Hana Aishah merenung ke luar jendela melihat pemandangan yang tidak pernah gagal membuatkan dia teruja. Pemandangan yang menandakan akan bermulalah momen – momen bahagia Hana Aishah. Daripada zaman kanak – kanaknya sehinggalah dia sudah besar panjang. Air mata yang disangka sudah penat mahu mengalir kembali bertakung.
Selepas isyak tadi mereka bertolak pulang ke kampung halaman Teacher Basirah. Sepatah dia tidak berbicara dengan keluarganya. Hatinya masih sakit memikirkan hakikat yang disembunyikan ibu bapa dan adik beradiknya.
“Where are you going Hana? Em ikut” wajah kecewa Emir apabila Hana Aishah menggelengkan kepalanya menolak permintaan Emir masih segar di mindanya tetapi kehilangan kali ini bukan satu kehilangan yang mampu dia lalui dan lupakan dalam masa sehari.
Kehadiran Emir akan menyukarkan lagi keadaan untuk Hana Aishah. Penerimaan keluarganya terhadap Emir bukanlah sesuatu yang baru tetapi Hana Aishah tidak mahu fikirannya diganggu masalah lain saat itu. Fokusnya hanya satu. Melepasi fasa perpisahan yang tidak dapat dia lalui 2 tahun lepas.
~You are not ok. Lets go back to London. For once think about you. Not even Adam~ Emir
Hana Aishah melihat kembali pesanan whatsapp daripada Emir. Berulang kali dia membuka dan membaca pesanan itu. Mindanya serabut. Kenapalah susah sangat hidup dia. Setiap hari ada sahaja ujian yang datang. Hana Aishah penat sangat. Penat yang tidak mampu dia ungkap.
“We`ll stop at the R&R ok sayang. You haven’t eaten anything the whole day. You`ll get stomach upset” suara tenang Fakhrul memecahkan kesunyian di dalam kereta. Tangan Fakhrul memaut tangan Hana Aishah sebelum mengusap lembut.
Seperti selalu Hana Aishah membenci ketenangan yang datang daripada Fakhrul tetapi itu sahaja cara untuk dia mendapat ketenangan walaupun seketika. Perbualan mereka semalam sedikit sebanyak melegakan kesakitan yang dirasai Hana Aishah.
Membayangkan Fakhrul menemani neneknya di malam terakhir insan kegemarannya , kelegaan hadir walaupun sedikit. Neneknya tidak bersendirian. Hana Aishah mengesat air matanya yang mengalir laju saat janji – janji yang dimeterai dengan neneknya kembali bermain di mindanya.
Hana Aishah mengiringkan badannya ke kanan saat mereka memasuki kawasan rehat Ayer Keroh. Semakin dekat mereka dengan kampungnya semakin sesak dada Hana Aishah dengan memori yang datang tanpa henti. Segala memori dengan neneknya kembali mengasak membuatkan hatinya bertambah rindu. Rindu yang dia tahu tiada penghujung.
“The drive thru is closed. Sayang nak abang bungkus ke nak makan dekat sana” Fakhrul bertanya saat kereta BMW itu dihentikan di kawasan letak kereta. Suasana yang terang benderang dengan suara manusia yang rancak membuatkan Hana Aishah pening.
“Can we head straight. Im not in the mood nor have any appetite” Hana Aishah berbisik perlahan saat matanya dipejam rapat menghilangkan kesibukan kawasan rehat itu.
“Sayang. You haven’t eaten anything the whole day. You`ll get stomach upset. Abang belikan bubur or bihun sup. You like bihun sup right” Fakhrul memujuk lembut tetapi Hana Aishah benar – benar tidak mahu berjumpa sesiapa mahupun mengisi perutnya. Segalanya terasa sebu.
Hana Aishah memejamkan matanya rapat saat bahunya dipaut Fakhrul. Air matanya yang bertakung mengalir semula. Penatnya dia menangis. Penat menangis , penat dengan kesakitan di dadanya yang tidak mahu menghilang dan penat menghadapi manusia.
Saat pintu keretanya dibuka , Hana Aishah mengeringkukkan badannya. Tubuhnya dipeluk rapat tidak mahu melihat insan – insan yang mahu memujuknya.
“Kak Dik. Baby belikan kak dik your favourite here. You love the sweetcorn right. Baby suap kak dik like how nenek used to do” dahinya diusap tangan Alif Haziq sambil adiknya memujuk.
“Nenek hated it when you cry. Kak Dik janganlah sedih macam ni. Nanti nenek sedih dekat sana” lagi kuat esakan Hana Aishah kedengaran mendengar luahan Alif Haziq.
“This is why we didn’t want to tell you”Alif Haziq mengelus pipi Hana Aishah lembut. Terpancar kesedihan kakaknya saat itu.
“Jom Kak Dik” Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum tubuhnya dibaringkan membelakangi Alif Haziq. Matanya merenung kea rah tubuh Fakhrul yang sedang duduk di kerusi pemandu itu.
“Aishah nak balik rumah nenek. Please” Hana Aishah meminta. Suaranya bergetar meminta. Dia hanya mahu sampai ke rumah neneknya sahaja. Dia tidak mahu berfikir apa pun saat itu.
“Adik….” Hana Aishah menutup telingan rapat saat suara ibunya kedengaran. Dia akan kalah kalau Teacher Basirah memujuk. Kerana itu tubuhnya dirapatkan ke Fakhrul dan telinganya ditutup rapat. Mematikan segala jenis cara untuk ibunya melenturkan keazamannya.
“Lets just go please. Aishah tak nak makan. I just want to …. Want to go… to her place. Please” tangannya memaut baju Fakhrul kuat kerana saat itu sesungguhnya dia tidak kuat lansung.
Keluhan berat Fakhrul kedengaran. Dahinya dikucup sebelum Fakhrul melepaskan pelukan mereka. Saat pintu di sisinya ditutup kembali nafas kelegaan di helakan. Matanya merenung kea rah Fakhrul. Jelas kerisauan di wajah lelaki itu tetapi Hana Aishah mampu bernafas lega untuk seketika.
“Sayang wait here for awhile. Abang nak prepare susu Adam” Fakhrul mengelus pipi Hana Aishah mahu keluar tetapi tangannya dipaut Hana Aishah menghentikan pergerakan Fakhrul.
Telapak tangan kanan Fakhrul dipegang sebelum ditarik ke pipi kanan Hana Aishah. Hana Aishah membaringkan kepalanya yang sedang berdenyut itu disitu. Sekali lagi nafas kelegaan yang panjang dihela. Matanya kemudian dipejam mengharapkan denyutan di kepala dan dadanya pergi.
Fakhrul merenung kea rah Hana Aishah dengan pelbagai emosi saat itu. Pandangannya kemudian jatuh pula kepada Adam yang sedang tidur nyenyak. Air matanya ditahan saat melihat wajah sembap Adam yang tidur dalam kesedihan.
Dia tahu Adam rindukan Hana Aishah tetapi daripada dia pulang bersama Adam maghrib tadi sehingga kini sekalipun isterinya tidak mahu memandang Adam walaupun sekilas. Gumpalan di tekaknya ditelan. Fakhrul perlu bijak memainkan peranan sekarang.
“I love you” Fakhrul berbisik sebelum mengucup ubun – ubun isterinya saat dengkuran Hana Aishah mulai kedengaran. Perlahan – lahan tangannya dialih sebelum dia keluar daripada kenderaannya.
Wajah kusam ibu mertuanya menyambut Fakhrul. Fakhrul menuju ke bonet kereta sebelum dibuka dengan seperlahan mungkin kerana tidak mahu mengejut Adam. Setakat maghrib tadi dia berjaya mengalih perhatian Adam dengan menemukan Adam dan Saith Hariz.
“Baby pergi beli sweetcorn yang Adik suka. Kalau kedai laksa bukak beli sekali laksa. Nanti kena berenti beli bubur nasi. Adik tak makan minum dari pagi” Fakhrul mendengar arahan ibu mertuanya. Wanita itu daripada malam tadi kerisauan mengenangkan anak perempuan keduanya.
“Tak pe mak. Nanti Fakhrul prepare food for Aishah. Nanti membazir je kalau beli. Fakhrul tak rasa Aishah will eat” Fakhrul menasihati ibu mertuanya sambil tangannya lincah memasukkan memanaskan susu Adam.
“Rumah kosong Fakhrul. Mami Bai datang jenguk sekali sekala je. Mana nak cari barang basah malam buta macam ni” Teacher Basirah membalas kerisauan. Ibu mertuanya tidak bergerak daripada pintu kereta yang telah bertutup itu.
Usai meletakkan botol susu Adam di dalam bekas berisi air panas, bonet keretanya ditutup kembali. Fakhrul bergerak menuju kea rah ibu mertuanya. Wajah Teacher Basirah kelihatan keruh. Kerisauan jelas di wajah ahli keluarga Hana Aishah.
Tadi sewaktu Fakhrul memberitahu mereka yang dia mahu membawa Hana Aishah pulang ke kampung halaman Teacher Basirah , semua ahli rumah mahu mengikut.
Yang tiada di situ hanyalah keluarga Hana Azuwa dan Lateef , suami Hana Aqilah. Mereka menaiki satu kenderaan yang dipandu Alif Haziq. Hana Aishah tidak mahu bercakap walaupun sepatah dengan mereka. Fakhrul kenal perangai isterinya. Rajuk Hana Aishah tidak lama tetapi hendak melepasi tempoh itu, mereka harus mempunyai kesabaran yang sangat tinggi.
“Mak. Mak jangan risau sangat. I`ll manage her. Mak kena rehat. You haven’t fully recovered yet” Fakhrul berhati – hati menyusun bicara.
“Mak susah hati adik tak makan lansung. Perut adik bukan boleh kosong macam tu. She has a sensitive stomach. Nanti gastric balik” Fakhrul dapat melihat tubir mata ibu mertuanya yang sudah bertakung dengan air mata yang menanti masa untuk gugur.
“Adam tu pun tak terurus dah mak tengok. Budak nak susu… haisshh… adik ni kalau dapat perangai dia benda betul ke salah semua dah tak nampak” Teacher Basirah membebel lagi.
“Mak. Dah la tu. Nanti mak sakit. Let him handle her first” Alif Haziq yang selama ini diam membisu sekiranya Fakhrul berada berdekatan untuk malam itu menyokong cadangan Fakhrul. Alif Haziq menarik ibunya ke dalam pelukan erat.
“Mak risau” air mata yang Teacher Basirah tahan gugur jua.
Gumpalan di tekak Fakhrul kembali melihat tubuh ibu mertuanya yang sudah bergetar sebak di dalam pelukan Alif Haziq. Semakin hari semakin banyak bukit kegagalan dia. Fakhrul yang tidak pernah gagal dalam apa jua yang dia ceburi tetapi semenjak perkahwinannya dengan Hana Aishah semakin banyak bukti – bukti kegagalannya.
“Ye. Baby pun risaukan Kak Dik but at least she is in front of our eyes kan” Alif Haziq memujuk ibunya.
“She need time mak” Hana Aqilah yang baru tiba dengan Kapten Azam mengusap belakang tubuh ibunya memujuk.
“Give her some space. Sayang dia dekat mak awak sama macam sayang dia dekat awak Basirah. She can never be mad at you” Kapten Azam pula memujuk. Tangan bapa mertuanya sudah dipenuhi dengan plastik makanan.
“She`ll be ok. We just need to get her to nenek house” Fakhrul meyakinkan Teacher Basirah.
Kapten Azam membuka pintu kereta Vellfier sebelum meletakkan plastik yang berisi makanan di tempat penumpang. Labeeqa yang masih tidur nyenyak itu lansung tidak terjaga. Indahnya menjadi kanak – kanak. Tidak terbeban dengan emosi berat. Tetapi Fakhrul dapat mendengar tawa sinis suara hatinya memerli. Zaman kanak – kanaknya penuh dengan emosi yang terlalu berat. Zaman kanak – kanak yang dia tidak mahu Adam lalui.
“Awak jaga kesihatan. Nanti adik susah hati sebab awak tak sihat” Kapten Azam menarik Teacher Basirah ke dalam pelukannya sebelum perlahan suara bapa mertuanya memesan tetapi sampai ke telinga Fakhrul. Kepalanya digeleng perlahan mengusir emosi sama yang menghantui diri Fakhrul semenjak kecil itu. Saat itu pandangan Fakhrul dan bapa mertuanya bertembung. Wajah yang sudah berkedut seperti mencerminkan emosi Fakhrul saat itu. Duka , bimbang tetapi dalam masa yang masa mereka perlu terus bertahan.
“Lets make a move. We all need a rest. Its been a long day for all of us” Kapten Azam memutuskan perjalanan emosi duka Fakhrul daripada terus melarat.
Fakhrul menuju ke pintu sebelah kanan pemandu kereta BMW itu. Punggungnya dilabuhkan berhati – hati supaya tidak mengejutkan kedua – dua cinta hatinya. Adam yang sedang rawan mahukan Hana Aishah yang hanyut dibuai duka.
Fakhrul merenung sejenak wajah isterinya yang sedang tidur nyenyak itu. Tubuh itu di iringkan menghala ke arahnya dan posisi ysng menandakan Hana Aishah sedang dilanda keresahan. Posisi yang membuatkan isterinya rasa tenang tetapi Fakhrul rasa terbuang.
Hana Aishah akan memeluk tubuhnya rapat setiap kali mereka bertelagah. Tahun kedua perkahwinan mereka pemandangan di hadapannya sekarang. Tuhan sahaja tahu betapa menyesalnya dia saat ini kerana membiarkan egonya menang. Sampai satu tahap dia sudah tidak dapat melihat yang benar dan yang palsu.
Pintu kereta sebelah isterinya dibuka daripada luar dan tidak sampai sesaat wajah bapa mertuanya kelihatan. Kapten Azam membongkokkan dirinya sebelum tangan kanan bapa mertuanya mengusap kepala Hana Aishah lembut.
“Abah tahu adik sedih tapi anak abah kuat” Kapten Azam berbisik sebelum dia mengucup kepala Hana Aishah yang masih berbalutkan tudung itu. Fakhrul membuangkan pandangannya ke sisi menahan air matanya daripada mengalir.
“Bodohnya kau Fakhrul” suara hatinya menjerit kuat.
**********************************************************
Hana Aishah berdiri lama di pintu bilik neneknya. Saat itu seisi rumah sudah gelap gelita. Bunyi cengkerik dan segala macam makhluk malam juga sudah hilang. Hana Aishah tidak pasti saat itu sudah jam berapa.
Hari itu dia tidak terjaga kerana renungan mata arwah Adam. Hari itu dia tidak terjaga kerana cuba melarikan diri daripada kesakitan Fakhrul. Hari itu dia tidak terjaga kerana peristiwa silam yang penuh dengan kedukaan dan kesakitan. Malam tadi adalah antara malam yang dia mampu mengira menggunakan jari. Tidurnya lena tanpa sebarang gangguan.
Hana Aishah terjaga di kala suasana sunyi sepi. Haruman rumah itu dia cam walaupun dalam kegelapan malam. Haruman yang dia rindui. Pelukan erat Fakhrul di longgarkannya dan Hana Aishah mengesot perlahan ke birai katil yang berbunyi itu. Nasibnya baik kerana kedua – dua insan yang merupakan racun dan ubatnya lena diulit mimpi.
Hana Aishah mengambil masanya melihat bilik yang menyimpan banyak memori dia dan sepupu – sepupunya. Setelah puas dia menikmati suasana di dalam bilik itu Hana Aishah bangun melangkah. Dalam kesamaran malam itu , Hana Aishah dapat mengatur langkah tanpa melanggar apa – apa hasil kenakalannya dahulu.
Zaman kanak – kanaknya dipenuhi dengan memori dia berlari berkejaran dengan sepupu – sepupunya tidak kiralah siang atau malam. Kadang di malam hari apabila neneknya sudah melelapkan mata , Hana Aishah seperti lipas kudung menyusur gelap malam menuju ke bilik Zafirah , kakak sepupunya.
Hana Aishah tidak tahu berapa lama dia berdiri di hadapan bilik yang bertutup rapat itu tetapi masa seperti berhenti untuknya malam itu. Kesunyian rumah pusaka neneknya itu seperti memahami kehendak hatinya. Kehendak yang tiada siapa fahami. Kefahaman yang tiada siapa sudi beri kepadanya.
Sekarang dia faham kenapa setiap kali dia perlu meninggalkan rumah neneknya dan kembali ke rumah ibu bapanya Hana Aishah akan berat hati. Kerana di situ dia bebas. Segala rasa , emosi dan kehendaknya didengari. Tidak pernah sekali pun kehendaknya ditolak oleh neneknya. Segala kata – katanya diambil kira.
Hana Aishah tersenyum sendiri saat memori dia bersama neneknya bermain. Setiap aktiviti yang akan mereka lakukan perlu dipersetujui Hana Aishah. Senang cerita , dia yang akan menentukan segalanya.
Memori indah yang menceriakan hari – harinya yang sukar. Setiap saat yang dihabiskan di kampung adalah antara hari – hari yang dia mahu bekukan supaya bahagia itu tidak pergi. Seperti mana dia tidak mahu hari terakhir dia bersama Adam berakhir.
Tubir matanya terasa panas saat kenangan bersama neneknya digantikan dengan kenangan hari terakhir dia bersama Adam. Daripada pagi sehinggalah ke petang masanya dihabiskan bersama Adam yang sangat aktif.
Senyuman simpul yang kembar dengan Fakhrul mengubat lukanya dikala dia mengenangkan Fakhrul yang tidak datang menjenguknya walaupun sekali di wad, kening yang diangkat sebelah setiap kali bibir itu tersenyum mengusik apabila Hana Aishah membebel memarahi Adam kerana menarik mask oxygen. Bibir Hana Aishah mengukir senyuman lebar , hampir tertawa mengingatkan gelagat anaknya.
Haruman tubuh yang sudah dia hafal dan dapat bezakan daripada bau – bau ubatan yang kuat di NICU. Bibirnya mengukir senyuman dalam getaran. Haruman anaknya seperti baru semalam dia nikmati masih berlegar bermain di hidungnya. Suam kulit adam yang menggelupas itu seperti masih dirasai di hujung jarinya.
Kemudian seperti selalu dalam sesaat memori itu digantikan dengan memori luka. Anak mata coklat yang merenungnya penuh kesakitan dan Lelah. Lelah mencuri nafas yang seperti tidak mahu mencukupi. Tangan yang pagi itu menggenggam jari telunjuk kanan Hana Aishah erat saat itu terkulai di tilam kecil yang didiami tubuh kecil anaknya.
Segalanya masih segar diingatan Hana Aishah. Matanya dipejam rapat saat sesak di dadanya bertambah kuat tetapi memori – memori pahit itu hanya bertambah jelas di setiap detik yang berlalu. Tangannya yang digenggam kuat di tepi terus diangkat dan dengan sekali tolakan pintu bilik neneknya terbuka.
Empat tahun semenjak dia berada di situ. Haruman yang sama , ketenangan yang sama. Air mata yang Hana Aishah tahan gugur kembali. Ya Allah , rindu yang hadir semakin menyesakkan. Kakinya bergerak seperti magnet ke katil usang yang menjadi tempat dia bermanja dengan neneknya. Daripada bayi sehinggalah sudah besar panjang.
Tubuhnya direbahkan di atas katil. Badannya diiringkan ke kanan merenung ke dinding batu yang menjadi pemandangannya. Selalunya pemandangannya adalah tubuh yang semakin hari semakin mengecil saiznya tetapi tidak pernah berkurang cintanya.
Tangan kirinya diangkat sebelum dia mengusap cadar tilam yang sudah usang itu. Bibir Hana Aishah mengukir senyuman lebar dalam lebat air matanya. Kedutan kulit yang selalu menjadi tempat tangannya bermain sudah hilang. Yang tinggal saat itu adalah berjuta kenangan yang dia tidak mahu hilang daripada ingatannya.
“Adik dah balik nek. I`m home” Hana Aishah berbisik dini hari itu. Bibirnya mengigil berzikir mencari kekuatan. Jerit sudah , marah sudah , benci pun sudah. Tiada ketenangan yang hadir. Kesunyian dini hari itu mendatangkan ketenangan yang dia pinta semenjak 3 tahun lepas.
*************************************************************
“Am go mimi. Am go mimi” Fakhrul sudah keresahan mendengar permintaan Adam. Tidur nyenyaknya terhenti saat raungan Adam bergema ke segenap bilik tidur dan rasanya dalam setiap saat yang berlalu , segenap rumah akan terjaga mendengar korus anaknya.
Sisinya yang sudah sejuk menandakan Hana Aishah sudah menghilang lama. Penat sangat agaknya dia sampai tidak sedar ketiadaan isterinya di sisi. Fakhrul sudah menukar pampers anaknya , sudah memanaskan susu yang dipam Hana Aishah tetapi satu pun tidak dapat mengurangkan keresahan Adam yang semakin lama semakin jelas.
Hampir 48 jam Hana Aishah tidak mahu menyentuh Adam. 48 jam yang Fakhrul tahu terlalu menyeksakan untuk anaknya tetapi hendak memaksa Hana Aishah dia tidak sampai hati.
“Am go mimi. Mimi… Babah am go mimi” suara Adam kedengaran semakin penat. Fakhrul mengharapkan anaknya akan tidur kepenatan seperti semalam tetapi semakin lama saat berlalu suara yang semakin sayu itu masih berbicara walaupun dalam kepenatan.
Lingkaran mata gelap semakin jelas mengelilingi kedua belah mata Adam. Anak mata yang berkaca itu merenung Fakhrul sambil bibir merah anaknya dimuncungkan. Tangan Adam menggenggam T-shirt Fakhrul sambil kepala anaknya dilentokkan di dadanya.
Fakhrul dapat melihat kerinduan Adam. Kalau semalam Adam masih meminta susu kali ini memang permintaannya hanyalah untuk berjumpa ibunya. Sewaktu dia pulang daripada rumah Hariz , Adam yang penat bermain dan sudah penuh perut dengan makanan yang disediakan Hariz terus tertidur. Penat sangat seharian bermain dengan Saith Harith , Adam tertidur tanpa terganggu walaupun dalam masa itu mereka sudah berubah negeri.
“Umi is not well. Adam stay with Babah. See, I got your milk ready” Fakhrul mencuba sekali lagi untuk menyuakan susu di dalam botol tetapi dengan sekali tolakan susu itu terdampar di lantai batu bilik itu.
“No! Am go mimi! Am go mimi!” jeritan Adam semakin kuat dan di saat itu Fakhrul mengalah.
Kakinya melangkah keluar menuju ke tempat dimana Fakhrul yakin isterinya berada. Adam masih memanggil uminya sepanjang perjalanan mereka. Tangan Fakhrul pula tidak henti menepuk belakang badan anaknya mahu menenangkan Adam.
Sesampai dia dihadapan bilik yang bertutup itu Fakhrul berhenti. Dia bimbang dan takut. Bukan bimbang akan penerimaan Hana Aishah terhadapnya, tetapi bimbang kejadian pagi semalam berulang kembali.
Fakhrul tidak mahu Adam melalui apa yang dia lalui. Trauma itu akan membunuh setiap kebahagian yang datang dalam hidup anaknya kelak. Tangan Fakhrul teragak – agak mahu menolak pintu kayu itu tetapi memikirkan keresahan Adam yang sudah terlalu lama itu , tangannya menolak jua pintu itu.
Kerongkongnya terasa kering saat melihat pemandangan di hadapannya. Bilik yang hanya diterangi cahaya oren yang sudah malap itu kelihatan suram. Set almari dan katil yang sudah usang itu masih utuh sama seperti 2 tahun lepas. Kali terakhir dia masuk ke bilik itu adalah sewaktu hayat nenek Hana Aishah.
“Am go mimi. Go mimi” badan Adam sudah meliuk – liuk mahu diturunkan. Puncanya adalah Hana Aishah yang sedang terbaring di atas tikar sejadah.
Fakhrul perlahan – lahan menurunkan Adam ke lantai simen yang dilindungi tikar yang sudah berlobang di sana sini. Saat tubuh Adam sampai di lantai , anaknya yang kelihatan kuyu tadi merangkak laju menuju kea rah Hana Aishah yang lengkap bertelekung itu.
Fakhrul hanya diam memerhatikan. Dia takut sekiranya Hana Aishah akan melampiaskan kemarahan isterinya terhadap Fakhrul kepada Adam , tetapi dalam masa yang sama dia tahu Adam perlukan uminya.
“Mimi. Am here. Am here” Adam memaut bahu Hana Aishah yang mengiring membelakanginya. Hana Aishah yang Fakhrul sangkakan masih terjaga rupanya sedang tertidur nyenyak. Hana Aishah yang sedang tidur nyenyak seperti terkejut saat merasai pautan Adam yang sedang cuba berdiri sambil memaut uminya.
“Am mimi. Am. Am” wajah serius anaknya itu menunjukkan betapa nekad Adam mahu mengejutkan uminya supaya dapat melihat dia.
“Allah” suara serak Hana Aishah kedengaran sebelum tubuh isterinya itu kelihatan terkial – kial mahu duduk sambil cuba menahan berat tubuh Adam.
Fakhrul terus mendudukkan dirinya di lantai sebelum menarik Hana Aishah duduk. Tubuh Hana Aishah yang berbalut telekung usang yang dia pasti milik nenek Hana Aishah itu bersandar di dada Fakhrul.
Sebelum sempat Fakhrul memproses , Adam yang sudah bertukar raut melihat Hana Aishah dipeluk Fakhrul , terus menjatuh dirinya di dada Hana Aishah. Wajah cemberut Adam jelas kelihatan sebelum raungan anaknya bermula.
“Mimi am. Mimi am” berulang kali disebut Adam diselangi sendu anaknya.
Fakhrul menanti penuh debar reaksi Hana Aishah. Adam sekarang sudah terbaring di riba isterinya. Hana Aishah pula sedang duduk bersandar di dadanya. Wajah Hana Aishah yang tadi kelihatan bingung bertukar raut. Sukar untuk Fakhrul baca emosi isterinya saat itu.
Nafas yang sedang ditahannya tanpa sengaja dilepaskan saat tangan Hana Aishah turun mengusap pipi montel Adam. Bibir Adam yang tadi membebel terus terhenti. Anak mata Adam yang bersinar hasil takungan sisa air mata tadi merenung penuh rindu. Emosi yang dilemparkan sepasang anak mata itu membuatkan Fakhrul sebak.
Cerminan zaman kanak – kanaknya. Kenapa Adam perlu dihukum kerana kebodohan dia. Fakhrul dapat melihat kegusaran dan kebimbangan anaknya tetapi dalam masa yang sama dipenuhi kerinduan yang sarat. Adam seperti sedang mengawal dirinya supaya uminya tidak rasa terbeban. Saat itu Fakhrul pasti bahawa ini bukan kali pertama Hana Aishah mengamuk sebegini.
Fakhrul terkejut melihat kesabaran Adam menanti ibunya untuk tenang. Adam yang dia kenal semenjak hampir dua bulan ini mewarisi ketidaksabaran dia jadi untuk dia melihat anaknya yang tenang berbaring di riba ibunya menanti untuk Hana Aishah memulakan langkah, Fakhrul benar – benar terkejut.
“Am miss mimi. Mimi miss am?” pagi itu petah mulut itu berbicara. Menyusun bicara tidak seperti sebelum ini. Tona lembut tetapi penuh tanda tanya. Tiada kekerasan seperti selalu.
Kegentingan saat itu dileraikan saat Hana Aishah menyelak telekungnya. Bibirnya isterinya masih diam membisu saat Adam mendapat habuannya. Satu nafas kelegaaan kedengaran daripada Hana Aishah dan Adam. Hana Aishah menyelesakan dirinya saat Adam mulai menyusu.
“Sayang sandar dekat abang” Fakhrul memberitahu sebelum mengubah posisinya supaya Hana Aishah dapat bersandar di dadanya dengan lebih selesa. Tangannya teragak – agak mahu memeluk isterinya sekaligus menampung tubuh Adam yang semakin memberat.
Selepas berkira – kira Fakhrul memberanikan dirinya, tangannya menyeluk di sebalik telekung isterinya sebelum dia meletakkan kedua belah tangannya dibawah tangan Hana Aishah. Tangan Hana Aishah yang tadi kejang bertukar kendur seiring dengan nafas Fakhrul yang beransur tenang.
Masa berlalu , yang kedengaran hanyalah bunyi Adam menyusu sekali sekala. Tiada bicara , tiada suara. Hanya mereka tiga beranak sunyi tanpa bicara. Fakhrul dapat merasai nafasnya yang tadi pendek menjadi lebih tenang dalam setiap saat yang berlalu. Ketenangan nafas Hana Aishah melegakan hatinya.
Fakhrul tidak tahu berapa lama mereka berkeadaan sebegitu tetapi dia mahu saat itu untuk terus kekal. Tiada jeritan , tiada amarah , tiada kebencian , tiada kesakitan , tiada luka. Hanya mereka bertiga menikmati saat yang berlalu tanpa dibebani emosi berat.
“Baby step. We`ll get there. This time I`ll never let your hand go” Fakhrul berbisik kepada Hana Aishah yang sudah mulai lelap.
Beberapa saat kemudian tubuh Hana Aishah yang tadi tenang mulai bergerak. Kepala Hana Aishah bergerak – gerak mencari posisi yang selesa sehinggalah kepalanya disandarkan di dada sebelah kiri Fakhrul. Bibir nipis kegemarannya mengukir senyuman kelegaan sebelum Hana Aishah kembali tenang.
Ubun – ubun Hana Aishah dikucup lama sambil renungan Fakhrul tertacap pada Adam yang kembali lena. Bibir anaknya saat itu mimik Hana Aishah. Terbuka sedikit menunjukkan betapa lenanya tidur mereka. Bahagia mulai menapak saat ketenangan menyelubungi hatinya.
*****************************************************
Hana Aishah duduk mencangkung di sebelah pusara yang kelihatan subur dengan rumpunan hijau. Dagunya ditongkatkan di lutut saat tangannya yang digenggam kuat bergerak perlahan menuju ke ukiran nama di batu nisan berwarna putih yang kelihatan berhabuk.
“Hajah Hamimah binti Halim” ibu jari kanannya mengelap debu yang mengaburkan nama yang sentiasa dibaca dalam setiap doanya. Semoga umurnya dipanjangkan untuk melihat Adam , supaya diberi kesihatan yang baik , supaya dihapuskan setiap dosanya , supaya diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
“Adik mintak maaf. Adik tipu nenek” bergetar bibir Hana Aishah menutur bicara. Air matanya tanpa di pinta berjujuran saat dia menapak di pintu pagar tanah perkuburan itu.
Kenangan bersama neneknya yang tidak pernah jemu datang setiap bulan untuk membersihkan kubur atuknya yang hanya sempat bersama Hana Aishah selama setahun sebelum pergi meninggalkan Hana Aishah menjadi peneman neneknya.. Rutinnya untuk mengutip bunga selepas solat subuh di masjid sementara menanti neneknya menyiapkan bekalan untuk mereka.
Setelah segalanya tersedia Hana Aishah akan berjalan kaki menuju ke tanah perkuburan di hujung kampung beriringan dengan neneknya. Jauh tidak terasa kerana ada sahaja yang mereka bualkan. Dengan neneknya mulutnya laju sahaja meluahkan rasa. Tiada yang diselindung. Rutin yang dia rindui setiap kali persekolahan bermula kerana dia pasti neneknya akan keseorangan melawat kubur atuknya.
“Nenek marah adik tak? Sebab… sebab adik janji adik tak tinggal nenek. Adik janji nanti bila nenek dah tak larat adik nak bawak nenek tinggal dengan adik tapi dekat akhir nyawa nenek adik tak ada dekat sebelah nenek pun” berjujuran air mata Hana Aishah meluahkan rasa.
Hanya ada dia di tanah perkuburan itu. Selepas subuh tadi dikala Adam dan Fakhrul masih terlelap kepenatan di bilik arwah neneknya , Hana Aishah menyelinap keluar. Dia bersiap ala kadar sebelum keluar melalui pintu dapur. Dia bersyukur kerana seisi rumah masih tidur kerana kepenatan. 48 jam yang memenatkan bagi mereka sekeluarga.
“Adik terpaksa pergi. Adik terpaksa…” sendu Hana Aishah semakin menjadi – jadi.
“Kalau … kalau tak….” Bibirnya yang bergetar itu digigit kuat takut meluahkan rasa hatinya.
“Siapa pun tak percaya adik nek. Adik nak bagi tau nenek tapi adik tak nak nenek susah hati. Adik tak nak nenek risau pikir adik” hingusnya yang meleleh dikesat menggunakan hujung baju kurung milik neneknya. Saat dia menyarungkan baju kurung berwarna coklat kegemaran neneknya , Hana Aishah dapat merasai ketenangan yang selalu dia rasai apabila berada di dalam dakapan neneknya.
“Diorang sakitkan anak adik nek. Adik tak mampu buat apa pun. Adik dah penat nak cakap. Adik dah penat jerit. Adik dah penat nangis. But…. But nobody believes me” esakan Hana Aishah semakin kuat menyelangi luahan rasa hatinya. Saat itu segala yang terbuku dihatinya diluahkan.
“Anak adik tak salah apa pun nek. He`s just a baby. My small tiny innocent baby. Kesian Adam nek. Pengakhiran yang sangat menyakitkan sebab lahir daripada rahim Hana Aishah” Hana Aishah memeluk tubuhnya rapat saat kesakitan yang dia nantikan mulai datang. Empat tahun dia menanti. Empat tahun dia menanggung beban ini sedirian.
“Adik nak nenek. Adik penat sangat tanggung sorang – sorang. Kenapa nenek tinggalkan adik” teresak – esak Hana Aishah di sebelah pusara satu – satunya insan yang sentiasa mendengar setiap bait bicaranya , mengambil kira pendapatnya dan sentiasa menangkan dia.
Tubuhnya dirapat ke pusara yang menghijau. Kepalanya dibaringkan di atas pusara yang menerima segala luah bicaranya. Kedua – dua belah tangannya memeluk pusara itu erat. Air mata yang tadi laju semakin perlahan. Pergi bersama kesakitan yang dia bawa selama dua hari ini.
“Adik nak ikut nenek dengan Adam tapi….” Hana Aishah berbisik sebelum jeda sebentar. Nafasnya diatur menjadi semakin perlahan. Sebaknya dikawal saat akal rasionalnya kembali.
“Adam need me here. Nenek teman Abang Adam dekat sana. Adik kena jaga Adik Adam dekat sini” Hana Aishah tersenyum pahit saat hakikat itu meniti bibirnya.
“Adik kena kuat kan nek. Kena kuat sangat macam nenek” Hana Aishah mengesat air matanya saat kata – kata hikmat itu dipahat di dalam hatinya.
Perlahan – lahan seperti selalu , kesakitan di dalam hatinya ditolak jauh ke lubuk hatinya. Tangannya bergerak lincah membersihkan tempat persemadian neneknya. Seperti mana dia pernah lihat neneknya buat seperti itulah Hana Aishah lakukan.
“Adik mintak maaf sebab tak uruskan nenek waktu akhir hayat nenek tapi adik janji , just how like you visited and clean atuk`s sleeping place monthly I will do the same for both of you” Hana Aishah memeterai janji.
“Adik mintak maaf sebab adik tak ada waktu nenek perlukan adik the most tapi adik janji dalam setiap waktu solat adik , adik tak akan pernah lupa bekal untuk nenek dengan atuk dekat sana” Hana Aishah tersenyum manis sambil mengusap batu nisan yang terukir nama neneknya.
“Thank you for loving me with all your heart. Thank you for the endless support and love you`ve shown my way. Thank you for listening to me. Thank you for always asking me. Thank you for making me the center of your life. Adik tak dapat rasa dah benda tu sekarang tapi adik ada kenangan dengan nenek untuk adik teruskan hidup” Hana Aishah jeda cuba mengumpul kekuatan untuk meneruskan bicara.
“Adik kena teruskan walaupun Adik rasa nak give up je. Penat nek tapi….” Hana Aishah tersenyum tawar merenung kea rah bunyi yang muncul daripada kejauhan.
“Bukan untuk Adik tapi demi Adam” Hana Aishah mengusap rumpunan hijau yang melitupi pusara neneknya sebelum dia berdiri.
“Nenek temankan Adam adik dekat sana. Mungkin sewaktu hayat anak adik dia tak ada siapa – siapa kecuali Adik sebab tu Allah ambik Adam pergi. Tapi sekarang Adik dah happy sikit. Ada Nenek dengan Atok teman Adam dekat sana” Hana Aishah berbisik sebelum kakinya meninggalkan tanah pusara itu.
Dalam setiap langkahnya , segala kesakitan yang dia rasai samaada hilang pergi ataupun seperti biasa ditimbun ke dalam pelusuk hatinya. Lama – lama dia akan lali dengan kesakitan itu dan terus melangkah.
***********************************************************
Hana Aishah sedang duduk di pondok di tepi sungai sambil melihat Adam yang menjerit kegirangan setiap kali Fakhrul memasukkan kaki anaknya ke dalam air yang dia pasti sejuk beku pada pagi hari seperti sekarang. Walaupun matahari sudah mulai naik tetapi kesejukan air sungai yang mengalir itu tidak akan pernah hilang.
Sewaktu dia berjalan beriringan dengan Fakhrul untuk pulang semula ke rumah pusaka neneknya , lelaki itu membawa dia melencong ke situ. Awalnya Hana Aishah tidak perasan tetapi semakin mereka melencong jauh memasuki kebun buah yang amat dia kenali semakin Hana Aishah cam.
“Nenek yang tunjuk secret spot sayang dengan nenek. Dia kata sekarang abang , sayang dengan nenek je tahu” ayat pertama yang Fakhrul ungkapkan semenjak pertemuan mereka di pagar tanah perkuburan tadi.
Sewaktu dia sampai ke sisi Fakhrul Adam yang berada dalam dukungan Fakhrul lengkap berpakaian baru sudah mengomel – ngomel memanggil Hana Aishah manakala lelaki itu hanya diam memerhati. Tidak sampai sesaat Adam sudah bertukar tangan dan omelan anaknya mati.
Hana Aishah mendukung Adam yang sudah melentokkan kepala di bahunya. Kesenyapan anaknya itu disangkakan sudah tertidur tetapi ternyata Hana Aishah tertipu. Sesampai mereka di pinggir sungai , Adam terus melonjak gembira.
“Its pool. Am go swim. Swim mimi , swim” Hana Aishah membiarkan Fakhrul mengambil alih daripada situ manakala dia duduk memerhati.
Minat Adam terhadap aktiviti renang memang mendalam. Semuanya bermula kerana Scott. Hana Aishah tersenyum mengingatkan kenangan dia di bumi London bersama tiga papa Adam. Tiga tahun itu terasa seperti satu realiti indah yang dibayangi mimpi ngeri tetapi semenjak dia kembali ke Malaysia realiti sebenar yang dihadapinya menyedarkan Hana Aishah daripada tidurnya.
“This is your reality. That was a good dream that have to end” hati Hana Aishah berbisik. Tubuhnya disandarkan di pondok yang sudah diubah suai itu. Pondok yang dulunya hanya kayu itu sudah ubah suai menjadi batu. Walaupun lain tetapi suasananya masih sama kerana adanya bunyi sungai mengalir yang selalu menenangkan jiwanya.
“Sayang tengok ni. Habis baju abang basah Adam buat” Fakhrul yang sedang meniti batu – batu di tebing sungai itu mengomel sambil membawa Adam yang sudah hampir basah sepenuhnya.
“And look at that innocent face” Hana Aishah membalas sambil menghulurkan tangannya.
“Ehh its ok sayang. Nanti baju sayang basah” Fakhrul menegah.
“He hasn’t had his breakfast chuchu to open his day. Nanti anak kesayangan you ni mengamuk” Hana Aishah membalas bersahaja sebelum seperti diramal Adam pun memulakan rengekannya.
Fakhrul terus menyerahkan Adam kearah Hana Aishah yang sudah bersiap sedia. Suasana kembali sunyi saat Adam mulai susuannya. Hana Aishah merenung kea rah air sungai yang mengalir tenang pagi itu. Bunyi ayam yang berkokok masih kedengaran daripada kejauhan.
“Thank you for managing him for this past couple of days” Fakhrul hanya diam mendengar.
“I can’t event imagine how difficult he must’ve been” Hana Aishah tersenyum tawar merenung kea rah Fakhrul sambil meluahkan rasa. Hana Aishah sedang duduk bersandar sambil menjulurkan kakinya. Fakhrul pula sedang duduk bertentangan dengan Hana Aishah.
“He misses you” Fakhrul membalas pendek. Renungan mata mereka masih bersabung sebelum Hana Aishah melarikan pandangannya. Bibir mereka sama – sama terkunci kembali.
“When did she brought you here?” suara Hana Aishah bertanya perlahan tetapi cukup untuk sampai ke pendengaran Fakhrul.
“The month when she got ill” Fakhrul membalas. Tangannya sudah naik mengurut kaki Hana Aishah yang berada bersebelahan dengan tangannya. Lembut Fakhrul mengurut kaki isterinya yang sejuk seperti ais itu.
“She had a fall and fractured her tail bone. So mainly conservative management” Fakhrul memulakan ceritanya. Wajahnya masih fokus melihat raut wajah Hana Aishah. Kesakitan yang hadir selama dua hari ini sudah tiada. Wajah itu semakin tenang.
“Abang nak bawak balik rumah kita. Sayang pernah cakap nak bawak nenek duduk rumah kita kan” Fakhrul tersenyum mengingatkan saat bahagia mereka.
“But she refuses” Hana Aishah membalas perlahan.
“Yup. Degil macam isteri abang ni jugak” Fakhrul mengusik. Hana Aishah tersenyum pahit. Fakhrul harapkan rajuk isterinya tetapi yang dia dapat hanyalah senyum separa ikhlas daripada Hana Aishah.
“She wasn’t in much pain. Everyone was around so there were so much love. Semua berkampung dekat sini” Fakhrul menyambung lagi. Hana Aishah masih tenang mendengar.
“It was 2 days prior to her passing. She insisted on going to atok`s graves. So abang bawak. Tak nak naik kereta, nak jalan kaki. After much persuasion , we use the walking stick” bibir Hana Aishah mengukir senyuman mendengar cerita Fakhrul.
“She hates when she falls sick. Hated anything that reminded her of hospital. Atok had stroke and passaway 3 month after that. So everything that reminded her of atok`s suffering, she refuse to have it around her” Hana Aishah memberitahu.
“But I`m glad. She felt better after the walk so I didn’t expect her to go that soon” Fakhrul dapat melihat wajah Hana Aishah berubah. Ketenangan tadi seperti sedang bertarung dengan kesedihan yang mulai hadir.
“Sayang ok” Hana Aishah mengambil masa untuk menjawab tetapi apabila isterinya menganggukkan kepala Fakhrul meneruskan bicaranya.
“She speaks so fondly of you. That week abang tak sakit sangat rindu sayang sebab abang boleh share dengan someone else” giliran Fakhrul pula untuk berhenti seketika. Tangannya masih mengurut kaki isterinya. Kesakitan yang dia rasai empat tahun itu masih terasa lagi.
“She brought me here after we visited the grave. By the way loves rambutan. I don’t know how many rambutan she finished by the time we take off from here tapi malam tu pening jugaklah abang nak adjust insulin nenek” Hana Aishah tertawa melihat wajah mencuka Fakhrul.
“Mesti you tak tahu nenek diabetes kan” Fakhrul tidak membalas kerana dia asyik merenung wajah Hana Aishah yang sudah kembali tersenyum.
“That old lady selalu mengelat. Kalau Aishah ada tak jalan semua trick dia” Hana Aishah menyambung dalam sisa tawanya.
“I guess she was right. Making you laugh wasn’t hard. Its just that I didn’t try hard enough to find out about the things that makes you happy” senyuman Hana Aishah terhenti saat pandangan mereka kembali bertaut. Kata – kata lelaki itu menghentikan nafasnya sesaat.
“If I could turn back the time, I wanted to fixed everything. I thought you wouldn’t understand me so I didn’t want to tell you about how lonely it was. I thought you didn’t need to know that part of my life. I thought we could start in the middle of the race. You didn’t need to know how… how…” sepasang anak mata hitam yang sedang menunjukkan kesunyian yang cuba disembunyikan selama ini. Kebekuan yang hadir semenjak kali pertama mereka berjumpa saat itu digantikan dengan kesunyian lelaki itu.
“That night I didn’t feel alone. It was like when you were around. It was us. It wasn’t just me alone. Malam tu abang faham apa yang sayang cakap… apa yang sayang mintak selama ini” Hana Aishah dapat melihat kekuatan yang cuba dikumpulkan Fakhrul untuk meneruskan bicara.
“Sayang nak abang bagi sayang masuk dalam hidup abang. Sayang Cuma nak abang kongsi dengan sayang supaya sayang dapat faham abang” tangan lelaki itu yang masih menggenggam erat kaki Hana Aishah sudah berpeluh lebat.
Hana Aishah memutuskan susuan Adam yang sudah terlelap semula. Berhati – hati dia membetulkan kedudukan Adam. Apabila Adam sudah selesa barulah pandangannya dikalihkan merenung kea rah Fakhrul semula. Lelaki itu merenung dengan kesunyian yang sentiasa disembunyikan Fakhrul.
Hana Aishah mendepakan tangan kirinya. Fakhrul bergerak mendekati isterinya tanpa menunggu sesaat pun. Saat dagunya dilabuh di bahu Hana Aishah , kesunyian yang dia rasai hilang. Tangan isterinya mengurut lembut rambut lebat Fakhrul. Nafas kelegaan dihela Fakhrul saat tangannya merangkul pinggang Hana Aishah.
“I want to let you in. Will you let me in?” Fakhrul berbisik di telinga isterinya. Hana Aishah diam tidak membalas. Tangannya masih mengurut lembut rambut Fakhrul. Urutan yang dia rindui diiringi dengan bunyi aliran sungai membawa pergi segala persoalan Fakhrul selepas beberapa ketika. Saat itu seperti subuh tadi dia mahu bekukan.
***********************************************
“Kak Zaf marah adik?” Hana Aishah bertanya perlahan. Keheningan malam itu menyelubungi segenap tubuh sepupu dua orang itu tetapi suasana itu mengingatkan mereka kepada zaman kanak – kanak mereka.
“Tak. Nenek pun tak marah adik so akak tak nak dengar dah adik cakap merepek macam ni” tangannya dipaut erat kakak sepupunya.
“Tapi adik dah janji dekat nenek” Hana Aishah membalas sayu.
Sudah dua malam mereka bermalam di situ. Hana Azuwa pun sudah turut serta bersama abang iparnya. Lateef akan sampai esok. Rencananya mereka akan membuat tahlil esok sebelum berangkat pulang. Sanak saudara sudah mulai memenuhi rumah pusaka neneknya.
Suasana meriah itu membuat hati Hana Aishah kembali bergolak dengan emosi. Selepas makan malam tadi , dia melarikan diri duduk di pondok di bawah pohon mangga di sisi kanan rumah neneknya. Di hadapan saudara mara lelakinya penuh berborak sakan , dia belakang pula yang perempuan sedang merewang untuk kenduri tahlil pada hari esok.
Kemunculan Hana Aishah setelah tiga tahun menghilang membuatkan dia rimas dengan persoalan yang ditujukan kepadanya. Bukan salah mereka cumanya dia masih baru bertatih mahu melalui kedukaan ini. Terkadang dia mampu mengawal sedihnya tetapi kepenatan yang baru dia rasai di malam hari membuatkan air mata yang ditahan mahu kembali mengalir.
Dua hari ini dia banyak bergantung kepada Fakhrul. Sejujurnya dua hari ini , dia mulai cuba melihat perubahan lelaki itu daripada anak mata yang kosong tanpa kebencian. Malam semalam saat matanya tidak mahu lelap , badannya mula mencari ubat yang akan menghilangkan rasa di dalam hatinya. Kalau dia tiada emosi ataupun rasa , dia mampu tidur.
Dan seperti semenjak kejadian dia pengsan sehingga koyak di kepala , Fakhrul akan berusaha membantunya tidur. Dia tahu Fakhrul penat kerana sudah beberapa malam Fakhrul tidak tidur lena. Menguruskan dia yang tidak mampu tidur dan Adam yang perlukan perhatian Fakhrul memandangkan keadaan Hana Aishah.
“Adik dah tunaikan janji adik. Adik ada dengan nenek sampai akhir hayat nenek” Zafirah memecahkan pergelutan emosi adik sepupunya. Wajah keruh Hana Aishah ditarik merenung kearahnya. Senyuman manis dilemparkan kea rah adik sepupunya.
“Suami adik ada. Fakhrul ada teman nenek daripada nenek sakit sampai ke liang lahad. Sehari pun dia tak tinggalkan nenek dalam dua minggu nenek sakit tu” air mata Hana Aishah gugur saat mendengar bicara kakak sepupunya.
“Nenek cakap dekat Kak Zaf sebelum akak balik malam sebelum nenek pergi tu. Nenek cakap nenek boleh pergi dah. Dah ada orang boleh jaga cucu kesayangan dia” Hana Aishah menyembamkan wajahnya di dada Zafirah. Esakannya diperlahan supaya tidak didengari sanak saudara yang lain.
“Nenek pergi dengan tenang sangat. Dia senyum je dik pergi. Tak ada resah , terkilan jauh sekali. Jadi adik jangan hukum diri adik sebab adik tak ada atau adik rasa adik tak tunaikan janji adik. Fakhrul buat semua benda yang adik sepatutnya buat. Sebenarnya akak rasa lebih lagi dari adik dia buat” Zafirah tersenyum saat dia dapat merasai cubitan dari adik saudaranya.
“Jahatlah kak zaf ni. Kak Zaf nak cakap dia lagi baik dari adik la ni” Hana Aishah melepaskan pelukannya. Mulutnya sudah herot menahan rajuknya.
“Alaa tu suami adik jugak kan. Benda dia buat sama la macam adik buat. Pahal tong tong” Zafirah mengusik lagi. Pipi Hana Aishah dipicitnya lembut.
“Nenek ada amanahkan sesuatu untuk adik. Kak Zaf simpan sampai sekarang sebab Kak Zaf yakin adik akan balik” Zafirah tersenyum manis menyusun bicara.
“Nenek pesan ni untuk adik. Siapa pun tak boleh ambik” Zafirah memberitahu sambil tangannya menyeluk ke dalam tudung bawal berwarna krim itu. Selepas beberapa minit mengodek , seutas rantai ditanggalkan sebelum diletakkan ke dalam tapak tangan Hana Aishah.
“Nah” senyuman lebar menghiasi wajah kakak sepupunya saat rantai itu bertukar tangan. Wajah yang sudah montel bahagia.
“No. You need this more” Hana Aishah menolak laju tetapi Zafirah laju menahan.
“Kalau akak perlu pun akak tak pernah sekali pun guna amanah ni. Akak tahu macam mana gembiranya nenek kalau rantai ni dah sampai dekat tangan adik. Macam mana lebarnya senyuman nenek kalau adik sarung rantai ni dekat leher adik” Hana Aishah dapat melihat sebak yang ditahan Zafirah.
“Ni adik punya. Siapa pun tak boleh pertikaikan sebab tu nenek amanahkan akak untuk jaga” Hana Aishah menarik Zafirah ke dalam pelukannya erat.
Sewaktu dia berumur tiga bulan dia sudah ditinggalkan dengan nenek dan atuknya dikampung. Sewaktu usianya 9 bulan , atuknya terlantar sakit diserang strok. Walaupun Teacher Basirah mahu mengambil dia kerana tidak mahu neneknya terasa terbeban , neneknya menolak laju.
Hana Aishah menjadi pengganti datuknya. Permergian datuknya menjadikan hubungan Hana Aishah dan neneknya erat. Perpisahan yang perlu mereka lalui apabila usianya mencecah umur dua tahun itu membuat kedua – duanya tidak keruan. Selang sebulan neneknya akan datang duduk di rumahnya kerana tidak boleh berpisah dengan Hana Aishah sehinggalah apabila Kapten Azam dinaikkan pangkat dan perlu berpindah ke Sabah.
Cuti sekolahnya memang wajib dihabiskan di kampung. Hana Aishah akan memastikan dia dihantar pulang. Zafirah dan beberapa orang sepupunya yang memang tinggal di rumah neneknya akan menikmati keseronokan di kampung sepuas – puasnya.
“Adik rindu nenek” Hana Aishah meluah sebak. Zafirah merenggangkan pelukan mereka. Wajah adik sepupunya ditenung lama.
“Akak pun tapi akak tahu nenek mesti sedih kalau adik menangis macam ni” Zafirah menasihati Hana Aishah.
“Hidup perlu diteruskan. Satu hari nanti kita tetap akan jumpa nenek insyaAllah dekat syurga” Hana Aishah menganggukkan kepalanya laju. Kepalanya dilentokkan di bahu Zafirah.
Hana Aishah tidak tahu berapa lama tetapi bibir mereka seperti tidak habis menceritakan memori manis sewaktu kecil. Daripada mereka berdua sehinggalah kesemua sepupunya datang bertenggek. Malam itu tiada soalan yang menyesakkan. Hanya mereka mengimbas memori manis sewaktu kecil. Nenek yang sentiasa ada untuk cucu – cucunya. Yang tidak penat menasihati dan menurunkan pedoman untuk cucu – cucunya.
*****************************************************
Saat Hana Aishah memasuki bilik tidur di rumah neneknya , hanya lampu malam yang samar menyinari bilik itu. Dia menyelak perlahan pintu bilik sebelum memandang pemandangan di hadapannya saat itu. Fakhrul sedang tidur mengiring membelakangi pintu dan Hana Aishah pasti Adam yang tidak kelihatan disebalik tubuh bapanya itu sedang dirangkul Fakhrul. Hampir dua bulan tidur sekatil semula, segala posisi tidur dua beranak ini sudah dia hafal.
Hana Aishah tersenyum sendiri mengingat gelagat dua beranak yang seperti belangkas. Posisi kegemaran Adam adalah berbaring di atas dada Fakhrul atau mungkin lebih tepat posisi kegemaran Fakhrul mengingatkan senyuman bahagia Fakhrul setiap kali berjaya menidurkan Adam. Kadang terlentang , kadang menonggeng , kadang mengiring. Adam membuat perangai lah tu sehinggakan Fakhrul merelakan anaknya tidur di sisi bukan di dada.
Hana Aishah menggelengkan kepalanya sebelum bergerak ke sisi pintu di mana almari baju kayu yang masih utuh itu berdiri. Suasana malam di bawah pohon mangga tadi dingin tetapi apabila sudah dipenuhi dengan sepupu sepapatnya , berpeluh jugak dia menahan bahang. Tudung sarungnya ditanggal sebelum disangkutkan di penyidai di pintu almari itu.
Jubah hitam yang disarungnya dibuka zipnya sebelum dia menanggalkan jubah yang sudah berbau masam dengan peluhnya. Kemudian kancing baju dalamnya dilonggarkan sebelum dilurutkan. Baju kelawar di capai Hana Aishah sebelum dia menyarung menutupi semula tubuhnya.
Hana Aishah tunduk mengambil pakaian kotornya yang berada di lantai sebelum menutup semula pintu almari. Dalam kesamarah malam itu dia mencampakkan baju kotornya di raga yang terletak di hujung katil. Senyuman lebar mengukir di bibirnya sambil dia melompat girang apabila sasarannya tepat masuk ke dalam gol.
Senyuman lebar itu mati saat dia memusingkan tubuhnya melihat semula kearah katil. Fakhrul yang disangkanya sudah tidur nyenyak sedang mengiring ke arahnya sambil diam memerhatikan Hana Aishah entah semenjak bila. Wajah Hana Aishah terasa bahang saat dia mengingati beberapa minit lepas aksi berani mati yang dia lakukan.
Wajah Fakhrul tenang sahaja merenung. Tiada senyuman mengusik yang selalu menghiasi wajah lelaki itu semenjak kembalinya dia ke Malaysia. Tiada kegembiraan mahukan kesedihan yang bersilih ganti menjadi emosi utama Fakhrul. Fakhrul diam memerhatikan Hana Aishah yang berdiri kaku di birai katil.
Minit berlalu dan Hana Aishah tidak tahu mahu melakukan apa. Hendak lari mahu ke mana , Adam akan bangun mahukan susu. Membayangkan anaknya yang sedang tidur tanpa memerlukan susunya malam itu geram pula dia. Waktu dia penat sibuk mahu menempel.
“Sayang nak tidur berdiri ke?” Fakhrul memecahkan kesunyian tetapi kejanggalan yang Hana Aishah rasai masih tidak hilang.
“I ermm , I tidur sebelah sana la. Nanti Adam jatuh” cepat – cepat Hana Aishah beralasan tetapi kegelojohannya membuatkan dia tidak perasan katil yang sudah rapatkan ke dinding yang telah dipenuhi dengan deretan bantal. Hana Aishah berdiri sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Satu kerana persiapan awal Fakhrul menyediakan tempat tidur yang selamat untuk anaknya , dua kerana ketiadaan Adam di situ.
“Adam wants to sleep dengan his cousins dekat bilik Kak Wa. He cant sleep in between us. The room is too warm for him and the bed is quite small for active sleeper like our baby. Nanti jadi macam malam semalam. Every hour bangun nak susu” Fakhrul memberitahu sambil mengesot memberi ruang untuk Hana Aishah tidur.
“Tak apalah , I pergi ambik Adam. Nanti dia bangun nak susu tengah pagi buta lagi susah” Hana Aishah cepat – cepat beralasan mahu keluar daripada bilik itu. Dia sudah berkira mahu tidur di bilik kakaknya walaupun perlu bertudung. Lantaklah kalau abang iparnya ada pun.
“Sayang. Mood Adam tengah baik. Nanti dia mengamuk none of us will get sleep tonight. Nanti kalau Adam bangun , abang dah suruh Kak Wa hantar sini. Abang Wazir is there so I don’t think sayang boleh tidur or susukan Adam dekat sana” Hana Aishah mengigit bibirnya mahu melawan hujah bernas suaminya tetapi dia mati kutu. Boleh tak kalau lelaki ini tidak sentiasa logic dalam semua hujahnya. Geram pula Hana Aishah.
Dalam keterpaksaan Hana Aishah terpaksa memanjat katil sebelum tidur di tempat yang paling hujung membelakangi Fakhrul. Wajah Fakhrul masih tenang. Tiada nada suara mahupun rona wajah yang mahu mengusik Hana Aishah. Dia lagi sanggup Fakhrul yang menjengkelkan hatinya daripada Fakhrul yang ini.
Hana Aishah tidur di ruang yang paling hujung di tahap dia bergerak sedikit dia akan tergolek jatuh ke lantai tetapi bukan itu yang membuatkan Hana Aishah menjadi semakin lemas. Bukan kerana tahap kebahangan bilik itu mahukan fabrik sejuk baju tidur kelawarnya , tetapi kerana jarak tubuh dia dan Fakhrul yang seperti magnet sedang menanti masa untuk melekat.
“Come nearer to me. Sayang jatuh nanti” Hana Aishah menelan air liurnya saat suara Fakhrul berbisik ke telinga kanannya. Ombakan katil menandakan lelaki itu sudah mulai bergerak.
Tangan Fakhrul sudah menjalar naik ke pinggangnya sebelum tubuhnya ditarik dengan mudahnya rapat ke tubuh Fakhrul. Saat itu bahang tubuh lelaki itu berserta haruman Fakhrul sudah Bersatu dengan Hana Aishah. Deruan nafas Fakhrul di telinganya yang tadi tenang sudah berubah rentak.
“I miss you” suara Fakhrul kedengaran selepas beberapa ketika. Tubuh Hana Aishah sudah mulai mengigil. Tangan Fakhrul semakin erat memeluk sebelum satu kucupan turun di lehernya. Air mata Hana Aishah mulai bertakung. Antara takut yang sedang bertarung dengan satu rasa yang dia yakin sudah hilang saat Fakhrul mengasari tubuhnya empat tahun lepas tetapi kembali semula.
Hana Aishah menggengam cadar katil itu erat. Memori malam – malam dimana tubuh dia dikasari kembali mengasak. Kata – kata kasar Fakhrul kembali bermain. Dia tahu Fakhrul sudah berubah. Hatinya sudah yakin Fakhrul sudah berubah. Melihat cara Fakhrul dengan sanak saudaranya , dia tahu Fakhrul benar – benar sudah berubah.
Tetapi bagaimana mahu membuang rasa takut ini. Bagaimana mahu membuang memori – memori pahit yang dia tidak mahu mana – mana Wanita lalui. Walaupun dua insan yang telah menyakiti arwah anaknya sehinggakan akhir hayat anak sulungnya. Sesiapa pun tidak patut dikasari sebegitu oleh seorang insan yang sepatutnya melindungi mereka.
“Adam needs a family. You know what you need to do. No one need to tell you nor can they force you” tiba – tiba pesanan bapa mertuanya sebulan lepas kembali ke ingatan. Hana Aishah memejam matanya rapat mahu malam itu berlalu pergi.
Share this novel