LZ 2: Majlis Pertunangan

Drama Completed 178287

SEHARI SEBELUM MAJLIS PERTUNANGAN

Zulaikha baru sahaja keluar dari tailor bersama Puan Halimah, mamanya. Mereka baru sempat mengambil baju tunang Ikha yang ditempah dua bulan lepas.

Maklumlah, lambat nak siap. Ini pun nasib baik tempah di tailor yang agak standard. Kos yang dikeluarkan juga cukup kasar untuk sepasang baju kurung pertunangan. Kalau tempah di tailor lain mungkin Ikha perlu keluarkan semula baju kurung raya tahun ini untuk dipakainya esok.

Lega baju dah dapat. Kini giliran menuju kedai bakery pula untuk membuat bayaran penuh ke atas kek yang ditempah minggu lepas. Harap esok pihak bakery tidak lambat menghantarnya.

"Ikha pergi letak baju ni dalam kereta. Mama nak terus ke kedai bakery tu. Nanti dah siap Ikha terus ke sana ya," pesan Puan Halimah sambil menyerahkan baju tunang pada anaknya itu.

Tanpa bantahan Ikha langsung menyanggupi. Baju bertukar tangan dan Ikha langsung membawanya menuju kereta. Sementara dia biarkan mamanya terus ke kedai bakery yang sederet dengan tailor tempatnya menempah baju itu.

Gadis berusia 25 tahun berlagak seperti biasa tika menyimpan baju tunangnya ke dalam kereta. Bagai tiada reaksi teruja atau gembira sehubung dengan majlis yang akan berlangsung esok.

Entahlah, mungkin saja dia memang sejenis yang memiliki tampang sebegitu. Tidak terlalu menonjolkan rasa terujanya. Namun hati di dalam siapa yang tahu? Sudah pasti sedang berbunga-bunga, bukan? Harapnya begitu!Bukankah esok dia dan Aydan akan saling bertukar cincin pertunangan buat mengikat hubungan mereka ke arah yang lebih serius. Harap semuanya berjalan lancar.

Aydan adalah seorang lelaki yang cukup sempurna buat Ikha. Dia merupakan anak lelaki kepada guru besar sekolah rendah di kampung itu yang turut memegang jawatan sebagai penolong kanan. Ikha selaku guru yang turut bertugas di sekolah berkenaan nampaknya sudah mula terpaut hati dengan sikap gantle yang ditunjukkan oleh Aydan.

Memiliki usia empat tahun lebih tua dari Ikha, tentu sahaja Aydan sudah cukup matang untuk memepersunting seorang gadis untuk menjadi suri hatinya.

Perkenalan yang pada awalnya hanyalah sebagai senior dan junior, nampaknya telah membawa kepada perhubungan yang lebih serius dalam masa yang cukup singkat. Dan Aydan tanpa segan telah mengutarakan hasratnya untuk bertemu keluarga Ikha.

SELESAI urusannya menyimpan baju, Ikha pun menutup semula pintu kereta. Romote control ditekan buat mengunci kendaraan itu selepas dirinya keluar. Ikha lalu berpusing dan berniat untuk mengejar mamanya ke kedai bakery, sesuai seperti yang dipesan oleh wanita itu.

"Aah!" Ikha menjerit perlahan tatkala dia memusing badan.

"Yaz, terkejut Ikha," ujarnya sambil mengurut dada.

Kemunculan Yazid yang tiba-tiba berada di belakangnya sempat membuat darah di wajahnya kering seketika.

Pemuda itu telah berdiri tegak dan merenungnya dengan tatapan sayu bagai memendam rasa. Tiada sebarang kata mahupun reaksi dia tunjukkan, hanya tenungan melekat pada wajah Ikha yang enggan diubah ke lain arah.

"Yaz okay ke? Yaz dari mana ni?" Ikha cuba bertanya dan menunjukkan sikap seakan peduli. Walaupun sebenar dia sudah mulai berasa lain macam melihat sikap Yazid yang merenung dirinya seperti itu.

"Ikha jadi ke nak tunang esok?" soal Yazid perlahan. Bahkan soalan itu seperti sedang bergumam.

Jadi serba salah Ikha dibuatnya. Gugup dan serba tak kena. Sikap Yazid hari ini membuatnya risau.

"Ikha kan dah bagitahu. Yaz datang esok ya," ujar Ikha. Cuba menyedapkan hati dan juga suasana.

Namun Yazid masih tidak mengubah reaksi mukanya. Dia kekal merenung Ikha seolah tidak rela untuk kehilangan gadis itu.

"Ikha tahukan yang Yaz cintakan Ikha? Berapa kali Yaz cuba nak pinang Ikha, tapi Ikha beri macam-macam alasan. Nak sambung study lah, baru nak start kerjalah. Alih-alih sekarang Ikha nak tunang dengan orang lain. Apa ni?" luahnya.

"Yaz! Anggap jelah kita tak ada jodoh. Ikha yakin kat luar sana pasti sudah tertulis jodoh untuk Yaz yang jauh lebih baik dari Ikha. Tapi kita tetap jadi saudara. Yaz tetap sepupu Ikha yang paling baik." Sekali lagi Ikha cuba pujuk agar Yazid senang hatinya.

Sayang, pujukan itu sama sekali tidak berjaya mengubah apa-apa. Ekspresi wajah Yazid masih sama seperti tadi. Bahkan makin bertambah gerun bila pemuda itu terlihat menggerak-gerakkan rahangnya yang membawa maksud dia sedang menahan geram.

"Yaz tak boleh terima semua ini. Kalau Ikha tetap teruskan bertunang, Ikha kena siap sedia untuk kehilangan Yaz selama-lamanya."

Terbuntang mata Ikha mendengarnya. Ditambah dengan tindakan lelaki itu yang langsung mengorak langkah beredar pantas dari hadapannya, Ikha menjadi cemas.

"Yaz. Yazid. Apa Yaz cakap macam tu? Yaz..." Ikha cuba memanggil. Malangnya Yazid sudah berlalu dengan pantas tanpa menoleh padanya lagi.

SEJAK pertemuan dengan Yazid di depan butik tadi, sikap Ikha pun turut berubah. Wajahnya muram tiada seri. Sama sekali tidak menggambarkan kegembiraan untuk menyambut hari pertunangannya yang akan berlangsung esok.

Fikirannya kacau dan hatinya berbelah bahagi. Mana mungkin dia mahu membatalkan majlis esok sedangkan keluarga kedua belah pihak sudah membuat persiapan kian beriya.

Tapi pada sisi berbeza, bagaimana dengan ugutan yang Yazid utarakan tadi? Yazid seolah memberitahu yang dia mahu mengakhiri hidupnya sendiri jika Ikha meneruskan pertunangan itu. Ikha saat ini sedang dilanda kebuntuan yang membuat dia tidak berminat untuk bersembang dengan sesiapa.

Hal itu telah mengundang rasa curiga di hati Puan Halimah yang kemudian tampil bertanya apa yang terjadi pada anak gadisnya itu.

"Ikha. Ikha kenapa ni? Lain macam je mama tengok. Ikha tak sihat ke?" tanya beliau sambil menghampiri Ikha yang termenung lemah di depan meja soleknya.

"Ikha okay, ma. Ma jangan risau ya," dalihnya. Tidak mahu mamanya risau.

Akan tetapi perasaan seorang ibu manakan mungkin dapat ditipu. Selagi hatinya tidak merasa senang, selagi itu dia akan meminta kepastian.

Namun sekali lagi Ikha mengatakan yang dia baik-baik sahaja. Yang akhirnya membuat mamanya mengalah dan tidak lagi memaksa.

"Baiklah! Kalau Ikha kata macam tu, Ikha rehat saja dulu ya. Mama nak siapkan menghias pulut kuning dekat dapur. Biar nampak aura tradisional sikit majlis Ikha esok," ujar beliau.

Hanya senyum hambar Ikha berikan sebagai pengiring langkah mamanya berlalu keluar. Ikha melepaskan helaan berat seusai mamanya menghilang dari pandangan. Fikirannya kembali kacau apabila teringat kembali akan ugutan Yazid siang tadi.

"Tak mungkin! Dia tak akan buatlah tuh. Mana mungkin dia tergamak melakukan itu. Dia kan orang berpelajaran," gumam Ikha, cuba menyedapkan hatinya sendiri.

Namun bagaimanpun dia cuba menipu perasaan, hati itu tetap sahaja risau dan terngiang-ngiang akan kata Yazid. Dia amat risau bagaimana jika Yazid benar-benar melakukannya?

***

SEAWAL 9 pagi, rumah kampung berkonsep moden satu tingkat kediaman Cikgu Arsyad itu telah memperlihatkan suasana meriahnya.

Cikgu Arsyad yang akan bersara tahun hadapan dari jawatan guru besar sekolah menengah itu tentu sangat gembira hari ini apabila anak gadis satu-satunya akan mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang memiliki latarbelakang seorang pengajar, sama seperti dirinya.

Tentu sahaja dia tidak banyak soal tatkala Aydan datang bertandan dan merisik Ikha. Budi baik dan memiliki jawatan yang menjanjikan masa depan cerah seperti Aydan tentu telah membuat kata setujunya lancar meletus begitu sahaja dari lisan.

Baguslah Ikha cepat kahwin. Nanti cepat dapat anak. Tak adalah kempunan nak timang cucu sebelum menutup mata, desis beliau.

Selanjutnya Cikgu Arsyad beralih ke dapur untuk melihat apa sahaja yang berlaku. Maklumlah, sudah mula kecoh kedengarannya.

"Eh, Along! Bila sampai? Patutlah kecoh aje Angah dengar dari depan. Tetamu kehormatan dah sampai rupanya," tegur beliau bersahaja pada Puan Jamilah, kakak sulungnya yang sudah sibuk di dapur membantu Puan Halimah, isterinya.

"Baru aje ni haa. Along terus ke belakang je ni. Nampak aje kau tadi dekat depan tu. Kau je tak perasan Along lalu," sahut wanita itu.

"Lah, iyeke? Sorrylah Along. Biasalah, teruja nak dapat menantu. Sampai tak perasan Along lalu." Cikgu Arsyad membalas ramah.

"Along sorang je ke? Manaf mana?" tanyanya lagi.

"Manaf tak dapat datang hari ini. Dia ada urgent meeting dekat Labuan. Dia cuma kirim salam dan minta maaf."

"Oh yeke? Tak apalah kalau macam tu. Biasalah, big boss memang macam tu. Busy sepanjang minggu."

Tawa meriah pun menghiasi perbualan adik beradik itu mencipta suasna bertambah ceria. Mempamerkan di wajah masing-masing yang mereka sedang berbahagia.

"Oh ya, si bujang mana si bujang? Tak datang jugak?" Cikgu Arsyad bertanya lagi.

"Yaz? Ada je dia tu. Katanya pening kepala. Rasanya dia masih dekat kondo dia lagi tu. Nanti pasti dia menyusul dengan Panjul sekali."

"Oh. Moleklah kalau macam tu. Tapi lagi bagus kalau datang awal. Boleh tolong angkat apa yang patut." Cikgu Arsyad lantas mengoyak tawa seusai guraunya, yang turut disambut dengan tawa sama oleh si kakak sulung.

"Eh, Limah. Ikha-nya mana?" Puan Jamilah lalu beralih pada adik iparnya dan mengutarakan soalan.

Memandangkan si bakal pengantin belum kelihatan, matanya mula meliar ke sana ke mari.

"Dekat bilik lagi, Kak Long. Masih bersiap nampaknya tak selesai lagi," sahut Puan Halimah.

"Lah, make-up bertunang aje pun. Takkanlah macam itu punya lama."

"Biasalah kak Long, orang muda. Mestilah nak tampil menyerlah."

"Iya tak iya jugak. Haihlah, macam-macam."

Sedang mereka asyik bersembang sambil menyiapkan persiapan menyambut besan, mendadak pandangan mereka serentak beralih pada halaman belakang pabila sebuah kereta telah tiba di situ.

Panjul keluar selepas dia selesai memarkir kemas keretanya di halaman belakang. Lelaki berusia 42 tahun itu pun langsung menuju dapur kediaman abang Ngahnya.

"Assalamualaikum," sapa Panjul. Beberapa kotak yang dipesan oleh kakak sulungnya turut dibawa masuk.

"Walaikum salam. Haa sampai pun," sahut Puan Jamilah sambil menyambut kotak-kotak tersebut.

"Apa tu Kak Long? Banyaknya." Puan Halimah menyoal.

"Tak ada apalah, Limah. Hanya kuih muih tradisional ni ha, Along tempah dari kedai. Nak buat sendiri tak larat. Bolehlah buat tambah-tambah hidang kat besan nanti," jelas Puan Halimah.

"Lah, susah jelah Kak Long ni. Terima kasih banyak, Kak Long."

"Sama-sama! Eh, Jul. Kamu sorang-sorang je? Yaz mana?" Puan Jamilah terasa pelik pabila Panjul hanya datang seornag diri. Maka dia pun bertanya pada adik bongsunya itu.

"Eh, mana Jul tahu? Dekat kondo dialah kut? Jul dari rumah, terus ke kedai ambil kuih-kuih ni. Mana ada berjumpa budak Yaz tu," jelas Panjul yang menafi berjumpa dengan Yazid, anak buahnya.

Puan Jamilah pun mula resah. Sebenarnya sejak semalam lagi dia tidak dapat menghubungi Yazid, anak bujang satu-satunya itu.

Kehidupan Puan Jamilah tergolong lebih mapan berbading kedua adiknya selepas dia berkahwin dengan Manaf. Sehinggakan Yazid anak tunggal mereka, seawal usia 24 tahun lagi sudah mampu memiliki satu unit kondo atas namanya sendiri yang dihadiahkan oleh papanya.

Yazid jarang pulang ke rumah mamanya di kampung dan lebih suka bersendirian di kondo miliknya. Meskipun jaraknya tidaklah jauh mana.

Belum habis lagi Puan Jamilah dengan keresahannya, kembali mereka terkejut dengan kemunculan Ikha yang keluar dari bilik dengan tergesa-gesa.

Gadis itu sudah kemas memakai busana pertunangan berona putih susu. Selendang satin putih juga telah kemas membaluti rambutnya. Wajahnya juga telah cantik dengan sentuhan make-up natural yang disoleknya sendiri.

Akan tetapi, sungguhpun seri make-up di wajah, namun raut wajah tegangnya telah membuat solekan itu tidak membantu untuk membuatnya kelihatan berseri. Malah wajah Ikha seperti sedang panik dan cemas.

"Ikha, kenapa ni? Ikha nak kemana?"

Puan Halimah segera menghampiri anaknya yang kelihatan sedang kalut itu. Risau dan cemas dengan keadaan Ikha. Hatinya juga tertanya apa yang telah terjadi.

"Tak ada apa, ma. Ikha cuma, nak keluar ambil cake dekat kedai. Katanya kedai bakery tu tak dapat hantar," beritahu Ikha. Namun nadanya seperti sedang dalam kekalutan.

"Ala, kek je. Biar Paksu Jul ambil. Ikha tu dah nak bertunang." Puan Jamilah tampil memujuk anak buahnya.

"Tak apa Mak Long, Ikha nak pergi ambil sendiri. Oklah, Ikha pergi dulu. Assalamualaikum."

"Eh, Ikha. Tunggu. Ikha..."

Ikha sudah tidak mengendahkan suara mamanya yang memanggil. Kakinya deras dihayun menuju halaman depan sambil menyingsing kain baju kurung yang dia kenakan.

Tak lama kemudian terdengar suara desisan enjin kereta apabila Ikha telah menyalakannya. Perodua Alza putih milik Ikha dilihat sudah keluar dari halaman rumah itu melesat pergi agak terburu-buru.

SETENGAH jam yang lepas, satu pesanan ringkas WhatsApp telah masuk. Tapi Ikha tidak langsung menerimanya kerna dia sedang sibuk bermake-up. Selesai sahaja dia menyoleki wajah, barulah Ikha membuka telifon pintarnya dan memeriksa chat yang masuk.

'Yazid'. Nama si pengirim pesanan ringkas tersebut. Pesanan gambar yang dihantar oleh pemuda itu menunjukkan segenggam ubat tidur bersama segelas air yang memberitahu seolah Yazdi telah sedia untuk menelannya.

Bersama caption ringkas yang berbunyi, "Bye-bye, Ikha." Ia telah membuat Ikha menjadi kalut dan panik serta merta.

Puas Ikha cuba hubungi Yazid, namun pemuda itu tidak menjawap panggilannya. Setelah dicuba berkali-kali barulah panggilan itu mendapat respon.

"Yaz. Apa yang Yaz buat ni? Jangan buat macam tu, Yaz," rayu Ikha yang mula bergetar suaranya.

Hanya terdengar desahan nafas Yazid dari corong telifon yang membuat Ikha bertambah merinding. Dia risau sepupunya itu benar-benar melakukan seperti apa yang dia katakan.

"Buat apa lagi Yaz nak hidup kalau untuk melihat Ikha dengan orang lain? Ini jelah yang terbaik untuk Yaz. Bye-bye, Ikha." Terdengar suara Yazid yang sangat perlahan, bahkan seperti bisikan.

"Yaz, jangan macam ni. Tak baik, Yaz! Okay, okay. Ikha ikut apa cakap Yaz. Janji Yaz jangan buat tu. Please... Yaz sayang Ikha kan? Tolong jangan buat." Ikha merayu, pilu suaranya.

"Betul ke apa Ikha cakap?" Yazid mula bertanya meski suaranya masih terdengar serak.

"Betul Yaz. Mak Long pun ada dekat sini dengan Pakcik Jul. Yaz jangan buat hal, okay!"

"Baiklah! Tapi Yaz nak, Ikha jangan bagitahu sesiapa. Ikha datang rumah Yaz, sekarang." Yazid mula meletakkan syarat.

"Tapi Yaz..."

"Kalau Ikha nak selepas majlis tunang Ikha nanti akan sambung ke majlis pengebumian Yaz, tak apalah tak payah datang."

"Yaz, jangan macam tu!"

"So just come! Right now."

"Okay, okay. Ikha datang. Tapi bagi Ikha minta izin mama dulu."

"No! Yaz tak nak sesiapa tahu. Kalau Ikha datang membawa teman, eloklah juga. Boleh terus usung mayat Yaz ke hospital."

"Yaz, Yaz, Yaz. Jangan Yaz... Please, Ikha merayu. Fine! Ikha datang sendiri. Tapi tolong jangan buat perkara tu. Tolong Yaz..."

Talian langsung ditamatkan dari pihak Yazid tanpa disetujui oleh Ikha. Tindakan itu semakin membuat Ikha menggelabah dan tidak sempat berfikir apa-apa. Yang dia tahu, dia harus berjumpa Yazid sekarang juga.

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience