Bab 41

Romance Series 113896

Pagi tu Aniq rasa tidak senang duduk. Kerja yang dilakukan ada sahaja tidak kerja. Syam yang duduk di hadapannya memandang pelik.

"Kau ni kenapa, dah macam kucing nak beranak aku tengok" tanya Syam tapi tiada jawapan dari Aniq.

Aniq pula dilihat kejap-kejap tengok jam di pergelangan tangan, kejap-kejap intai pintu.

"Kau nak ke mana-mana ke? Kejap-kejap tengok jam. Kejap-kejap tengok jam" tanya Syam.

"Tak ada apalah" balas Aniq malas.

"Oo... Aku tau, kau tunggu bunga dari Yus kan.. Biasanya waktu-waktu macam ni Azman dah datang serah bunga dan coklat. Ha.. Tu la, masa Yus hantar bunga, sombong. Sekarang dah ternanti-nanti" teka Syam.

"Mana ada, jangan pandai-pandai buat cerita"

Tiba-tiba bunyi pintu diketuk.

Berubah wajah Aniq ceria.

"Masuk"

"Tuan, ni ada fail Tuan Yunus minta saya serah pada Tuan. Hm.. Maaf Tuan, pagi ni tak ada bunga dengan coklat" ujar Koperal Azman.

"Siapa cakap saya tunggu bunga dengan coklat?" tanya Aniq dengan wajah yang sudah merah.

Tercetus ketawa di bibir Syam dan diikuti Koperal Azman. Menjeling Aniq pada Syam dan Koperal Azman. Terus terdiam dua-duanya.

"Maaf Tuan. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu" minta Koperal Azman.

"Betulkan, kau tunggu bunga dari Yus? Padan muka, masa Yus bagi sombong, buat tak endah. Ni bila tak dapat, sibuk nak tunggu. Aniq.. Aniq.. Okey lah, aku keluar dulu. Malas nak kacau orang yang mood ke laut ni" kata Syam lalu keluar dari pejabat Aniq.

'Aku sombong ke?' soal Aniq pada diri sendiri.

Seperti biasa Aniq pulang lewat cuma kali ini kerana bantuan tugas di IPD Shah Alam bagi Ops Khas Kesan. Tidak sempat untuk singgah makan, Aniq terus pulang ke rumah.

Aniq kemudian terus ke dapur untuk makan, sebab kebiasaannya Yus ada masakkan untuknya. Tetapi sampai sahaja Aniq di dapur dapati meja kosong, tiada tudung saji yang menutup makanan.

Tiba-tiba perutnya berbunyi. Aduh.. Lapar. Akhirnya Aniq bancuh satu mug koko panas dan makan bersama biskut. Padan muka kau. Bila Yus masak, kau tak nak makan. Ambik kau, Yus tak masak hari ni.

Ah, sudah.. Dia dah jemu nak pujuk aku ke..

+++

Pagi tu seperti biasa, Yus dan Aniq akan bersarapan bersama, begitu juga makan tengah hari tetapi makan dalam suasana sunyi, dah macam dalam perpustakaan pulak.

Selesai makan Aniq duduk di sofa ruang rehat, manakala Yus pula menonton tv di ruang tamu. Hari sabtu macam ni la baru boleh nak rehat sambil menonton tv. Yus toleh ke belakang, dilihat Aniq sibuk dengan lap top dan beberapa helai kertas di hadapannya. Buat kerja la tu..

Hm.. Apa lagi la yang aku kena buat kat Aniq ni. Bagi bunga dengan coklat pun tak jalan. Kat sapa la, dia bagi bunga dengan coklat tu. Dah la coklat sedap yang aku beli bagi dia. Ish, tak patut betul. Apa la payah sangat nak pujuk dia ni, muka tak de nak senyum langsung. Ketat, keras tak de perasaan. Nak monopaus ke apa dia ni. Pening la fikir..

Asyik sangat menonton tv, tidak sedar bila Yus terlena di sofa depan tv. Sedar-sedar jam dah pukul tiga setengah petang. Yus menoleh ke belakang, Aniq dah tak de.. Ke mana pulak.

Yus bangun menuju ke bilik air di dapur untuk cuci muka. Jus oren dari peti sejuk dikeluarkan dan dituang dalam gelas dan jus oren dalam botol diletakkan semula dalam peti ais. Perlahan jus oren diteguk.. Sejuk membasahi tekak. Setelah selesai, gelas dicuci dan ruang dapur di tinggalkan. Yus melangkah menuju ke bilik dan semasa mahu memulas tombol pintu bilik Yus nampak kelibat Aniq yang baru masuk ke mini gym. Hm.. Rajinnya dia nak work-out. Work-out? Ting! Idea sudah mari..

Yus kemudian terus masuk ke bilik air untuk membersihkan badan. Setelah keluar, Yus mengambil short pants dan sport bra warna putih lalu dipakai. Hari tu Yus pakai warna hitam, hari ni kita kasi cuci mata lebih sikit. Petang ni Yus pilih warna putih yang bahagian dada dan belakang badan lebih terdedah. Rambut diikat tocang tinggi menyerlahkan leher jinjang dan putih itu. Hm.. Tinggi rambut ditocang mengalahkan orang dalam pantang. Tuala dan botol air dibawa. Eh, lupa. Minyak wangi sembur kasi banyak sikit. Hihihi..

Abang... I'm coming.. Yus senyum jahat.

Aniq yang ketika itu sedang buat push up terus terhenti apabila ada sepasang kaki putih licin berdiri hampir di tepinya. Terus bangun berdiri Aniq bila menyedari Yus turut berada di dalam mini gym.

Yus pamerkan senyuman manis dan berkata.

"Sayang pun nak work-out. Rasa macam dan gemuk, asyik makan je". Kemudian melintas lalu di hadapan Aniq.

Kembang kempis hidung Aniq bau wangian minyak wangi Yus. Hm.. Wanginya..

Aduh.. Seksinya awak sayang..

Yus kemudian melangkah menuju ke trademill dan memulakan larian setelah menetapkan had kelajuan yang dikehendaki. Berpeluh-peluh badan.

Aniq yang berada di dalam mini gym, jadi tak senang duduk. Nak work-out pun serba tak kena. Nak keluar dari mini gym tu rasa macam rugi pulak dengan free show.

Yus bukan tidak sedar dengan pandangan curi-curi Aniq padanya. Setelah hampir dua puluh lima minit, Yus hentikan larian dan menuju ke kerusi yang ada di tepi mini gym.

Botol air diambil. Yus kemudian menghadap ke arah Aniq, walaupun tidak begitu hampir tetapi Yus masih dapat lihat wajah Aniq yang tidak tentu arah. Yus mengambil botol air lalu meneguk dengan perlahan dan sengaja membiarkan air tumpah meleleh hingga melalui leher dan membasahi bahagian dadanya. Terhenti Aniq seketika apabila melihat permandangan yang indah begitu. Laju Aniq menelan air liur. Perbuatan Yus telah mengundang rasa nalurinya.

Kemudian Yus datang menghampiri Aniq.

"Abang, jom sparing. Lama tak praktis sama-sama" ajak Yus.

Tanpa suara Aniq pantas meletakkan dumbbell ke atas lantai dan mengikut Yus ke kawasan lapang. Latihan petang itu lebih kepada ingin menguji kesabaran Aniq terhadap godaan Yus. Tapi kuat juga iman dia ni. Masih boleh bertahan. Macam-macam Yus cuba dan yang paling Yus sakit hati, Aniq boleh tutup mulutnya dengan tapak tangan semasa Yus mahu mencium bibirnya. Sabar je la..

Dah penat dengan macam-macam teknik tapi tak berjaya. Yus kemudian minta untuk keluar kerana penat dan mahu sejukkan badan untuk mandi. Aniq hanya menggangguk dan tinggallah Aniq seorang diri dalam mini gym.

"Awak sengajakan sayang nak goda abang" tutur Aniq perlahan.

Dah tu kalau tak goda kau, nak goda siapa lagi, Syam? Dah tentu la kau, suami dia. Kata suara dalam kepala Aniq.

Kau tak payah nak tergoda sangat Aniq, Yus tu sengaja nak mainkan kau je. Kata satu suara lain pula.

"Eh... Dah la. Bising la korang ni" kuat suara Aniq. Tiba-tiba Aniq tersedar yang dia bercakap seorang.

"Aih, dah gila gamaknya aku ni" kata Aniq sambil menggeleng kepala lalu mini gym ditinggalkan dan Aniq masuk ke bilik yang dihuni Yus semasa awal perkahwinan dulu.

Malam itu selepas makan malam, Yus menonton tv manakala Aniq sudah masuk ke bilik kerjanya. Nasib baik ada movie best malam ni. Kalau tidak, mati kebosanan dia. Nak berbual dengan Aniq, tak de maknanya nak dia layan. Buat sakit hati je.

Pukul sebelas malam setelah movie tamat, Yus switch off tv dan melangkah masuk ke bilik tidur. Sejak akhir-akhir ni Aniq sudah jarang masuk ke bilik tidur mereka, kalau masuk pun sewaktu Yus tiada di dalam bilik itu. Jika Yus ada, laju saja langkah Aniq keluar.

Semasa sedang berbaring di atas katil, teringat pulak perbualannya dengan Amy di pejabat hari tu.

*Flashback*

"Kak, baju yang orang bagi kau pakai tak?" soal Amy.

"Baju apa pulak?" soal Yus kembali.

"Tak pakai la tu. Baju hadiah kahwin akak la yang dua helai tu, merah dengan hitam"

"Yang mana kau ni? Mana ada."

'Tap' dahi Yus dijentik.

"Sakit la ngok" marah Yus sambil dahi digosok.

"Baju tidur la kak oi.. Kau letak mana baju tu. Ada bawa sekali kat rumah kau tak kak?" soal Amy.

"Ooh.. Ada. Tapi mana akak pakai". Jawab Yus.

"Tak pakai. Dah tu akak tidur pakai apa?" soal Amy.

"Tak pakai apa-apa" hahahah Yus ketawa

"Bengong. Orang tanya betul-betul ni." marah Amy.

"Pakai baju tidur akak la. Pakai apa lagi. Ish dia ni."

"Baju tidur akak? Baju hello kitty, baju minions yang paras lutut tu?" soal Amy tak percaya. Adui la akak aku ni.. Tepuk dahi Amy.

"Ye la. Eh, kau ni tanya pasal baju tidur akak ni dah kenapa? Kau jangan macam-macam"

"Macam-macam apa kau ni kak. Ingat aku nak pinjam baju kau ke?. Jangan buat pasal ye. Orang lurus selurus lurusnya okey." jawab Amy marah.

"Dah tu. Cuba kau cakap, apa sebenarnya?"

"Balik nanti, nak tidur, akak pakai baju tu" arah Amy

"Hah? Pakai baju tu. Ee.. Kau ni. Agak-agak la. Seksi giler kot. Pakai baju tu macam tak pakai apa-apa. Seram akak" Yus menggerakkan badan geli.

"Sebab seksi la kena pakai. Biar abang Aniq tergoda.

*Flashback*end

Hm.. Pakai baju tu?

Yus kemudian bangun dari katil dan menuju ke woredrobe dan mengambil beg kertas, di dalamnya ada kotak dan apabila dibuka ada dua helai baju tidur jarang warna hitam dan merah. Macam tak sanggup je nak pakai.

Selepas fikir beberapa kali. Sehelai baju tidur warna hitam diambil dan yang lagi satu disimpan semula.

Yus kemudian berdiri di hadapan cermin besar. Baju itu diacukan pada tubuh. Mak ai.. Singkatnya. Bawah sikit je dari anu..

Try la dulu. Baju yang dipakai, dibuka lalu baju tidur disarungkan. Hui.. Tak sanggup mak.. Seksa wei. Buatnya lepas aku pakai dan pergi kat Aniq, Aniq buat bodoh je.. Tak ke malu. Dia buatnya macam kat mini gym tadi macam mana. Adoi..

Baik. Kita tengok, Aniq boleh tahan tak malam ni. Go Yus!!

Baju tidur tadi ditanggalkan kemudian pakaian dalam yang dipakai dibuka dan baju tidur tadi disarungkan semula tanpa pakaian dalam. Hanya baju tidur jarang sahaja yang menutup tubuh Yus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience