Bab 1

Adventure Completed 194

 
Lelaki berbaju hitam

Bang... (Bunyi letupan senapang dilepaskan)
 
Husin yang bersama -sama dengan rakannya Jang terkejut dan saling melihat sesama sendiri ketika terdengar suara tembakan yang baru sahaja tidak jauh dari kawasan rumah mereka.
 
“Jang, kau dengar tak bunyi tu tadi?” Tanya Husin kepada Jang
 
“Maksud kau bunyi yang macam bunyi senapang tu kah?” Balas Jang
 
“Ya Jang, kenapa ada bunyi letupan senapang di kawasan kita ni?” Tanya Husin lagi sambil melihat ke arah kaki bukit yang tidak jauh dari rumah mereka. Dan bunyi letupan yang mereka dengar adalah dari arah kaki bukit tersebut.
 
“Nak pergi periksa tak Sin?” Jawab Jang sambil menepuk bahu kanan Husin yang masih melihat ke arah kaki bukit tadi.
 
“Betul ker ni Jang?” Tanya Husin dengan ragu.
 
“Ya betulah Sin. Kalau masih kat sini macam mana kita nak tahu apa yang terjadi sebenarnya ,betul tak kata aku?” Jawab Jang yang cuba menyakinkan si Husin.
 
“Baiklah, Jom.” Kata Husin.
 
Dengan berbekal busur panah serta batang sumpit, mereka pun berlari ke arah kaki bukit dimana datang nya arah bunyi letupan senapang tadi.
 
Sesampainya mereka tidak jauh dari lokasi bunyi letupan tadi, mereka pun dengan senyap cuba mencari lebih teliti lagi dimanakah lokasi sebenarnya bunyi senapang tadi. Tak lama kemudian, setelah melihat sekeliling. Husin menangkap bahu Jang, lalu menunjukkan isyarat diam kepada Jang.
 
Dengan bahasa isyarat jari jemari, husin menunjukkan ke arah bawah bukit yang tidak jauh dari tempat mereka berdua bersembunyi. Dari situ mereka melihat beberapa orang lelaki mengenakan pakaian hitam seperti orang bandar tengah memegang pistol dan senapang patah. Tidak jauh dari lelaki-lelaki itu, terlihat seorang lelaki yang tengah diikat sambil melutut di depan mereka.
 
“Jang, kenapa mereka mengikat lelaki itu?” Bisik Husin kepada Jang.
 
“Tak tahu lah aku Sin. Tapi, aku tengok lelaki yang diikat tu macam kesian pula. Menangis -nangis pula tu.” Bisik Jang kepada Husin.
 
“Kau rasa kita patut tolong dia tak Jang?”Bisik Husin kepada Jang.
 
“Kalau nak tolong lelaki tu, sekarang lah masa yang tepat ni Sin.” Balas Jang lagi sambil berbisik.
 
“Baiklah, kita tolong dia Jang.” Balas Husin sambil berbisik.
 
 
Manakala , ditempat lelaki-lelaki yang tengah memegang senjata api itu pula berlaku perbicaraan.
 
“Tolong, tolong lepas kan aku. Aku Janji akan bayar berapa banyak yang kamu orang semua nak.” Kata lelaki yang tengah diikat itu sambil menangis- nangis.
 
“Ha..ha.. ha... Kau ingat kami nak sangat dengan duit kamu atau harta kamu.” Jawab seorang diantara lelaki yang berbaju hitam itu sambil ketawa terbahak – bahak itu.
 
Suppp...
Suppp....
(Bunyi anak panah dilepaskan kearah lelaki -lelaki berbaju hitam itu)
 
Melihat adanya anak panah yang tiba-tiba muncul didepan mereka. Kesemua lelaki yang berbaju hitam itu pun lari bersembuyi disebalik kereta mereka lalu melepaskan beberapa das tembakkan secara melulu.
 
“Husin, aku nak sumpit dulu lelaki yang berbadan besar itu.” Kata Jang sambil bersembunyi di belakang pokok.
 
Husin pun menunjukkan ibu jarinya kepada Jang. Dengan menarik nafas dalam- dalam , Jang pun meniup sumpitnya kearah lelaki yang berbadan besar.
 
Siipp..
sumpit yang dilepaskan oleh Jang tadi tepat mengenai leher lelaki tersebut. Dalam kiraan beberapa detik, lelaki yang berbadan besar tadi pun rebah tepat dihadapan kereta mereka.
 
Sipp....
 Satu lagi sumpit dilepaskan oleh Jang. Dan kali ini, tepat mengenai salah seorang lagi dari lelaki berbaju hitam yang berdiri di belakang kereta mereka sambil melepaskan tembakan rambang.
 
“Baiklah, 2 dah jatuh tu Sin.”Kata Jang kepada Husin.
 
“Tunggu dulu Jang, yang lain tak dapat nampak badan mereka.” Kata Husin kepada Jang.
 
Jang terdiam sambil memikirkan cara untuk menumbangkan mereka yang lain. Dengan sekilas berfikir, Jang mendapat ilhamnya iaitu dengan berlari jauh kearah kanan tapi kali ini sedikit kebahagian atas bukit.
 
Husin yang melihat akan ketekadan dan keberanian Jang itu pun turut membantu nya iaitu dengan membocorkan tayar – tayar kereta mereka menggunakan anak panah.
 
Kesemua lelaki yang berbaju hitam itu tadi telah pun jatuh ketanah akibat terkena sumpitan dari Jang. Dan mereka berdua pun dengan cepat berlari kearah lelaki yang diikat tadi untuk melepaskan ikatan nya.
 
“Tolong saya encik, lepaskan saya. Saya tak bersalah.” Kata lelaki yang diikat itu kepada Jang dan Husin.
 
“Bawa bertenang encik, encik sudah selamat. Kami datang untuk membantu encik.” Kata Husin kepada lelaki tersebut.
 
“ Yakah, terima kasih berbanyak -banyak encik. Semoga tuhan merahmati encik berdua.” Kata lelaki itu.
 
“Saya Jang dan ini Husin kawan saya. Kami berdua tinggal diatas bukit sana. Tadi kami berdua mendengar bunyi tembakan jadi kami pun terus datang kesini untuk memeriksa keadaan apa sebenarnya terjadi.” Kata Jang sambil memperkenalkan diri mereka.
 
“Terima kasih sekali lagi kepada Encik Jang dan juga Encik Husin kerana telah menyelamatkan nyawa saya.”
“Saya Zailudin akmar, seorang ahli perniagaan koperat import dan export terbesar di kuching.” Kata lelaki tadi.
 
“Oh, selamat berkenalan Encik Zailudin akmar.”
“Kenapa boleh sampai diikat dan dibawa kesini ni. Cuba cerita sikit.” Kata Husin yang sambil menyambut  tangan Encik Zailudin itu disertakan dengan senyum nya yang melebar.
 
“Panjang cerita nya encik. Tapi boleh tak saya mendapatkan sedikit air untuk diminum dulu.” Jawab Encik Zailudin kepada mereka berdua.
 
“Oh sudah tentu Encik Zailudin Akmar. Tapi sebelum itu, biar kami mengikat mereka ni dahulu. Takut nanti bila mereka terbangun nanti malah mengejar kita.” Jawab Husin
 
Encik zailudin tadi pun hanya mampu tersenyum lega setelah diselamatkan oleh 2 lelaki yang berpakaian hanya menggunakan sirat(Pakaian traditional kaum dayak) dan malah tidak dikenalinya itu.

Setelah Jang dan Husin selesai mengikat kesemua lelaki berbaju hitam tadi. Mereka berdua pun membawa Encik Zailudin ke teratak mereka yang berada diatas bukit itu.
 
Setelah sampai di rumah Jang dan Husin yang berada diatas kaki bukit itu. Jang pun menghidupkan unggun api dan lalu menjerang air untuk diminum. Manakala Husin pula pergi memanggil beberapa orang kampung untuk menangkap lalu mengurung kesemua lelaki berbaju hitam tadi.
 
“Encik Zailudin, silakan lah masuk ke teratak kami berdua ini. Maaflah iya kerana rumah kami ini kecil serta tidak semewah rumah yang berada di bandar-bandar besar diluar sana.” Kata Jang yang menjemput Encik Zailudin masuk ke teratak kecil mereka itu.
 
“Eh, tak mengapa Encik Jang. Encik janganlah berasa malu pula dengan kehadiran saya sebagai orang bandar ini. Kalau saya dibagi pilihan samada pilih bandar atau perkampungan. Sudah tentu saya memilih perkampungan berbanding bandar.” Kata Encik Zailudin yang cuba melepaskan baju kot nya itu.
 
“Hurm.. Kenapa pula Encik Zailudin memilih perkampungan. Kan di bandar sana sudah mempunyai kemajuan yang cukup tinggi serta fasiliti yang serba serbi mencukupi.” Tanya Jang sambil menggaru garu kepalanya.
 
“Ha..ha..ha.. Tidak kesemuanya mencukupi disana tu Encik Jang. Di bandar sana, walaupun orang ramai terlihat seperti hidup mewah serba serbi mencukupi namun ajaran moral masih berkurangan. Tidak ramai orang mempunyai perilaku budi bahasa seperti penduduk kampung. Bagi saya penduduk kampung mempunyai budi bahasa nya yang sangat tinggi dan saling menghormati sesama sendiri.” Jawab Encik Zailudin akmar sambil ketawa terbahak-bahak.
 
“Ha.. ha..ha.. Betul sekali kata Encik itu Jang.” Kepala desa yang mengikuti Husin ke tempat kejadian tadi , telah tidak sengaja terdengar akan perbualan diantara Jang dengan Encik Zailudin itu.
 
“Eh, kepala desa. Kepala desa silakan masuk. Datang dari mana ni kepala desa?” Tanya Jang yang terkejut melihat kehadiran kepala desa di depan pintu rumahnya itu.
 
Kepala Desa yang mendengar ajakkan dari Jang dengan senang hati melangkahkan kakinya untuk masuk dan lalu duduk disamping pintu rumah mereka.
 
“Jadi, Encik ini adalah orang yang diceritakan oleh Husin kepada saya ya. Kalau boleh, saya nak tahu kenapa boleh terjadi perkara seperti itu Encik...” Tanya kepala desa kepada Encik Zailudin sambil memandang tajam ke arah matanya.
 
Encik Zailudin yang mendengar permintaan untuk penjelasan kejadian tadi berasa binggung harus bagaimana hendak menjelaskan kejadian tadi. Namun bagaimanapun dia harus menjelaskannya juga.
 
“Oh, begini ceritanya Encik kepala desa. Akan saya perjelaskan apa yang berlaku dimulai dari awal sehingga sekarang. Pertama sekali saya ingin perkenalkan diri dahulu. Nama saya Zailudin Akmar, berusia 45tahun, mempunyai seorang isteri dan dikurniakan 2 orang puteri yang cantik.” Jawab Encik Zailudin sambil tunduk sedikit lalu mengambil cangkir yang berisi air putih dan diminumnya.
 
“Ceritanya bermula ketika bersama isteri dengan 2 orang anak gadisku yang baru sahaja meningkat dewasa. Pada masa itu kami baru sahaja balik dari percutian ke New Zealand selama beberapa minggu...” Tiba-tiba sahaja penjelasan Encik Zailudin tadi disekat oleh Jang.
 
“Niu jilan  tu apa benda Encik Zailudin. Tempat bersantai macam disungai kah itu.?” Tanya Jang tanpa segan silu.
 
“Kau ni Jang, Janganlah mengganggu Encik Zailudin yang ingin menjelaskan apa yang berlaku. Diam dahulu dan dengarkan sehingga habis.” Ulas kepala desa kepada Jang dengan sedikit emosi marahnya.
 
“Ha.. ha.. ha.. Tidak mengapa kepala desa. Saya faham mengapa Encik Jang menanyakan soalan begitu tadi. Tak mengapa Encik Jang, nanti saya akan menjelaskan pertanyaan Encik Jang.” Kata Encik Zailudin kepada kepala desa itu dengan mengosok-gosok kepalanya sendiri sambil tersenyum lucu.
 
“Setelah itu, kami pun balik lagi ke negeri tanah air kita ini iaitu negeri sarawak yang tercinta. Diperjalanan pulang ke rumah, kami telah disergap oleh tiga buah kereta yang cuba menghimpit kereta saya. Melihat akan peristiwa itu, saya mula berasa resah dan risau akan isteri dan juga 2orang anak perempuan saya. Saya pun tambahkan lagi kecepatan kereta saya seperti orang yang berlumba. Namun, saya berjaya disekat oleh salah sebuah kereta mereka dari depan. Bagaimanapun saya harus memberhentikan kereta saya juga, saya memberitahu isteri dan anak-anak untuk tidak keluar dari kereta kami walau apapun yang berlaku.” Kata Encik Zailudin dengan mengalirkan sedikit air matanya.
 
“Terus, isteri dan anak-anak Encik Zailudin macam mana dan di mana mereka sekarang.” Tanya Jang sambil mengejut berdiri.
 
“Kau ni kenapa Jang, biarlah Encik Zailudin tu habiskan ceritanya.” Kata kepala desa kepada Jang.
 
“Ya.. ya.. saya akan ceritakan tentang mereka pula. Walaupun , terasa samar-samar tetap saya ceritakan kepada encik berdua.”
“Pada masa itu, pintu kereta dibahagian tempat duduk saya ditembak dan saya pun ditarik keluar dari kereta secara paksa. Sedang saya cuba bergelut dengan mereka, beberapa dari mereka berjaya membuka pintu tengah lalu menarik keluar isteri dan anak-anak saya dan kami pun dipisahkan dilokasi itu. Seperti yang kamu lihat tadi, saya telah ditutupi dibahagian muka dan diikat lalu dibawa ke sekitar kawasan yang tidak saya ketahui dan malah keberadaan isteri juga anak-anak saya tidak saya ketahui. Saya mohon kepada Encik Jang dan Encik Kepala Desa. Tolonglah saya untuk mencari isteri dan anak-anak saya.” Setelah menjelaskan semua yang terjadi, Encik Zailudin terus melutut dan tunduk sambil menangis meminta pertolongan dari Jang dan juga Kepala desa.
 
Jang yang merasa kesian kepada Encik Zailudin tadi pun pergi menuju ke arah dapur lalu mengambil sesuatu disana.
 
“Jangan risau Encik Zailudin, saya Jang bersama dengan rakan karib saya akan membantu Encik Zailudin  mencari isteri dan juga anak-anak Encik Zailudin.” Jawab Jang sambil mengangkat parang elang nya lalu ditunjukkan ke arah langit.
 
Encik Zailudin yang mendengar akan kata-kata Jang itu tadi pun merasa lega. Baginya mungkin ini adalah jalan yang telah dtunjukkan oleh Tuhan kepadanya iaitu dipertemukan dengan orang-orang berani seperti Jang dengan Husin.
 
Pantap...
 (Istilah perkataan dari kaum dayak iban yang bermaksud potong)

Disebuah tempat yang tidak jauh dari rumah Jang dan Husin pula. Husin mencangkung sambil mencucuk-cucuk pipi lelaki-lelaki berbaju hitam yang telah mereka tangkap dan dikurung menggunakan sebatang ranting pohon yang ia temukan. Disaat Husin mencucuk-cucuk pipi mereka, tiba-tiba salah seorang dari mereka pun terbangun dan menjerit untuk minta dilepaskan.
 
“Oi.. budak lepaskan aku. Lepaskan lah bodoh.” Kata lelaki yang baru sahaja terbangun itu. Tidak lama kemudian pula, lelaki-lelaki yang lain juga turut terbangun dan menjerit untuk dilepaskan.
 
Jang yang mendengar bunyi bising itu pun berlari keluar dari rumahnya lalu menuju ke arah bunyi bising tersebut. Sesampai Jang disana, Jang melihat Husin tengah mempermainkan lelaki-lelaki yang berbaju hitam itu.
 
“Sin, sudah. Biarkan mereka jangan diganggu lagi mereka. Kerana, kita harus menyelamatkan ahli keluarga Encik Zailudin.” Kata Jang kepada Husin
 
Husin pun mengganguk setuju dengan kata-kata Jang. Akan tetapi Husin tidak tahu akan maksud Jang yang sebenarnya itu, mungkin baginya itu adalah sebuah pengembaraan yang bakal menyeronokkan dirinya.
 
“Tapi kita nak cari dimana ahli keluarga Encik Zailudin itu Jang. Kita bukannya tahu mereka ada dimana.” Tanya Husin kepada Jang sambil mendepakan kedua tangan nya.
 
Jang tersentak akan kata-kata Husin itu, lalu mulai berfikir lagi. Harus bagaimanakah mereka mendapat tahu akan keberadaan ahli keluarga Encik Zailudin itu. Setelah beberapa kali memundar-mandir , Jang mendapat caranya.
 
Jang pun berlari kearah sangkar tempat terkurungnya para lelaki berbaju hitam itu lalu menanyakan dimanakah ahli keluarga Encik Zailudin berada.
 
Tidak lama setelah itu, Kepala desa bersama dengan Encik Zailudin pun sampai di tempat Jang dan Husin.
 
 Sepanjang Jang menanyakan akan keberadaan ahli keluarga Encik Zailudin. Kesemua 4 orang lelaki berbaju hitam itu langsung tidak berbunyi sepatah kata pun.
 
“Sin, minta tolong beberapa orang kampung untuk membawa mereka ke tempat itu.” Kata Jang kepada Husin.
 
“Ehhh, Jang. Sekarang sudah nak malam Jang, bahaya kalau ke sana dengan membawa mereka ini.” Kata Husin kepada Jang.
 
“Sudah Sin, ikut saja apa yang Jang arahkan. Bagitahu orang kampung bahawa aku sebagai Kepala desa yang perintahkan untuk malam ritual ini. Ha.. ha... ha...” Kata kepala desa sambil mengangkat tongkatnya lalu tertawa besar.
 
“Baiklah, Kepala desa. Saya akan bagitahu kepada orang-orang kampung.” Husin yang menerima arahan Kepala desa itu pun berlari menuju kearah dimana berkumpulnya para penduduk kampung menunggu malam tiba.
 
“Semua, dengar sini. Kepala desa memberitahu ku untuk meminta pertolongan dari kamu semua dan kita harus membawa semua laki berbaju hitam tadi ke arah tempat ritual.” Kata Husin sambil menjerit terpinga-pinga.
 
Kesemua orang kampung yang mendengar kata-kata Husin itu tadi pun membalas teriakan Husin sambil mengambil senjata masing-masing seolah-olah ingin pergi berperang. Setelah semuanya berkumpul kembali di tempat kepala desa dan Jang berada, Kepala desa pun mengarahkan orang kampung untuk membawa para lelaki berbaju hitam itu ke tempat ritual.
 
Setelah 15minit berjalan menuju ke tempat ritual, malam pun tiba.
 
Suasana masih riuh rendah dengan suara orang-orang kampung yang berteriak gembira dan tidak sabar untuk menunggu upacara ritual dimulakan.
 
“Oi, manusia-manusia bangsat. Lepaskan kami, kamu semua nak apakan kami ahhh.” Tanya salah seorang lelaki berbaju hitam itu.
 
“Oh, lancang sekali mulut kamu ya. Sabar, sebentar sahaja lagi kamu akan menjadi hidangan terlazat kami walaupun kulit dan isi kamu memiliki dosa-dosa jahat didalamnya.” Kata Jang sambil menakut-nakut kan mereka.
 
“Encik kepala desa, ini upacara ritual apa nih. Takkan lah ,betul seperti kata Encik Jang itu.” Tanya Encik Zailudin yang ketakutan.
 
“Oh.. ha.. ha.. ha.. (ketawa sambil mendekati telinga Encik Zailudin) bertenang Encik Zailudin, ini sebenarnya cuma upacara ritual untuk menghalau niat-niat orang yang memiliki niat kejahatan. Dan diperiuk belangga yang besar itu sebenarnya Cuma terisi air yang sejuk sahaja dan bukan air yang panas. Kami tidak pernah melakukan ritual yang mendatangkan kematian dikampung ini. Jangan risau, biar mereka yang menguruskannya.” Bisik kepala desa kepada Encik Zailudin dengan senyum tawa nya.
 
“Wahh, air dah nak mendidih ni. Sekarang masa untuk memasukkan daging segar pula.” Kata Jang sambil menggangkat keluar jari nya dari periuk besar itu .
 
“Baiklah semua, sekarang bawa kemari semua keempat-empat lelaki berbaju hitam itu. Kita akan berpesta ria malam ini, hidangan terbesar ni. Ha... Ha... Haa..” Kata Jang sambil mengarahkan penduduk kampung untuk membawa mereka naik ke pentas yang dekat dengan mulut periuk  belangga yang besar itu.
 
“Tungg... Tunggu dulu.. Jangan makan kami, saya akan ceritakan semuanya dan memberitahukan lokasi isteri dan anak-anak lelaki itu. Tapi jangan bunuh kami, kerana kami hanya mengikut arahan sahaja." Kata salah seorang lelaki berbaju hitam itu sambil merayu-rayu lalu menangis.
 
“Ha.. ha.. ha.. Akhirnya kamu semua terkena juga dengan perangkap aku ni. Ini Jang Ngayau yang sedang kau hadapi.” Kata Jang didalam hatinya sambil tersenyum seorang sendiri.
 
“Berhenti semua, bawa turun kebawah lagi mereka semua. Nampaknya santapan-santapan kita ni ada benda nak cakap sebelum menemui ajal mereka.” Kata Jang kepada penduduk kampung yang tengah memegang para lelaki berbaju hitam itu.
 
Setelah diturunkan dari pentas , Jang pun menuruni pentas itu dengan gayanya. Kepala desa dan Encik Zailani yang melihat akan akal Jang yang cuba menjahili keempat-empat lelaki berbaju hitam itu hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala sahaja.
 
“Mana parang, bawa sini parang. Aku nak makan bahagian paha dahulu, rasanya yang berbadan besar ini macam nampak sedap jer.” Jerit Jang kearah sekelilingnya.
 
“Di perlabuhan perkapalan kuching...” Jerit salah seorang dari lelaki berbaju hitam itu.
 
“Kepala desa, apa benda yang si kurus itu cakap. Dimana perlabuhan perkapalan kapal kuching tu Kepala desa?” Tanya Husin kepada Kepala desa dengan kebinggungan.
 
“Entahlah, manalah aku tahu Sin. Kau ni pun sama juga macam si Jang tu. Ish.. malas aku nak layan kamu berdua ni.” Jawab Kepala desa kepada Husin.
 
Encik zailudin mendekati para lelaki berbaju hitam itu, lalu melihat ke arah muka mereka dengan teliti lagi dengan satu persatu. Para lelaki berbaju hitam yang melihat Encik Zailudin datang mendekati mereka merayu untuk dilepaskan dan berjanji akan memberitahu semuanya.
 
“Kejap, kejap. Kenapa nak minta dilepaskan pula. Semasa kamu semua yang cuba membunuh lelaki ini dan lelaki ini minta untuk dilepaskan, ada tak kamu terfikir nak melepaskan dia.?” Tanya Jang kepada lelaki berbaju hitam yang kurus itu.
 
“Kami Cuma mengikut arahan sahaja, kami pun tak tahu yang disini ada perkampungan.” Kata para lelaki berbaju hitam itu.
 
“Arahan dari siapa? Siapa menghantar kamu untuk membunuh saya.? Cakap cepat, dimana isteri dan anak-anak saya.” Jerit Encik Zailudin kepada lelaki berbaju hitam yang kurus itu sambil mengenggam bahagian depan bajunya.
 
“Ba... Ba.. Baiklahh.... Saya akan cakap.” Jawab lelaki berbaju hitam yang digenggam bajunya oleh Encik Zailudin itu.
 
“Saya tak pasti nama sebenarnya siapa, tapi yang saya tahu dia hanya memperkenalkan diri dengan nama Mr X sahaja. Dia menjanjikan kami bayaran upah yang lumayan besar serta kehidupan yang bebas juga setelah pekerjaan kami ini selesai. Sepertinya , sebentar lagi dia pasti akan menelepon dan menanyakan bagaimana dengan proses pekerjaan kami.” Jawab lelaki berbaju hitam yang kurus itu kepada Encik zailudin.
 
Ring... Ring... Ring...
(Bunyi dering dari telepon bimbit milik salah seorang lelaki berbaju hitam itu.)
 
“Apa bunyi tu, apa bunyi tu..” Jawab Jang cuba mencari-cari arah datangnya bunyi telepon tadi.
 
“Tenang Encik Jang, itu hanya bunyi dari alat untuk berkomunikasi jarak jauh.”Kata Encik Zailudin kepada Jang sambil tersenyum.
 
Encik Zailudin yang memeriksa kocek baju dan seluar keempat-empat lelaki berbaju hitam itu akhirnya menjumpai sebuah telepon bimbit lalu melihat kearah skrin telepon tersebut sebelum menjawabnya. Ternyata, tiada nombor pendaftaran dan juga tiada nama pemilik nombor telepon yang muncul kecuali hanya muncul nama Mr. X sahaja.
 
Encik zailudin, mengcekam rahang lelaki berbaju hitam yang kurus itu lalu menyuruhnya untuk memberitahukan semua telah selesai diuruskan dan membiarkan telepon bimbit itu dijawab dengan loud speaker.
 
“Hello.. hello Mr. X , semuanya dah selesai. Kami dah buat seperti yang Mr. X arahkan.” Kata lelaki berbaju hitam itu.
 
“Bagus.. syabas semuanya. Akan saya kirimkan alamat seterusnya untuk kamu semua. Jangan lupa, bawa kepala si keparat Zailudin itu sekali. Ha... Ha.. ha.. Tutttt.... Tutt.... Tutt..(Bunyi telepon dimatikan).” Kata Mr. X itu sambil menutup panggilannya.
 
“Wahh.. apa benda ni. Kenapa ada keluar suara lelaki garau disitu.” Tanya Jang dan Husin yang tak pernah melihat akan apa itu telepon bimbit kepada Encik Zailudin.
 
“Dimana tempat yang dimaksudkan oleh Mr. X itu. Jawab cepat.” Teriak Encik Zailudin kepada lelaki berbaju hitam itu sambil mengenggam bahagian depan bajunya lagi.
 
“Tunggu... Tunggu dahulu.. sekejap lagi akan ada mesej dari Mr. X itu. Kamu tinggal buka dan baca sahaja.” Jawab lelaki berbaju hitam itu.
 
“Oi, kau ni memang nak mati lah Sam, kenapa kau bagitahu semuanya kepada target kita.” Kata salah seorang rakan lelaki berbaju hitam yang kurus itu.
 
“Oi, Seng.. Kau cakap aku nak mati. Mana mungkin aku nak mati macam tu jer bodoh. Kau ingat Bos kita Mr. X itu bodoh kah apa. Ini Sam lah , Sam Taiko... siapa tak kenal aku di kawasan pasar satok tu.” Kedua orang lelaki berbaju hitam itu mula bertengkar sesama sendiri mereka.
 
“Ohhh.. seorang bernama Sam, seorang lagi bernama Seng. Ahhh.. Ngam lah tu. Sam Seng taik kambing lah kau orang.” Encik Zailudin cuba untuk memperli mereka.
 
“Oi.. tak baik macam tu tau. Bukan kita orang nak pun dapat nama macam tu pun. Kesian lah dengan kami.” Kata lelaki berbaju hitam yang bernama Sam itu.
 
Manakala Jang dan Husin yang sedang bermain-main dengan telepon bimbit itu tiba-tiba terperanjat apabila telepon yang pada awalnya mereka main tiada mengeluarkan getaran dan bunyi malah mengeluarkan getaran dan bunyi yang pelik.
 
Tit.. titt... Tit.. titt...
(Bunyi mesej masuk ke telepon tersebut.)
 
“Ehhh... Berbunyi... Bergetarrrr... Lah... Ennnciikk.. Zaaaiiludin.” Husin yang bergetar mengikut getaran telepon tadi cuba memberikan telepon tersebut kepada Encik Zailudin.
 
Encik zailudin mengambil telepon bimbit itu dari Husin lalu membuka peti masuk dan dibacanya akan isi mesej tersebut. Di dalam mesej tersebut hanya terdapat peta lokasi seperti yang diberitahu oleh Mr. X tadi.

"Ini, peta ni menunjukkan lokasi tempat perlabuhan perkapalan itu." Kata Encik zailudin yang masih melihat akan isi mesej itu.

 
 
 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience