"Assalamualaikum," ucap Saraa sebaik melangkah memasuki rumah pusaka milik keluarga arwah ayahnya itu.
"Waalaikumsalam. Ya Allah Saraa, Maksu rindu sangat kat Saraa," Maksu memeluk Saraa erat.
"Saraa rindu Maksu jugak," Saraa membalas pelukan ibu saudaranya itu. Bibirnya menguntum senyuman manis.
"Kamu apa khabar, nak?" tanya Maksu setelah mereka berdua melabuhkan punggung di sofa yang tersedia di ruang tamu.
"Saraa sihat. Maksu?"
"Maksu macam ni lah Saraa. Nak kata sihat sangat pun tak jugak. Maklumlah, dah tua kan," Maksu tertawa kecil.
"Eish mana ada tua. Usia je meningkat tapi Maksu masih lagi nampak muda. Saraa rasa kalau orang tak tahu yang Maksu ni mak saudara Saraa, mesti diorang ingatkan yang Maksu ni kakak Saraa," usik Saraa.
"Ish kamu ni. Ada-ada je,"
"Mana yang lain, Maksu? Senyap semacam je rumah ni," kepalanya meninjau-ninjau di setiap sudut rumah.
"Paksu kamu ada kat kebun dia di hujung kamoung sana. Petang nanti baru balik. Sufrina pulak keluar dengan kawan-kawan dia tadi. Mika ada kat dalam bilik. Balik je dari sekolah tadi, terus dia tidur," jawab Maksu beria. Dia masih tidak percaya bahawa insan yang duduk di hadapannya itu adalah anak saudaranya yang pernah lari dari rumah lima tahun yang lepas.
"Oh,"
"Maklang, Mila dan Syaza?" Dia sengaja bertanya tentang mereka.
"Maklang kamu sekarang ni ada kat rumah Shafira. Minggu depan baru dia balik rasanya. Mila...," Maksu mula mengeluh.
"Kenapa dengan Mila?" Saraa mengangkat sebelah keningnya. Dia sedaya upaya menyembunyikan senyuman sinisnya kerana dia sudah tahu akan jawapan yang bakal diberi oleh Maksu.
"Mila dah setahun tak balik sini, Saraa. Suami dia tak izinkan dia balik sini kot,"
"Laaa kenapa dia tak izinkan Mila balik sini? Kesian Maklang," Saraa berpura-pura prihatin.
"Yang tu Maksu tak pasti apa sebabnya,"
"Syaza pulak?"
"Dia ada je kat rumah bawah dengan suami dia. Tak lama lagi diorang dah nak timang anak sulung,"
"Uish dia dah kahwin ke? Saraa ingatkan dia masih menunggu cinta Adam. Ye la, dulu kan dia dan Afrina minat gila dengan si Adam tu," Saraa seakan-akan menyindir.
"Dah jodoh dia dengan suami dia, nak buat macam mana, kan," ujar Maksu perlahan.
"Hmm baiklah Maksu, Saraa nak masuk bilik dulu, ya,"
Maksu mengangguk.
Saraa terus membawa bagasi pakaiannya masuk ke dalam bilik arwah ibu dan ayahnya yang kini sudah menjadi biliknya. Saraa tersenyum sendirian di dalam bilik. Otaknya ligat memikirkan rancangan untuk mengenakan semua orang di dalam rumah tersebut.
"Dahla. Makin banyak aku fikir, makin banyak pulak idea yang keluar. Lebih baik aku simpan pakaian aku ni dalam almari dulu. Lalalala~" ujarnya dengan gembira.
Setelah 30 minit berlalu akhirnya pakaiannya sudah tersusun kemas di dalam almari.
"Wuuuuu siap jugak akhirnya," dia teruja.
Ring! Ring!
Saraa melihat skrin telefonnya. Adam.
"Hello, assalamualaikum. Kenapa Adam?"
"Saraa, malam ni kau free tak?"
"Free je. Kenapa?"
"Okey kalau macam tu lepas maghrib nanti aku jemput kau, ya?"
"Jemput aku? Kau nak bawak aku pergi kat mana?" Saraa menggaru-garu kepalanya kehairanan.
"Takdela. Malam nanti kawan aku ajak aku dinner dengan dia tapi aku awkward lah. Kau temankanlah aku," rungut Adam.
"Kenapa nak awkward pulak? Kawan kau tu lelaki ke perempuan? Haaaa ni mesti girlfriend kan? Taknaklah aku. Nanti kacau daun pulak," usik Saraa.
"Ala kau ni. Dia memang kawan perempuan aku tapi bukan girlfriend eaa. Kau temankanlah aku pleaseeee," pujuk Adam.
"Tak nak. Nanti tak pasal-pasal aku kena santau dengan girlfriend kau tu," usikan Saraa semakin memjadi-jadi.
"Ish kau ni! Kalau tak nak tolong, cakap je la terus-terang. Tak payahlah nak cakap macam tu. Boleh jatuh fitnah tau," marah Adam.
'Laa baru kena sakat sikit terus melenting'
"Ish yela, yela. Aku teman kau malam ni. Tapi jangan bawak muka monyok kau tu pulak. Tak kuasa aku nak menghadapnya," Saraa mengalah. Dia sudah dapat membayangkan wajah Adam yang masam lagikan pekasam kerana marah dengan kata-katanya itu.
"Yes! Taktik aku menjadi! Thank you, Saraa!" ujar Adam ceria sebelum memutuskan panggilan.
"Taktik?! Kurang ajar punya budak. Aku terkena rupanya," omel Saraa seorang diri kerana geram dengan perangai Adam.
Dia terbaring akibat kepenatan setelah memasukkan semua pakaiannya di dalam almari. Tidak lama kemudian, dia sudah lena dibuai mimpi.
...
"Hai Maksu, hai Suf!" tegurnya dengan ceria apabila melihat mereka dua beranak duduk di meja dapur.
"Hai Saraa!" balas Maksu dengan senyuman.
Sufrina hanya memerhati Saraa dengan riak wajah tidak berpuas hati.
"Kenapa moody je ni, Suf? Ada masalah ke?" tanya Saraa yang perasan akan dirinya diperhati tajam oleh Sufrina.
Sufrina hanya membiarkan soalan tersebut tidak berbalas.
'Suka hati kau lah'
"Saraa nak mandi ke?" tanya Maksu hanya sekadar untuk berbasa-basi apabila melihat tuala di bahu Saraa.
"Ha'ah. Saraa nak bersiap awal sebab malam nanti nak keluar makan dengan Adam," jawab Saraa terus melangkah untuk masuk ke dalam bilik mandi.
"Eleh baru datang dah nak keluar balik. Dia ingat rumah ni hotel agaknya. Sebab tu dia senang-senang nak datang, senang-senang nak keluar. Tu nak bersiap awal mesti tak tunaikan solat dulu," perli Sufrina.
"Eish Suf!" Maksu mencubit lengan anak daranya itu.
Langkah Saraa terhenti mendengarnya. Dia menoleh ke arah Sufrina lalu memaksa diri untuk mengukir senyuman.
"Hmm tu la. Akak baru nak spend time dengan korang tapi abang Adam tiba-tiba pulak ajak pergi dinner malam ni. Rindu nak lepak dengan akak katanya. Jadi akak ikutkan je la sebab akak pun rindu kat dia hehe. Kalau Suf pun rindu kat akak, esok kita keluar sama-sama, ya. Tak payahlah nak kecik hati sangat sampai sanggup nak kata akak ni buat rumah kita macam hotel, ya," balasnya dengan lenggok manja.
Sufrina mengetap gigi mendengar serangan balas yang dikeluarkan oleh Saraa.
"And one more thing, akak 'cuti' sebab tu akak tak solat. Suf yang tak 'cuti' ni yang wajib tunaikan solat, ya," sambungnya sinis sebelum berlalu masuk ke dalam bilik mandi.
Setelah mengunci pintu bilik mandi, Saraa tersenyum puas setelah dapat melihat reaksi yang ditunjukkan oleh Sufrina apabila mendengar kata-katanya sebentar tadi.
'Puas hati aku, padan muka kau! Hahaha," gelaknya dalam hati.
Sebelum dia membuka pili air untuk mandi, dia melihat terdapat sepasang baju dan seluar sekolah yang tergantung di dalam bilik mandi tersebut. Kelihatannya seperti baju dan seluar tersebut sudah selesai dicuci dan sudah hampir kering.
'Eh kenapa pulak baju ni ada kat sini? Kalau nak keringkan pun takkanlah nak keringkan kat dalam bilik mandi kot'
'Tapi kalau betul dia nak keringkan, aku ada satu idea' ujar Saraa dalam hati sambil menampakkan senyuman jahatnya.
...
"Mana kawan kau ni? Aku dah lapar dah ni," rungut Saraa sambil mengusap-usap perutnya yang berkeroncong minta diisi.
"Kau sabarlah dulu. Sekejap lagi dia sampailah tu," pujuk Adam.
"Ha! Tu pun dia!" Adam menunjuk ke arah kelibat seorang wanita yang ayu mengenakan baju kurung berwarna merah muda yang mendekati mereka.
"Maaf lambat. Saya ada hal sikit tadi," ujar wanita itu dengan sopan.
"Tak apa. Dipersilakan duduk, Farah," ujar Adam pula.
Farah duduk di hadapan Saraa sambil matanya terpaku memandang Saraa.
"Ermm ni siapa?" tanyanya mesra.
"Ha ni saya nak kenalkan. Ni Saraa. Saraa, ni Farah," Adam teruja.
"Hai!" Saraa tersengih-sengih.
"Hai jugak," Farah mengukir senyuman manis.
"Saraa, kau kata hari tu kau dah lima tahun kat Sarawak, kan? Farah ni orang Sarawak tau!" ujar Adam.
"Aih ya ka? Kitak orang Sarawak duhal," Saraa mengeluarkan dialek Sarawak yang dipelajarinya selama lima tahun berada di Bumi Kenyalang itu. (Eh ye ke? Awak orang Sarawak rupanya)
"Aok, mek orang Sarawak," Farah tertawa mendengar dialek Saraa yang kedengaran seperti kanak-kanak yang baru belajar bercakap. (Ya, saya orang Sarawak)
"Kitak faham bahasa Sarawak kah?" tanyanya mesra. (Awak faham bahasa Sarawak ke?)
"Fahamlah juak. Tapi mun nak kelaka ya susah sikitlah. Sebab ya kitak denga macam pelik," Saraa tersengih-sengih apabila melihat reaksi Farah yang tertawa mendengarnya berbahasa Sarawak dengan dialek yang agak kekok. (Fahamlah jugak. Tapi kalau nak bercakap (bahasa Sarawak) tu susah sikitlah. Sebab tu awak dengar (percakapan saya) macam pelik)
"Oh sikpa. Kelak lamak-lamak okeylahnya," (Oh takpe. Nanti lama-kelamaan okeylah tu)
"Amm korang boraklah dulu. Izinkan aku nak pergi toilet jap, ya," pinta Adam yang tidak memahami sepatah pun perbualan mereka.
"So, kitaklah gerek Adam tek?" tanya Farah yang masih berbahasa Sarawak setelah kelibat Adam hilang dari penglihatan mereka berdua.
(So, awaklah girlfriend Adam?)
"Ge..gerek?" Saraa terkejut mendengar pertanyaan Farah.
"Ha'ah. Girlfriend," Farah mengangguk. Senyuman masih lagi tidak lekang dari bibirnya.
"Mana awak tahu?"
"Tipulah kalau tak tahu. Awak tahu tak, Adam siap framekan gambar awak dengan dia lepastu dia letak dekat meja kerja dia kat pejabat,"
Saraa tergamam mendengarnya.
'Dia masih berharap kat aku ke?'
"Untung tau awak dapat lelaki macam dia. Awak nak tahu tak? Saya sebenarnya minat kat Adam tu. Tapi saya ni bukan jenis perampas hak orang. Saya just nak bagitahu sesuatu kat awak. Kalau awak tak appreciate cinta dia, saya tak teragak-agak tau nak pikat hati dia," Farah jujur tentang perasaannya di hadapan Saraa.
Saraa hanya mampu menelan liur mendengar ugutan wanita yang berada di hadapannya.
'Kenapa aku rasa tergugat dengan ugutan dia ni ha?'
...
"Kau ni okey ke tak, Saraa? Diam je dari tadi," tanya Adam setelah dia memberhentikan keretanya di hadapan rumah Saraa.
"Aku okey. Pening sikit je. Terima kasih sebab belanja aku, ya," jawabnya lalu keluar dari perut kereta Adam.
Adam hanya membiarkan sahaja Saraa keluar dari keretanya lalu melangkah menaiki tangga untuk masuk ke dalam rumahnya.
...
"Assalamualaikum,"
"Ha ni pun dia dah sampai. Akak! Akak buat apa dengan baju sekolah Mika ni ha?! Akak tahu tak esok Mika nak guna baju ni lagi?!" serang Sufrina sebelum Saraa sempat menutup pintu rumah.
"Yang kau pergi gantung baju dia tu kat dalam bilik mandi buat apa? Memang basahlah," jawabnya selamba.
"Akak Saraa, kalau baju Mika masih basah, maksudnya esok Mika tak boleh pergi sekolah. Macam mana ni?" tanya Mika dengan menggoncang-goncang tangannya. Terpancar sinar kesedihan di matanya.
Saraa mengeluh melihat wajah sedih Mika. Dia mencapai kunci keretanya, mengambil baju sekolah Mikail yang masih basah di tangan Afrina lalu keluar dari rumah.
"Mika jangan risau, ya. Mika pergi tidur dulu," pesannya kepada Mikail.
"Kau nak pergi mana pulak tu? Nak buat apa dengan baju sekolah anak aku tu?" tanya Paksu kasar.
"Dobi," jawab Saraa mendatar.
Share this novel