Bab 16

Romance Completed 15358

Aku yang duduk di sebelah Ryoga memandang dia. Dah kenapa dia ni pandang perempuan tu lain macam?
"Onii-chan, hayaku! (Abang, cepatlah!)" Panggil perempuan tersebut.
"Amboi, cantik sangat ke dia tu sampai saya kat sebelah ni pun awak tak nampak dah?" Perliku sambil memandang ke arah lain.
Dia seperti baru tersedar, "Eeh, are you jealous?" Soalnya tersenyum. Aku tersentak.
"Tak, tak jealous, saya lagi suka awak pandang dia macam tu. Tak apa, tak payah pandang saya, sambunglah pandang dia. Douzo. (Silakan.)" Ujarku sambil ketawa yang sejujurnya palsu. Memanglah palsu, siapa sahaja yang suka?
Eh, sekejap! Apa kau cakap ni? Kau dah kenapa cemburu? Kau dah tersuka pada dia ke? Eh, tak, tak mungkin. Sakinah, kau jangan buat hal.
"Ehh, jealous la pula. Gomen ne. (Sorry.)" Ujarnya.
"No, mana ada saya jealous." Balasku memandang ke arah lain.
"Lah, merajuk pula. Janganlah merajuk." Pujuknya.
Lagi seorang turun dari tangga, "Aa, Ryoga..EH?! How you guys can get here? Yume ka? (Mimpi ke?)" Soal Kai menggosok matanya lalu menampar pipinya.
"Yume janai, Kai-san. (Awak tak mimpilah, Kai.) We are really here." Kata Alyn. Kai duduk dihadapan Alyn. Emaknya pula duduk di sebelahnya.
"Oh, I thought only Ryoga will come here. Amm..em, daijoubu. Matte, nani..am..no, no..what..what am I trying to do? Ha, have a drink first." Ujarnya setelah minuman yang dibawa oleh adiknya tiba dihadapan kami. Aku tak tahu kenapa dia gagap sangat. Adik Kai duduk disebelah kanannya.
Kami minum secawan teh panas itu setiap seorang, "Oishii. (Sedapnyaa.)" Puji Ryoga.
"Arigatou." Balas adik Kai tersenyum. Yang Ryoga pun tersengih.
"Weh, Alyn, Eca, Hannah, apa pasal panas sangat eh, kat sini? Uihh, musim sejuk pun panas dia lain macam, eh? Fuh!" Ujarku sambil mengipas diriku sendiri.
Ryoga memandang aku tersenyum. Boleh lagi senyum tu?
Setelah habis kami menikmati secawan teh, kami meminta diri.
"Obaa-san, we have to go now. Arigatou gozaimasu." Ujar Alyn.
"Hai', come again here next time." Balas obaa-san. Kami pun berdiri untuk keluar. Kai juga berdiri. Ryoga sahaja yang tak berdiri lagi.
"Jaa, mata ne. (Selamat tinggal.)" Kata obaa-san dan adik Kai melambai ke arah kami.
"Hai'. Arigatou gozaimasu!" Kami menunduk. Alyn, Kai, Hannah dan Eca menuju ke pintu hadapan. Aku yang hendak mengekori mereka ,terperasan ada orang tu buat hal lah dengan aku. Nak kena dia ni.
"Nak pergi dah ke? Hayai. (Cepatnya.)" Soalnya mengeluh lalu memandang adik Kai.
"Eh, awak nak tinggal sini ke? Erm, boleh sangat. Tinggal lah sini. Kami okey je berjalan-jalan dengan Kai seorang." Perliku. Aku mendengus kasar. Aku senyum pada mak Kai lalu mengekori mereka keluar.
Aku memakai kasut sambil membebel.
"Ugh! Annoying gila. Tinggal sini, tidur sini, tak payah cari aku!" Bebelku sendiri.
"Oii, apa yang kau bebelkan tu?" Soal Alyn.
"Tu lah! Kawan baik kau seorang tu! Annoying! Saje je nak sakitkan hati aku!" Marahku lalu berdiri.
"Kenapa kau nak kena sakit hati? Dia puji adik Kai buat teh sedap je pun." Kata Eca.
"Kau suka dia, eh?" Kata Hannah pula.
"Kau jangan kata kat kitorang yang kau dah fall in love dengan dia." Alyn pula mengambil giliran mengusik aku.
"Aku? Fall in love dengan dia? Please think logically, okay. Memang taklah. I don't think so. Ugh! Rygo masih belum perlukan seorang ayahanda." Balasku. Tiba-tiba Rygo terlibat. Haha!
"Iyalah, bonda. Oh, cakap pasal Rygo, mana dia? Kau tak bawa sekali?" Soal Alyn pelik. Yalah, biasanya aku melekat sahaja dengan si Rygo tu.
"Tak, mak aku tak bagi bawa dia. Mak aku kata nanti dia demam pula. Cuaca sejuk sangat. Kalau aku pun boleh jatuh pengsan, apatah lagi si Rygo tu. So, dia dengan mak aku." Terangku.
"Hm, so where we want to go now?" Soal Ryoga yang baru sahaja keluar. Aku menjeling dia.
"Janganlah marah. Joudanda, joudan. (Gurau je, gurau.) Saya rasa kalau awak yang buat lagi sedap." Pujuknya.
"Tak termakan langsung dengan pujukan awak." Aku memeluk tubuh lalu masuk ke dalam kereta.
"Aii, tak jemput masuk kereta lagi dah masuk dulu dah? Marah sangat budak ni." Kata Alyn lalu mengekori aku masuk ke kereta.
Kai mendapat kebenaran untuk menggunakan kereta emaknya. Itu yang aku masuk ke kereta tu. Kai hanya menggeleng tersenyum.
Setibanya kami ditempat yang Ryoga nak bawa kami itu, "Eh, matte! (Eh, kejap!)" Aku memberhentikan semua orang yang sedang berjalan disekelilingku iaitu, Ryoga, Kai, Alyn, Eca dan Hannah. Mereka semua brek mengejut. Mereka memandang aku dengan penuh tanda tanya.
Aku meraba di dalam beg galas unguku. Tak ada! Poket? Pun tak ada! Dekat tangan dah tentu tentu tak ada. Ha, sudah, mana pula ni? Takkan tercicir? Weh, kalau tercicir dekat mana mana entah mana, habislah!
"Doushita?" Sekian lama kami mendiam, Ryoga mengeluarkan suara.
Aku memandang dia, "My watch! I don't know where I left it!" Aku berkata panik sambil menunjukkan pergelangan tanganku yang hanya tinggal stongan tanpa jam.
"Hak alah, aku ingatkan apa bendalah sangat tadi. Sampai terhenti kitorang ni kat tengah-tengah jalan." Ujar Alyn menepuk dahi.
"Alah, kau bukan tak tahu aku. Aku mana boleh jam hilang, tertinggal ke apa. Ah, tak boleh aku nak kena cari jugak. I think it must be in the car." Aku teringat sewaktu aku menyempit dengan Alyn, Hannah dan Eca tadi. Aku pakai jam pun tak betul tadi. Kalut sangat kau ni, Sakinah!
"Ah, daijoubu, go grab it. Here, the key." Kai menghulurkan aku kunci kereta. Aku menadah kedua tanganku. Dengan perlahan dia melepaskan kunci itu.
"Thanks." Ucapku lalu berlari ke kereta. Tak mahulah mereka menunggu lama.
Setibanya aku di kereta, aku membuka kunci lalu membuka pintu belakang. Aku memasukkan separuh badanku ke dalam kereta.
"Haa~ mana? Takkan tak ada? Jangan lah tercicir kat mana mana. Aku mana boleh tak ada jam." Bebelku sendiri sambil mencari jam itu dibawah kerusi.
"Haa! Alhamdulillah, ada pun! Wahaa! Rindu kau!" Aku menggilap jamku itu. Aku keluar dengan berhati-hati. Aku menundukkan kepala lalu keluar dengan perlahan.
"Aduhh!" Secara tiba-tiba aku jatuh kebelakang. Ha? Apa jadi?
"Ahh!" Seseorang mengerang kesakitan. Ya Allah! Aku terlanggar dia ke tadi?
"Su-sumimasen, gomenasai." Aku terus bangun dan menunduk banyak kali kepada dia sebagai tanda maaf.
"Daijoubu desu ka? (Awak tak apa-apa?)" Soalku memandang dia yang baru sahaja hendak bangun dari tanah.
"Daijoubu desu. (Saya tak apa-apa.)" Balasnya mengangkat muka. Wah, siapa dia ni? Warna kulit putih semacam.
Aku melepaskan keluhan lega kerana dia tak apa-apa.
"Waduh, dia tak ada apa pun. Aku yang sakit sekarang ni. Macam lebam je siku aku. Haih. Hah, tambah lagi sakit. Elok, Sakinah. Lain kali nak keluar tengok kiri kanan dulu." Bebelku sendiri sambil menyapu baju serta seluarku yang berpasir lalu aku menekan sikuku yang lebam. Sakit juga.
Dia seperti terkejut. Aku pun tak tahu kenapa.
"Sorry, Malaysia?" Soalnya tiba-tiba. Wow! Dengar aku cakap macam tu pun dah tahu aku Malaysia? Aku terkejut tambah kagum dengan dia. Aku jangka dia tak faham apa yang aku cakap tadi. Faham pula kau ni.
"Yes, Malaysia?" Soalku pula. Manalah tahu.
"Ha, haah. Awak... teruk ke lebam tu?" Soalnya sedikit kerisauan. Lah, hilang kagum aku tadi. Dia pun orang Malaysia rupanya.
"Tak, tak adalah sikit je ni." Ujarku. Aku mengalih pandangan dari sikuku ke arah dia. Dia seperti terpegun atau terkedu. Dia pandang sahaja aku. Mata tak berkelip.
"Awak?" Aku menyedarkan dia dari entah negara mana entah dia dah sampai.
"Ha? Ya, ha betul ke tak apa-apa tu? Jomlah, saya bawa awak pergi hospital." Ajaknya.
"Eh, tak payahlah. Tak ada apalah ni. Apa kata awak je pergi hospital? By the way, saya Sakinah." Aku menukar topik dengan memperkenalkan diri. Aku senyum. Dia terdiam lagi.
"Awak?" Apahal mamat ni? Dahlah pandang aku semacam. Tak sempat kau sampai hospital ke kubur dulu kau kejap lagi.
"Ha? Oh, saya tak ada apa sangat. Tak perlu kot hospital. Saya Tengku Syed Adib." Ujarnya tersenyum memandang aku.
Aku terkejut. Tengku?! Aku langgar kerabat diraja ke tadi?!
"Ampun Tuanku Tengku Syed Adib. Tak sengaja patik terlanggar tadi." Aku menunduk lama. Dah puas aku menunduk pada dia baru aku berdiri dengan tegak semula. Uish, pertama kali berhadapan dengan kerabat diraja. Takut aku. Dahlah aku langgar dia. Kalau dia murka macam mana? Silap hari bulan, tak balik aku ke Malaysia. Kena duduk sini sahaja sebab dibuang negara.
"Hei, tak perlu macam tu sangat. Just call me Adib." Ujarnya. Aku mengurut dada menghela nafas lega. Alhamdulillah, dia tak murka.
"Sakina-chan!" Seseorang memanggil aku. Aku menoleh.
"Where have you been? Kitorang tunggu awak lama." Katanya mencekak pinggang setibanya dia dihadapanku. Dia menggeleng-geleng.
"Gomen, saya jatuh tadi. Ni jam saya, dah jumpa dah." Aku dengan teruja menunjuk jam kesayanganku itu.
"Jatuh? Sakit kat mana? Ha? Ha?" Lain yang aku tunjuk, lain pula yang dia balas.
"Ryoga-kun, ochitsuite. (Ryoga, tenang.) Siku saya je. Sikit je ni. Dahlah, iku yo." Ajakku.
Ryoga memandang Adib, "Kenapa dia pandang awak macam tu?" Soal Ryoga berbisik padaku.
"Eh, biarlah, awak pandang adik Kai macam tu tak apa pula." Ujarku melepaskan geram tentang hal tadi.
"Lah, merajuk lagi ke?" Pujuknya lagi. Ah, biarkan dia. Hahaha!
Aku memandang Adib, "Rasanya, saya dah nak kena gerak dulu ni. Assalamualaikum." Ujarku.
"Waalaikumussalam." Dia menjawab sambil agak terpegun. Apa bendalah dia ni? Pelik-pelik sahajalah.
Kami berjalan menuju ke tempat Kai, Alyn, Eca dan Hannah menunggu kami.
"Ha! Lama kitorang tunggu. Aku fikir kau sesat balik Malaysia dah tadi." Ujar Alyn setelah melihat aku dan Ryoga di depan matanya.
"Sorry, now, let's go." Ujarku menyusun sepuluh jari. Mereka berempat berjalan di depan aku dan Ryoga.
Aku terperasan Ryoga ada memegang satu plastik kecil berwarna hitam. Dia beli apa? Mesti dia beli sesuatu sambil menunggu aku pergi ambil jam tadi. Hm, biarlah, apa aku kisah? Haha! Dia yang beli, biarlah dia. Duit dia, bukan duit aku. Lagipun, dia kan suka pada adik Kai.
Aku seperti biasa, aku akan memasukkan kedua-dua tanganku di dalam poket jaketku.
"Etto, Sakina-chan. Wasureteta. (Saya lupa.) Saya ada belikan awak sesuatu tadi." Ujarnya tiba-tiba berhenti. Aku turut berhenti sebaliknya kawan-kawanku terus berjalan. Dia mengeluarkan sesuatu dari beg plastik yang aku jeling tadi itu. Aku hanya terkejut. Haha! Tak sangka pula untuk aku. Dia ni tahu sahaja aku asyik menjeling plastik itu dari tadi.
"Yoshh, kireii janai ka? (Yoshh, cantik kan?)" Soalnya menunjuk aku satu snowcap berwarna ungu yang cantik.
Alahai, dia ni tahu-tahu sahaja aku nak benda alah ni dah lama. Sengaja ambil kesempatan waktu aku tak pakai topi.
"Kireii! But, this snowcap is for me? Bukan untuk adik Kai?" Soalku menjongketkan sebelah keningku sambil memeluk tubuh.
"Sakina-chan, gomenasai yo. Saya gurau je la pasal tadi. Cepatlah, saya nak pujuk awak ni." Katanya.
"Ha, yalah, pujuklah." Kataku menurunkan tanganku. Saje aku mengusik dia.
Dia memakaikan aku snowcap itu dengan muka aku sekali dia tutup. Sengaja cari pasal. Tak betul lah dia pakaikan! Ni nak pujuk ke nak cari gaduh?
"Ryoga-san!" Jeritku sedang mulutku masih ditutup dengan snowcap tersebut. Dia hanya ketawa. Aku membetulkan tudungku lalu membuka semula dan memakai snowcap itu dengan betul.
"Kenapa awak belikan snowcap ni untuk saya?" Soalku. Kami mula melangkah semula. Dia menyimpan beg plastik itu di dalam poketnya.
"Kan dah kata tadi nak pujuk awak. Actually, it's a New Year's present. Happy New Year." Balasnya. Oo, ya tak ya. Baru aku ingat. Orang Jepun ini suka sangat bagi hadiah lagi-lagi pada hari-hari istimewa. Tapi, sejak bila pula aku sambut Tahun Baru? Waktu Tahun Baru apa yang aku buat adalah siap barang sekolah. Almaklumlah baru sahaja tinggalkan zaman persekolahan sebulan yang lepas.
"Oh, haah. Happy New Year to you too. I'm sorry, I didn't give you anything as a New Year's present because I've never celebrate New Year.. actually." Terangku.
"Oo, it's okay about the gift. I don't care." Katanya.
"Tapi, awalnya bagi. Isn't New Year is next week?" Soalku pelik.
"Saje bagi awal. I thought I want to give you this snowcap next week, but someone is sulking today. So, I give it today." Terangnya. Aii, perli nampak.
"Dah ada orang tu buat kita sakit hati. Kita pun merajuklah." Ujarku. Dia tertawa.
"Hm, I want to ask you something. Ada tak benda dalam dunia ni yang awak nak sangat?" Soalnya.
"Like hope? Hm, I hope someone will come into my life for cheer me up all the time. I want that 'someone' always be with me forever. Awak pula?" Balasku tersenyum.
"Saya? Awak tanya saya?" Soalnya. Yalah, aku tanya siapa lagi? Takkan aku tanya mak cik tengah jalan ni pula. Aku mengangguk.
"Saya? Hm, saya nak jadi lagi rapat dengan awak. Boleh?" Soalnya. Aku sedikit tersentak sebenarnya. Tapi, kawal, Sakinah, kawal.
"Awak nak jadi lagi rapat dengan saya?" Soalku pula. Dia mengangguk laju.
Aku berfikir, "Betul ni? You won't regret it?" Soalku lagi mendapatkan kepastian. Dia menggeleng.
"Okey, boleh tapi, awak kena buat satu benda dulu baru saya declare yang awak kawan rapat saya." Balasku.
"Apa dia?" Soalnya ingin tahu.
"Awak kena buktikan yang awak memang nak rapat dengan saya. Awak kena tahu segala-galanya tentang saya. Apa yang saya suka, apa yang saya tak suka, saya takut dengan apa, saya ni alergik dengan apa. Tapi, awak kena cari segala benda tu by yourself. I won't tell you anything and you can't ask me about that. Kalau awak tahu segala benda pasal saya tu, baru saya declare." Balasku panjang. Ha, mana pula dia nak korek rahsia. Haha! Ha, lantak, cari sendiri.
"Okay, I will." Jawabnya.
"Deal?" Soalku.
"Okay, deal. Kalau saya dapat tahu segalanya tentang awak, saya akan jadi kawan rapat awak?" Ujarnya.
"We'll see." Balasku memandang kedepan.
"Ha, tak adalah main tengok-tengok. Tadi dah deal." Keluhnya menunduk.
"Hahaha! Hai', hai'. I'm just kidding. Okey, kalau awak tahu segala benda saya sebut tadi, kita jadi kawan rapat." Balasku.
"Yes! Senang je. Bukan susah pun." Balasnya teruja. Lain macam lah dia ni. Aku hanya ketawa melihat telatah dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience