Bab 20

Humor Series 9625

Natalein dan aku serta Afina makan di kantin.Ye.Budak ni kan nak sangat jadi kawan aku..jadi dia pun join jela.Tapi aku tengok dia ni ok je senanya.Entah kenapa orang ada cakap bukan2 kat budak ni.Lagipun dah hampir sebulan aku berkawan dengan dia..Dia ok je.Tapi aku agak kesian jugak lah sebab kekadang masa time kitaorang jenjalan sama2 orang rehat sama2 mesti ada je nak ganggu dia and ejek dia bukan2.

Kekadang aku hangin jugaklah sebab kau bayangkan tengah2 aku menikmati soto terhebat makcik kantin..tiba2 datang seorang jantan lepastu ejek2 si Afina ni.Aku pulak diam je sebab nak makan.Tapi disebabkan ketenteraman aku terganggu,aku terus tarik kolar budak laki tu dan bagi dia amaran kasar.Apalagi,lintang pukang budak tu lari.Haa tau ko takut.

Ada jugak masa kitaorang berselisih dengan geng Firash,time tu jugak dia kena bully.
So dipendekkan cerita,geng Firash pun tolonglah dia.Lelagi si Shahrul ni nak tunjuk hebat depan aku kot.Dia berlari kejar budak yang bully Afina ni patu tangkap dia and heret dia sampai ke bilik guru.Fuh hebat kan kan?
Tapi Firash nampak tenang je.Dia pulak tanya masalah Afina kalau ada apa2 yang dia dan geng boleh bantu.Untunglah dapat pertolongan geng popular.

Ok2 enough flashback.Sekarang time aku nak rehat..mahu kosongkan minda pula.Tapi malang sekali,muncul seorang lelaki dan dengan selambanya dia main duduk je sebelah Afina tanpa diundang.

"Hey buruk..kau dengar sini eh.Hutang aku dengan kau tak settel lagi ok?Kau jangan harap kau akan terlepas!"ujarnya memberikan amaran.

Afina kelihatan takut lalu dia cuba memberanikam diri untuk menentang budak lelaki tersebut.

"Ap..apa salah aku?Kenapa semua benci aku?"soal Afina tergagap pula.

Drama di hadapan aku diperhatikan.Sudu yang aku pegang diletakkan kembalk ke dalam mangkuk kantin.Tangan aku disilangkan.

Natalein yang berada di sebelah aku tidak senang duduk dengan situasi yang dihadapi sekarang ini.Mahu saja dia menjerit nama Idlan agar menenangkan amarah kakak tirinya yang semakin hari semakin baran mungkin?

"Kau tahu apa kesalahan kau?Ni spek buruk ni.Ni muka hodoh kau ni..Semua orang benci nak tengok lah!Lagi2 dengan perangai syaiton kau ni"ujarnya sambil mengambil spek mata Afina dan melemparkanya ke meja sebelah.

Afina menangis.Dia sedih kenapa ramai sangat yang membencinya.

"Kau takpayah nak nangis sangatlah HI..PO..KRIT"ujarnya sambil sambil mencerlung muka Afina dengan kebencian yang melampau.

Aku berdiri sambil menghentak meja.
"Enough!"lalu aku berjalan ke sebelah Afina dan terus menarik tanganya untuk blah dari situ.

Budak lelaki tersebut ketawa jahat melihat perlakuan aku.
"Hahahaha!Kau jangan termakan perangkap dia woi!Nanti kau yang akan menyesal!Hahahahah!"
laung budak lelaki tersebut sambil ketawa besar.

Aduh memalukan betul lah.Dahlah semua tengok kami.Kalau sehari tak ada drama tak boleh ke?

Aku mengeret Afina ke belakang makmal.Disitu sunyi.Bolehlah dia menenangkan fikiran kejap.
Afina mencangkung sambil bersandar ke dinding.
Dia meraup mukanya yang sembap.Air mata masih lagi menitis jatuh ke pipi.Alahai sian betul budak ni.

"Natalein,please tolong aku!Aku nak jadi cantik!Aku dah tak tahan dengan semua hinaan ni!"ujarnya sambil memegang kaki Natalein.
Natalein terbungkam.Dia menoleh kearah aku yang berdiri di sebelahnya.Aku mengangguk bersetuju supaya Natalein menolong untuk membantu mangsa bully di hadapan kami ni.

Kalau Natalein tak tolong sampai bila lah dia ni akan diganggu.Lepastu,ketenteraman aku pula tergugat.Haish.

Natalein memandang kearahnya seraya mengangguk dan tersenyum manis.
"Aku akan tolong kau"ujarnya
Muka Afina berubah.Terus muncul senyuman yang paling manis ditayangkan.Gembira betul.

****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience