"Assalamualaikum"Maisurah terus melangkah masuk ke dalam rumah Mak Cik Yah diikuti dengan Zack dan Alif.
Shark ditugaskan untuk memantau situasi di luar rumah ditemani dengan Pak Cik Mat.
"Waalaikumussalam"ujar Ishtar lalu mengangkat mukanya memandang siapkan gerangan yang masuk ke dalam rumah jirannya.
"Ya Allah,Maisurah"Ishtar terus berlari memeluk rakannya itu.
"Rindunya aku dekat kau"
"Aku pun rindu dekat kau jugak"ujar Maisurah lalu membalas pelukan Ishtar.
"Dah mari duduk"ujar Ishtar lalu menarik tangan Maisurah supaya duduk di sebelahnya.
Maisurah hanya diam lalu mengikuti langkah Ishtar.
"Meh,duduk sebelah aku"ujar Ishtar.Maisurah kemudiannya duduk di sebelah Ishtar.
"Kau sihat?"soal Ishtar.Dirinya terus mengabaikan Eidlan.
Tapi sebenarnya dia ingin tahu apa yang berlaku lagi dengan lebih lanjut.Tetapi tidak dia sangka Maisurah akan datang.
"Sihat"
"Tapi kan...ya tak ya jugak.Dah kau sihat mestilah kau tak datang jumpa aku sekarang"
"Betul"ujar Maisurah.
"Aku nak tanya macam mana keadaan kau dengan mama kau lepas kena culik haritu?"
"Is,aku sebenarnya datang sini ada benda nak cakap dengan kau"
"Apa dia?"
"Kita bukan kena culik.Kau bukan kena culik"ujar Maisurah.
"Kita bukan kena culik?Maksud kau?"
"Is maafkan aku.Sebenarnya mama aku dan aku yang buat kau berada dekat tempat tak sepatutnya"
"Apa kau cakap ni Mai?"
"Tak Is aku tak bohong kau.Aku punca kau boleh ada dengan dia"ujar Maisurah lalu menunjukkan Eidlan.
"Macam mana kau boleh kenal dengan dia?"soal Ishtar.
"Is dia yang buat aku datang ke sini.Cerita dekat kau perkara sebenar"
"Kalau tidak,tak ada sedikit pun keberanian aku untuk datang jumpa kau.Mama aku tak benarkan untuk jumpa dengan kau"
"Jadi mama kau tahu tak kalau kau datang ke sini?"
"Tak Is.Dia sekarang dah terbaring.Strok"
"Allahuakbar.Jadi selama ni aku tak kena culik"
"Macam mana aku boleh ada dekat sana?"
"Mama aku nak selamatkan papa aku dari dibunuh oleh Ah Long.Jadi dia cadangkan kau supaya menjadi tebusan"
"Kau jual aku dekat diorang Mai.Sanggup kau"
"Aku percaya dekat kau.Kau tipu aku"
"Aku tak sangka kau akan tipu aku,Maisurah"
"Aku percaya dekat kau selama ni"
"Kau kawan baik aku.Tapi kau khianat aku"
"Sekarang aku dah tak percaya dekat semua orang.Dekat sini semua dah tipu aku"Ishtar terus berdiri.Dirinya sudah tidak sanggup untuk terus berada di situ.
"Tunggu"Eidlan menarik tangan Ishtar.
"Lepas"Ishtar terus menepis tangan Eidlan dari memegangnya.
Ishtar akhirnya mengalirkan air mata.
"Aku dah tak akan percaya dekat sesiapa pun kecuali Pak Cik dan Mak Cik"Ishtar terus pergi dari situ.
Hatinya berasa amat pedih.Orang yang amat dia percayai sudah mengkhianati dirinya.Rakannya sendiri.
Rakan yang amat dia sayangi sudah menikam dirinya dari belakang.
"Is!Maafkan aku"ujar Maisurah mengejar langkah Ishtar.
Ishtar terus menutup dan mengunci pintu rumahnya.
Dia terus mengurungkan dirinya di dalam bilik.
"Ya Allah...sungguh berat ujian yang kau berikan kepada aku"
"Aku tidak pasti sama ada nanti aku mampu tempuhinya"
"Bantulah hambamu ini Ya Allah"Ishtar terus menangis tanpa henti.
Itu sahaja ubat yang mampu hilangkan segala kesedihan yang melanda hatinya sekarang.
"Is!Maafkan aku!Aku tak sengaja"jerit Maisurah dari luar rumah Ishtar.
"Tolonglah Is!Buka pintu ni!Aku menyesal atas apa yang pernah aku buat dekat kau!"
"Maafkan aku Is!"rayu Maisurah.
"Zack kau bawak balik perempuan ni"ujar Eidlan.
"Baik Tuan"
"Kau!Kau punca Ishtar bencikan aku"Maisurah cuba menyerang Eidlan tetapi berjaya dihalang oleh Zack.
"Tak bukan aku puncanya.Tapi diri kau sendiri.Atas ketamakan kau,Ishtar jadi mangsa"
"Kau pun sama"ujar Maisurah.
"Ya,aku mengaku.Dan sekarang aku tamak untuk dapatkan cinta dia"
"Aku bersalah dan aku mengaku benda tu"
"Aku dah mula jatuh cinta dengan dia"
"Setiap kali aku fikirkan dia,perasaan bersalah akan datang secara tiba-tiba"Maisurah terdiam.Tidak sangka lelaki ini akan jatuh cinta kepada rakannya.
"Aku tahu aku buka yang terbaik untuk dia.Tapi bila aku ingat janji aku dengan mak dia membuatkan aku jadi ingin lebih baik untuk dia"
"Kau jangan pernah putus asa untuk dapatkan kemaafan dari Ishtar"
"Zack kau bawak dia pergi dari sini supaya dia dapat tenangkan diri"arah Eidlan.
"Baik tuan"
Share this novel