BAB 3

Romance Completed 20930

“ Assalamualaikum, ibu ! Humaira dah balik ni… Bukalah pintu ! ” Kata Humaira sebaik sahaja sampai di hadapan pintu rumahnya.

“ Waalaikummussalam ! Kejap ! ” Kedengaran suara ibunya di dalam rumah itu. Beberapa saat kemudian, ibu Humaira menguak pintu untuknya. Humaira mengukirkan senyuman sebelum mencium tangan ibu kesayangannya. Kemudian, Humaira memeluk ibunya.

“ Awal sampai ! ” Kata ayah Humaira yang entah dari mana muncul.

“ Ya, ayah ! Ayah apa khabar ? ” Humaira bertanya khabar ayahnya. Rindu benar rasanya… Ayah Humaira tersenyum. “ Alhamdulillah, sihat ! ” Jawab ayah Humaira. Tanpa berfikir dua kali, humaira segera meluru mendapatkan ayahnya. Dia memeluk dan mencium pipi ayahnya. Sebetulnya, Humaira lagi rapat dengan ayah daripada ibu. Al- maklumlah sahajalah, ibunya dan singa sama naik. Kesimpulan, Humaira anak ayahnya !

“ Maira ! Ayah dah sediakan puding strawberi, kek coklat dan jus epal kegemaran Maira… ” Kata ayah Humaira.

“ Betul ke ? Ayah memang terbaik ! ” Humaira mengangkat ibu jarinya. Ibu Humaira mula menjuihkan bibirnya kerana dia tidak perpuas hati langsung dengan kata- kata suaminya.

“ Maira… Bukan ayah yang sediakan… Tapi, ibu ! ” Kata ibu Humaira. Humaira melihat ayahnya. Dari tadi lagi dia sudah tahu ayahnya berpura- pura. Maksud ‘ terbaik ’ yang terpancul dari bibirnya tadi ialah terbaik kerana ayahnya pandai berbohong… Hahaha!!!

“ Maira tahulah ibu ! Ayah tu…, bukannya pandai masak… Ibu ingat tak masa ayah nak buktikan kepada ibu yang dia pandai masak ? ” Humaira cuba mengimbas kembali peristiwa yang telah lama terjadi.

“ Ermm…, yang goreng telur tu ke ? ” Ibu Humaira cuba mengagak.

“ Ya ! Maira ingat lagi… Masa tu, ayah nak goreng telur mata… Biasanya telur mata bentuknya bulat… Tapi… ” Humaira terpaksa mematikan kata- katanya. Perutnya terasa senak kerana menahan ketawa. Ibunya juga turut ketawa.

“ Telur mata yang ayah Maira goreng jadi bentuk segi tiga… ” Kata ibu Humaira sebelum menyambung ketawa terbahak- bahaknya. Ayah Humaira hanya tersengih- sengih. Merah padam mukanya kerana menahan malu yang amat.

“ Maira tak tahulah macam mana telur mata yang ayah goreng tu boleh jadi bentuk segi tiga. Sampai sekarang Maira tak tahu… Yang paling teruk, ayah pakai topi keledar semasa memasak telur tu… Katanya mahu menjaga keselamatan diri daripada terkena percikan minyak panas… ” Humaira dan ibunya ketawa sampai terguling- guling di atas lantai. Mereka berdua tidak dapat lagi menahan diri daripada terus ketawa. Ayah Humaira pula hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaiman untuk menghentikan ketawa anak dan isteri kesayangannya itu.

“ Ibu… ” Tempik Humaira. Disebabkan perutnya terasa senak, maka nada suaranya menjadi tinggi.

“ Sakit perut ! Sakit… ” Sambung Humaira lagi.

“ Dah lah ! Maira… Jom kita pergi dapur… Kalau tak, makanan kegemaran Maira akan masuk dalam perut ayah… ” Tangan Humaira ditarik oleh ayahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience