Bab 15

Action Series 6386

Panggilan dimatikan setelah Darris memberitahu Suraya bahawa dia dan Amanda akan bercuti selama dua hari.

Jam di dinding dikerling sekilas. Kakinya menapak mendekati Amanda. Wajah yang sedang lena ditenung dengan penuh rasa simpati atas apa yang berlaku terhadap isterinya.

"Darris... Darris..."

Bibir Amanda bergerak-gerak dalam keadaan mata tertutup rapat. Dahinya berkerut seperti diganggu.

"Ayra, ni abang. Kenapa ni?"

Tubuh Amanda digerakkan minta isterinya untuk bangun.

"Darris... Darris... sa-saya takut."

"Ayra, bangun. Ni abang dekat sebelah Ayra ni."

Asakan dari tangan Darris membuatkan Amanda membuka matanya luas. Lehernya berpeluh.

Air matanya mengalir. Tidak dapat menahan rasa ketakutan, dia bangun dan serta-merta tubuh Darris didakap.

Nafas mereka bersatu. Kehangatan yang menjalar dalam darah Darris membuatkan Amanda rasa sedikit tenang. Tangisan Amanda makin kuat apabila ubun-ubunnya dikucup Darris berkali-kali.

"Ayra demam ke ni?"

Darris melonggarkan pelukannya apabila dia rasakan kehangatan luar biasa dari tubuh Amanda.

Soalan Darris tidak dijawab sebaliknya dia menundukkan kepala.

"Demam ni..." Dahu Amanda diraba.

"Saya takut..."

"Kau demam ni. Kau tidur dulu. Aku buatkan kau bubur. Lapar tak ni?"

"Lapar."

"Okey, kalau macam tu kau rehat dulu aku pergi dapur kejap buatkan kau bubur."

Kepala digelengkan.

"Tapi saya tak nak duduk bilik ni sorang-sorang."

Tangan Darris dipegang menghalang suaminya daripada keluar.

"Mengada betullah kau ni. Dah jom ikut aku."

Darris bangun seraya memimpin tangan isterinya keluar dari bilik menuju ke dapur.

"Hari ni aku ambil cuti untuk kau tau. Dah tau hidup menyusahkan aku, kenapa tak mati je?"

Jelingan mata dilempar ke arah Amanda.

"Sa-saya minta maaf, awak..."

"Hmm... Maaf je kau tau. Tu je kau tau kan. Maaf maaf maaf. Lepastu menyusahkan aku lagi."

Amanda hanya cuma menundukkan kepalanya. Air mata tetap sentiasa mengalir.

"Kau nak bubur ni letak sayur ke ayam?"

"D-dua dua letak."

"Kau nak..."

Tak sempat Darris menghabiskan ayatnya, telinganya disapa dengan jeritan Amanda. Bekas di tangannya jatuh ke lantai.

"Arghhh..." Amanda menutup matanya.

Serta-merta Darris menoleh dan berlari mendapatkan isterinya. Tubuh Amanda yang menggigil dipeluk. Belakang badannya diurut.

"Ayra, kenapa ni?"

"A-awak, belakang awak tadi ada benda hitam." beritahu Amanda dalam esakan.

Wajahnya pucat. Tapak tangannya sejuk. Meremang bulu roma Darris.

Antara berani atau takut, Darris menoleh ke belakang mahu melihat jika ada apa-apa seperti yang dikatakan Amanda namun ternyata tiada apa-apa.

"Mana ada apa-apa. "

"Betul, saya tak tipu. Saya nampak benda hitam kat belakang awak. Tolonglah percaya cakap saya. Saya tak tipu..."

Mengigil tubuh Amanda sambil menangis. Beria-ia Amanda mengeyakan apa yang dilihat. Dia
memang yakin dan tidak sikap memandang. Memang ada lembaga hitam di belakang suaminya tadi.

"Ish kau ni menyusahkan aku betullah. Dah lah kau. Aku buatkan kau bubur. Kang kau mati kebulur sebab lapar, tak pasal-pasal aku yang kena rembat dalam penjara." marah Darris seraya ingin melangkah.

Tiba-tiba hujung baju Darris ditarik dan memaksa dia untuk menoleh. Wajah keruh Amanda dipandang.

"Apa lagi yang kau nak ni? Boleh tak jangan buat perangai?"

"S-saya nak ikut awak..."

"Oi, duduk sini pun boleh nampak kan. Apalah kau ni. "

"Tak nak, saya nak dekat dengan awak. Janganlah tinggalkan saya. "

"Ha yelah yelah. Aku ni macam mak ayam pulak, yang kau anak ayam ikut aku mana-mana je aku pergi. " sempat lagi Darris tergelak kecil.

Sepanjang Darris melakukan proses menyiapkan bubur, Amanda mengekor ke mana sahaja langkah suaminya sambil menggenggam hujung baju lelaki itu. Dia rasa sedikit tenang tatkala Darris sentiasa dekat dengnnya.

Segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience