“Kenapa ni?”Soal Amerah bila keluhan dan tingkah Zulfa mengganggu hatinya.
“Ilham.”Balasnya ringkas bila nama sang suami disebut.Amerah makin digasak pertanyaan.
“Kenapa?Kau gaduh lagi dengan dia?”Tukasnya
“Aku pun tak tahu apa salah aku.Tak tahu kenapa aku rasa kecewa bila kopi yang aku buat khas untuk dia tak disentuh.Sedikit pun dia tak layan kopi-kopi tu.Aku takut kalau dia dah hilang rasa pada kopi buatan aku Amerah.”Jelasnya risau.Amerah yang mendengar penjelasan Zulfa sedikit geli hati.Hanya kerana kopinya tidak dipedulikan Syarif Ilham sudah mampu buat Zulfa frust.
“Peliklah aku dengan kisah kasih sayang korang berdua ni.Terlalu mendalam ke makna kopi tu dalam kehidupan rumahtangga kau dengan Ilham?”Rasanya dia tidak menjawap keluhan Zulfa sebaliknya dia menyoal kembali.
“Bermula dari kopi aku kenal dia dan bermula dari kopi juga aku jadi seorang pencinta kopi.”Balasnya penuh perasaan.
“Ok,jadi mengaku dengan aku yang kau dah mula jatuh hati dengan suami sendiri?Kan?”Soalan perangkap yang diajukkan hingga Zulfa jadi mati kata.Mindanya mula mencerna untuk menjawap tekaan itu.
“Dia suami aku jadi tak salah kalau aku jatuh cinta dengan dia.”
Amerah yang mendengar jawapan itu sudah ketawa mendengar jawapan poyo Zulfa.
“Janganlah ketawakan aku.Betullah apa yang aku cakap ni.Walaupun Ilham tu suka sangat sakitkan hati aku tapi aku mengaku setelah masuk dalam kehidupan dia ada secebis rasa kasih dalam hubungan kami.”
“Wah..dah keluar kata-kata jiwang ni.”Usik Amerah.
“Ini bukan jiwang tapi ini kenyataan Amerah.Aku rasa dialah takdir hidup aku.Secebis rasa dalam kopi aku mampu membuka kembali hati dia yang membeku.”Nyatanya sayu.Kini Amerah mula memberi perhatian pada Zulfa.
Share this novel