"Lanny?"
Mataku tidak berkelip melihat penampilannya sekarang. Jauh berbeza daripada Lanny yang dulu. Rambutnya yang dahulunya separas bahu kini telah dipotong pendek. Kacak juga rupanya sebagai lelaki.
"Kenapa pandang aku macam tu? Aku bukan Lanny lah, aku Azlan. Taknak jemput aku masuk ke? Panaslah!" Kata Lanny sambil mengipas ngipas wajahnya. Kulitnya sudah kemerah merahan dek kerana panas matahari.
Aku tersengih bak kerang busuk. "Lupa. Masuklah, aku ingatkan lelaki mana tadi." Aku menekan alat kawalan jauh untuk membenarkan Lanny masuk.
"Lain kau sekarang." Ujarku sambil tergelak.
"Dah kenapa kau ketawa? Tak suka aku macam ni? Nak aku macam dulu?" Ujar Lanny. Wajahnya masam mencuka. Bibirnya dimuncungkan.
Tak habis habis dengan perangai gediknya.
"Gedik kau tak habis lagi kan?" Aku mengelengkan kepala melihat tingkah lakunya.
"Ala. Aku gedik macam ni depan kau je. Hamka kerja ea? Rindu betul aku kat dia. Dengar cerita kau dah kahwin. Sorry sebab tak datang. Malas. Eh, tak nak buat air ke?" Lanny menjeling ke arahku. Jari jemarinya digosok di tengkuk, menunjukkan dia dahaga.
"Ha'ah. Suka betul aku tengok kau dah berubah. Jap, aku ke dapur."
Aku terus berlalu ke dapur untuk membuat air Sunquick. Semasa aku sedang sibuk membancuh air, aku terdengar riuh rendah suara Pak Mid dan Mak Mah. Aku menjenguk sebentar. Rupanya mereka sedang rancak berbual.
Aku menambah dua lagi gelas ke atas dulang untuk Mak Mah dan Pak Mid. Rancak betul mereka berbual sehingga tidak sedar aku sudah terpacak di ruang tamu.
"Ehem. Minumlah air." Kataku sambil menuang air Sunquick ke dalam gelas.
Kami berbual rancak sehingga tidak sedar sudah masuk waktu Zohor. Mah Mah mengajak Azlan makan tengah hari di sini. Hamka juga akan pulang sebentar lagi. Aku berdiri di muka pintu untuk menyambut kehadiran Hamka.
"Rose, jomlah makan." Laung Pak Mid dari dapur.
"Jap ayah. Rose tunggu Hamka."
Aku mendail nombor Hamka sekali lagi. Namun masih seperti tadi, cubaanku tidak berjaya. Baru saja hendak melangkah masuk ke dalam rumah, aku mendengar bunyi loceng ditekan.
Siapa pula yang datang waktu macam ni?
Aku menjenguk ke luar. Hamka? Terus aku menekan alat kawalan jauh untuk membuka pagar.
"Abang, mana kereta?" Tanyaku risau.
Aku membelek wajahnya jika ada kesan lebam. Mana tahu kalau dia bergaduh sehinggakan kereta dicuri.
"Tinggal kat balai. Kawan yang hantar balik." Ujar Hamka sambil memaut lenganku.
Aku mengurut dada, lega.
"Jom makan. Dari tadi sayang call tak jawab."
Aku memuncungkan bibir tanda merajuk. Kakiku dihentak kasar di lantai.
"Sayang, kenapa macam ni? Merajuk ea? Nah." Hamka mengucup pipiku.
Wajahku terasa membahang apabila menerima ciuman yang tidak diduga itu. Aku terdiam sehingga tiba di ruang makan.
"Balik pun kamu, Hamka. Dari tadi isteri kamu ulang alik depan pintu tunggu kamu. Risau sangat suaminya hilang." Ujar Pak Mid, sengaja ingin memgusikku.
"Kesiannya kat isteri abang ni." Hamka menarik muncungku.
Bibir yang sakit akibat ditarik Hamka digosok perlahan. Aku berlalu ke dapur untuk membasuh tangan. Manakala Hamka sedang sibuk berbual dengan Azlan. Gembira sangat melihat perubahan sahabat baiknya.
Setelah berbual panjang, Azlan meminta diri untuk pulang. Hamka pula sedang menunggu rakannya.
"Sayang, jaga diri elok elok bila abang tak ada. Jangan keluar kalau orang tak kenal datang." Ujar Hamka. Tanganku dipegang erat seperti sudah tidak mahu dilepaskan lagi.
"Ye abang, sayang janji. Abang, kenapa abang balik dengan kawan abang? Kenapa dengan kereta abang?" Soalku. Dahiku dikerutkan.
"Sebenarnya tadi ada kereta ikut abang. Abang risau kalau tu kuncu kuncu Jay. Tu abang patah balik sini. Abang minta tolong Lara hantar. Kebetulan dia sorang je yang tak ada kerja. Orang lain kena handle kes pemerdagangan manusia."
Hatiku terasa sakit tiba tiba apabila mendapat tahu Hamka pulang dengan Lara. Aku yakin Lara juga yang ditunggunya sekarang. Tanpa berkata apa apa, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Hamka cuba mengejarku. Tapi apabila terdengar hon kereta dibunyikan, dia bergegas menuju ke kereta.
Huh! Risau sangat jika Lara menunggu lama. Lagipun bukan lama sangat kalau ucap selamat tinggal pada aku sekejap.
Aku terus menyembankan wajah di bantal setibanya di bilik. Air mata yang ditahan dibiarkan mengalir. Sebak di dada terasa berkurangan apabila air mata mengalir keluar.
Aku mengambil keputusan untuk solat Zuhur bagi menenangkan diri. Usai berdoa, telekung solat dilipat. Aku merebahkan badan di atas katil. Mindaku asyik terfikirkan Hamka. Entah entah dia sengaja memberi alasan agar dapat pulang bersama Lara.
Aku cuba memejamkan mata. Lebih baik aku tidur daripada terus memikirkan Hamka.
Aku membuka mata apabila jam sudah menunjukkan jam sepuluh malam. Lama betul aku tertidur. Aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri. Solat Asar dan Maghrib yang ditinggalkan terus diqada' selepas selesai solat Isyak.
Aku menuruni tangga. Keadaan di bawah sudah gelap. Awalnya Pak Mid dan Mak Mah tidur. Aku menuju ke dapur untuk membasahkan tekak. Perut tidak terasa lapar. Hilang keinginanku untuk makan apabila teringatkan Hamka.
Aku membancuh segelas air Nescafe dan dibawa ke dalam bilik. Lama aku mengelamun di tepi balkoni sehingga tidak sedar malam sudah larut. Aku meneguk air yang sudah sejuk sehingga habis.
Mug diletakkan di atas meja solek. Malas pula terasa untuk turun ke bawah. Aku bergerak menuju ke katil.
"Lambatnya Hamka pulang." Bisikku sendiri.
Jam sudah menginjak ke angka satu. Mataku masih tidak mengantuk akibat tidur terlalu lama. Menyesal pun ada kerana membuta di siang hari.
Aku berbaring dan menarik selimut sehingga ke paras dada. Tidak lama kemudian, aku terdengar pintu bilik dibuka. Aku membuka sedikit mata untuk melihat siapa yang masuk. Tekaanku tepat kerana memang betul Hamka yang masuk.
Aku terus membatukan diriku. Tidak mahu Hamka menyedari yang aku masih belum tidur. Dia keluar dari bilik dengan tuala yang terlilit di pinggang, mungkin hendak membersihkan diri.
Tiba tiba telefon bimbitnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Baru saja hendak bangun melihat siapa yang menelefon Hamka, pintu bilik dikuak dari luar. Hamka mencapai telefon bimbitnya yang diletak di hujung katil.
Dia tidak menghiraukan panggilan itu sehinggalah deringan itu tidak kedengaran. Baru saja keadaan menjadi sunyi, telefon bimbit itu berdering lagi.
Kali ini Hamka menjawab panggilan itu.
"Hello. Ada apa? I dah ada isteri. Tak faham ke? Dah la, I serabutlah dengan you ni. Assalamualaikum."
Hamka mencampak kasar telefonnya ke lantai. Bunyi sesuatu berderai menyapa gegendang telingaku.
"Abang." Aku bangun dari katil. Hamka yang sedang memakai kain pelikat agak terkejut apabila aku memanggilnya.
"Sayang tak tidur lagi?"
Dia cuba mengusap pipiku. Aku menepis kasar tangannya.
"Siapa call?" Aku bertanya kasar.
"Sayang, biar abang jelaskan." Kata Hamka. Dia cuba mencapai tanganku.
"Aku tanya siapa call. Jawablah!"
Share this novel