku membalas senyumannya biasa-biasa sahaja.

"You, nah minum." Ucap Farish seraya menghulurkan tin minuman Nescafe itu kepadaku.

"Saya tak minum semua jenis kopi." Ucapku.

"Ouh, oh. S, Sorry." Balasnya separuh gagap dengan wajah bertukar sedih campur terkedu. Perlahan-lahan tangannya yang mengulurkan tin minuman itu melorot ke sisinya.

Aku jadi tak sampai hati tengok wajah kasihannya itu. Aku tersenyum lantas aku ambil juga air itu dari tangannya.

Pip!

Aku membuka penutupnya lalu ku tegukkan juga. Aku mengerling ke arah mukanya seketika. Tersenyum dia melihatku minum air Nescafe itu.

Dia turut tersandar pada pintu kereta sama sepertiku sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

Kedua-dua kami terdiam seketika sambil ditemani oleh lampu neon di jalan-jalan dan bangunan deretan hotel. Sangat aesthetics.

Aku mengerling seketika ke arah Farish yang kelihatan agak leka termenung dari tadi itu.

"Farish, kenapa awak jadi gay?" Soalku secara tiba-tiba dan dengan beraninya.

Farish tersenyum sambil memandang ke arah aku. Air tin minumannya dibuka lalu dia hirup sedikit sebelum berkata-kata.

"I jadi macam ni sebab perempuan." Ucapnya ringkas.

"Maksud awak?" Tanyaku kembali.

"I dulu straight, cuma selalu dikecewakan oleh perempuan. Dia orang just suka I sebab I kaya, I banyak duit and nak show off kat kawan dia orang yang dia orang ada boyfriend kaya dan handsome."

Aku tidak terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Farish sebab kebanyakkan orang berubah nafsu disebabkan oleh ditinggalkan oleh seseorang. Ini bukan fantasi tapi realiti.

"Takkan sebab itu aje?" Pancingku lagi.

"I couple dengan perempuan tak pernah lekat. I bukan buaya darat sebab I ni jenis setia. You pun boleh nampakkan?" Ucap Farish sambil memandang ke arahku dengan senyuman.

Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum. Ya, aku tahu dia memang jenis setia walaupun aku baru kenal dia dalam seminggu lebih namun, jelas kelihatan keikhlasan pada hatinya menyanyangiku.

"Tapi hmm, itulah. Jodoh dengan perempuan tak pernah lekat. Ada je alasan dia orang kalau nak tinggalkan I. I ni tak cukup perfect ke?" Ucap Farish dengan wajah sedih. Aku jadi simpati.

"Farish, takde manusia yang sempurna dalam hidup ni. Semua orang ada kekurangan masing-masing. Macam saya pun sumpah tak sempurna sampailah satu malam awak hadir dalam hidup saya dan ubah kehidupan saya. Kalau awak takde, saya rasa saya dah jadi pengemis sekarang ni."

"Terima kasih Farish, sebab awak dah selamatkan takdir saya." Ucapku lagi untuk memberikan dia semangat agar tetap tabah menempuhi dugaan dan cabaran dunia.

Farish tersenyum ke arahku dan secara tiba-tiba dia memeluk tubuhku dengan erat sekali. Jelas aku dapat rasakan kehangatan tubuhnya meresap ke tubuhku.

"Thanks. Hadiy, I love you." Bisiknya perlahan pada telingaku lalu dia melepaskan pelukkannya setelah beberapa saat.

Aku agak 'blushing'. Telingaku yang tidak gatal aku garu-garu seketika. Malu.

"Sekarang you fahamkan Hadiy? Kenapa I sayangkan you?" Ucapnya lagi sambil tersenyum. Aku masih tak faham sebenarnya, takkan malam kejadian tu juga dia dah mula tahu sifat sebenar aku?

"Tapi macam mana awak boleh sayangkan saya? Dan yang paling pelik, macam mana awak boleh jumpa dan tergerak hati nak tolong saya masa tu?" Tanyaku dengan jujur sekali sebab aku ini memang jenis tak pandai nak berkias-kias.

"Takdir maybe?" Ucapnya sambil tersenyum ke arahku. Pintu kereta dibuka olehnya lalu dia terus masuk ke dalam tanpa kata lagi.

Aku ketawa kecil lalu turut masuk ke dalam perut kereta. Tak sampai seminit, kereta mewah itu bergerak meninggalkan stesen minyak tersebut dengan segera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience