Pada suatu hari, saya bawak dua anak saya di pejabat. Waktu tu saya dah ada TV dalam pejabat, so budak-budak tu boleh layan cerita kartun di TV sambil duduk atas sofa.
Isteri saya dan saya macam biasa buat kerja.
Dipendekkan cerita, pada kali ini juga kami pulang lewat malam. Kali ni agak lewat, sampai pukul 1 pagi macam tu. Waktu tu kami dah nak pulang dah. Kami siap-siap kemas barang.
Saya buka pintu dan pintu grill. Depan pintu tu saya letak satu kotak produk bisnes kami untuk siap-siap diangkat masuk dalam kereta. Sambil tu saya dan isteri juga kemas barang-barang lain.
Sedang kami mengemas, tiba-tiba ada orang muncul di pintu pejabat saya, kebetulan waktu tu pintu pejabat terbuka. Dia pun tanya "Bang, ada tandas tak? Saya tak tahan sangat ni nak berak. Tandas kat hujung sana takde air la. Tingkat bawah pun takde air"
Saya agak terkejut jugak la tiba-tiba je muncul lelaki ni. Entah macam mana hari tu saya benarkan aje mamat tu guna tandas pejabat.
"Ada...guna lah. Kat hujung sana." Siap tunjuk dan beri arah lagi.
Dia pun masuk tandas.
Dalam beberapa minit, saya terdengar seakan ada orang berlari di luar pejabat. Saya pun berpaling ke pintu, saya tengok tak ada orang.
Share this novel