BAB 15

Romance Completed 72605

Tidak ku jangka pula kali ini dia yang terpaksa menanggung semua alahaan sedang dulu sewaktu mengandungkan Aina,alahan yang ku alami sangatlah teruk.

Mungkin sebab berkat doa suamiku yang ikhlas.Pernah dia suarakan dahulu.Andai begini teruklah alahan yang ku alami sewaktu mengandung,untuk bakal anak kami yang seterusnya.Dia berharap biarlah dia saja yang mengalami semua itu.Aku cuma bawa perut saja katakan.

''Tu tandanya..Sayang bini katakan..''Emak ambil giliran menggusik kami.Nampaknya dalam masa tidak sampai enam bulan lagi,kami bakal menerima kehadiran orang baru.Bukan satu,malah dua pulak tu.

Terkejut juga semasa di klinik tadi doktor mengesahkan bahawa aku bakal melahirkan anak kembar.Sungguh aku tak jangka sama sekali.Nampaknya genetik keluarga ku yang beranak kembar menurun kepada ku.Sedang aku dan abang Adam sendiri merupakan kembar tak seiras.

Rindu dengan abang Adam.Bulan lepas baru kami berkesempatan bertemu kembali setelah hampir empat tahun tidak bersua.Sungguh aku menrindui dia.

Abah dan mak yang menghantar kami ke klinik pun terkejut dengan berita gembira itu.Masakan tidak.Hujan tiada,ribut tiada tiba-tiba suami isteri pengsan.Rupanya ada berita gembira pula yang menyusul.

''Thanks sayang..Abang sangat-sangat bahagia dengan Nia.Tambah-tambah lagi,kita bakal menerima orang baru dalam keluarga kita sikit masa lagi.''Zaakir mengucup ubun-ubun ku usai solat.Doanya hari ini panjang dari biasa.

''Nia pun bahagia sangat bang.Tak sangka pula kan bang..Along dengan adik bakal dapat adik lagi.'Kami tertawa lagi.

Lucu pula bila mengingati yang aku dan dia dua-dua pengsan.Mesti Aiman dan Aina panik melihat ibu dan papanya tidak sedarkan diri.Mujur Aiman tangkas mendail telefon rumah atuknya untuk meminta bantuan.

Dan cerita sebenarnya tiada siapa yang tahu kenapa aku jadi begitu.Sungguh aku hampir rebah tersungkur mengenangkan nasib ku yang bakal ditinggal pergi.Sungguh aku tidak sanggup lagi menanggung sebuah kehilangan lagi setelah aku sudah terlanjur menyayangi dia.

Melihatkan keadaan Zaakir yang terbaring kaku umpama melihat arwah Arshad yang tiba-tiba tidak sedarkan diri,yang akhirnya pergi meninggalkan ku sementara Aiman masih di dalam kandungan.Sungguh menyesakkan jiwa.Mujur saja semua itu jauh menyimpang dari kisah duka ini.Andai tidak,aku tidak tahu bagaimana harus ku lalui sekali lagi.

''Maafkan abang sebab takutkan sayang..''Lantas tubuh ku disapa ke dalam pelukannya sekali lagi.

''Tak apa.Bukan salah abang pun..''Sebak menguasai diri.''Nia nak ucapkan terima kasih kepada abang sebab sudi terima Nia dan Aiman..Terima kasih kerana sudi hadir ke dalam hidup kami dah terima kasih juga sebab mencintai Nia..''Dalam sedu yang panjang,dapat juga aku luahkan semua yang terpendam di lubuk hati ini.

Aku ingin Zaakir sedar,betapa pentingnya dia di dalam hidup ku dan betapa dia memberiku satu pengalaman baru dalam menjalani rumah tangga yang cukup sempurna ini.Ditambah pula dengan anak-anak yang menjadi pengikat kasih antara kami.

''Abang pun nak ucapkan terima kasih dengan sayang..Terima kasih sebab sudi bagi abang peluang..Sudi memberi ruang di dalam hidup sayang dan terima kasih sebab sudi membalas cinta abang..''

Segala yang berlaku biarkan berlalu, aku tetap utuh dengan janji dan cintaku walau ada saat dan ketikanya jarak di hati kami memisahkan. Namun kini ia tersusun indah, kembali terjalin. Aku semakin bahagia dan bersemangat menjalani hari mendatang dengan hadirnya di sisi. Tiada lagi jarak yang memisahkan, tiada lagi hati yang menjauh, kerana kami adalah satu, untuk selamanya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience