"Nurin.. Nak pergi mana ni? Kan dah malam ni sayang."
Nurin berpaling. Keluhan kecil dilepaskan. Terasa hidupnya kini sangat tersepit. Sebentar tadi di dalam bilik suaminya tidak henti-henti ingin mgambil hatinya. Kini bila dia ingin menenangkan fikiran, Puan Zahra pula menghalangnya.
"Mama, Nurin bukan budak kecik lagi. Takkan semua perkara Nurin kena laporkan kat mama lagi. Nurin dah besar dah, ma. Dah bersuami pun." Jawabnya dengan bibir yang sengaja dimuncungkan.
"Haa tahu pun dah bersuami. Yang Nurin nak keluar malam-malam begini nak pergi mana? Mika tahu tak Nurin nak keluar? Nurin dah jadi isteri Mika. Pergi mana-mana kenalah bagitahu suami."
Huh! Puan Zahra kalau pasal menantu kesayangan dia nombor satu. Pantang lihat Nurin bersendirian pasti nama menantunya akan disebut. Lepas tu Nurin lah yang menerima akibat. Pasti Nurin akan dibebel Puan Zahra. Panas telinga dibuatnya. Mana tak panas.. Bebelan Puan Zahra memang tip top habis. Huhu. Belum sempat Nurin menjawab, muncul pula Mikael menyelamatkan keadaan. Selamatlah sangat!
"Mama, kenapa membebel dekat isteri terchenta Mika ni? Kitorang nak keluar kejap. Nak pergi dating hehehe. Boleh kan, mama?" Mikael bertanya sambil menjungkitkan keningnya. Melihatkan menantu kesayangannya, Puan Zahra tersenyum.
"Hish.. Kamu ni pun. Lain kali kalau nak pergi dating tu bagitahu la awal-awal. Takde lah mama membebel tak tentu pasal."
"Tahu pun tak tentu pasal.. Tapi membebel juga.. Dengan mangkuk ni boleh pulak cakap lembut-lembut. Kalau dengan aku, jangan harap!" Gumam Nurin perlahan. Tidak semena-mena Mikael memaut lembut bahunya sambil berbisik.
"I heard that, Syakirah." Membulat mata Nurin. Eehh mangkuk pun ada telinga tersembunyi ke? Punyalah perlahan aku menggumam, dia boleh dengar??
"Dah.. Tak payah nak tunjuk sweet-sweet korang depan mama. Nak pergi dating pergilah. Jangan tunggu embun jantan menitis baru ingat nak balik." Pesan Puan Zahra sebelum berlalu pergi.
"Alaa mama.. Kitorang kan masih pengantin baru lagi.." Laung Mikael. Nurin menjeling tajam. Hilang saja bayang Puan Zahra, segera ditepis tangan Mikael yang melingkar dibahunya.
_______________
Mikael melepaskan keluhan kasar. Keras sungguh hati Nurin untuk menerimanya. Rasa cinta di hatinya buat Nurin semakin lama semakin mendalam. Entah apa yang ada pada Nurin hingga membuatkannya mabuk asmara. Setelah bertentang mata dengan Nurin, hidupnya yang terasa kosong mula terisi corak tersembunyi. Kehadiran Nurin di dalam hidupnya membuatkan Mikael lupa akan kepincangan hidupnya. Hanya Nurin Syakirah yang membuatkan hidup Mikael Aathif Edward Lee seperti pelangi.
Selepas kematian mummy dan daddy, Mikael terus dihantar ke rumah anak yatim. Tiada seorang pun saudara maranya yang ingin membelanya. Waktu itu Mikael baru berumur 7 tahun. Masih terlalu muda untuk ditinggalkan. Dan di Taman Qaseh pula, penghuninya juga tiada yang berkeinginan mendekatinya kerana hanya dia seorang saja berbangsa cina dan beragama buddha. Dia selalu dipinggirkan oleh penghuni Taman Qaseh. Hanya kepada Haji Borhan, pemilik Taman Qaseh tempatnya menumpang kasih. Saudara maranya seorang pun tiada yang sudi menjenguknya.
Seminggu berada di Taman Qaseh, Mikael sering melihat sepasang suami isteri yang selalu menziarahi anak-anak yatim di Taman Qaseh. Suatu hari Mikael memberanikan diri menegur. Dan di situlah permulaan penghijrahan hidupnya dari seorang Mike Edward Lee kepada Mikael Aathif Edward Lee. Dan dari seorang buddha kepada seorang muslim. Sepasang suami isteri itulah yang sering memberikan tunjuk ajar kepadanya. Mereka juga tidak jemu mencurahkan kasih sayang buatnya. Hinggalah dia diambil sebagai anak angkat sewaktu berumur 9 tahun. Saat dia dibawa pulang ke rumah dan diperkenalkan pada Nek Da, di situlah cintanya buat Nurin berputik. Orang cakap usia sebegitu hanya cinta monyet. Tapi tidak bagi Mikael. Baginya bila dia sudah merasakan dan mengatakan cinta pada seseorang, selamanya dia akan mencintai insan itu. Dan insan itu cuma Nurin Syakirah! Selama-lamanya hanya Nurin Syakirah seorang!
Share this novel