Kereta Nissan model GT-R R35 berwarna hitam menyusur masuk ke dalam kawasan parkir kereta Universiti Melaka.
Selesai memarkir kereta, pintu kereta di bahagian pemandu dibukanya. Muncullah kelibat Ikhwan Hadi daripada dalam kereta. Dia mencapai beg sandang nya dan mengunci kereta kemudian berlalu pergi.
Apabila dia masuk ke dalam dewan kuliah, dia mendapati yang baru seorang sahaja yang ada di situ. Hadi berjalan ke arah tempat duduknya dan melabuhkan punggung di situ.
Matanya tertumpu pada pintu dewan itu. Dia sedang menunggu kedatangan seseorang. Selepas 20 minit menunggu, seseorang yang ditunggu nya tiba.
Tiara Adriana.
Sebaik sahaja Tiara masuk, matanya tertancap pada Hadi. Tapi, cepat-cepat dialihnya mata memandang ke tempat lain.
Dia masih lagi marah dengan sikap Hadi yang sibuk mahu tahu ke mana dia pergi, dia keluar dengan siapa. Namun, belum sempat Tiara duduk di kerusi, Hadi memanggil nya.
"Tiara Adriana" panggil Hadi dengan selamba nya.
Tiara memandang Hadi dengan pandangan yang tajam.
"Apa?" jawab Tiara. Disebabkan di dalam dewan kuliah itu hanya ada 3 orang sahaja termasuk mereka berdua, mudah untuk mereka berinteraksi.
Hadi memberikan isyarat supaya Tiara duduk di meja sebelah nya. Tiara menggeleng kan kepala dengan berlagak.
Hadi memberi isyarat buat kali kedua dan Tiara menggeleng kepala lagi sekali. Akhirnya, Hadi menggunakan cara yang terakhir. Dia pasti cara ini akan berhasil.
"Tiara Adriana binti Kamarul" panggil Hadi kemudian menepuk meja di sebelahnya.
Dia memang mengetahui kelemahan Tiara. Sekiranya sesiapa memanggil Tiara dengan nama penuh, pasti Tiara akan menuruti.
Seperti yang dijangka, Tiara datang di sebelahnya dan duduk. Pelajar lain yang berada di situ hanya memerhati kan sahaja mereka berdua. Nasib baik pelajar itu lelaki. Jikalau perempuan, pasti dicanang peristiwa itu kepada semua pelajar.
"Apa apa je lah diaorang berdua. Bercinta ke apa? Tak pasal-pasal aku yang tak bersalah ni pulak kena tengok adegan sweet diaorang" bisik hati pelajar itu.
"Kenapa kau suruh aku duduk sebelah kau ni hah?" tanya Tiara setelah dia duduk di sebelah Hadi.
"Saja. Salah ke?" jawab Hadi dengan bersahaja. Dia duduk menghadap ke hadapan dengan tenang.
"Habistu nanti Akmal dengan Hafiz nak duduk dekat mana? Diaorang berdua kan selalu duduk dengan kau" Tiara masih lagi tidak puas hati. Ikut suka hati dia sahaja nak menyuruh dia duduk di mana.
"Kalau diaorang nak kelainan, duduk dekat lantai. Tak nak malu, duduk atas kerusi. Hey, Tiara. Dewan kuliah ni besar. Banyak meja banyak kerusi. Diaorang boleh pilih je nak duduk dekat mana. Jangan duduk dekat meja prof je sudah"
Tiara memandang Hadi dengan pandangan yang tajam. Lalu, dia mengalihkan pandangan nya daripada Hadi. Dia keluarkan telefon pintar nya dan cuba menyibukkan diri.
Hadi yang melihat Tiara sedang ralit bermain telefonnya itu, merampas telefonnya daripada tangan Tiara.
"Apa kena dengan kau ni hah? Tak breakfast ke tadi? Nak aku sumbat kasut aku dalam mulut kau? Pagi pagi lagi dah cari masalah dengan aku" marah Tiara. Dia ingin mengambil semula telefon nya tetapi Hadi menjauhkan telefon itu daripada Tiara.
Dia memandang muka Tiara. Tiara pula merenung nya dengan pandangan yang membawa maut.
"Kau marah aku ke?" tanya Hadi
Berubah terus riak wajah Tiara apabila mendengar soalan Hadi itu.
"Mana ada. Buat apa aku nak marah kau" Tiara menafikannya. Pandangan nya dialihkan dan memandang ke hadapan.
"Habistu? Kau kau nak marah aku tak tentu pasal apahal? Kau marah aku sebab tanya kau macam-macam ek?" Hadi tidak berputus asa untuk bertanya lagi. Dia merasakan yang Tiara marah padanya.
"Memang! Hadi, abang aku pun tak ambik tahu pasal aku kau tahu tak" jawab Tiara
"Tapi aku ambik tahu pasal kau" Terkedu Tiara mendengar jawapan Hadi itu. Dia memandang wajah Hadi semula.
"Kenapa... Kenapa pulak kau nak ambik tahu pasal aku? Aku bukan siapa-siapa pun pada kau"
Giliran Hadi pula yang terkedu. Dia tidak tahu mahu beri alasan apa.
"Kau... Kau kan kawan aku. Sebab tu lah" Hadi tergagap-gagap untuk menjawab. Tadi bukan main yakin bercakap.
"Ohh..." balas Tiara.
"Dah lah tu! Tak payah la nak marah aku lagi. Aku just tanya je. Ye la, dah kau tak angkat call. Aku call kau sepuluh kali tahu tak. Mesti la aku tanya macam-macam" Hadi menekankan perkataan 'sepuluh' supaya Tiara sedar yang sudah banyak kali Hadi menelefon dia.
"Ye lahh. Aku salah sebab tak jawab call kau. Aku silent kan phone aku. Sorry. Lepas ni aku dah tak buat dah" Tiara mengalah.
Ada betulnya juga kata Hadi. Sampai sepuluh kali Hadi menelefon nya, tetapi dia tidak mengangkat.
Hadi tersenyum riang mendengar Tiara meminta maaf padanya.
"Janji tak buat lagi?" Hadi sengaja sahaja menguji Tiara.
"Iyee! Janji. Kau ni, macam budak-budak lah nak janji janji pulak"
"Budak tak budak. Orang dewasa pun bukan boleh pegang janji" sindir Hadi.
"Hish! Bagi lah balik phone aku. Ada ke patut main rampas je phone orang. Tak malu betul" Tiara menghulurkan tangan nya supaya Hadi boleh pulangkan semula telefon pintar nya.
Hadi mengambil telefon yang diletakkannya jauh daripada Tiara dan letak di tapak tangan Tiara.
"Kau dah tak marah aku kan?" tanya Hadi.
"Tak. Kenapa?" Tiara menjawab sambil melihat telefonnya.
"Aku nak tanya kau something. Aku rasa prof ni masuk lambat lagi ni. Jangan lah pandang telefon tu. Aku nak cakap dengan kau ni. Pandang la muka aku" kata Hadi apabila dia melihat Tiara sibuk dengan telefon pintar nya.
Dengan keluhan, Tiara menutup telefon nya dan memandang wajah Hadi seperti yang diminta.
"Hah, ye kenapa? Kau nak tanya apa lagi? Apa nama panjang abang aku? Nama dia Luqman Muaz bin Kamarul. Umur dia? Umur dia tahun ni 28 tahun. Aku dengan dia beza 6 tahun. Dulu dia sekolah dekat..."
"Hey, mangkuk! Sabar lah kejap. Aku tak cakap lagi aku nak tanya apa, kau dah sembur segala jenis soalan" potong Hadi sebelum Tiara beri bermacam-macam soalan dan jawapan lagi.
"Okey, apa dia kau nak tanya? Aku tunggu soalan kau"
"Maybe soalan ni aku pernah tanya dekat kau, tapi kali ni kau jawab lah elok-elok" kata Hadi.
"Ye, teruskan"
"Kenapa kau belajar law? Kenapa kau nak ambik course law sedangkan banyak lagi course lain?" tanya Hadi. Tiara memandang Hadi dengan pandangan tidak percaya.
"Itu kau nak tanya rupanya. Aku ingat soalan apa lah tadi. Macam soalan, "kau suka siapa?", "siapa lelaki yang kau suka?", "handsome ke lelaki tu?". Rupanya soalan kenapa aku belajar law. Bukan kau dah pernah tanya ke aku"
Merah padam muka Hadi menaham geram apabila Tiara membangkitkan isu tentang lelaki yang dia minat dalam diam. Tetapi, Hadi hanya menahan sabar.
"Itu lah aku cakap. Aku dah pernah tanya. Cuma masa aku tanya tu, kau tak bagi jawapan yang betul-betul. Kali ni aku nak jawapan betul-betul" kata Hadi cuba menenangkan dirinya daripada marah Tiara.
"Kau betul nak tahu?" tanya Tiara ingin kepastian.
"Betul lah nak tahu. Kalau tak, tak ada aku tanya. Sebab ye lah, semua student law ni mesti ada sebab ambik law. Itu yang aku nak tahu sebab kau" terang Hadi
"Aku boleh bagitahu. Cuma! Kau bagitahu dulu sebab kau. Aku pun nak tahu sebab kau belajar law. Tak adil lah kau je tahu sebab aku"
"Okey, no problem. Aku boleh bagitahu kau. Sebab aku belajar law adalah... Mak ayah aku yang suruh aku belajar law" jawab Hadi. Terlopong mulut Tiara mendengar jawapan Hadi.
"Lah! Jadi kau terpaksa lah ni?" Hadi mengangguk kepalanya
"Kau okey ke belajar benda yang kau tak minat ni?" tanya Tiara.
"Mula-mula tu memang lah macam susah kan, sebab aku tak minat. Tapi dah lama-lama tu, aku okey je. And aku rasa bidang undang-undang ni menarik jugak. Jadi, aku okey je belajar law" jawab Hadi jujur.
"Kalau bukan law, kau nak ambik course apa?"
"Designer" jawab Hadi selamba
"Elok-elok lah jawab. Kau nak ambil apa? Ikut minat kau"
"Entah lah. Aku pun tak tahu nak ambik apa mula-mula tu. Maybe sebab aku tak tahu nak ambik apa tu lah yang mak ayah aku suruh aku ambik law. And aku sebagai anak yang soleh lagi mithali pun menurut perintah orang tua aku" kata Hadi. Sempat lagi memuji diri sendiri.
"Ouhh. Begitu rupanya"
"Tapi bila dah lama-lama, aku rasa macam beruntung aku amik law. Aku tak menyesal pun ambik bidang ni" sambung Hadi tiba-tiba.
"Kenapa?"
"Sebab kalau aku tak ambik law, aku tak jumpa dengan kau, Tiara" jawab Hadi. Tetapi, jawapan itu Hadi hanya mampu jawab dalam hati sahaja. Tidak mampu untuk dia ungkapkan ayat itu pada Tiara.
"Sempat pulak dia mengelamun. Aku tanya ni! Kenapa kau rasa tak menyesal?" Tiara mengetuk-ngetuk meja Hadi supaya Hadi sedar daripada lamunan.
"Ye, kenapa?" tanya Hadi
"Ya Allah, kita tanya dia, dia tanya kita balik. Aku tanya, kenapa kau rasa beruntung ambik law?"
"Eh, tak ada apa-apa lah. Okey, aku dah sudah. Kau pulak cakap apa sebab kau. Jangan cakap yang sebab kau macam sebab aku. Sebab kena suruh dengan parents" Hadi mengubah tajuk.
"Hello, sorry sikit. I'm not like you. Aku dengan rela hati belajar law ni. Sebab memang aku minat and nak belajar" kata Tiara
"Memang la kau minat and kau nak belajar. Tapi, mesti ada sebab jugak kenapa kau nak belajar law ni"
Tiara rasa seperti mahu pelangkung sahaja kepala Hadi itu. Banyak pula soalan dia. Kalau boleh, dia mahu elakkan untuk beritahu Hadi yang dia menyimpan impian untuk menjadi seorang pendakwa raya.
"Aku nak belajar law ni sebab aku nak jadi pendakwa" jawab Tiara bersahaja. Hadi tercengang seketika mendengar jawapan Tiara.
Hadi mahu tergelak tetapi tidak jadi kerana Tiara memandang nya dengan pandangan tajam. Dia menyimpan hasrat nya untuk ketawa.
"Kenapa kau nak jadi pendakwa? Jarang aku dengar orang nak jadi pendakwa. Selalunya aku dengar lawyer. Jarang sangat lah aku dengar cita-cita orang nak jadi prosecutor" balas Hadi
"Yeah, itu salah satu sebab aku nak jadi pendakwa. Lain daripada yang lain. Lagipun, asyik asyik peguam je. Tak mencabar langsung. At least, pendakwa ada iras-iras detektif jugak" kata Tiara dengan penuh bangga. Dari dulu dia impikan untuk menjadi seorang pendakwa raya.
"Iras-iras detektif ek? Lain macam ayat kau. Tapi, dari mana kau tahu pasal pendakwa? Macam aku cakap, jarang orang cakap pasal pendakwa" tanya Hadi lagi. Berminat dia mendengar cerita Tiara.
"K-drama" jawab Tiara sambil tersenyum.
"K-drama? Apa k? Kelantan? Kuala Pilah?" Hadi menggaru kepala yang yang tidak gatal. Tiara mengeluh kuat. Dia menggeleng geleng kepala nya.
"Hish Hadi. Parah betul kau ni. Kau duduk dalam gua ke? Crush tak tahu. K-drama tak tahu. Ni agak agak kalau aku tanya siapa Parameswara kau tahu ke tak agaknya" kata Tiara.
"Hey, hey! Parameswara tu aku tahu lah. Aku dulu sejarah A okey! Ini kalau pasal benda benda mengarut ni mana lah aku tahu. Cakap lah, apa benda alah K-drama tu?"
"K tu Korea. Drama tu kalau kau nak tahu rancangan dekat televisyen yang cerita dia pengarah atau penulis skrip yang reka. Basic drama ni drama cinta lah" terang Tiara bercampur dengan sindiran.
"Drama tu aku tahu lah!"
"Aku saja terangkan. Mana tahu kau tak tahu ke" balas Tiara
"Ouh, jadi k-drama tu drama Korea lah?" Akhirnya Hadi faham juga maksud Tiara.
"Iye Encik Ikhwan Hadi bin Mohd Irwan"
"Maksudnya, kau tengok drama tu and kau berminat jadi pendakwa? Begitu?"
"Yes! Begitu lah ceritanya"
"Mak kau tahu kau nak jadi pendakwa?" tanya Hadi.
Keadaan di dewan itu sudah mula dipenuhi oleh pelajar yang datang. Tetapi, itu tidak menghalang perbualan antara Hadi dan Tiara. Mereka berbual seolah-olah orang disekeliling mereka tidak wujud.
Mereka juga tidak tahu sama ada kawan-kawan mereka sudah sampai atau belum.
"Tahu. Mak aku tahu and dia support aku. Dia sokong aku untuk jadi pendakwa raya itu. Support daripada orang yang kita sayang tu penting tau. Sokongan tu yang membuat kan kita bersemangat untuk capai cita-cita kita"
Kagum Hadi mendengar kata-kata Tiara. Daripada cara Tiara bercerita, betapa bersemangat nya dia bercerita tentang cita-cita nya, Hadi dapat rasakan yang Tiara memang mengidam kan untuk bergelar sebagai seorang pendakwa raya.
"So, kalau macam tu mulai hari ni kau kena support aku lah" kata Hadi dengan selamba
"Kenapa pulak aku kena support kau? Aku cakap tadi sokongan daripada orang yang kita sayang. Telinga masalah ke bro?" Tiara pelik dengan kata-kata Hadi yang tidak munasabah itu.
Belum sempat Hadi menjawab, Prof Yusuf sudah masuk ke dalam dewan kuliah itu.
"Good morning and assalamualaikum everyone" ucap Prof Yusuf.
Semasa mereka semua menjawab salam, Hadi ada mengatakan sesuatu perkara di telinga Tiara.
"Maybe, kau orang yang aku sayang?" Hadi kemudian menjawab salam yang diberikan Prof Yusuf dan memandang ke hadapan.
Tiara tergamam mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Hadi itu. Jantung nya berdegup dengan sangat laju.
"Apa masalah dia ni? Yang pergi cakap ayat macam tu dah kenapa?! Tengok! Tak pasal-pasal aku dah berdebar tak tentu hala. Aduhai! Malunya!" kata Tiara dalam hati.
Daripada luaran mungkin Hadi kelihatan tenang tetapi jantung nya juga berdebar dengan laju.
"Hadi! Mana datang keberanian kau sampai kau boleh cakap ayat macam tu? Ah! Malu lah pulak! Itu lah, cakap tak pakai otak! Ini cakap main lepas je" bisik hati kecil Hadi.
Selepas Hadi mengatakan ayat keramat itu, mereka berdua tidak bercakap sepatah kata pun. Mereka berdua menumpukan perhatian kepada Prof Yusuf. Tetapi hati dan fikiran mereka sibuk memikirkan perkara lain.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update ''(
Share this novel