Rate

BAB 1

Romance Completed 526

Pada aku, tidak mungkin ada dan wujudnya cinta. Bagi aku, cinta pandang pertama tidak pernah wujud. Aku tidak pernah percaya pada cinta. Walaupun aku seorang lelaki, tetapi aku cukup suka dengar lagu “Tidak Percaya Pada Cinta” nyanyian Liyana Jasmay. Mungkin aku sependapat dengan lagu tersebut. Bagi aku, biarlah cinta yang datang padaku.
“Awak nak minum apa-apa ke?” soalnya. Buat kali pertama, aku terpesona memandang wajah yang putih itu. Bibirnya cantik dan manis bertudung.
“Ya.., saya nak….,”
Mungkin ke ini yang dikatakan cinta pandang pertama? Buat pertama kali, hati aku bagai terusik sesuatu.
“Siapa yang order mocca “ni?” soal seorang pelayan lelaki yang berambut cacak itu.
“Kau punya,kan Ismael ?” soal rakanku kepadaku.
“Sini ada nak cari pekerja part time ke?” soal aku. Rakan-rakanku terkejut memandangku.
“Sebenarnya, pekerja dekat sini sudah cukup. Tetapi, tidak salah kalau mahu tinggalkan nombor telefon. Oh ya, esok sudah mula berpuasa. Mungkin kami akan buka pukul 6 petang. Jadi, sempena bulan puasa kami ada pakej baru. Kalau mahu tengok, ini dia,”
Aku tidak minat mahu melihat apa yang ditunjukkan oeh pelayan itu. Sebaik pelayan itu pergi, rakan-rakanku Izad dan Basir mula buka mulut.
“Korang perasan tak, pelayan tadi comel gila. Kalah bintang filem. Dah “tu mekap pun tidak,” Basir menyatakan rasa kagumnya. Aku diam sahaja.
“Tetapi, perempuan macam itu biasanya tak akan layan sangat sebab dia tahu dia comel,” Izad pula berkata. Betul ke dia sebegitu? Tetapi, aku rasa dia tidak begitu.
“Ismael , kenapa kau tiba-tiba minat mahu kerja dekat sini? Mak bapak kau bagi ke?” soal Izad pada aku. Aku diam sahaja.
“Hendak bayar sekali ke?” lembut suaranya bertanya. Kehalusan suaranya membuatkan aku bertambah melayang. Apa yang patut aku buat? Perlu ke aku tanya nama dia?
“Ini bakinya, RM 2.50,” dia menghulurkan wang baki kepada Izad. Izad mencuit aku. Aku pula terus memandang wajahnya.
“Sudi tak awak keluar dengan saya?” soal aku tiba-tiba. Dia nyata terkejut dengan soalan itu. Tiba-tiba air mukanya berubah. Aku lihat , dia melihat ke arah pintu keluar. Dia menunjukkan ke arah sana.
“Pintu keluar di sana ya,” pantas tangannya menunjukkan. Aku rasa malu yang amat. Ini ke yang dikatakan cinta tidak berbalas.
“Apa kau buat tadi, Ismael ? Malunya,” Izad nyata tidak puas hati dan mungkin juga seperti aku malu bercampur terkejut.
“Nampaknya, kau dah cipta rekod cinta ditolak dalam masa yang terpantas,” Basir seolah mengusik.
“Sudahlah, awek macam itu tidak patut kau fikirkan sangat. Dia itu tahu diri dia laku sebab itu dia hidung tinggi sikit,”
Aku diam sahaja. Betul ke? Telefon bimbit aku berbunyi. Lekas-lekas aku menjawabnya.
“Ya. Saya….,”
“Siapa?” soal Izad ingin tahu.
“Kafe tadi, dia suruh aku datang kerja esok,”

Kenapa semua ini terjadi? Esoknya, aku datang kerja dengan wajah yang penuh keraguan. Aku datang pukul 6 petang seperti yang dijanjikan. Aku diberikan apron dan topi.
“Kamu semua, saya mahu memperkenalkan pekerja baru. Ini dia, Ismael ,”
Nyata, pekerja lelaki lebih ramai di sini. Hanya dia pekerja wanita di sini.
“Oh ya, Suci saya nak perkenalkan pekerja baru kepada awak. Dia pun pelajar macam awak. Dia pelajar UiTM. Ambil bidang Undang-Undang. Suci, ini Ismael dia belajar di Politeknik sana. Dia ambil bidang perniagaan antarabangsa. Ismael , ini Suci Murni,”
Nama dia Suci? Jadi, nama dia Suci. Aku suka nama itu.
“Kalau ada apa-apa yang tidak faham, bolehlah tanya dia. Dia baik dan sudi membantu,”
Aku menghampirinya. Aku senyum pada dia. Ketika itu, dia sedang mengemop lantai.
“Hai, saya nak tanya….,”
“Pekerja lain lagi banyak benda diorang tahu. Awak jangan cuba dekati saya. Saya rimas tahu tak?” tiba-tiba sahaja dia marah-marah. Wajah yang comel itu nyata tetap nampak comel walau sedang marah. Aku tercabar. Pantang lelaki biarkan dirinya ditempik begitu. Mungkin dia fikir aku hendak perhatikan dia semasa bekerja.
“Saya nak ingatkan awak. Saya datang kerja di sini tiada kaitan dengan awak. Pasal saya ajak awak keluar semalam, baik awak lupakan dan anggap ia tidak pernah berlaku. Mungkin otak saya tidak berapa betul pada waktu itu. Jadi, jangan ingat saya teringin sangat dengan awak,”
Kenapa aku berkata begitu? Dia diam seribu bahasa. Kemudian, memalingkan wajahnya. Tidak ke dia marah?
“Suci, ada orang nak jumpa,” beritahu Yazie yang tinggi lampai itu. Suci keluar dan dia mengeluh. Beberapa orang budak lelaki duduk di meja itu dan Suci menghampiri mereka.
“Itulah, Ajai, Aizat dan Murat. Mereka selalu datang sini untuk cari Suci. Biasanya untuk tujuan mengusik dan mengacau. Tetapi, selagi mereka tidak ganggu kerja dia kami tidak kisah. Malah, selain mereka ramai juga lelaki yang datang nak mengorat dia. Mula-mula dulu Suci layan mereka sebagai pelanggan. Tetapi, sekarang makin menjadi pula. Bahkan, Suci pun dah naik bosan,”
Aku memerhati sahaja.
“Suci, berilah saya alamat e-mail awak,” pinta salah seorang daripada mereka bertiga.
“Suci, awak ada Fac tak?”
“Maaf, saya tiada semua yang awak cakapkan? Saya ini tiada masa nak layari internet,”
“Janganlah jual mahal. Pukul berapa awak habis kerja? Lepas “ni kita boleh jalan-jalan,”
Suci mengeluh lagi.
“Saya kena tunggu sampai kedai tutup,”
“Alah, Suci “ni sombonglah. Kami “ni nak kenal dengan awak,”
Patutlah Suci menyombong semacam. Mungkin dia bosan kerana asyik digoda begitu. Nyata, Suci sukar percaya dengan ketulusan lelaki. Mungkin ke dia ingat aku macam budak-budak lain yang mahu menggoda dia. Nyata, aku tersilap langkah semalam. Terlalu awal aku menghakimi dia. Nyata, dia memang bosan dengan setiap usikan yang datang.
“Saudara semua. Saudara semua puasa ke tidak? Saya rasa, kalau niat saudara datang bukan untuk mendapat keberkatan berbuka puasa, ada baiknya saudara semua pergi dari sini dan cari kelab malam yang berdekatan,”
Nyata , mereka bertiga terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience