CHAPTER 35

Action Series 136596

Mata hazel itu terkebil-kebil memandang ke atas siling di hadapannya. Jam yang tergantung elok di pandangnya sekilas. Pukul 1.30 pagi. Tapi mata masih lagi dalam keadaan segar.

Langsung tiada tanda-tanda untuk melelapkan mata. Tambahan pula dia masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku tadi.

Bila teringatkan kejadian di dalam tandas tadi, mukanya tiba-tiba sahaja terasa panas. Kalau bilik itu terang, pasti mukanya kelihatan merah. Tidak pernah lagi apa yang berlaku tadi terjadi dalam hidupnya sebelum ini.

Thea mengeluh.

Kepalanya di toleh ke sebelah kiri. Emeer yang tidak berbaju itu kelihatan sedang lena. Matanya kemudian jatuh pada dada yang tegap tanpa sebarang baju. Tubuh itu hanya di tutup dengan sehelai comforter yang hanya di tarik paras pinggang.

Thea mula mengalih posisinya dari baring terlentang kepada mengiring ke sebelah kanan, mengadap suaminya. Tidak terhenti di situ, matanya dilarikan pula ke coklat bar milik lelaki itu. Enam petak terbentuk elok di situ ditambah pula dengan 'V shape' lelaki itu betul-betul buat dia leka.

Ish.. Stop it, Thea. Yang kau gatal sangat ni kenapa? Baru kena sikit tadi dengan Emeer, tak akan dah gila bayang. Bebelnya sendirian.

Thea berdecit.

"Done checking on me, sweetheart?" Suara yang kedengaran sedikit garau itu betul-betul buat dia terperanjat.

Matanya terkebil-kebil memandang wajah Emeer. Kelopak mata masih lagi tertutup namun bibir itu kelihatan mengukir senyum. Senyuman yang sangat Thea kenal. Senyuman mengejek.

Gulp!

"Like what you see, hurm?"

Suara itu berbunyi sekali lagi serentak mata dark hazel itu terbuka luas. Tubuh Emeer segera mengiring sekaligus menjadikan mereka berhadapan. Dan tanpa sebarang kata, Emeer terus bertindak menarik pinggang Thea rapat ke tubuhnya. Kepala Thea terlerak elok di atas lengannya.

"Arghh.. Ish."

Tindakan spontan itu buat Thea terkejut untuk yang ke berapa kali.
Kedua belah tangannya diletakkan ke atas dada tegap itu. Mengelakkan daripada terlalu rapat.

Emeer tersungging nakal.

"Kenapa tak tidur lagi?" Soalnya.

Matanya galak meneroka wajah dan tubuh isterinya yang hanya memakai baju t-shirt putih miliknya tanpa sebarang bra atau panties. Walau pada mulanya Thea enggan tapi hanya dengan kuasa vetonya, mudah sahaja isterinya akur.

"Macam mana nak tidur, awak paksa saya mandi dekat pukul 1 pagi. Ish.."

Matanya masih lagi segar. Selalunya bila mandi lewat malam selepas dari balik kerja, dia hanya akan terlelap selepas solat subuh itu pun hampir pukul 8 pagi.

Kelakuan Emeer dalam bilik air tadi buat lutut lembik seperti jelly. Mana mungkin seumur hidupnya mandi bersama dengan lelaki. Hampir setengah jam mereka berendam di dalam bathtub dan dalam waktu itu juga, dia terpaksa menahan gelora akibat sentuhan nakal suaminya.

Cukup menggoda.

"Hurmm..." Gumam Emeer seperti tidak berminat dengan apa yang keluar dari bibir Thea.

Bau tubuh dan rambut Thea lebih menarik minatnya saat itu. Batang leher Thea yang menarik perhatiannya sejak dari tadi mula diterokainya. Rasa yang satu itu mula bangkit. Adrenalinya mula bergerak laju.

Tangan Thea mula mencengkam kuat bahu Emeer apabila melihat semakin berani. Leher baju yang tersedia luas mula melurut jatuh ke lengan sekaligus mendedahkan sebahagian tubuhnya. Dan bibir Emeer makin galak meneroka tubuhnya.

"Aa--awak.." 

Thea mula terasa sesak nafas apabila tangan yang berurat itu perlahan menyelinap masuk ke dalam bajunya dan mula mencari sasarnya. Bibirnya diketap kuat. Tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi.

Emeer mula sembunyi senyumannya melihat wajah Thea yang mula bertukar merah itu. Wajah isterinya di pandangnya tajam.

"Why? Tell me, Tesoro. What do you want?" Bisik Emeer. 

Bibir Thea yang kelihatan basah itu mula menjadi sasaran mata helangnya. Belum sempat Thea bersuara, bibirnya terlebih dahulu menyambar bibir pink itu. Ciuman yang bermula dari lembut mula berubah rentak apabila Thea juga membalasnya.

Lima minit berlalu, namun tiada tanda-tanda Emeer mahu melepaskan bibirnya. Apabila terasa tidak cukup nafas, Thea menumbuk bahu Emeer beberapa kali. Bibir bawah Thea digigit lembut sebelum dia melepaskannya.

Dahi bertemu dahi. Emeer tergelak kecil apabila Thea tercungap-cungap mengatur nafas.

"Do you enjoy it?"

"Awak nak bunuh saya ke? Ishh.." Ujar Thea geram.

Makin kuat Emeer ketawa dan dengan selamba dia menjawab. "Yeah. I want to kill you with my touch. And I will make sure that you won't forget this moment, Tesoro."

Serentak itu bibir pink Thea mula di ciumnya sesaat sebelum bibirnya perlahan turun ke bawah. Sebelah tangannya mula mengunci kedua belah tangan Thea supaya tiada sebarang pergerakkan di lakukan oleh isterinya.

"Erm.." Hanya itu yang keluar dari mulut Thea apabila satu kucupan lembut terasa di perutnya.

"Can I have you now, Tesoro?" Tanya Emeer sambil merenung ke anak mata Thea. Dia yang masih berada di paras pinggang Thea itu mengosok lembut paha dan perut Thea yang terdedah itu.

"Sa--saya tak nak. I'm scared." Sebelah keningnya diangkat apabila mendengar kata-kata yang keluar dari bibir pink itu.

"I will change that feeling to be a great." Senyum nakal mula terhias di bibir itu.

"Aaa-- Hurm.." Hanya itu yang di balas oleh Thea dengan tindakan Emeer.

Sentuhan magik yang di lakukan oleh suaminya itu tidak dapat dia halang. Peluhnya mula merembes keluar apabila baju di tubuhnya turut dibebaskan serentak itu juga lampu tidur di matikan. Hanya cahaya lampu neon yang menerangi bilik mereka itu.

Suasana pagi yang cukup tenang itu turut menyaksikan pasangan itu bermadu asmara. DEngan sentuhan Emeer itu, dia langsung tidak mampu untuk membantah. Dia umpama dipukau dengan kelakuan suaminya pada malam itu.

Segenap ruang bilik itu mula dipenuhi dengan suara Thea merengek manja.

"Sei mio per sempre (You are mine forever)." Bisik Emeer sambil tersenyum dengan penuh makna.

"Dushh!"

Bunyi percikan air yang kuat menyentakkan Thea dari lenanya. Matanya jatuh pada tempat tidur di sebelahnya yang kosong itu. Dia mengeluh. Jam di dinding di lihatnya sepintas lalu. 

12.30 pm. Lamanya dia tidur. Dia hanya dapat lelapkan mata selepas subuh. Tubuhnya terasa lembik. Nasib baik Emeer lepaskannya. Itu pun selepas subuh masih sempat menyambung aktiviti yang belum selesai pagi tadi.

Tidak sangka suaminya seperti itu. Nafsu kuda betul. Habis badannya terasa sakit.

Thea bangun dari baringan. Namun pergerakkannya itu membuatkan kepalanya makin kuat menyegat. Dia berdesis perlahan.

Sebelah tangannya memegang erat selimut yang membaluti tubuhnya dari melurut jatuh. Tiada satu lapisan baju yang dikenakan di tubuhnya. Ini semua gara-gara si suami beku itu. Sebaik sahaja Emeer melepaskannya, dia terus pengsan tidak sedarkan diri.

Bathrobe satin berwarna hitam yang di letakkan di sebelah katil itu di capai Thea lalu di sarungkan ke tubuhnya. Dengan berhati-hati, kakinya mula melangkah ke arah bunyi air yang semakin kuat kedengaran.

Kelihatan Emeer sedang berenang di swimming pool yang terletak di aras dua. Dia hanya melihatnya di sebalik pintu sliding bilik sahaja kerana dalam keadaan dia yang hanya memakai bathrobe satin paras bawah paha itu, tidak mungkin untuk dia keluar walaupun swmming pool itu di kelilingi dengan dinding kaca.

Beep! Beep!

Bunyi notifikasi whatsapp itu buat lamunan Thea terhenti di situ. Telefon bimbit yang berada di atas meja sisi katil di ambilnya. Pergerakkannya yang berhati-hati itu sedikit membataskannya.

Come here, now.  -Mr. Singa  

Kerutan di dahi Thea jelas kelihatan. Dia membaca mesej itu beberapa kali. Tangannya naik menggosok mata. Hanya untuk pastikan dia tidak bermimpi dan tersalah baca.

Macam mana Emeer tahu dia sudah bangun? Tak akan dia nampak aku tadi ke ada CCTV dalam bilik ni? Desis Thea.

Matanya melilau mencari objek yang berada dalam fikirannya saat itu. Gila kau ni Thea dapat suami pak nujum. Nasib handsome.

Now, Tesoro. -Mr. Singa

"Ish.. Suka mendesak betullah." Thea mendegus kasar. 

Belum sempat dia melangkahkan kakinya ke wardrobe untuk menukar baju, sekali lagi telefonnya yang berada di tangan berbunyi.

No need to change. nobody is here and I love that way. Sexy. - Mr. Singa

Mata Thea terbeliak membaca pesanan ringkas yang di hantar itu. Spontan mukanya mula bertukar merah. Bibir bawahnya di gigit lembut.

"Sejak bila suami beku aku mula bertukar jadi ulat bulu miang keladi ni. Eee.. Seram wei." 

Kakinya di hentak beberapa kali. Dan dengan terpaksa dia melangkah keluar dari bilik itu dan turun ke tingkat bawah menggunakan tangga di sebelah balkoni biliknya.

Sebaik sahaja kakinya menjejak lantai mozek berbatu di kawasan swimming pool itu, kelihatan Emeer yang hanya bertuala itu melangkah ke kerusi yang di sediakan di tepi kolam itu. Sempat mata helang itu melirik ke arahnya.

"Buongiorno, tesoro." Sapa Emeer sambil meneguk jus oren. 

Thea melabuhkan punggungnya di hadapan Emeer. Matanya melirik ke arah hidangan yang terdapat di atas meja kopi itu. Tiba-tiba sahaja perutnya berkeroncong lapar. Matanya memandang wajah Emeer yang kelihatan sedikit bahas itu.

"Bahasa makhluk asing mana yang awak gunakan tadi?" Soalan itu telah lama disimpannya untuk suami celup di hadapannya itu. 

Sebelah kening Emeer diangkatnya. Terasa kelakar pula soalan itu.

"Find it yourself. Then tell me."

Thea mencebik.

Jus oren dicapainya. Namun belum sempat gelas itu menyentuh bibirnya, suara Emeer mematikan pergerakkannya.

"Siapa suruh kau sentuh makanan aku?" Tubuhnya bersandar elok di kerusi.

"Hah?" Thea terkebil-kebil memandang lelaki itu.

Tak akan la. Janganlah kejam.

Bibirnya di gigit kuat. Entah kenapa tiba-tiba sahaja dia terasa sebak. Gelas yang berada di tangan di letakkan kembali di tempat asalnya. Dia cuba mengawal riak wajahnya yang mula mendung itu.

Emeer sembunyi senyumannya.

"Sorry. Saya nak naik atas dulu. Nak mandi. Enjoy your breakfast." Tutur Thea perlahan sambil bangun dari situ. Kakinya mula melangkah pergi dari situ.

Ibu.. Menantu ibu kejam.

"Did I ask you to go?" Soal Emeer dengan nada sedikit kuat.

Langkah Thea terhenti di situ. Sebelah tangannya dikepal kuat. Dari sedih terus bertukar menjadi geram dengan suami singanya itu. Dia menoleh semula ke belakang.

"Habis awak nak saya tercongok dekat situ sambil tengok awak sedap-sedap makan? Awak kejam." Luah Thea geram. Kedua belah kakinya dihentak beberapa kali.

Emeer tersenyum senget. Tak ubah seperti adiknya, Eshal.

"Come here." Arah Emeer bersama isyarat jari telunjuknya di gerakkan beberapa kali.

"Saya tak nak. Saya nak mandi."

"I said, COME HERE, THEA HAZEL." Kali ini suara itu di keraskan.

Thea mendengus. 

Sabar Thea. Sabar. Suami kau itu.

Dengan terpaksa, dia melangkah mendekati suaminya. Aapabila sampai di situ, dia hanya berdiri tegak tidak seperti tadi. Dia hanya menunggu arahan dari lelaki itu.

"Then what?"

"Sit on my lap."

"What??" Mata Thea terbeliak luas mendengar arahan itu. Seram betul lelaki yang bernama Emeer Hayyes ni.

"You heard me, Tesoro." Kakinya yang tadi bersilang itu segera di jatuhkan. Isyarat mata di berikan kepada isterinya.

Thea memandang sekilas ke arah suaminya yang tidak berbaju dan hanya bertuala sahaja. Air liurnya ditelan kasar sebelum dengan penuh debaran dia duduk di atas paha Emeer.

"That's my wife. Pandai ibu didik anak perempuan dia."

Tujuan dia adalah hanya ingin menyakat isterinya tapi tidak sangka Thea menurut segala arahannya walaupun dia tahu dalam dia wanita di hadapannya itu protes.

Thea menjulingkan matanya. Menyampah.

"Awak nak apa?" Tanya Thea geram.

"You. Nak kau boleh?" 

"Ish.. Jangan main-main boleh tak? Saya penat la. Penat layan awak semalam pun tak hilang lagi. Tak akan nak sambung pula. Awak ni nafsu kuda ke apa? Tak reti pe--" Thea terus menutup mulutnya dengan kedua belah tangan. Tersedar akan keterlajuran kata.

Emeer tersenyum nakal.

"I can't get enough with you, Tesoro."

Tangan kanannya mula meleraikan simpulan tali bathrobe dipinggang Thea. Sebelah tangan yang sedang mengusap lembut pahanya itu dicengkam kuat.

"Aw--awak.. Ki--kita dengan luar ni." Matanya turut memandang sekeliling.

"Nobody is here, sweetheart. This is our private floor." Bibir pink Thea dikucupnya sekilas sebelum dia menyambung. 

"Let's eat first before I eat you." 

Thea berdecit.

'Sejak bila lelaki yang bernama Emeer Hayyes ini jadi miang keladi. Sebelum ini bukan main muka bapak singa ini beku. Hendak nampak dia senyum pun tunggu bulan jatuh ke riba dulu. Tapi hari ini, senang pula bapak singa ini memberikan senyuman mahalnya. Walaupun sinis. Kalau macam ini gaya sisi miang suaminya, mati dia hendak melayannya. Ishh..' Bebel Thea.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience