Bab 1

Horror & Thriller Completed 790

2016

Rania memandu untuk ke uniKL. Rania biasanya pergi bersama sahabatnya iaitu Faroq dan Raihana. Mereka berkawan sejak kecil lagi.

Hari ini dia terpaksa berseorangan akibat Raihana yang tiba-tiba diserang demam. Faroq pula terpaksa pulang ke kampung.

Rania tidak mempunyai kawan yang ramai di tempat belajarnya atas sebab dia yang sedikit kekok untuk mengenali orang lain.

Sehinggalah pada suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki yang satu fakulti dengannya, "Hai Rania...Buat apa tu?" soal Danial.
"Aku tengah makan ni tak nampak ke? Dah buta?" balas Rania .
"Janganlah marah. Saya tanya je..." sambung Danial.

"Ni ada hadiah untuk awak" Danial mengeluarkan sejambak bunga berserta kad di dalamnya.

Rania menyambutnya dengan malas.

"Untuk saya? Hmm actually siapa yang bagi?" soal Rania.

"Your secret admire." balas Danial.

"Hmm, ok, Thanks."


***************

Hari ini dia lebih bersedirian . Dengan keadaan Raihana yang demam. Selalunya Raihana yang akan bergosip dengannya. Tetapi tidak untuk hari ini.

Dia mula bosan. Housemate yang lain sudah keluar bersama boyfriend masing-masing.

Rania adalah seorang yang ceria, periang , kanak-kanak ribena serta gila-gila. Senang cerita semua yang riang tu dialah. Bila satu hari dia tidak bersembang dengan kawannya itu, dia seolah-olah menghidap penyakit kemurungan.

Jadi untuk elak daripada perkara ini berlaku....

"Baik aku ajak Danial belanja aku makan. I'm so bored."

Rania mencari nombor telefon Danial. Panggilan pertama tidak dijawab. Panggilan kedua juga sama.Pada panggilan ketiga juga sama. Rania berhenti. Dengan niat tidak mahu mengacau Danial.

"Ring...ring...ring..."

Telefon Rania berdering.

Terpapar nama Danial beserta gambar mereka ketika masih bersama.

"Hello, Rania. Awak nak apa?"

"Aku nak ajak kau belanja aku. Lagipun aku boringla."

"Raihana kan ada!"

"Masalahnya Raihana dah tidur!"

"Yelah...Aku datang rumah kau!"

"Ok thanks, Danial"

Panggilan diputuskan.Kini Rania dan Danial seperti kawan rapat walaupun adakalanya Rania berasa sedikit annoying dengan Danial kerana suka menyakatnya dengan panggilan awak saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience