Bab 101

Romance Completed 207871

Intan melangkah keluar dari bilik air dengan sudah siap menukar pakaian tidur bersama aksesori tambahan, seluar dalam Caden. Caden pula berada di birai katil sementara menunggu Intan.

Sebaik Intan melangkah keluar, Caden memerhatikan Intan dari keluar bilik air hinggalah melangkah merapatinya. Intan yang melihat perangai Caden sudah berkerut dahi. Dah kenapa Caden ni..

"Abang tengok apa?" soal Intan pada Caden.

Dari tadi lagi dok perhatikannya. Ada yang tak kena ke? Takkan Caden marah dia sebab pakai seluar dalam tu kot. Bukan baru hari ni, dah lebih seminggu kan. Sebaik Intan hampir, ditarik Intan supaya duduk di ribaannya. Intan kemudian melabuhkan duduk, terus tangan Caden masuk di bawah baju tidur Intan dan melekap rapat tangan Caden di dada Intan. Terperanjat Intan dengan tingkah Caden. Kalau sekadar melekap tak apa, tapi diramasnya pula.

"Abang. What are you doing?" soal Intan. Dah kenapa Caden malam ni, lain macam perangainya.

"Your breast getting bigger.. and soft like a masrhmellow" ucap Caden sambil tangannya meramas lembut dada Intan.

"Abang, why you weird tonight, like pervert" soal Intan pelik. Caden yang menyedari tingkahnya yang pelik dengan pantas menarik tangan keluar dari pakaian tidur Intan.

"Sorry sayang. I want to confirm something" kata Caden pada Intan sambil memeluk tubuh Intan yang masih berada di ribaannya.

"Confirm what?" soal Intan pula. Macam-macam la dia ni. Tah apa la yang nak dipastikan pun tak tahu.

"Kalau abang tanya sayang jangan marah okay" kata Caden lalu melabuhkan cium di pipi Intan. Intan sudah memaut leher Caden dan merenung wajah Caden yang sudah rapat di wajahnya.

"Apa?" soal Intan. Aneh-aneh la..

"Abang rasa perangai sayang pelik sejak akhir-akhir ni. Sebelum ni tak pernah nak bawa baju kemeja abang yang dah pakai ke tempat kerja."

"Lepas tu ni.." sambung Caden lagi sambil tangannya mengusap seluar dalamnya yang dipakai Intan.

"Sayang pakai seluar dalam abang, dua lapis ni. Tak panas ke? dalam dah ada seluar dalam sayang, kat luar pakai lagi seluar dalam abang pulak."

"And then, selera sayang dah bertambah. Dah tak fikir pasal berat badan. Kalau sebelum ni, makan ala kadar saja. Buat alas perut tapi sekarang siap bertambah lagi.." kata Caden. Intan yang mendengar sudah terkaku. Baru dia terfikir.

"Hm.. sayang tak terfikir pula.. kalau abang tak cakap, sayang memang tak perasan. Tapi kenapa sayang jadi macam ni pulak. Takkanlah.." terus Intan menutup mulut dengan tangannya. Tiba-tiba Intan mahu bangun dari ribaan Caden tapi dihalang tangan Caden yang melilit pinggang.

"Sayang nak ke mana?" soal Caden cuak. Ah, dah kenapa pulak ni. Aku salah cakap ke.

"Tak.. sayang nak ambil phone kejap. Kejap je.." kata Intan lalu bangun mengambil telefon yang sedang dicharge di plug dan diletakkan di meja di hujung bilik tidur. Selepas plug dicabut, telefon diambil dan kaki melangkah menuju ke arah Caden dan dipanjat semula ribaan Caden.

Caden hanya memerhatikan tingkah Intan.

"Sayang tengok apa?" soal Caden sambil menjenguk ke skrin telefon.

"Kalendar?" soal Caden pelik.

"Abang.." panggil Intan dengan wajah macam orang nak menangis.

"Eh eh.. kenapa ni" soal Caden bimbang.

"Period sayang dah lewat lebih seminggu.." kata Intan dengan air mata yang sudah bertakung di tubir mata.

"Okay.. so?" soal Caden tidak faham.

"I think I'm pregnant.." kata Intan. Terus terkaku Caden. Terkelip-kelip matanya.

"Apa?" soal Caden seakan tidak percaya.

"I think I'm pregnant.." ulang Intan.

"Sorry.." kata Intan lagi sambil menghamburkan tangis di bahu Caden.

"Sayang.. hey.. kenapa menangis ni.." soal Caden lalu memeluk Intan rapat ke dadanya dan diusap perlahan belakang Intan.

"I know you mad" kata Intan yang masih dalam pelukan itu.

"Kenapa abang nak marah pula.. Abang bersyukur sangat. Sungguh abang tak sangka" balas Caden lalu melonggarkan pelukan.

"Abang tak marah? Abang okay kalau sayang mengandung?" soal Intan tidak percaya.

"Of course tak marah. Happy lagi ada. Kenapa sayang cakap abang marah pula?" soal Caden tidak faham.

"Alice pernah cakap dulu yang abang tak nak anak" kata Intan. Bergerak-gerak rahang Caden bila mendengar apa yang dikatakan Intan. Mujurlah Alice dah tiada, kalau tidak. Memang nahas!

"Sayang.. kenapa nak dengar cakap Alice? dia siapa. Oh, shit!" marah Caden kemudian pantas bibir dikemam.

"Sorry, abang bukan marah sayang" laju Caden mohon maaf lalu mata Intan yang basah diciumnya sebelum diseka dengan jari.

"Sekarang macam ni, apa kata kita check, tengok samada sayang betul pregnant atau tak. Boleh?" soal Caden teruja sambil diusap rambut Intan yang mengurai.

"Boleh tu memang boleh tapi farmasi dah tutup kalau nak pergi beli pregnant test tu.." jawab Intan sambil air mata diseka dengan belakang tangan. Caden sudah tersenyum. Intan yang ada diribaan diangkat dan diletakkan di birai katil lalu kaki melangkah laju ke bilik kerja dan plastik yang mengandungi pregnant test diambil lalu diserahkan pada Intan.

"Apa ni?" soal Intan tidak faham.

"Pregnant test. Abang beli masa balik dari metting tadi" jawab Caden. Terdongak Intan memandang Caden.

"Abang ada tanyakan hal sayang pada Shira dan dia cakap sayang maybe pregnant dan minta abang belikan test kit ni." kata Caden lagi.

"Abang tanya Shira?" soal Intan.

"Carlos juga" tambah Caden.

"Kak Sal pun.." Intan yang mendengar dah ternganga mulutnya.

"Oh.. itu yang tadi perangai pelik-pelik. Mesti Shira yang suruhkan.. Ish, perempuan ni.. ajaran sesat betul la" kata Intan lalu berdiri dan kaki mula melangkah menuju ke bilik air.

"Ya dan tak" balas Caden. Memang ya Shira ada cakap mengenai dada tapi tak la suruh dia buat macam tadi. Itu, dia yang pandai-pandai sendiri.

"Sayang nak ke mana?" soal Caden pada Intan yang sudah merapati bilik air.

"Bilik air la. Takkan nak test kat situ pulak" kata Intan sambil menolak daun pintu bilik air.

"Abang nak ikut!" laju Caden berkata.

"Eh, mana boleh. Abang tunggu luar" kata Intan lalu pintu bilik ditutup rapat tanpa sempat Caden membalas.

"Ish, dia tutup pintu" kata Caden sendiri. Hampir sepuluh minit Intan di dalam bilik air belum ada tanda-tanda nak keluar.

"Sayang.. dah ke belum?" soal Caden.

"Kejap la.. ingat senang ke nak kumpul air dalam pundi kencing ni.." jerit Intan dari dalam.

"Alah.. apa yang susahnya.." kata Caden sendiri. Tiba-tiba dengar Intan menjerit di dalam. Laju tangan menolak daun pintu. Cis, tak kunci rupanya, kalau tau, tadi lagi dia masuk.

"Sayang, kenapa ni. Sayang okay ke?" soal Caden pada Intan yang sedang duduk di atas bowl sambil memegang test kit di tangan. Lalu test kit ditunjukkan pada Caden. Caden hanya melihat tapi tidak faham. Blur sahaja wajahnya.

Tadi di farmasi cuma diajar cara guna tidak diajar apa maknanya keputusan tu nanti. Dilihat pada kedua-dua alat yang dipegang Intan itu menunjukkan jawapan yang berlainan. Yang satu ada dua line dan yang satu lagi simbol tambah atau pangkah. Kepala digaru.

"Kenapa tak sama?" soal Caden. Intan yang mendengar rasa nak diketuk kepala Caden dengan test kit di tangannya itu.

"I'm pregnant." jawab Intan sambil memandang Caden.

"Are you serious?" soal Caden. Intan hanya mengangguk. Lalu tubuh Intan dipeluk rapat dan didukungnya.. tak kira dua line ke tiga line tambah ke pangkah ke yang penting I'm going to be father..

"Thanks sayang.. I'm so happy" wajah Intan bertalu diciumnya naik lemas Intan jadinya.

"Okay.. kalau macam tu esok abang tak masuk office, sayang pun sama. Nanti abang minta Carloa bagitau Shira untuk minta excuse. Kita ke hospital jumpa Dani" kata Caden.

"Jumpa Dani? Dr. Dani? nak buat apa?" soal Intan pelik.

"Nak buat check up, the real one" balas Caden.

"Abang.. Dr Dani tu bukan doktor sakit puan. Kita boleh buat test ni di mana-mana klinik swasta je" kata Intan. Hai la.. nak ketawa ke nak sedih ni..

"Oh.. macam tu ya. Hm.. kalau macam tu kita ke klinik esok tapi biar Carlos carikan klinik yang sesuai. Cari yang doktornya perempuan" kata Caden sambil tersenyum. Ish! tak habis-habis perangai jealousnya tu..

"Iya lah abang sayang.." balas Intan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience