BAB 10 (Misi mencari)

Zombie Series 1354

     Di luar mall si kembar sedang sibuk memeriksa kereta jip tentera dan melengkapkan barangan keperluan sedikit. Jack mengambil beberapa tong kosong kecil untuk mengisi minyak kereta di belakang jip dan dia menutup machine gun dengan kain kanvas supaya tidak menarik perhatian jika terserempak dengan orang lain. Danial meneliti  dan ingin menyertai mereka namun dia perlu mendapatkan persetujuan daripada ketua kumpulan itu. Jill si adik pergi ke arahnya. "Danial, boleh kamu beritahu rupa fizikal abang kamu?", dia menyoal. "Adam badannya lebih kecil daripada saya. Umur 10 tahun, kulit coklat dan paling senang nak tengok bermata biru."Danial menerangkan. "Tapi lebih mudah bawa saya. "Danial memujuk. Jack memandang Danial dan pergi ke arah Harry. "Harry ,biar budak ni ikut kami. Kami akan jaga dia dan lebih mudah untuk cam abangnya. " Jack memberi cadangan. " Saya juga mahu mencari pak cik Hathen saya. Dia berada di setesen minyak di sana. Jika bertuah abang saya mungkin dapat berlindung bersama-sama pak cik Hathen. "Danial memberitahu. 'Urmm... Hathen Abymel ke namanya?" Harry mengerut dahi. Danial keliru akan soalan Harry. "Nama keluarga kami Aby je, bukan Abymel. Tapi bunyi sama, pelik? Mengapa Harry tanya?" Danial pula keliru. " Oh, saya terdengar kamu bercelaru menyebut nama tu masa kami jumpa kamu. Kalau bukan tak mengapalah. Tapi pastikan ikut arahan Jack dan Jill." arah Harry. Danial tersenyum gembira "Yeah, terima kasih!"

     Danial dipakaikan baju jaket kulit oleh  Julie, sarung tangan untuk memegang pistol walaupun dia membantah kanak-kanak itu menggunakan pistol dan memakai kasut sukan bagi memudahkan dia bergerak. "Danial, kamu tak rindu papa dan mama kamu?" Julie bertanya melihat Danial yang agak berdikari. "Umm...papa dan mama selalu kerja jadi abang dan saya je yang selalu bersama-sama. Kami pergi sekolah sekali dan ada pembantu rumah. Tapi walau apa pun tetap rindu mereka."Danial memberitahu. Danial berlalu pergi bagi menyertai si kembar. Julie hanya tersenyum memandangnya. Dia dan Harry juga selalu mengabaikan anak sulung mereka kerana sibuk menangkap penjenayah hingga membuatkan Will menjadi remaja yang bermasalah dan selalu bersosial.  Tetapi sejak dilanda wabak zombi ini hubungan mereka anak-beranak semakin membaik. Julie berharap Danial dapat bertemu dengan abang dan kedua-dua ibu bapanya.

Kemudian, jip itu bergerak meninggalkan pusat membeli belah. Danial duduk di bahagian belakang kanan tempat Jill duduk manakala Jack duduk di sebelah kiri memandu. Mereka melalui jalan raya dan melihat banyak kerosakan telah berlaku. Kebanyakan kedai dan rumah dipecah masuk dan ada juga terserempak dengan orang lain  tetapi dipandang bengis. Mereka masing-masing lengkap bersenjata dan berlindung di dalam kedai dan rumah yang masih selamat."Maaf saya ada soalan? Semasa saya masih mamai saya ada dengar nama Bob? Siapakah dia?" , Danial bertanya. "Bob huh... Susah nak cakap pada kamu. Dia tu lelaki jahat dan kamu bertuah sebab selamat. Dia berbadan gemuk dan seorang penjenayah berbahaya. Dia adalah pembunuh bersiri tapi kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak. Dia tu suka budak-budak. Selalu menganggu dan menculik kanak-kanak dari kem lain dan ahli keluarga hanya mampu menyesal kerana anak mereka biasanya  tak akan selamat. Ramai cuba nak lawan tapi hampa kerana dia dilindugi oleh tentera bersenjata. " Jill menerangkan. Danial terkejut mendengar cerita itu. "Aduh! Harap abang sorokkan diri dengan Pak cik Hathen. "Danial berdoa. "Jadi saya dengar kamu pandai menembak jadi besar nanti nak jadi polis ke askar?"Jack pula mencelah. "Ouh, saya nak jadi detektif macam dalam movie tangkap penjenayah." Danial memberitahu.

Selama sejam perjalanan mereka tiba di depan hotel tempat Yusuf menyewa. Jack  memandu melepasi hotel itu dan mengikuti arah diberi oleh Danial ke stesen minyak . Danial tergamam melihat kereta milik Hathen sudah tiada di situ. "Tak mungkin..." Danial berlari mengelilingi stesen minyak itu. Dia mengintai ke dalam kedai serbaneka. Danial ternampak seseorang berada di bahagian kaunter pembayaran sedang makan. Danial mengetuk pintu hadapan dan lelaki itu memandang Danial. Lelaki itu pun membuka pintu kedai. "Budak kau nak apa? Kalau nak bantuan pergi tempat lain. Ini tempat kami."dia memberitahu. Jack dan Jill pergi menemani Danial. Sebaik sahaja mereka bertemu, Jack segera menyerang lelaki itu. "Kau tak guna! Kau di sini rupanya!." Jack bengang. Danial hairan melihat respon Jack.

"Aku dah menyesal! Jangan kacau aku. Kami hanya nak berlindung. Kami janji tak akan kacau sesiapa lagi.", jerit seorang lagi lelaki yang melihat rakannya itu ditarik pada leher baju. Jill menenangkan abangnya. Danial mencelah, "Abang,pernah nampak seorang budak kacukan di stesen minyak sini? Dia mungkin datang daripada hotel di sebelah." Danial menyoal. " Maksud kamu Adam ke? Budak tu ikut ketua kami pergi ke pusat membeli belah untuk jumpa adik dia. " Lelaki itu memaklumkan. " Ouh, abang selamat! Syukur." Danial gembira akan berita baik itu. " Danial, jangan nak baik sangat dengan mereka. Kamu tak ingat mereka yang tembak kamu dan mahu jual pada Bob?" Jill pula bersuara sambil menarik Danial rapat dengan dirinya. Danial terkejut." Kami tahu. Kami bersalah tapi kami sudah menyesal dan berasa salah terhadap kamu dan abang kamu. Walaupun kami sudah cederakan kamu, tapi abang kamu tetap berbuat baik pada kami dengan memberi kami bekalan makanan. Jadi ketua dan Milly membantu abang kamu untuk ke pusat membeli belah bagi mencari kamu. Mereka baru bertolak dua hari lepas. Tapi hairan juga kerana Harden dan Milly tak kembali. Sepatutnya mereka dah bertemu kamu. " Lelaki itu menerangkan. Danial lega dan risau pula abangnya itu tidak sampai ke destinasi. " Ouh ye kejap." Lelaki yang menahan Jack mengeluarkan satu sampul surat dan menyerahkannya pada Danial. "Ini surat terakhir dari pak cik kamu rasanya sebelum dia mati, kami sudah tanam di belakang stesen minyak mayatnya. Takziah. " lelaki itu memegang bahu Danial sambil menghulurkan surat tersebut. Danial tergamam dan tidak percaya akan berita mengejutkan itu. "Apa...?" dia mengigil dan air mata jatuh berjuraian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience