KEHILANGAN OREN

Short Story Series 1540

Semenjak kehadiran Kelabu,Oren semakin terpinggir dan tersisih daripada belaian dan perhatian ayah dan keluarga aku.Memang Oren tidak tahu menunjukkan kemanjaan dalam keluarga kami bebanding Kelabu yang pandai mengambil kesempatan untuk menunjukkan kejinakannnya kepada kami sekeluarga.

________________________________________

Beberapa hari selepas itu,Oren semakin hilang dari pandangan.Aku memberitahu ayah bahawa semalam aku ada ternampak Oren di tepi longkang di belakang rumah.Begitu juga dengan adikku,Anis ada melihat Oren bermain-main di bawah pokok tua di taman permainan di hadapan rumah dua hari yang lalu.Namun,ayah masih tidak berpuas hati kerana dia sendiri tidak melihat kelibat Oren.
"Ke manakah Oren pergi?Dia tidak makan pun makanan yang disediakan.Adakah dia merajuk?Hujan -hujan begini di manakah dia berteduh?"
Kami hanya mendengar keluhan ayah.Sudah seminggu,hampir setiap malam pada hujung pertengahan Disember ini hujan turun diiringi dengan guruh dan angin kuat.

________________________________________

Kelabu masih di pangkuan ayah.Apabila melihat Kelabu,aku terimbas kembali tentang kucing itu yang dipungut sewaktu ayah pulang dari tempat kerja.Keadaan Kelabu yang tidak terurus dan kurus dahulu kini telah berubah.Kelabu semakin tembam.Bulunya yang berwarna kelabu menjadikannya tampak menarik seperti kucing Siam.

________________________________________

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience