"Nak,mana wad yang Ishtar duduk?"soal Mak Cik Yah kepada Zack.
Mereka suami isteri sudah menunggu lama di bawah.Dan tiba-tiba ternampak Zack yang lalu di situ.
Mereka boleh sahaja pergi terus mencari wad yang menempatkan Ishtar.
Tetapi akibat usia mereka yang sudah tua,kaki yang sedikit lemah dan cepat lenguh membuatkan mereka menunggu lelaki-lelaki yang membawa Ishtar ke hospital di tingkat bawah.
"Ouh,mak cik,pak cik"
"Mari saya bawak"Zack terus mengambil beg yang berada di tangan suami Mak Cik Yah kemudian berjalan seiringan dengan sepasang suami isteri itu.
"Ni biliknya"ujar Zack.Tiada siapa berada di luar wad itu.
"Mana pulak tuan pergi?"soal Zack di dalam hati.
Mak Cik Yah dan suaminya terus melangkah masuk ke dalam bilik Ishtar.
Zack terus menyeluk poket seluarnya untuk mengambil telefon bimbit.
Dan terus menelefon tuannya tetapi tidak diangkat.
Tiba-tiba dia teringat sesuatu.Kakinya terus melangkah pergi dari wad Ishtar.
Zack terus membawa langkahnya ke arah tempat memandikan jenazah.
Dan dia ternampak Eidlan sedang memegang janin yang dibaluti dengan kain kafan.
Perlahan-lahan dia mendekati tuannya.
Waktu itu juga dia mendengar perlahan Eidlan berkata-kata.
"Maafkan daddy sayang"
"Maafkan daddy sebab buat ibu macam tu"
"Maafkan daddy sebab tak jaga ibu dan baby dengan baik"
"Daddy akan cuba bahagiakan ibu"
"Itu janji daddy"
"Bye sayang"
Eidlan menitiskan air matanya.Dan itu merupakan kali pertama bagi Zack melihat tuannya berkelakuan begitu.
"Tuan"panggil Zack membuatkan Eidlan dengan secepat mungkin mengelap air mata yang mengalir di pipinya.
"Ya"
"Tuan,pak cik dengan mak cik tu dah ada dalam bilik cik Ishtar"
"Ouh,ok"
"Aku nak kau uruskan jenazah anak aku ni"
"Dengan baik"
"Aku ada hal sekejap"ujar Eidlan lalu melangkah keluar dari situ.
"Tuan,saya tahu tuan dah mula jatuh hati dekat cik Ishtar"Zack tersenyum kecil.
"Tukk...tukk"bunyi ketukan di pintu membuatkan Mak Cik Yah dan suaminya terus memalingkan muka ke arah pintu tersebut.
"Masuklah"ujar Mak Cik Yah.
Eidlan terus melangkah masuk.Muka Mak Cik Yah dan suaminya Pak Cik Mat terus melebarkan senyuman.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
"Kamu ke mana tadi?"soal Pak Cik Mat.
"Saya uruskan bil hospital"
"Lah buat susah kamu ja.Pak Cik sepatutnya yang bayarkan"
"Tak susah pun Pak Cik"
"Pak Cik boleh tak saya nak cakap sikit.Dekat luar"
"Boleh...boleh"Pak Cik Mat terus berdiri kemudian mengikuti langkah Eidlan ke luar.
"Ada apa ya?"
"Macam ni Pak Cik.Sebenarnya saya dah kenal Ishtar dah lama"
"La dah kenal lama ka.Awat tak bagitahu"ujar Pak Cik Mat lalu ketawa.
"Dan sebenarnya Pak Cik,Ishtar mengandungkan anak saya"ujar Eidlan.
Pak Cik Mat terdiam.Telinganya cuba memastikan apa yang dicakapkan oleh anak muda di hadapannya.
"Kamu tak bohong kan.Setahu Pak Cik, Ishtar ni budak baik.Dia tak pernah buat benda yang tak senonoh macam tu"
"Memang Pak Cik dia baik.Tapi saya yang jahat.Saya yang buat dia mengandungkan anak saya.Dan sekarang anak saya dah meninggal"
"Meninggal?"
"Ya.Sewaktu dalam perjalanan ke hospital,Ishtar mengalami pendarahan"
"Habis tu sekarang apa yang kamu nak cakap sebenarnya"suara Pak Cik Mat bertukar menjadi tegas.
"Saya nak kahwin dengan Ishtar"ujar Eidlan berterus terang.
"Pak Cik sebenarnya tak ada kaitan dengan keluarga Ishtar.Pak Cik dengan Mak Cik cuma berjiran dengan dia"
"Dan setahu Pak Cik juga,mak dan ayah Ishtar anak tunggal dan anak yatim piatu"
"Tak apa Pak Cik.Saya cuma nak Pak Cik dan Mak Cik tolong saya uruskan majlis perkahwinan saya dengan Ishtar"
"Kamu yakin,Ishtar nak kahwin dengan kamu?"soal Pak Cik Mat tiba-tiba membuatkan Eidlan terdiam.
"Saya tak pasti.Yang saya tahu dia benci dengan saya.Tapi saya nak bertanggungjawab atas apa yang pernah saya buat"
"Pak Cik faham niat baik kamu.Tapi kamu perlu tanya Ishtar sendiri.Insyallah kalau kamu ada sedikit pertolongan yang nak diminta kamu boleh cari Pak Cik dengan Mak Cik"
"Terima kasih sudi tolong saya"
"Sama-sama"
Share this novel