Ariana mengorak langkah ke bilik tidur mereka berdua dengan langkah yang berat. Terasa berat hatinya mahu meninggalkan Adi Ashraf sepertimana apa yang dimahukan oleh suaminya itu. Dia menoleh ke belakang mahu melihat suaminya selama yang boleh.
Retak hatinya apabila pandangan matanya tidak lagi bertembung dengan anak mata milik suaminya lagi. Dia mengetap bibir menahan tangis yang mahu dilepaskan semahunya. Kakinya kembali mengatur langkah ke bilik tidur mereka.
Air matanya sejak dari tadi tidak berhenti mengalir. Menangisi perpisahan mereka berdua selepas mengecapi kebahagiaan yang hanya seketika. Tangannya digenggam kuat cuba menabahkan diri. Dia mengagahkan diri sehingga sampai di depan bilik tidur mereka.
Sekilas matanya memandang ke sekeliling bilik tidur itu hanya mengingatkan dia kepada saat bahagia dia bersama Adi Ashraf. Dia memejam mata cuba mengimbas kembali saat saat itu walaupun hanya untuk seketika.
Tangannya naik menutup mulut cuba menyembunyikan bunyi tangisan yang akhirnya tak dapat ditahan lagi. Pintu bilik itu ditutup. Belakang badannya disandarkan pada pintu. Kepalanya ditundukkan.
Dia terduduk sambil menangis semahu-mahunya. Tiada siapa yang tahu betapa sakitnya hati miliknya pada ketika itu sebaik mendengar permintaan daripada Adi Ashraf. Matanya yang masih terpejam ditutup serapat-rapat yang mungkin.
Tak mahu melihat realiti di hadapan matanya yang sukar untuk diterima olehnya lagi. Dia masih mengenangkan kembali memori bahagianya bersama Adi Ashraf sepanjang perkahwinan mereka berdua.
Kedua-dua lututnya dirapatkan ke dada sambil duduk. Wajahnya disembamkan pada tangannya yang disilangkan di atas kepala lututnya. Lengan bajunya mula basah dek kerana air matanya yang jatuh berjujuran.
Senyuman manis milik Adi Ashraf terbayang di fikiran membuatkan dia mengalirkan air mata buat sekian kalinya. Tangannya naik menyeka air mata dengan lemah. Tak lama kemudian, tangannya memegang seutas rantai yang berada di lehernya yang merupakan pemberian Adi Ashraf.
Perlahan-perlahan, dia memegang buah rantai itu, yang merupakan simbol penyatuan cinta mereka berdua. Air matanya mula bertakung kembali apabila kata-kata cinta mereka berdua luahkan pada saat itu kembali di fikiran.
Dia meninggalkan sebuah ciuman hangat pada rantai tersebut. Mengharapkan cinta mereka masih utuh walaupun berhadapan dengan perpisahan. Akhirnya, dia bangun dengan perasaan sebak yang masih memenuhi dada. Tetapi digagahkan juga tubuh dengan tabah.
Beg pakaiannya diambil dari dalam almari bersama dengan beberapa helai pakaiannya. Punggungnya dilabuhkan di atas katil sambil tangannya ralit mengemas bajunya untuk diletakkan ke dalam beg.
Usai itu, dia duduk dihadapan cermin. Melihat pantulan dirinya yang berwajah sembap kerana menangis. Sebuah keluhan panjang dilepaskan. Dia bergerak ke bilik air untuk menyegarkan wajahnya.
Matanya mula bergerak ke arah sebuah bingkai gambar yang terletak di atas sebuah meja sisi katil. Kelihatan gambar perkahwinan mereka berdua di situ. Wajah mereka yang gembira berseri di hari perkahwinan mereka dihiasi dengan senyuman lebar dibibir.
Dia mendekati meja tersebut untuk mengambil bingkai gambar tersebut. Senyuman lemah yang mahu terukir di bibir digantikan dengan air matanya yang mula mengalir kembali. Tangannya mengusap gambar itu penuh berhati-hati.
Tak mahu satu-satunya kenangan mereka bersama hilang untuk selamanya. Tak lama kemudian, bingkai itu dibawa ke dalam pelukan sebelum diletakkan bersama ke dalam beg pakaiannya. Dia menarik nafas panjang kerana tak mahu menangis di hadapan Adi Ashraf.
Air matanya diseka cepat-cepat. Dia bingkas berdiri. Tangannya menggosok pakaiannya untuk kelihatan kemas dihadapan suaminya untuk kali terakhir pada ketika perpisahan mereka. Beg pakaiannya diambil. Badannya menoleh melihat bilik tidur itu untuk kali terakhir.
Dengan helaan nafas panjang, dia meninggalkan bilik tidur miliknya bersama Adi Ashraf. Tetapi membawa memori bahgia mereka bersama dengannya sekali. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling rumah.
Mahu memahat segala memorinya bersama Adi Ashraf untuk dibawa pergi sekali. Setiap pelusuk dan sudut rumah dia amati. Sekadar mahu mengalihkan dirinya daripada memikirkan tentang perpisahan mereka berdua sebagai suami isteri.
Dia masih tidak tahu apa keputusan Adi Ashraf terhadap perkahwinan mereka berdua. Dia hanya mampu memohon yang terbaik sahaja daripada Tuhan untuk mereka berdua. Tahu bahawa hanya Dia yang menentukan.
Tetapi kalau ini suratan takdir yang tertulis untuk mereka, dia menerima dengan hati yang rela. Walaupun cintanya terhadap Adi Ashraf tidak pernah pudar walau sekali. Tetapi kian bertambah dari hari ke hari tanpa dia sendiri sedari.
Dia menundukkan pandangan sebaik pandangannya jatuh ke atas figura suaminya yang berada di ruang tamu. Rasa sebak dan pilu mula membuak-buak cuba menguasai diri.
Dia memberhentikan langkah tak jauh dari tempat suaminya berdiri. Tak mampu mengangkat kepala menemui wajah suaminya pada ketika itu. Pada saat itu, dia tahu segala yang ditakutkan selama ini sudah menjadi kenyataan.
Dia tak dapat mengulang semula masa untuk membetulkan segala-galanya. Tetapi dia masih mempunyai waktu yang tersisa untuk memperbaiki hubungan mereka. Jikalau dengan perpisahan dapat menebus kesalahannya, dia sanggup.
"Ash..." panggil Ariana perlahan. Kepalanya diangkat sedikit. Pandangan mereka berdua bertembung. Ariana menelan air liur dengan kesat.
Dia memutuskan pandangan mata mereka sebaik sedar Adi Ashraf tidak lagi melihatnya seperti dulu. Pandangan yang dahulunya sarat dengan kasih sayang kini kian kosong dan dingin. Ariana mengalihkan pandangan untuk seketika sebelum menyambung kata-katanya.
"Boleh... Tak kalau aku nak peluk kau untuk kali terakhir, please?" ucap Ariana perlahan dengan nada sebak. Air matanya mula bertakung pada saat dia mengatakan permintaan itu kepada Adi Ashraf.
Dia mengangkat wajah memohon untuk suaminya membenarkan. Hanya pelukan dari suaminya sahaja dapat membuatkan dia terasa selamat. Dia berharap pelukan terakhir itu dapat mengubat hatinya yang lara ini.
Keadaan sunyi antara mereka berdua. Adi Ashraf masih tidak memberikan apa-apa balasan terhadap permintaan Ariana. Perkara itu membuatkan Ariana menundukkan wajah dengan rasa kecewa. Mungkin permintaannya terlalu banyak bagi suaminya.
Dia menelan rasa pilu yang bertapak di hati. Tubuhnya ditundukkan untuk mengangkat beg pakaiannya. Tahu itu penamatnya untuk kisah cinta mereka berdua. Di saat kakinya mahu mengorak langkah keluar meninggalkan rumah, suara garau milik Adi Ashraf menghentikan langkahnya serta-merta.
"Ya. Boleh." ucap Adi Ashraf dingin tanpa riak. Dia menikam tajam ke dalam anak mata isterinya. Hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan untuk isterinya pada ketika itu.
Tanpa membuang masa, Ariana menjatuhkan beg pakaiannya sebelum segera mendapatkan Adi Ashraf untuk memeluk tubuh suaminya. Tangannya memeluk tubuh Adi Ashraf seperti tak mahu dilepaskan. Seolah hidupnya bergantung padanya.
Wajahnya disembamkan pada ceruk leher suaminya. Wangian yang dipakai oleh Adi Ashraf menusuk ke dalam hidung Ariana membuatkan dia terasa tenang. Dia cair di dalam pelukan suaminya.
Walaupun pelukannya tidak berbalas, dia bersyukur kerana masih mempunyai peluang untuk berada di dalam dakapan suaminya. Air matanya yang bertakung pecah apabila tahu sudah tiba masanya untuk dia pergi.
Bunyi esakan yang ditahan daripada keluar daripada mulutnya dapat didengari jelas oleh Adi Ashraf. Adi Ashraf menutup mata apabila mendengar suara serak Ariana kerana menangis. Ingin sahaja dia memeluk tubuh isterinya. Tetapi ditahan, tahu itu akan menyukarkan dia untuk membiarkan Ariana pergi.
Ariana memeluk batang tubuh suaminya seerat-erat yang boleh. Bahu Adi Ashraf terasa basah kerana dibasahi dengan air mata Ariana yang tak henti mengalir. Adi Ashraf mengenggam tangannya dengan kuat menahan diri daripada membalas pelukan isterinya. Pada saat dia mahu membalas pelukan itu, Ariana meleraikan pelukan.
Wajah Ariana yang sembap dibasahi dengan air mata menjengah ke dalam pandangan Adi Ashraf. Bibir isterinya sedaya upaya mengukir senyuman lemah kepada Adi Ashraf yang dia sendiri tak mampu untuk membalasnya.
Ariana memerhatikan setiap inci wajah suaminya yang dicintainya sepenuh hati. Tanpa Adi Ashraf sedari, tangannya naik mengusap air mata yang mengalir di wajah isterinya. Tindakan itu membuatkan Ariana menghamburkan tangisannya lebih lagi.
Ariana menundukkan wajah. Dia takut dia tak dapat meninggalkan Adi Ashraf sekiranya terus berada di situ. Cincin perkahwinan mereka berdua yang tersarung di jari manisnya dibuka dengan rasa sebak.
Perlahan-perlahan, dia menyerahkan cincin itu pada tangan suaminya. Lalu, tangan suaminya yang berisikan cincin itu disalam dengan penuh rasa cinta dan sayang. Adi Ashraf turut merasa sebak melihat keadaan tersebut.
"Maafkan Riana, abang. Riana serahkan cincin perkahwinan kita semula pada abang. Riana redha dengan apa pun keputusan abang. Riana akan tunggu tak kira selama mana pun masa yang abang nak sampai abang pulangkan sendiri cincin perkahwinan kita. Riana cintakan abang tak kira apa yang jadi." ucap Ariana dengan nada pilu dan sebak.
Sebaik melafazkan kata-kata itu, Ariana mengorak langkah meninggalkan Adi Ashraf. Dia tak lagi kisah dengan wajahnya sembap dan matanya yang memerah. Esakannya semakin jelas kedengaran.
Akhirnya, Ariana berlalu pergi meninggalkan Adi Ashraf sendirian. Hilang daripada pandangan. Adi Ashraf jatuh terduduk sebaik melihat pemergian isterinya. Dia tahu itulah permintaannya tetapi separuh jiwanya hilang dibawa pergi bersama Ariana.
Cincin perkahwinan mereka berdua dipandang dengan perasaan pilu. Sekali lagi cinta membuatkan dia menderita. Sekali lagi dia mula membenci kembali terhadap perasaan cinta itu kerana membuatkan dia merasa terseksa. Meskipun begitu, perasaan cintanya terhadap isterinya tak pernah padam tidak kira betapa bencinya dia terhadap cinta itu sendiri.
"Abang pun cintakan Riana."
???????????????????
Ariana menarik nafas panjang cuba menenangkan diri. Bahunya terhenjut-henjut kerana menangis. Dia mengalami kesukaran bernafas kerana tidak menangis tanpa henti. Sebaik meninggalkan Adi Ashraf, dia terasa keseorangan.
Dia tak mahu menghubungi Haris Irfan untuk menyusahkan sahabat baiknya itu lagi. Cukuplah sepanjang pemergian arwah Naufal dahulu dia sudah cukup menyusahkan lelaki itu. Dia menaiki teksi untuk pergi ke suatu tempat yang akan menenangkan dirinya.
Pandangannya dibuang pada luar kereta, telefonnya dimatikan. Kepalanya disandarkan pada tingkap. Matanya cuba dilelapkan sepanjang perjalanan. Berharap bahawa ini semua hanya mimpi ngeri yang akan berakhir sebaik dia tersedar dari tidur.
Tangannya memegang rantai pemberian Adi Ashraf sebelum melelapkan mata selepas kepenatan seharian. Tak lama kemudian, dia dikejutkan dari lena apabila sudah sampai di destinasi yang dituju. Dia segera keluar dari perut kereta bersama beg pakaiannya selepas membayar tambang teksi tersebut.
Matanya diliarkan pada sekeliling pekarangan rumah yang sudah lama tidak dilawat olehnya. Dia menghela nafas lega selepas dapat berada di situ sekali lagi iaitu rumah peninggalan arwah Naufal suatu tika dahulu.
Segalanya masih sama seperti dahulu. Tujuannya ke situ adalah untuk mengalihkan perhatiannya daripada terus memikirkan perpisahannya bersama suaminya tetapi mengimbau kembali kenangan bersama arwah Naufal. Sedikit sebanyak diharapkan dapat menyembuhkan hatinya yang terluka.
Selama ini dia tak dapat melawat rumah tersebut kerana mengandungi terlalu banyak kenangan bersama Naufal sehingga dia menyewakan rumah tersebut. Namun kini, syukur dia sudah dapat menerima kenyataan dan menerima ujian itu dengan terbuka.
Dia menuju ke bilik tidur untuk membersihkan diri sebelum merebahkan diri diatas katil. Usai itu, dia menunaikan solat mahu memohon petunjuk dari Tuhan dan mendoakan yang baik dan terbaik sahaja untuk perkahwinannya bersama Adi Ashraf. Akhirnya, pada malam itu dia tidur dengan perasaan sunyi yang menyelubungi diri dan sedih.
Seminggu kemudian,
"Riana, makanlah. Nanti kau sakit macam mana?" tegur Haris Irfan sejak dari tadi.
Sudah seminggu berlalu sejak kejadian itu tetapi Adi Ashraf langsung tidak cuba menghubungi Ariana. Namun Ariana tetap menunggu panggilan daripada suaminya.
Dia masih tidak berputus asa. Dia tahu perkahwinan mereka masih mempunyai harapan dan peluang untuk bahagia sekali lagi.
"Haris, aku tak lapar. Aku penat. Aku nak balik." jawab Ariana lemah. Dia memang tidak mempunyai selera pada ketika ini. Dia hanya mahukan Adi Ashraf.
Haris Irfan melepaskan keluhan berat. Tak suka melihat keadaan Ariana yang lemah dan tidak berdaya. Tidak ubah seperti keadaaannya selepas ketiadaan arwah Naufal dulu. Mujurlah dia dapat menghubungi Ariana apabila menyedari sahabatnya yang hilang tiba-tiba.
Dia tahu Ariana sedang mengalami kesukaran sekarang ini tetapi dia sedikit kecewa apabila sahabatnya itu sendiri tidak meminta pertolongannya selepas apa yang dilakukan selama ini. Perpisahan mereka benar-benar memberikan kesan mendalam pada Ariana. Membuatkan Haris Irfan serba salah kerana tahu itu yang akan terjadi pada Ariana pada akhirnya.
"Riana, kau fikirkan Adi lagi ke? Riana jangan sakitkan diri kau lagi. Kalau dia betul-betul sayang dia mesti akan tanya khabar kau. Tapi tengoklah apa dia buat. Ariana, please. Aku tak suka tengok kau macam ni." ucap Haris Irfan cuba menghalang Ariana terluka dengan teruk lagi.
Ariana mengalirkan air mata selepas mendengarkan kata-kata Haris Irfan. Dia tahu apa yang dikatakan oleh sahabatnya benar tetapi dia masih mahu mempercayai suaminya. Tahu Adi Ashraf masih cintakan dirinya.
"Macam aku nak berhenti fikirkan pasal dia Haris? Aku cintakan dia. Aku yang salah. Kalau aku tak buat semua ni, mesti Ash tak minta aku tinggalkan dia. Tak boleh ke aku bahagia, Haris? Lepas Naufal, Ash. Aku memang tak layak untuk bahagia ke?" tanya Ariana sebak sebelum menghamburkan tangisan yang ditahan selama seminggu ini. Dia cuba berpura-pura kuat tetapi akhirnya dia lemah.
Haris Irfan mula bersimpati pada nasib Ariana. Dia tak dapat merasai apa yang dilalui oleh sahabatnya itu tetapi dia tahu sukar untuk Ariana menerima semua itu. Dia tahu Ariana seorang yang kuat. Tetapi sekuat mana pun seseorang pasti ada suatu kelemahan yang membuatkan dia lemah pada akhirnya.
"Kau layak bahagia, Riana. Tapi dengan orang yang sepatutnya. Sabar, kau kuat Riana."
???????????????????
Izz Faris mengetuk pintu pejabat milik Adi Ashraf beberapa kali. Mahu mengajak Adi Ashraf untuk makan tengah hari bersamanya memandangkan selepas ketiadaan Ariana keadaan Adi Ashraf tidak terurus.
Perpisahan suami isteri itu meninggalkan kesan yang mendalam pada Adi Ashraf. Izz yakin perkara yang sama berlaku pada Ariana. Sudah jelas lagi nyata mereka memerlukan satu sama lain.
Sejujurnya, dia berasa bersalah kerana mengatakan kebenaran kepada Adi Ashraf walaupun itulah perkara yang sepatutnya yang dia lakukan. Kalau dia tahu semua ini akan terjadi sehingga sebegini sekali mungkin dia akan mempertimbangkan dahulu sebelum memberitahu Adi Ashraf dahulu.
Namun semuanya sudah terjadi. Sudah terlambat untuk dia menyesal tentang apa yang telah berlaku. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini. Tuhan itu adalah sebaik-baik perancang.
"Adi, jom lunch." ajak Izz Faris mesra. Dia mendekati Adi Ashraf yang kelihatan kusut dengan fail-fail yang bertimbun di atas mejanya.
"Kau pergilah. Aku sibuk. Banyak proposal nak kena submit." balas Adi Ashraf cuba menyibukkan diri dengan urusan kerja. Mahu melupakan masalah rumah tangganya yang masih tidak selesai.
Izz Faris melepaskan keluhan panjang. Dia sudah sedia maklum dengan sikap Adi Ashraf yang suka menyibukkan diri untuk mengelak dari masalah yang dihadapi berbanding menyelesaikannya.
"Adi, stop." arah Izz Faris menggunakan nada yang serius. Adi Ashraf memandang wajah Izz Faris dengan tanda tidak faham maksud di sebalik kata-kata itu.
"Stop, what?" balas Adi Ashraf dengan nada yang sama. Failnya ditutup semula. Matanya menikam tajam anak mata milik Izz Faris.
"Stop running from your problems. Sampai bila kau nak macam ni, Adi? Kau tak sayang Ariana ke hah?" tanya Izz Faris mula mendekatkan diri pada Adi Ashraf.
"No, kau yang stop, Izz. Aku tahu apa aku buat. Siapa kata aku tak sayang Riana? Aku sayang dia." balas Adi Ashraf tak mahu kalah.
"Kalau sayang, pergi cari dia. Jangan buat dia tertunggu-tunggu macam ni, Adi. Dia masih isteri kau yang sah. Selesaikan masalah ni. Bukan lari macam pengecut." ucap Izz Faris sambil menudingkan jari pada dada Adi Ashraf mahu menyedarkan rakannya itu.
"Aku pengecut? Jaga urusan kau sendiri Izz! Jangan masuk campur rumah tangga aku!" marah Adi Ashraf lalu melanggar bahu Izz Faris dengan kuat. Egonya tercabar apabila dia dikatakan pengecut.
"Kenapa kau kisah sangat pasal Riana? Oh sebab kau sayangkan riana kan?" ucap Adi Ashraf lagi mahu mencabar Izz Faris kembali.
"Adi!" ucap Izz Faris dengan nada yang sedikit tinggi. Tak sangka Adi Ashraf membangkitkan isu itu.
"Kenapa kau ingat aku tak tahu." balas Adi Ashraf dengan berani. Mahu melihat reaksi rakannya apabila sudah kantoi. Dia terlalu mengikutkan perasaan pada ketika itu.
"Jangan merepek." ucap Izz Faris memberi amaran. Tangannya sudah menarik kolar baju Adi Ashraf. Mahu melihat sekiranya Adi Ashraf masih berani mahu membuka mulut.
"Siapa yang merepek? Kau nakkan Riana kan fine, ambik dia! Aku akan ceraikan dia kalau kau nak! " jerit Adi Ashraf sekuat hati dipenuhi dengan amarah apabila memikirkan Izz Faris merampas Ariana darinya.
"Adi Ashraf!" tengking Izz Faris sebelum melayangkan penumbuk pada wajah Adi Ashraf.
"Jaga mulut kau! Ariana tu isteri kau! Hormat dia sebagai isteri. Jangan sampai aku ambik dia dari kau betul-betul. Mark my words, Adi. Aku tak main-main." ucap Izz Faris memberi amaran sebelum berlalu pergi dari situ.
Dia melepaskan kolar baju Adi Ashraf. Bibirnya melepaskan keluhan tanda kecewa dengan Adi Ashraf. Tak sangka sahabatnya melampau sehingga sebegitu sekali. Adi Ashraf terduduk. Rahangnya yang sakit dipegang. Tahu bakal menjadi lebam. Matanya dipejamkan kesal dengan tindakan bodohnya. Dia tak dapat berfikir dengan betul tanpa isterinya.
"Apa dah jadi dengan aku? Riana mana? Abang perlukan Riana."
Updated!
Next update, tomorrow maybe?
Stay tune ?
Don't forget to vote
And leave a comment!
By the way, really
sorry for the too late update, i know ??
Thanks for those that still waiting ??
So actually this week is my exam week for sem 2, that's why I'm so busyyyy??
Tomorrow i have online class from 9pm until 1pm, that's mean i will update late again okay?
I'll do my best for you guys, don't worry??
Doakan author dapat pointer 3.5 and above okay! Thanks sweetie ??
Share this novel