ABD4

Romance Completed 195458

Setengah jam kemudian.

"sedapnya.. dah lama tak makan masakkan mama.." puji Izz sebaik saja dia menyuapkan masakkan mamanya kedalam mulut.

"apa yang lamanya.. baru je sebulan Izz duduk asing.. bukannya mama ni dah meninggal sampai Izz kempunan macam tu sekali.. kalau dah teringin tu bawa Meena sekali bila-bila free datang rumah mama.. mama masak yang sedap-sedap lagi.." balas puan Idayu kerana dia tahu Izz sangat cerewet tentang makanan.

"okey.. nanti Izz pergi rumah mama.." jawab Izz kembali dan makan dengan lahapnya seperti orang kelaparan.

"Izz, perlahan la sikit makannya, mama tengok dah macam orang kebulur je.." perli puan Idayu kerana Izz seperti tidak makan sebulan.

"sedap sangat mama masak.." pujinya lagi dan terus makan tanpa pedulikan Ameena yang berada disebelahnya.

"Meena makan la.. nanti mama masak yang sedap-sedap lagi lain kali ye.. tapi kena datang rumah mama la.." tegur puan Idayu sebaik saja dia perasan yang Ameena dari tadi hanya mendiamkan dirinya.

"ye.. terima kasih sebab masakkan untuk Meena dan abang.. maaflah Meena tak pandai masak.." balas Ameena sebaik saja puan Idayu menegurnya.

"sama-sama.. tak pandai masak boleh belajar, kalau malas je tiada ubatnya.. dah makan cepat dah sejuk lauknya.." puan Idayu harus menjaga hati menantu yang satu ini kerana dia tidak ingin Izz kecewa untuk kali keduanya, lagi pula dia cukup kenal dengan keluarga Ameena kerana mereka pernah berjiran suatu ketika dulu.

"terima kasih mama.." ucap Ameena dan terus makan masakkan mak mertuanya dan ye betul Izz tidak tipu dengan pujiannya untuk masakkan mamanya tadi.. dan ianya betul-betul sedap walaupun hanya masakkan biasa.

"Izz, mama dah nak balik ni.." panggil puan Idayu sebaik saja grab yang dia tempah telah sampai didepan rumah anak menantunya.

"apa? mama dah nak balik ke? awalnya.." jerit Izz kembali dan berlari turun dari tingkat atas mencari mamanya yang sudah berada didepan pintu rumah mereka.

"kenapa tak cakap nak balik, Izz boleh hantarkan.. tak payah la order grab bagai.." marah Izz selepas dia melihat grab sudah sampai didepan rumahnya.

"ala, kesian Izz dah penat berkerja hari ni.. Meena pun dah penat.." ucap mamanya dan terus bersalam dan memeluk Meena yang berada disebelahnya kemudian anaknya Izz.

"apa yang penatnya.. Izz je yang kerja sampai malam.. Meena ni cikgu je pun, awal-awal lagi dah sampai rumah.. bukan penat pun.. mengada je lebih.." ucap Izz tanpa melihat air muka Ameena sudah mula berubah.

"Ish.. tak baik cakap macam tu Izz, setiap bidang kerja yang kita lakukan ada penatnya sendiri.. lain kali jangan cakap macam tu lagi.. mama tak suka.. okeylah bye, mama balik dulu.." marah puan Idayu kerana keceluparan mulut anaknya dan Ameena menjadi mangsanya.

"bye ma.." ucap mereka serentak.

"kau buat apa lagi kat sini? kau tak nampak kat dapur tu bersepah? dah la mama aku yang masak.. sepatutnya kau layan aku dan mama aku.. bukan mama aku layan kau.." ejek Izz dan terus meninggalkan Ameena yang terkebil-kebil melihat kearahnya.

"dasar jantan berlagak, kalau kau baik sangat kau akan jaga maruah aku depan mama kau, bukan kau perli aku dengan cara macam ni.." bebel Ameena kembali dan dia berjalan masuk kedalam rumah tersebut untuk melihat dapur yang bersepah dicakap oleh Izz tadi.

"ya Allah, kau sabarkanlah aku dari mencarut suami aku sendiri.. aku tahu aku tak baik.. tapi aku ingin menjadi isteri yang baik dan aku juga inginkan perkahwinan aku ini akan berakhir bila saja kau tarik nyawaku dari jasadku ini.. Amin." doa Ameena sebaik saja kakinya melangkah masuk kedapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience