BAB 6

Romance Completed 20930

Humaira memandang lelaki yang baru menjadi suaminya selama seminggu itu dengan rasa yang jijik. Dia tidak menyangka lelaki itu suaminya. Langsung tidak ! Lelaki yang selama ini pergi meninggalkannya sudah menjadi suaminya. Lelaki yang selama ini dibencinya kembali sebagai suaminya. Humaira meneyesal kerana menurut kemahuan ayah dan ibunya.

‘Apa bencana yang sedang menimpaku ini ? ’ Getus hati Humaira yang sedang panas itu.

“ Mai… ! Kenapa ni ? ” Tanya Amir apabila meyedari mata Humaira yang memandangnya.

Humaira tersedar daripada lamunannya sebaik sahaja Amir menyapanya. “ Tak ada apa- apa abang. Err…, abang nak air tak ? Maira boleh buatkan… ” Humaira sengaja mencari alasan. Dia tidak sanggup lagi untuk berhadapan dengan bekas kekasihnya.

“ Tak payahlah ! Abang tak dahaga pun… ” Jawapan Amir itu benar- benar meletakkan Humaira dalam keadaan bahaya. Humaira tidak tahu lagi apa alasan yang patut diberikan. Dia perlu mengelak daripada Amir. Apakah alasan yang patut diberikannya ?

“ Mai ! ” Panggil Amir. Humaira tersenyum sinis. sudah agak lama dia tidak mendengar orang memanggilnya ‘ Mai ! ’ Semenjak Amir pergi meninggalkannya, dia akan memarahi sesiapa pun memanggilnya Mai. Pernah sekali dia marahkan ibu dan ayahnya kerana memanggilnya Mai. Dia tidak akan menjawab apabila ada orang memanggilnya Mai. Baginya Mai sudah tidak wujud… Mai sudah pergi bersama cinta Amir.

Amir meluru ke arah Humaira dah memeluknya. Kemudian, dia mengucup pipi mulus Humaira. Humaira terkedu. Sesungguhnya, dia tidak mahu Amir menyentuhnya kerana dia berasa jijik dengan Amir. Humaira meronta minta dilepaskan. Ini membuatkan Amir sedikit terkesima.

“ Kenapa Mai ? ” Soal Amir.

“ Err…, tak ada apa- apa. Abang, Maira pergi buat air untuk abang ya ? ” Hanya itulah alasan yang mampu diberikan Humaira. “ Tak payahlah ! Kalau abang dahaga, abang minta pembantu rumah je yang buatkan. ” Satu ciuman hinggap di dahi Humaira. Amir memeluk Humaira sekali lagi.

“ Lepaskan saya ! Lepaskan… ” Humaira meronta- ronta minta dilepaskan. Dia tidak mahu orang yang jijik seperti Amir memeluknya. Dia tidak mahu Amir menjadi suaminya. Tidak sama sekali !

“ Mai ? Kenapa ni ? ” Soal Amir lagi. Dia benar- benar tidak berpuas hati kerana dia dapat merasakan Humaira cuba menjauhi dirinya. Humaira naik ke atas katil dan berdiri.

“ Jangan sentuh saya ! Saya jijik dengan awak ! ” Berdesing telinga Amir saat mendengar pengakuan Humaira. Dia jatuh terduduk. Dia sama sekali tidak menyangka kata- kata itu akan lahir dari mulut Humaira.

“ Apa maksud Mai ? ” Lemah sekali suara Amir kedengaran. Hatinya bagaikan disayat sembilu.

“ Awak tak faham atau buat- buat tak faham ? ” Pertanyaan Amir dijawab dengan soalan Humaira.

“ Sepanjang saya tiada di sisi awak, awak ada mencintai orang lain ? ” Amir bertanya bagi meminta kepastian. Humaira terdiam. Dia tidak tahu lagi apa yang perlu diucapkannya. Humaira turun dari katil itu. Dia mencapai tas tangannya dan mengeluarkan sekeping foto yang telah lama berada di dalam tas tangannya. Foto itu kemudiannya dicampakkan kepada Amir.

“ Huh… ! Encik Amir… Boleh awak jelaskan kepada saya ? ” Amir mengambil foto itu. Dia terkejut besar. Mulutnya terkunci rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience