Bab 37

Drama Completed 35637

Tiara sedang berbaring di atas katil sambil menangis teresak esak. Habis lencun selimut yang dia gunakan untuk mengelap air matanya.

Esakan kecil nya tidak didengari oleh sesiapa pun. Tiara sudah berada di rumah Hadi. Kehadiran nya disambut baik oleh ibu Hadi, Puan Balqis sebentar tadi.

Tiara tidak mampu untuk melelapkan matanya walaupun jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Dia asyik teringat kepada ibunya.

Dia kesal kerana tidak sempat untuk bertemu dengan ibunya buat kali terakhir.

"Ibu..."
//
Hadi juga masih belum tidur. Dia sedang duduk di birai katil sambil memikirkan tentang sesuatu perkara.

Daripada riak wajah nya , perkara yang difikirkan nya sangat serius. Perbualan antara dia dan ayahnya selepas dia balik daripada hospital bermain di kotak fikiran nya.

*Flashback

"Assalamualaikum" ucap Hadi saat dia membuka pintu rumah.

Nasib baik dia sempat mencapai kunci rumah sebelum dia bergegas ke hospital tadi. Dia masuk ke dalam rumah dan diikuti oleh Tiara di belakang.

"Waalaikumussalam" Puan Balqis yang sedari tadi sedang duduk di sofa ruang tamu terus mendapatkan Hadi apabila dia mendengar anak teruna nya itu memberi salam.

Tiara yang berada di belakang Hadi menghadiahkan satu senyuman kecil kepada Puan Balqis.

"Umi, ini lah kawan Hadi tu. Nama dia Tiara..."

Hadi tidak sempat menghabiskan ayatnya, Puan Balqis meluru ke arah Tiara dan memeluknya dengan erat. Tiara terkejut dengan tindakan Puan Balqis tetapi dia membalas pelukan itu.

Disebabkan daripada tadi dia cuba menahan sebaknya, kali ini dia tidak mampu bertahan lagi. Air mata nya mengalir laju di pipinya. Dia menangis dalam pelukan Puan Balqis.

"Tiara sabar ya sayang. Mak cik dah tahu dah cerita dia. Ikhwan dah cerita dah. Tiara duduk la sini buat sementara waktu ya"

Tiara tidak mampu bersuara hanya tangisan sahaja yang kedengaran. Dipeluknya Puan Balqis seerat mungkin.

Sudah lama dia tidak memeluk ibunya seperti ini.
Puan Balqis mengusap usap belakang badan Tiara untuk menenangkan Tiara.

Hadi hanya memerhati kan Tiara dengan perasaan simpati. Baru sahaja tempoh hari Tiara sedih dengan layanan abangnya terhadap dia. Kini, ditambah pula dengan ujian berat ini.

Tiara meleraikan pelukan itu dan memegang tangan Puan Balqis. Dia memandang wajah Puan Balqis yang ada iras-iras dengan wajah Hadi.

"Tiara mintak maaf sangat sangat sebab menyusahkan mak cik malam malam ni. Tiara boleh je nak duduk rumah sorang, tapi Hadi yang ajak Tiara datang sini. Tiara janji, Tiara duduk sini malam ni je. Esok lepas Tiara dah uruskan jenazah ibu, Tiara balik rumah. Tiara mintak maaf ya, mak cik" Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

"Eh, tak ada lah. Tiara tak susahkan apa apa pun. Esok, jangan terus balik rumah. Tiara duduk sini lah dalam dua tiga hari. Buat je macam rumah sendiri. Ingat, jangan cakap Tiara menyusahkan"

"Terima kasih mak cik" Tiara menguntumkan senyuman kecil kepada Puan Balqis.

"Okey lah, sekarang ni dah lewat dah. Mesti Tiara penat kan? Jom, mak cik tunjukkan bilik untuk Tiara. Ikhwan, Ikhwan pergi lah tidur"

Hadi mengangguk kepala dan sekilas pandang wajah Tiara. Kemudian, dia berlalu pergi naik ke biliknya.

Tiara mengikuti Puan Balqis yang membawanya ke sebuah bilik yang bersebelahan dengan bilik Hawa.

Rumah Hadi mempunyai lima buah bilik tidur iaitu satu bilik tidur utama kepunyaan Encik Irwan dan Puan Balqis, bilik Hadi, bilik Hawa, bilik untuk tetamu dan bilik khas untuk Encik Irwan. Bilik itu umpama pejabat mini Encik Irwan di rumah.

"Tiara tidur lah ya. Buat je macam bilik Tiara sendiri. Mak cik masuk tidur dulu ya. Kalau Tiara haus nak minum ke, turun je dapur. Macam mak cik cakap tadi, buat macam rumah sendiri" kata Puan Balqis dengan lembut.

Walaupun dia tidak pernah berjumpa dengan Tiara, tetapi sudah timbul perasaan sayang padanya terhadap Tiara.

Tambahan pula Tiara baru sahaja kehilangan seorang ibu. Jadi, dia akan melayan Tiara dengan sebaik mungkin.

Tiara tersenyum manis.

"Terima kasih mak cik. Tiara masuk dulu ya, assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" Puan Balqis senyum pada Tiara kemudian dia melangkah pergi.

Tiara masuk ke dalam bilik itu dan mengunci pintu. Sudah menjadi kebiasaan nya untuk mengunci pintu sekiranya dia berada di rumah orang lain.

Dia meneliti segenap bilik tidur itu daripada meja sehingga lah ke bilik air dengan perasaan yang kosong. Bilik itu agak besar berbanding dengan bilik tidur nya.

Tiara melangkah lemah longlai menuju ke katil dan terus merebahkan badan nya.

Sementara itu, Hadi yang baru selesai menaiki tangga terserempak dengan ayahnya. Semasa dia baru masuk ke biliknya sebentar tadi, dia ingin melihat telefonnya dan dia baru teringat yang dia tidak mengambil telefon pintar nya di dalam kereta.

Ayahnya baru sahaja keluar daripada bilik kerjanya dengan memegang sebiji cawan di tangan kanan.

"Ikhwan baru balik ke? Umi ada cakap dengan papa pasal kawan Ikhwan tu. Dia dah tidur dah?" Encik Irwan menegur daripada jauh.

Saat Hadi melihat wajah ayahnya, dia seolah tersedar daripada lena yang panjang. Jantung nya berdebar secara tiba-tiba.

Tanpa menjawab pertanyaan ayahnya itu, Hadi terus menuju ke arah Encik Irwan.

"Papa, Ikhwan nak cakap dengan papa sekejap. Jom lah kita cakap dekat bilik kerja papa" Hadi berjalan ke arah bilik kerja Encik Irwan dan masuk ke dalam. Encik Irwan yang hairan menuruti sahaja kata anaknya itu.

Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam bilik itu, Hadi duduk di sofa yang berada di situ dan Encik Irwan mengambil tempat di sebelah nya.

"Papa, papa cakap yang papa ada terlanggar orang tadi kan?" kata Hadi dengan wajah yang serius.

Air muka Encik Irwan terus bertukar saat mendengar kata-kata Hadi. Dia menarik dalam nafas nya dan meletakkan cawan yang dipegangnya di atas meja.

Dia membetulkan posisi duduk nya dan memandang tepat ke mata Hadi.

"Haah, kenapa Ikhwan?"

"Papa kan tolong hantarkan orang tu pergi hospital. Papa tahu tak apa nama orang tu? Lagi satu, orang tu lelaki ke perempuan?"

Hadi menunggu jawapan daripada Encik Irwan dengan penuh debaran. Dia mengharapkan agar dia mendapat jawapan yang dia mahu dengar.

"Orang tu perempuan. Papa sempat lah tahu nama dia. Nama dia Wardah. Wardah binti Aziz" Encik Irwan masih lagi tidak dapat menangkap maksud disebalik pertanyaan Hadi itu.

Hadi mengetap kuat gigi nya. Air liur yang ditelan nya terasa amat perit sekali. Wardah binti Aziz?

"Lagi satu, papa hantar perempuan tu dekat hospital mana?" Soalannya yang ini lebih membuatkan dia bertambah berdebar.

"Hospital Besar Melaka"

Hadi terasa seperti ada sebuah bangunan konkrit yang terhempas di atas tubuhnya. Walaupun jawapan yang diberikan oleh ayahnya itu hanya 3 perkataan tetapi ia mampu mengubah kehidupan nya.

"Tak kan lah..." Hadi tidak sanggup meneruskan ayatnya dalam hati.

"Ikhwan?" panggil Encik Irwan apabila dia melihat Hadi seperti berada di dalam dunia sendiri.

"Hah? Okey lah papa, Ikhwan masuk bilik dulu lah. Papa tidur lah"

*End flashback

"Apa nama mak Tiara?" bisik Hadi perlahan.

Wajah Tiara yang sedih dan basah dengan juraian air mata terbayang bayang dalam fikiran Hadi.

Hadi gelisah.

Dia berharap apa yang difikirkan nya tidak akan menjadi kenyataan.
//
"Mak cik minta maaf banyak banyak ye Tiara. Mak cik memang nak ikut Tiara dengan Ikhwan tapi tiba-tiba last minute pulak ada hal" Puan Balqis berdiri berhadapan dengan Tiara dan Ikhwan di depan pintu rumah.

Tiara sudah siap berbaju kurung berwarna coklat cair manakala Hadi di sebelahnya siap bersongkok dan berbaju melayu berwarna biru laut.

"Eh, tak ada apa-apa lah mak cik. Tiara faham. Mak cik bagi Tiara tumpang dekat sini pun Tiara dah bersyukur sangat dah"

Puan Balqis tersenyum mendengar kata kata Tiara. Dia memang menyenangi sikap Tiara yang sopan dan berbudi bahasa itu.

"Okey lah umi, Ikhwan dengan Tiara pergi dulu lah. Nanti lambat pulak nanti nak uruskan semuanya"

"Hah, ye lah. Kalau ada apa-apa ke, telefon umi ya" Puan Balqis menyambut tangan Hadi yang dihulur untuk salam. Diikuti juga dengan Tiara.

"Bye Kak Tiara. Jangan balik lambat tau" Hawa yang berdiri di sebelah Puan Balqis melambai tangan nya kepada Tiara sambil tersenyum.

Hawa agak terkejut juga bangun pada pagi itu melihat ada seorang perempuan yang tidak dikenali nya berada di dalam rumah nya.

Tetapi setelah dia bersuai kenal dengan Tiara, Hawa sudah menganggap Tiara seperti kakak nya.

Maklumlah, selama 8 tahun dia berada di dalam rumah itu hanya ada abangnya sahaja. Seronok rasanya tiba tiba ada kakak.

Hawa yang tidak tahu apa sebenarnya sebab Tiara duduk di rumah itu hanya tersenyum manis. Dia melambai tangan dan mengucapkan 'bye' kepada Tiara seolah-olah Tiara mahu ke universiti.

Senyuman terukir di bibir Tiara apabila melihat Hawa melambainya. Perasaan sebak yang dirasai nya ditahan.

Sungguh, sekiranya Tiara hanya bersendirian ketika itu, pasti dia tidak sekuat itu. Tiara bersyukur disekeliling nya ada orang yang mengambil berat tentang dirinya.

"Bye Hawa. Nanti Kak Tiara balik rumah cepat Hawa tunggu tau"

Hawa mengangguk angguk kepala nya dengan gembira.

"Aik, Kak Tiara je? Abang Hawa ni macam mana?" usik Hadi

Belum sempat Hawa membalas, Puan Balqis menjawab.
"Hah, sudah tu. Jangan dilayan Hawa ni, nanti lambat pulak nanti"

"Okey lah, assalamualaikum" kata Hadi kemudian berlalu pergi ke arah kereta nya.

"Assalamualaikum mak cik" Tiara menghadiahkan senyuman kepada Puan Balqis dan Hawa kemudian mengikuti Hadi.

"Waalaikumussalam"
//
"Okey kau tidur semalam? Semua okey tak?"

Tiara memandang Hadi seketika dan memandang ke hadapan semula. Matanya yang kuyu menunjukkan yang dia tidak tidur terlalu lena malam semalam.

"Macam mana aku nak lena? Bila pejam je mata, muka mak aku yang aku nampak. Betul ke Hadi? Betul ke yang mak aku dah tak ada? Kenapa aku rasa semua ni macam cepat sangat?" Tiara mengetap kuat giginya kerana menahan air mata daripada mengalir.

"Tiara... Aku tahu aku tak ada dekat tempat kau tapi ini qada dan qadar Allah. Kau kena terima. Betul, mak kau dah tak ada. Tapi, itu tak bermakna kau kena lemah macam ni. Kau masih lagi ada orang yang ambil berat pasal kau, sayang kau"

Air mata yang ditahan Tiara tidak mampu ditahan lagi.

"Siapa lagi yang aku ada? Ayah aku dah tak ada, mak aku pun dah tak ada. Abang aku dalam penjara. Aku dah tak ada sesiapa, Hadi. Aku sorang je"

"Kau ada Allah. Dia sentiasa ada dengan kau. Jangan cakap macam ni. Dah lah, jangan sedih lagi"

Melihatkan Tiara hanya diam, Hadi menyambung lagi.

"Aku call Hadirah pagi tadi. Aku dah cerita semua benda dekat dia. Nanti dia datang hospital. Kau okey kan, aku bagi tahu dia?"

Tiara mengangguk perlahan kepalanya dan tersenyum lemah.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorryyyyy for late update :`(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience