Chapter 2

Humor Completed 11680

BAB 2

Shamira! Aku suka dengan perempuan ni, tapi dia ni lain sket. Garang dengan lelaki tapi taklah anti-lelaki, tapi kalau kena gayanya dia ok je…cute sangat masa dia ketawa walaupun kadang-kadang dia ketawa macam haram jad, lepas tu suka sangatlah ponteng kelas, sesekali dia ponteng kelas dengan aku-aku sekali join tempat dia ponteng, yang tak tahan siap dia boleh beli roti sambal ikan bilis dengan air sirap kat kantin lagi.

Perangai memang hampes tapi bila dia dah bagi nasihat taik telinga aku rasa nak cair. Ada je yang tak kena kat mata dia, kasut aku kotorlah, baju kena masukkan dalam, rambut kena potong, janggut jangan bela. Serba-serbi kena elok, tapi dia sendiri bukanlah elok sangat kasut sama je hitam cam kasut aku, tapi tu jela yang tak kemas yang lain sume perfect, cun je selalu. Yang paling aku suka dia panggil aku ROMLI. Entah mana dia dapat nama tu aku pun tak tahu, sesedap rasa ajinomoto je dia panggil aku, punyalah baik makna nama aku mak bapak aku bagi dia boleh gelar aku ROMLI sebab dia cakap aku ni muka orang lama-lama. Hai…lah Shamira….


” Romli!” hish! Entah dari celah mana ntah dia ni tetiba je muncul depan aku.

” Weh! Ko tak pandai bagi salam eh?” soal ku malas melayanya.

” Yelah…aku kuar baliklah…” ujarnya sambil melengang keluar kemudian mengetuk pintu ” Assalamulaikum….boleh saya masuk Incik Ridhwan Adam…” Sha memberi salam sambil buat lawak bengong.

” Waalaikumsalam..masuklah Cik Puan Shamira..boleh saya bantu” saja aku buat muka poyo kat Sha.

” Incik Ridhwan Adam..boleh tulun Cik Shamira tak? ” jawab Sha poyo sama poyo macam aku, dengan muka konon2 serius.

” Ya..my pleasure…” kenkunun macho ah.

” aku dah tak kentut 3 hari la…apa nak …” aku dah pun bangun nak hempuk kepala pompuan tak cam pompuan nih.

” Wakakaka…buat lagi ko punya poyo tuh!!” jerit Sha sambil ketawa-ketawa. Aku berhenti separuh jalan bila tengok Sha makin laju ke depan. Hampesnye budak! Aku merengus masuk ke kelas semula. Baru jejak tempat duduk ” Romli! Aku tau ko sayang aku kan! Janganlah marah..tengah hari nanti dating dengan aku kat kantin ek. Makan mee rebus ko belanja” kata Sha sambil tersengih tapi masih ternengah-mengah. Tu lah lari lagi cam orang tak cukup tanah.

” Erm..yelah…oi! loceng dah bunyilah, dah abis rehat. Ko pegi masuk kelas sana! ” halau ku. Sha buat muka seposen duduk depan aku.

” Ko ni kan suka sangat garang-garang dengan aku. Kang aku garang dengan ko baru tahu. Huh!” katanya sambil bangun menuju ke kelasnya. Aku hanya tersenyum dan ” aku tau ko sayang aku, ko tak kan wat cam tu kat aku kan” Sha menoleh menjelir lidah, aku mengenyitkan mata.

—-
Hish! Apalah Romli nih ade ke pegi kenyit mata kat aku. Dah lah aku ni dah nak terjatuh ati tergolek-golek kat dia. Mempermainkan perasaan aku betullah! Rungutku dalam hati.

” woit! Yang ko terkuamt-kamit cam orang baca jampi ni asal?” sergah Yana.

” Oi!! mak kau meletup!!” latahku. Yana dan Sally dah berdekah ketawakan aku. Aku ni memang ada sindrom latah sket tak tahulah ikut sape.

” ko ni..muda belia lagi dah melatah” ujar Sally bila tawanya reda.

” Alah..aku terkejut je..bukan melatah sungguh pun..” aku membela diri.

” Ha! Yang kau bercakap sensorang tadi tu kenapa?” Yana mengulang pertanyaanya.

” Ada ke aku cakap sensorang?” soal ku semula. Ade ke aku cakap sensorang?? Konfius lak eh…

” Yana!Sally! tadikan….Eh! tak yah lah.entah-entah aku je perasan sensorang.” Terus aku pandang depan buat muka tak bersalah kat dua mahluk yang tengok aku macam rimau tak makan sebulan.

” eh! Ko ni memang tau suka sangat menyakitkan ati aku! Cancellah makan mee rebus!” ugut Yana.

” alah…ok ok…aku cite eh..tadi…Romli dia kenyit mata kat aku…tapikan kalau ko tak belanja pun Romli boleh belanja aku lah..tak heran pun” terus lancar je ayat bongkak sombong dari mulut aku.

” ngeh ngeh ngeh..si Romli kenyit mata kat ko pun ko nak jatuh hati ker….” Ujar Sally sambil buat muka cam termakan tosey basi. Hish! Tak basi pun dah masam, kembang tekak aku.

” ko ni..manelah aku nak tau..aku tetiba rasa cam aku tersuka, aku sukalah kat dia…” kataku jujur sejujur jujurnya. Yana dah tayang gigi nak ketawakan aku takutlah tu.

” dah tu ko nak wat pe? Ko tak nak bagi tahu dia ke?” soal Sally bodoh.

” wei…aku cuma cakap aku cam suka kat dia je..bukan nak pegi berterus terang pada dia. Lagipun dia cuma anggap aku ni kawan dia je la..cukup baik dia nak cakap baik2 dengan aku, dari dia maki hamun aku macam Noni hari tu lagilah haru hidup aku nanti”

” aku cuma bagi ko cadangan je..dah ko cakap ko suka…” Sally membela diri. Sally ni memang blur sket berbanding aku ngan Yana. Aku dengan Yana hanya tersenyum menengokkan kawan aku yang blur ni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience