3 Tidak Seperti Dulu

Romance Completed 467198

AIDIL berjalan keluar dari kereta
lalu berdiri memerhatikan susuk Mellia yang masih lagi terkial-kial mencapai barangan kerjanya sebelum ikutan melangkah keluar. Sepanjang perjalanan dari rumah tadi, kedua-duanya hanya memilih kebisuan untuk menjadi peneman masing-masing. Jika dulu sudah tentu jarak dari rumah ke sekolah tempat Mellia mengajar tidak cukup jauh untuk mereka berceloteh, bergelak tawa juga berusik-usikan. Namun kini, tidak lagi seperti itu. Semua berubah 360 darjah. Masing-masing memperlakukan diri seperti orang asing terhadap pasangan mereka.

"Morning, Cikgu Mellia. Cikgu!" Mellia yang sedang beralih ke tempat duduk belakang untuk mengambil beg tangannya tidak terkejut langsung ketika disapa dan dikerumuni oleh suara riuh anak-anak muridnya. Masing-masing berebutan untuk membantu membawa barangan cikgu kesayangan mereka itu. Tanpa sedar, Aidil sudah menyorok senyum melihat isterinya yang seolah-olah diserang oleh para peminat. Memang seperti itu sedari dulu. Tidak hairanlah jika menjelang sahaja Hari Guru, isterinya itu pasti akan berpenuh tangan membawa pulang segala macam hadiah.

"Cikgu, ni untuk cikgu." Najwa dengan senyuman manis menghulurkan sebungkus plastik kepada Mellia yang belum diketahui apa isinya.

"Untuk cikgu? Terima kasih. Apa ni, Najwa?" soal Mellia dengan senyuman sambil membelek-belek pemberian anak gadis itu tadi.

"Tak tahu. Papa yang masakkan untuk cikgu, dia kata special." Ujar Najwa dengan teruja tanpa tahu ada riak yang sudah berubah mendengar kata-katanya.
Mellia hanya meneruskan senyum bersama anggukan walau jauh di dasar hati merasa serba salah terhadap suaminya sendiri.
Mellia laju melirik ke arah Aidil yang sedang berseluk poket sambil merenung tepat ke arahnya. Saat itu dia berasa kegelisahan dengan kehadiran Najwa di situ, ditambah lagi dengan renungan tajam Aidil terhadapnya yang langsung tidak beralih.

"Mell...jalan dulu...ab...abang..." pamit Mellia sedikit terketar dan dia berpantas berpaling membuang tubuh dan wajah tanpa melihat sedikit pun ke arah Aidil.

"Mell?" Satu panggilan membuatkan Mellia terkedu seketika. Dia memalingkan wajahnya kembali. Terlihat Aidil sedang tersenyum sambil menghulurkan tangannya dari jauh. Mellia teragak-agak untuk menyambut namun kerana berasa serba salah dengan kehadiran Najwa di situ, dengan berat hati, akhirnya dia merapati juga tubuh Aidil lalu menyalami tangan yang dulunya selalu menyentuh setip inci tubuhnya tidak kita masa namun saat ini setiap kali kulit mereka bersentuhan, seperti ada satu rasa yang seolah-olah telah jauh 'memisahkan' jiwa mereka.

"Patutlah bukan main lagi kau setuju dengan plan bodoh mama, dah ada...bakal suami baru rupa-rupanya, berbonuskan anak tiri lagi tu. Tahniah! Selamat menjamu selera!" satu bisikan sinis yang menjengah cuping telinganya membuatkan Mellia laju mendongakkan wajah. Namun Aidil berakal, dia masih sahaja mempamerkan senyuman manis biar mereka tetap terlihat seperti sepasang suami isteri yang paling bahagia. Lengan Mellia diusap lembut sebelum tubuhnya dibawa masuk ke dalam kereta meninggalkan Mellia yang masih ketermanguan menghantar kepergiannya.

'Sampai hati sayang mungkir janji dengan abang! Sayang dah banyak sangat berubah dah! Apa salah abang?? ' Air mata penuh keegoan yang sudah lama diinang, merembes keluar juga akhirnya. Aidil terus meledakkan kesebakannya saat sudah menjauh, basah wajahnya menahan rasa luka yang kian merebak pada serpihan hati yang sudah sekian lama berkecai. Saban hari, jiwanya kian hancur memikirkan ketidaksetiaan seorang isteri yang sangat dia cintai sepenuh hati.

"MORNING, tuan."

Kedatangan Aidil pagi itu disambut oleh senyuman manis pembantu peribadinya, wanita cantik 'Sumandak Sabahan' yang sudah hampir lapan tahun menabur khidmat bakti di situ.

"Morning, you masuk bilik i kejap!" Terkial-kial Anis mencapai tabnya lalu dibawa menuruti gerakan laju pegawai atasannya itu. Biar tampang dan gayanya sentiasa tegang, namun keperibadian Aidil sudah sangat sebati dengan diri Anis. Semarah atau seserius apapun lelaki yang berjawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif itu, tetap sahaja hatinya yang terbaik. Dia tidak pernah meninggi diri, malahan selalu meletakkan diri 'selevel' dengan para pekerjanya.

"Tuan..." Anis bersuara sebaik sahaja menapak masuk. Tubuhnya terus dibawa duduk saat melihat isyarat tangan Aidil.

"Anis, you tolong batalkan semua temu janji i hari ni. I...rasa tak sihat sangat." Aidil memulakan bicaranya. Tubuhnya tersandar malas pada kerusi.

"Tidak mahu balik rumahkah tuan? Rehat seja bah di rumah... Eh, maksud saya...lagi baik tuan rehat kat rumah je." Anis memberi nasihat ikhlas walau kadangkala tersasul dengan pelat ibundanya.

"Tengoklah keadaan nanti. Kalau i betul-betul tak tahan, i balik. Anis, you...boleh tolong i belikan something? I lapar..." pinta Aidil lemah, memang sedari pagi tadi perutnya mengadu lapar. Sudahlah malam tadi dia hanya mengalas perut dengan beberapa keping biskut kering sahaja kerana meja makan terhias kosong seperti biasa. Walaupun Aidil seorang lelaki yang serba boleh dalam kerja memasak, namun dia tetap berpegang kuat dengan prinsipnya yang dia tidak akan mencemarkan tangan untuk membuat segala kerja yang dia anggap lebih layak dikerjakan oleh seorang wanita.

"Tuan mau makan apa?" Soal Anis.

"Nasi lemak? Atau apa-apa je la."Aidil menghulurkan sekeping wang kertas kepada setiausahanya itu.

"Err...Tuan...sebelum sa terlupa, ini bah..untuk tuan dengan Puan Mell." Huluran wang kertas tadi terbalas dengan sekeping kad tebal.

"Invitation Card? Siapa kahwin?"Soal Aidil sambil meligatkan tangannya untuk membuka lipatan kad tersebut.

"Ehe...sa...er...Saya lah. Saya harap tuan dengan puan dapat datang. "Anis tersengih malu.

"You jemput satu office ke, Anis?" Soal Aidil sambil membelek-belek kad jemputan tersebut. Terpamer jelas senyumannya saat mengingat kembali detik-detik perkahwinan di antara dia dan Mellia. Waktu itu, semuanya indah belaka. Mellia sangat mengerti dirinya. Dia seorang wanita yang penyabar, lemah lembut dan seringkali duluan mengalah jika ada salah faham di antara mereka dan itulah yang menjadi tembok keyakinan Aidil untuk memilih wanita itu sebagai seorang suri di hati.
'Mell cintakan abang. Mell bersumpah, apapun yang berlaku, Mell akan tetap setia dengan abang sehingga ajal yang menjemput'

'Sayang tipu abang! Sayang dah berubah! '

"Tuan...are you okay?" Suara lembut Ani yang kedengaran berkali-kali lantas mematikan khayalan duka seorang Aidil. Dia laju mengeleng saat jiwanya sudah dibawa kembali ke dunia nyata. Sedikit senyuman tergaris.

"Baik hati you, Anis..Sampai pak-pak security tu you pergi jemput" Aidil memberi respon kepada ayat terakhir Anis tadi, ayat yang sebelum dia dibawa berlayar ke waktu empat tahun lalu.

"Mahu jemput saudara mara, jauh bah tuan....orang-orang kat sejalah yang jadi saudara mara saya..." Ujar Anis dengan tampang yang bersahaja.

"Okay, nanti i cakap dengan wife i. Thanks sebab...sudi jemput kami ." Aidil memperkatupkan bicara mereka lalu memasukkan kad jemputan tersebut ke dalam beg kerjanya.

"Thanks juga tuan, sa jalan dulu..."Aidil berangguk sambil memerhatikan sekilas kepergian wanita itu.
Sesaat, matanya pergi kepada sekeping foto dia bersama isterinya. Jika dulu, habis kerja sahaja, setiap hari Mellia akan menyempatkan diri mendatanginya di situ biar selelah apapun dia. Ketika itu, sekalipun dia tidak pernah mendengar isterinya merungut. Semua urusan rumah juga dikerjakan dengan teratur walaupun dia seorang wanita bekerjaya yang sentiasa sibuk. Namun, semuanya berubah mendadak beberapa bulan yang lepas.
Hanya daripada hal yang remeh-temeh, lalu menjadi pertengkaran kecil dan daripada pertengkaran kecil itulah membawa kepada peperangan mulut mereka. Mellia sudah tidak seperti dulu. Bertinggi suara,menjerkah, membentak memang sudah menjadinya caranya kini.
Wanita itu selalu mengadu penat, penat dan penat. Namun, setiap kali disuruh berhenti bekerja, dia membantah keras pula. Sungguh Aidil tidak mengerti, apa mahunya wanita itu. Semuanya cukup; duit, pakai, makan, cinta....Semua itu tersedia untuk Mellia. Soal Zuriat, dia tidak pernah kisah langsung. Kerana bagi Aidil, selagi Mellia ada di sisi, dia tidak akan pernah merasa sunyi. Dia percaya semua percaturan Allah itu indah belaka. Namun, mengapa wanita itu masih sahaja memberontak seperti itu?
Sungguh, dia sudah terlalu penat untuk bertengkar!

"CIKGU! Cikgu Mellia, sini!" Satu jeritan riang yang kedengaran membuatkan Mellia laju berpaling mencari punca suara itu terlontar.

"Najwa? Awak buat apa kat sini?? Dengan siapa??"Mellia yang terkejut dengan kehadiran anak muridnya di situ terus menyoal bertalu-talu.

"Dengan saya, cikgu..." Satu suara menjengah dari arah belakang membuatkan Mellia berpaling sekali lagi tetapi kepada arah yang berbeza.

"Awak... " Mellia terkedu saat wajah tampan Hakim menyapa pandangan matanya. Seperti biasa, lelaki itu akan mengenakan kot hitam pada tubuh, sama seperti penampilan suaminya. Namun, entah apa yang membezakan penampilan seorang bapa kepada anak muridnya pada hari itu. Seperti... ada aura yang terlalu... memikat!

Hakim tersenyum geli hati ketika pandangan aneh Mellia menatapi wajahnya dengan mata yang langsung tidak berkedip.

"Cikgu...Cikgu okay ke?"
Mellia yang sempat mengelamun langsung tersentak tika sentuhan suara Hakim mencuit gegendang telinganya sayup-sayup kedengara. Najwa yang sedari tadi menjadi pemerhati, terus menghamburkan tawa kecil.

"Hahh? Apa tadi?" Mellia terlihat terkial-kial mencari jawapan unuk soalannya tadi. Hakim hanya bergeleng kepala, kalau dia tidak takut wanita itu terasa, sudah lama dia menyertai gelak anaknya. Namun, hanya menyorok senyum yang dia mampu.

"Cikgu beli barang dapur juga ke?" Soal Hakim sambil menyempatkan diri melirik nakal ke dalam troli wanita itu.

"Haaah..barang dapur dah habis. Tu yang saya singgah sini kejap. Najwa tak pergi tuisyen ke?" Soal Mellia, berpura-pura menukar tatapan kepada wajah Najwa.

"Tak, cikgu. Hari ni papa kata nak bawa Najwa jalan-jalan..." Najwa laju menjawab berselit senyuman.

"Ye lah tu..jalan-jalan pakai macam ni? Seorang baju kerja,seorang baju sekolah? Kenapa tak balik tukar baju dulu?" Tanpa sedar, Mellia terlanjur meleteri dua beranak itu lantas membuatkan kedua-duanya tertawa serentak.

"Cikgu ni, macam arwah mama Najwalah. Suka membebel! Sayang cikgu...." Bukan hanya Mellia, malah Hakim juga turut terkedu kesentakan saat melihat sikap anaknya yang sedang tertawa riang memeluk lengan Mellia. Untuk pertama kali, Najwa tersenyum ketika bercakap tentang arwah isterinya. Maksudnya Najwa perlahan-lahan sudah dapat menerima kepergian arwah Saleha?

"Najwa, apa pula cakap cikgu macam tu. Minta maaf, cepat.." Hakim laju menegur kerana bimbang Mellia terasa hati dengan tingkah anaknya sebentar tadi. Najwa laju menunduk saat tersedar akan kesilapannya.

"Eh, saya tak ambil hati pun lah.. Najwa tak salah pun.. Dah-dah. Jangan merajuk. Tak cantik dah tu." Mellia terus mengusapi bahu anak didiknya sambil mengukir senyuman nipis.

"Er...cikgu sudi tak kalau...saya belanja minum lepas ni?" Kata-kata Hakim langsung membuatkan dua wanita itu mendongak wajah. Mellia beriak serba salah manakala Najwa pula langsung 'berbahagia' memanjang.

"Errrr....bukan saya tak nak ..tapi..."

"Alaa...cikgu...pleaselah cikgu. Papa belanja, papa kan banyak duit..." Najwa laju menyampuk bersama desakan halusnya. Sekali lagi Hakim mengeluh dengan sikap anaknya.

"Najwa!"Hakim sedikit menaikkan suara lantaran mereka serba salah dengan sikap anaknya.

"Betullah kan. Papa kan..."

"Najwa!"

"Dah, dah. Okay, saya setuju. Jom. Tapi bagi saya bayar semua ni dulu.." Mellia yang tadinya membatu terus mengambil peranan kerana bimbang keadaan bertambah dingin.

"Er...cikgu...biar saya bayarkan." Mellia laju menggeleng tanda menolak. Selain merasa segan, dia juga bimbang jika ketahuan Aidil. Lelaki itu sangat tidak suka jika Mellia mendapat pertolongan daripada orang luar apalagi jika bantuan itu diterima daripada seorang lelaki.

"Eh, tak pe. Biar saya sendiri yang."

"Tak pe. Saya bayarkan.." Mellia terus termati kata dan gerak saat troli yang terisi barangannya tadi sudahpun bertukar tangan. Hendak merampas, Hakim pula sudah jauh melangkah.

"Biar je papa bayar, cikgu...Najwa tak tipu, papa memang banyak duit. Jom cikgu, kita tunggu papa kat luar." Najwa yang tidak mengerti apa-apa terus menarik lembut tangan gurunya itu untuk dibawa keluar.

BEG tangan yang tersarung di lengan ditanggalkan perlahan. Dengan langkah yang tergontai-gontai, kakinya di bawa menuju ke arah dapur. Air kosong yang disimpan di dalam peti sejuk diambil, lalu dituang ke dalam gelas untuk membasahkan tekaknya yang terasa sudah lama mengering. Gelas sisanya dibawa menuju ke sinki. Kemudian, barang pembeliannya tadi dicapai dari atas meja, lalu dibawa ke arah peti sejuk.
Sesekali matanya melirik ke tingkat atas, dia tahu suaminya ada di rumah. Terkejut juga dia ketika sampai tadi, tak pernah-pernah Aidil pulang seawal ini kecuali kalau dia...
'Abang sakit ke?'

Mellia yang tadinya sudah menunduk di depan pintu peti sejuk yang telah dibuka itu terus bangkit. Entah mengapa hatinya begitu mengkhawatirkan suaminya. Namun, belum lagi dia sempat membuka langkah, tubuhnya ditundukkan semula saat mengingati kedinginan rumah tangga mereka lalu dimatikan sahaja niatnya itu.
Mellia menyingsing lengan sambil mula menyusun barang-barang basah tadi ke dalam peti sejuk.

"Aku ingat kau dah tak reti nak masuk dapur ni dah lepas kau makan masakan jantan yang kau simpan tu. Manalah tahu, nikmat makanan tu buatkan kau kenyang beratus tahun!" Mellia sedikit tersentak tatkala disergah keras oleh satu suara yang cukup dia kenal dari belakang. Dan sama seperti biasa, dia tidak akan menoleh sedikit pun. Pekerjaannya diteruskan dengan tekun, seolah-olah hanya ada dia di dalam rumah itu.

"Memang benci sangat dah ke kau kat aku, sampai nak pandang muka aku pun kau dah tak sudi? Mesti kau dah tak sabar nak tunggu masa tiga bulan ni berlalu kan?" Aidil mula memerli lantaran merasa semakin tercabar dengan sikap kurang ajar Mellia terhadapnya.

"Kau boleh cakap apa je yang kau nak cakap. Aku tak kisah dah dan untuk pengetahuan kau,memang aku dah tak sabar dah nak tunggu tiga bulan ni berlalu. Biar aku tak payah lagi nak hadap muka kau yang menyakitkan hati aku sangat-sangat ni. Puas?" Mellia menjawab tenang, biar tanpa menolehi wajah lelaki itu

"Supaya senang kau nak kahwin dengan jantan tu kan?!!" Aidil menjerkah kuat.

"Dan supaya senang kau kahwin dengan betina tu kan?" Mellia memulang kata perlian namun tetap sahaja tenang nadanya.

"Kau yang bersetuju Mellia! Semua ni salah kau! " Aidil ikut menunduk, muka Mellia ditembak dengan sebatang jari lurus miliknya, seolah-olah semua permasalahan itu berpunca daripada isterinya itu.

"Dan semua ni juga salah kau sebab kau terlalu mudah melafaz janji talak dengan aku! Sebab apa? Aku tahu sebab apa! Kalau kau tak nak cakap, biar aku yang sedarkan diri aku apa yang ada dalam hati kau tu!
Sudah tentu sebab kau dah tak ada hati dengan aku kan? Kau malu mengaku aku ni isteri kau. Kau malu ada isteri...mandul macam aku ni! Jawablah! Kenapa kau diam?! Jantan macam kau ni, memang tak cukup satu! Kau berjanji bersumpah bagai bukan main lagi dengan aku dulu, tapi tengok... hujung hidup kita macam mana? Aku tahu, kau memang dah tak ada niat pun nak pertahankan rumah tangga kita ni kan sebab aku ni...." Kali ini Mellia ikut menjerkah malahan juga disertakan dengan tolakan kuat pada dada Aidil. Dia bangkit berdiri seperti seorang pesilat yang sedang menunggu lawannya di sebuah gelanggang besar.

"Mellia! Kau kata aku tak pertahankan semua ni??" Ayat isterinya langsung dipotong mati.
Dengan rasa kesakitan hati yang berkobar-kobar, Aidil terus mencempung tubuh Mellia lalu dibawa naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan sedikitpun jeritan dan rontaan isterinya.

"Lepaskan aku! Kau nak buat apa?Kau nak bunuh aku ke hahhh?! Lepas!" Mellia terus meronta, saat itu dia benar-benar takut jika Aidil akan menghumbankan tubuhnya ke bawah dari tingkat atas rumah itu.

"Kau yang minta aku pertahankan rumah tangga ni kan dan seperti inilah cara aku!" ujar Aidil dengan tampang jahatnya yang terhias dengan senyuman sinis di bibir.

Tubuh Mellia yang terbalut cantik dengan baju kurung bercorak 'rose merah' dilantunkan terus ke atas katil. Aidil melucutkan satu persatu pakaian dari tubuhnya. Katil yang menempatkan tubuh kaku Mellia dinaiki bersama rasa nafsu yang kian bergelojak hebat saat bauan wanita itu mula memasuki rongga hidungnya. Baju kurung pada tubuh isterinya diselak langsung ke atas dan dari situlah dia mula 'mengerjakan' setiap bahagian tubuh milik Mellia dengan rakus sekali, dan lantaran kian kemabukan dengan sentuhan Aidil, wanita itu pula hanya membiarkan sahaja setiap pelakuan suaminya malahan setiap apa yang berlaku saat itu terasa amat membahagiakan. Racauan dan desahan kata cinta saling berlawanan tika hentakan lembut yang mengoyangkan tubuh mereka bergerak semakin laju. Rasa nikmat yang kian menakung banyak pada pelusuk hati seperti menjadi saksi tidak pernah adanya persengketaan di dalam rumah tangga suami isteri itu.

Mellia menarik erat tubuh suaminya yang sedang bekerja keras di atas dirinya, leher lelaki itu digigit tanpa dia sedar lantaran ingin menahan jeritan nikmat pada mulutnya daripada terlontar keluar. Dua tubuh yang terbasah peluh serentak mengejang saat melangkui satu rasa kepuasan yang sungguh luar biasa. Aidil membanjiri jalan kewanitaan isterinya dengan segala cairan benih miliknya bersama tampang yang begitu puas. Dua tubuh lelah itu akhirnya terlena mati kerana rasa lelah yang terlalu luar biasa menyerangi seluruh tubuh mereka.

MELLIA mengosok-gosok sepasang matanya sebelum dibuka dengan perlahan. Rasa penat juga sedikit perih pada tubuhnya masih sedikit terasa. Dia menyisikan wajahnya untuk mencari wajah seseorang.
"Puas?" Soal Aidil yang sedang duduk bersandar pada dada katil dengan riak sinis sambil matanya merenung tepat ke arah Mellia.

"Lama dah aku tak rasa badan kau. Kau dengar sini, bila-bila masa kalau aku nak, kau tak boleh tolak. Sebab tu je cara aku pertahankan rumah tangga kita. Selebihnya bergantung dia nak melekat ataupun tak. Jangan salahkan aku pula. Semua ni kesilapan kita, bukan aku dan bukan kau seorang!" Aidil menunduk lalu merapatkan wajah mereka, bibir Melia dikucup.

"Thank you. "Ucap Aidil perlahan, sebelum membawa pergi tubuhnya ke luar kamar.
Diam-diam Mellia mula mengoyak senyum saat pintu kamarnya ditutup dari luar. Baju kerja bekas tubuh Aidil yang terlontar di hujung katil dicapai lalu dipeluk cium sepuas-puasnya. Sungguh dia amat merindukan bauan yang akhirnya dibawa bersama lenanya semula.

Jangan lupa tinggalkan bintang untuk Aidil dan Mell. Thanks readers.. Follow IG/FB utk teaser.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience