#5

Other Completed 5709

#5
Sehari Bersama Mikael (Bahagian Akhir)

Ok la ok.

Tak best sebenarnya berlagha sambil dipandang korang dengan muka tak puas hati. Baiklah! Semangat sudah datang! Makanya, aplikasi word dibuka!

Pintu bilik dibuka.

"Mikael, minta tolong hantar aku ke fakulti kejap boleh tak?"

Ni aku marah ni! Ini aku marah! Setiap kali rajin dah elok berada di tempat duduknya nak buat kerja, mesti ada mana-mana anasir luar akan cuba rosakkan kedudukannya itu! Untuk pengetahuan, dekat asrama ni, aku je ada kereta. Itupun sebab aku dah berjaya rasuah baik semua felo, orang pejabat untuk membenarkan aku bawak masuk kereta ke kolej kediaman. Janganlah pandang aku jijik. Niat aku baik tau bawak kereta ke Universiti ni. Kalau ada kereta, senang nak bawak mana-mana gadis yang aku rasakan layak untuk dijadikan bakal isteri ke tempat dating. Eh, tak boleh ke niat macam ni?

"Aku bukan taknak hantarkan Faizal. Tapi, aku ada banyak kerja-kerja penting nak kena buat ni. Aku kena buat montaj untuk kelab lagi. Dengan background banner nak kena designkan balik. Tu, tu, kelab persatuan kelas kita tu suruh aku handle program bersama kanak-kanak pulak. Nak kena tulis tentative lagi. Ha lagi pulak, blog aku tu pun tak berupdate lagi entry baru,”

“Blog tak penting la,”

“Blog tu nyawa aku bai. Nyawa aku!”

“Ok, ok,”

“Lepas tu kejap lagi aku nak kemas bilik sekejap. Nak revision subject statistik lagi. Ni petang nanti ni aku nak pergi jogging lagi. Ish, banyak la kerja nak kena buat,” “Huish, busy betul kau ya,”

“Hm, tau pun kau aku busy,”

*Sunyi sebentar dalam 15 saat. Beliau masih dimuka pintu*

“So….boleh tolong ke tak ni?” tanya beliau.

Selepas menghadiahkan sebuah tenungan tajam, akhirnya aku give up.

*******

Selepas sebuah penghantaran ke fakulti dilaksanakan oleh seorang aku, makanya aku pun tiba semula ke bilik. Badan rasa sedikit melekit dan ini sememangnya diyakini mampu menganggu konsentrasi aku dalam mengulangkaji pelajaran. Makanya, aku mengambil keputusan untuk mandi dulu. Aku pun menuju ke almari untuk mengambil peralatan mandi dan bersedia.

PRANGTANGKEDANGPRANG!

Ya, semua benda yang aku sumbat tadi dalam almari pakat keluar beramai-ramai.

Dah la aku give up la kejap nak buat apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience