12

Short Story Completed 49743

Aku membuka kelopak mataku. Suasana yang hening aku perhati seketika dalam keadaan separuh sedar.

Nampaknya, hari makin gelap. Petang makin suram. Waktu mahgrib kian tiba. Aku menjeling ke sebelah. Aku tersenyum. Entah kenapa aku tersenyum, aku sendiri tidak tahu.

Wajah polos Farish Mikael aku perhatikan dengan tenang. Suasana sepi di bilik besar itu. Ya, memang aku di hospital lagi tetapi ini bilik VIP. Jadi, tiada gangguan bunyi lain cuma kedengaran bunyi kicauan burung di luar jendela. Langit yang berona keungu-unguan itu aku perhati seketika. Tenang.

Perlahan-lahan aku menarik tanganku kembali dari terus dipegang erat oleh Farish. Aku tak mahu Farish terjaga.

Fuhh, nasib dia tak terjaga. Aku turun dari katil perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi lalu menuju ke kamar mandi untuk membersihkan diri.

•••

Usai mandi, aku terus menyarung pakaian ku semula. Aku dah nampak tubuh Farish bergerak-gerak. Alamak, dia dah terjaga. Aduhhh...

Dia menoleh ke belakang...

"Erm, sayang. Masa bila you bangun? Tak bagitahu dekat I pun kan?" Ucap Farish sambil mengosok-gosok wajahnya.

"Err, sorry." Itu sahaja yang mampu diucapkan olehku sekarang ini.

"Hmm, it's okay. Kalau nak apa-apa cakap je dekat I nanti I buatkan." Ucapnya sambil menongkat dagu di atas katil dan matanya pula tepat memandang ke arahku.

"Saya tahu awak letih, sebab tu saya tak nak gerakkan awak. Lagi pun saya boleh buat sendiri." Ucapku sambil sudah siap mengenakan pakaian semula.

"Nak makan tak? Saya belikan. Cakap je nak makan apa. Saya pergi cari." Ucapnya seraya sudah bangun dari kerusi.

Aku kalau boleh tak mahu susahkan dia, tapi... aku memang tengah lapar. Aku teringin nak makan satu benda ni. Hummm...

"Awak, saya nak makan ayam KFC dengan Milo ais lah. Boleh tak?" Pintaku malu-malu tapi entah mana datangnya sifat manjaku itu.

"Boleh! Untuk you apa pun boleh! I sanggup. Sekarang juga I pergi cari." Dengan senang hati sekali Farish berkata. Tersenyum sahaja tanpa mengeluh.

"You tunggu sekejap ya. Sekarang juga I keluar pergi cari. Demi buah hati Farish Mikael, apa pun Farish sanggup buat. Ini Farishlah!" Ucapnya dengan nada ceria sekali.

"Eh?! Hahaha!" Aku ketawa sahaja melihat gelagat cerianya itu, kalau tidak... Hmm, entahlah.

Susuk tubuh tinggi lampai Farish Mikael itu mula mengatur langkah untuk pergi dari kamar ini. 'Demi buah hati?' Hahaha, aku hanya mampu tersenyum.

Suasana hening kembali, aku mula terasa sunyi. Aku rasa... Tak apa kot kalau aku jalan-jalam sekitar tingkat ini sekadar cuci mata? Aku tunggu apa lagi, bergegas aku keluar dari bilik ini sekadar mencuci minda.

Pintu ditutup rapat olehku. Sekarang ni, aku sudah berada di luar kamar. Aku mula mengatur langkah. Dalam beberapa langkah, aku terserempak dengan jururawat tadi pagi. Alamak! Aku terjeda, dia memandang aku sambil tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience