Rate

Bab 4 Cuba Menerima

Romance Completed 278243

Malam itu Adib merapikan mejanya sambil menyusun buku-buku rujukan matematik tingkatan 3 dan tingkatan 5. Serta soalan-soalan terbaik SPM sebagai bahan rujukan untuk dia mengajar nanti.

Selesai merapikan mejanya, Adib terus merebahkan badannya diatas katilnya yang bersaiz king. Dia menatap lelangit biliknya, fikirannya melayang entah kemana-mana. Adib tidak pernah menyangka, diumurnya yang berangka 22 tahun ini dia akan dijodohkan dengan anak sahabat ayahnya iaitu Anis Umairah. Untuk merealisasikan impian ayahnya, dia terpaksa bersetuju menerima Anis Umairah dalam hidupnya. Adib teringat dengan perdebatan dirinya dengan ayahnya tempohari.

Flashback on

"Wah sedap-sedap ya ibu masak malam ni, ada apa-apa ke ni?" Tanya Adib sambil melahap makanan yang ada didepannya.

"Ibu senang hati saja, Adib makan pelan-pelan ya." Ucap ibu dengan senyuman bahagianya.

"Lepas makan ni, ada ayah nak cakap sikit dengan Adib." Sahutnya dengan tegas sambil menyantap makanannya.

"Apa ayah nak cakap tu, macam penting saja." Ucap Adib sambil melirik ayahnya.

"Time makan tak payah dulu bercakap, tak baik." Sahut ibu menasihati.

Mereka pun makan dalam diam, hinggalah santapan makan malam berakhir. Encik Amri pun duduk di sofa ruang tamu bersama isterinya Puan Saleha.

"Adib datang ke sini sebentar dekat ayah, ada ayah nak cakap benda penting. Harap Adib boleh jadi anak yang mengenang jasa."

Adib mengerutkan dahinya sambil mendekati kedua ayah dan ibunya.

"Ada apa ayah?"

"Sebenarnya, Adib ayah sudah jodohkan dengan anak kawan ayah sejak kecil lagi." Ucap Encik Amri hati-hati.

"Jadi!!"

"Sekarang masanya kawan ayah menagih janji tu, kami sepakat genap umur Adib 22 tahun akan dinikahkan dengan anak kawan ayah." Sahutnya lagi sambil menatap Adib tegas.

"Kalau Adib menolak boleh ke ayah? Adib nak cari calon isteri sendiri, Adib tak nak di jodoh-jodohkan. Ini bukan zaman Siti norbaya." Jawab Adib ingin membantah.

"Adib belum tengok lagi anak sahabat ayah tu, budaknya manis saja." Kata ibu dengan senyuman.

"Ayah harap Adib dapat terima perjodohan ini." Ucap Encik Amri dengan tegas.

"Bila Adib start mengajar?"

"Hari isnin minggu depan Adib lapor diri terlebih dahulu. Kenapa ayah?"

"Budak Anis tu sekolah tempat Adib mengajar nanti." Jelasnya dengan senyuman.

"Biar betul ayah!! Masih sekolah??" Adib terkejut dengan kenyataan yang baru saja ia ketahui.

Adib mundar-mandir didepan ayah dan ibunya. Kepalanya jadi pening.

Puan Saleha mengangguk pelan membenarkan setiap ucapan suaminya.

"Dengan budak hingusan ayah jodohkan Adib?" Sahut Adib sukar untuk dipercaya.

Ayah cuma melihat Adib tegas.

"Tolong Adib dengar cakap ayah dengan ibu kali ni, jangan asyik nak membantah saja. Cuba Adib duduk tenangkan diri." Kata Encik Amri lagi.

"Ibu percaya, lepas Adib kenal budak Anis tu...pasti Adib akan jatuh cinta." Ucap Puan Saleha lembut menenangkan hati anaknya.

"Ya Allah ibu, budak Anis tu tingkatan berapa?" Sahut Adib resah sambil memicit-micit kepalanya pelan.

"Anis Umairah tu tingkatan 5, pelajar cemerlang di SMU tempat Adib mengajar nanti." Jawab Puan Saleha lembut menatap anaknya dengan penuh kasih sayang, dijaga dari kecil bagai menatang minyak yang penuh.

"Ayah tak mau ada bantahan." Ucap Encik Amri tegas.

"Baiklah ayah, Adib akan cuba terima perjodohan ini." Sahut Adib resah.

"Begitu la anak kesayangan ibu." Sahut Puan Saleha dengan senyuman yang mengembang.

"Alhamdulillah, terima kasih Adib...ayah harap Adib ikhlas dengan perjodohan ini." Ucap Encik Amri dengan senyuman datarnya.

"Insya Allah ayah, Adib akan cuba menerima perjodohan ini." Sahut Adib cuba tenangkan dirinya.

Flashback off

Adib cuba melelapkan matanya dengan mendengar zikir-zikir dari earphonenya. Tanpa disedari Adib terlelap dengan sendirinya.

*********************************

Setelah selesai solat isyak dan mengaji Al Quran, Anis merapikan sejadah dan telekungnya sebelum menyelesaikan kerja sekolah yang telah diberi. Anis langsung duduk dikerusi meja belajarnya, sambil meneliti satu-satu buku yang ada didalam beg sekolahnya.

Ada 3 mata pelajaran yang telah diamanahkan oleh guru-gurunya untuk dibawa pulang dan diselesaikan dirumah. Bahasa English, Pendidikan Agama Islam dan Matematik.

Anis tersenyum kecut melihat buku aktiviti matematik, baru 1 hari mengajar tapi Cikgu Adib yang mengajar matematik memberi kerja sekolah bukan calang-calang banyaknya. Nasib Anis dah tahu rumusnya dan jalan penyelesaian setiap soalan-soalan yang diberi.

"Alah, hujung kuku saja ni." Ucapnya pada diri sendiri.

Anis menyelesaikan soalan matematik selama 30 minit lamanya, hingga lenguh jari-jari Anis menulis.

Setelah menyelesaikan kerja sekolah matematik, Anis mengerjakan pula kerja sekolah Bahasa English dan Pendidikan Agama Islam.

Ketika Anis menyalin kerja sekolah agama Islam, tiba-tiba Puan Zulaikha mengetuk pintu bilik dan masuk duduk di atas katil Anis.

"Anis kesini kejap dekat umie." Ucap Puan Zulaikha pada Anis sambil menepuk-nepuk lembut katil disebelahnya.

Anis terhenti menulis lantas menoleh kearah Puan Zulaikha.

"Ada apa umie?"

"Ada umie nak cakap sikit."

Anis pun bergerak ke arah Puan Zulaikha, dan duduk ditempat yang diarah oleh Puan Zulaikha.

"Minggu depan kita nak buat kenduri kesyukuran kecil-kecilan, jadi umie harap Anis siap-siap ya." Ucap Puan Zulaikha dengan senyuman.

Anis mengerutkan dahinya.

"Kenduri kesyukuran sempena apa umie?" Soal Anis ingin tahu.

"Adalah, yang penting nanti Anis kena siap-siap ya." Sahut Puan Zulaikha sambil mengusap lembut kepala Anis.

"Baik umie." Sahut Anis tanpa rasa curiga.

"Sudah besar rupanya anak umie." Ucap Puan Zulaikha lagi, sambil merapikan rambut Anis.

Anis cuma tersenyum melihat tingkah Puan Zulaikha, secara tak langsung Anis merasa bahagia dengan setiap layanan umie dan abahnya selama hidupnya. Penuh dengan kasih sayang dan perhatian.

"Umie keluar dulu, Anis sambung buat kerja sekolah ya." Ucap Puan Zulaikha sambil berdiri menuju ke pintu.

"Okay umie." Jawabnya sambil tersenyum.

"Jangan tidur lewat sangat ya." Pesan Puan Zulaikha sebelum menutup pintu bilik Anis.

"Baik umie!" Sahut Anis pelan.

Setelah memastikan Puan Zulaikha betul-betul sudah meninggalkan biliknya, Anis melanjutkan menyelesaikan kerja sekolahnya yang tertunda.

Tepat jam 10.30 malam, kerja sekolah Anis semua dah selesai dan dia pun berinisiatif menyusun jadual untuk keesokan harinya pula.

Anis akan memastikan setiap buku yang dibawanya esok tidak ada yang ketinggalan.

Setelah berpuas hati kerana urusan sekolahnya sudah selesai, Anis mengambil novel remaja yang dibelinya tempohari secara online.

Anis merebahkan badannya sambil menatap lurus buku novel yang dibelinya. Kemudian dia membaca dan cuba menghayati setiap bait-bait tertulis dinovel tersebut.

Tanpa Anis sedari, dia tertidur ketika membaca buku tersebut.

Kring kring kring
Kring kring kring

Jom loceng Anis berbunyi. Dia cuba bangun dan melihat jam loceng tersebut.

"Hah, habislah aku terlambat." Ucap Anis terpekik pelan.

"Ya Allah ibu, budak Anis tu tingkatan berapa?" Sahut Adib resah sambil memicit-micit kepalanya pelan. "Anis Umairah tu tingkatan 5, pelajar cemerlang di SMU tempat Adib mengajar nanti." Jawab Puan Saleha lembut menatap anaknya dengan penuh kasih sayang, dijaga dari kecil bagai menatang minyak yang penuh. "Ayah tak mau ada bantahan." Ucap Encik Amri tegas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience