Fazura duduk di lantai memeluk lutut, wajahnya sejak tadi kelihatan resah dan takut setelah supervisor dari syarikat Cleaner lamanya mendesaknya supaya keluar dari tempat tinggal yang di khaskan untuk perkerja-perkerja cleaner dari syarikat lamanya sahaja memandangkan dia bukan lagi perkerja Syarikat cleaner tersebut,
Dia tidak tahu kemana harus pergi, mencari tempat tinggal di Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang mudah, apa lagi dengan gajinya yang kecil, dia pula tiada saudara mara atau kenalan di Kuala Lumpur bahkan dia sering meminta bantuan dari rakan-rakan sekerjanya dahulu untuk menemaninya mencari tempat tinggal namun tidak di endahkan hanya kerana cemburukan dia menjadi staf cleaner Teguh holding,
Fazura mengeluh perlahan, kelopak matanya mula di basahi air mata, dia bangun dari duduk mengambil beg pakaian untuk mengemas pakaian-pakaiannya, hatinya yang resah hanya mempu berserah pada yang maha esa, supaya di pemudahkan segala urusannya, esok dia perlu mencari tempat tinggal baru dan jika tiada, dia perlu tidur di jalanan
Bukit Antarabangsa
"Tak akan takde lansung Long?,"
tanya Farid Husin dengan wajah bengang
"Bukannya tiada Farid, tapi yang ada semuanya dah kenal dengan farid, masalah mulut farid tu, diaorang semua dah tahu"
"Jahat sangat ke mulut farid nie Long?,"
Fuad sobri mengeleng kepala
"Cuba kau ingat balik Farid, berapa kali farid buat masalah bila ayah buat jamuan makan kat rumah, kawan-Kawan Along, kawan-kawan Angah, kawan kak farah kau, semuanya dah pernah jadi mangsa mulut kau tu"
"Aikk.. Farid just kutuk pakaian diorang je pun, itu pun nak terasa"
"Farid, apa yang diorang pakai tu, hak diorang, kalau farid nak tegur pun, tegurlah baik-baik, ini tak, wanita murahanlah, perkerja clublah, pelacur atasanlah, wanita simpanan, sampai ke sudah ayah tak buat lagi jamuan makan di sebabkan kau farid"
"Dah memang layak pun diorang tu kena kutuk macam tu, pakai pakaian pun macam tak pakai, baik bogel je"
Fuad Sobri mengeleng lagi kepalanya bagaikan mati kata-kata, wajah adik bongsunya di tatap seketika kemudian mengalih pandangan ke arah adik ketiganya sejak tadi hanya membisu,
"Alang takde ke kawan perempuan boleh kenalkan kat farid"
Tanya Fuad sobri
Fadil Fitri memandang farid Husin
"Sorrylah farid, Kawan Alang kebanyakan staff-staf Teguh holding, diorang semua kenal sangat dengan farid"
Farid Husin mengeluh perlahan mengerti sangat dengan maksud abang ketiganya
"Takpe alang, pandai-pandailah farid cari sendiri"
Selepas berbual dengan Fuad sobri bersama Fadil Fitri, Farid Husin baring di atas katil di dalam biliknya hanya termenung mengingat kembali saat dia bertanyakan pada kakak-kakaknya, jawapan semuanya sama seperti Abang-abangnya, kalau tak kerana duit wasiat dari arwah neneknya, dia tak hingin bertanyakan tentang wanita, dia bukan kemaruk sangat nak berkahwin tetapi duit wasiat itu terlalu banyak sehingga dia tak peduli kalau perkahwinannya hanya bertahan sehari dua, yang penting dia dapat semua duit wasiat dari arwah neneknya
Farid Husin segera bangun dari baringnya mencari handphone di atas meja, dia berniat untuk menghubungi Hamdan, untuk bertanyakan idea yang di fikirkan rakannya itu, dia sudah membuat keputusan untuk menjadikan fazura sebagai isterinya
Ke esokkan harinya
kereta BMW berwarna merah menyusur laju di lebuh raya selepas melepasi jalan sesak di pusat bandar kuala lumpur, Farid Husin bersama tiga orang stafnya harus menemui client dari Tesla yang menunggu di Movenpick Hotel & Convention Centre sepang, setelah bertungkus lumus selama hampir sebulan sudah sampai masanya mereka perlu membentangkan proposal dan idea periklanan untuk syarikat Tesla yang telah mengambil keputusan untuk membuka cawangan mereka di Malaysia
Teguh holding
Hamdan kelihatan tergesa-gesa berjalan ke arah pintu pejabat department advertising marketing namun dia tidak masuk ke dalam pejabat hanya meninjau-ninjau dari luar seakan-akan mencari seseorang sehinggalah Kedua anak matanya melihat seorang wanita muda menapak keluar dari pejabat Farid Husin sambil membawa plastik sampah
Hamdan segera mengetuk-ngetuk pintu berniat untuk menarik perhatian Fazura malah dia menarik perhatian seluruh Staf department advertising marketing kelihatan mendongak dari meja masing-masing melihat ke arahnya, Hamdan tersengih-sengih lalu membuka pintu pejabat
"Fazura boleh jumpa saya sekejap?,"
pinta Hamdan hanya berdiri di muka pintu
Fazura lantas mengangguk selepas menaruh plastik sampah di dalam tong cleaning trolley di bergegas menapak ke arah Hamdan sedang menunggu di luar pejabat
Dahi hamdan berkerut dengan wajah sedikit gelisah memandang Fazura tercegat di depannya
"Fazura, saya nak minta tolong dengan kamu?,"
"Tolong apa Encik?,"
"Begini Fazura, Encik farid, dia mengelami kemalangan kecil di sebuah hotel ketika ingin berjumpa dengan client, so pakaian dia terkena minuman, saya nak minta tolong pada fazura, tolong hantar pakaian lain pada encik farid"
"Ha.., tapi encik?,"
Fazura mengalih pandangan ke arah staf-staf di dalam pejabat
"Kenapa tak suruh diorang je?,"
"Mereka tu semua sibuk fazura, encik Farid dah pesan pada saya supaya jangan ganggu kerja mereka"
Hamdan mengusap-ngusap rambutnya dengan wajah gelisah
"Tolong hantar pakaian je, nanti saya sediakan Grab untuk hantar fazura ke hotel, bila dah hantar, fazura hubungi saya semula, nanti saya hubungi grab untuk ambil fazura semula kat hotel"
Wajah Fazura serba salah untuk pergi atau tidak,
"Fazura, saya faham, awak memang tak suka encik farid, tapi dia juga yang bantu awak menjadi staf tetap dalam syarikat nie, so sekarang nie encik Farid betul-betul perlukan pakaian lain untuk berjumpa dengan client, sekarang nie saya minta tolong sangat kalau fazura boleh tolong hantarkan pakaian untuk dia?,"
Fazura menghela nafas perlahan
"Baiklah encik"
"Thank you Fazura, sekarang nie, fazura pergi tunggu dekat Lobi dulu, saya pergi ambil pakaian encik Farid dekat atas kejap"
Fazura mengangguk lemah hatinya merasa bimbang kerana dia perlu menghantar pakaian itu di hotel,
Hotel Arena
Farid Husin melihat jam di tangannya menunjukkan waktu itu 04.46 minit petang, selepas pulang dari sepang dia terus pergi ke Hotel Arena dan menyuruh stafnya untuk pulang awal,
"Kau betul-betul serius ke nie farid?,"
Tanya seorang lelaki berbaju melayu warna hitam
"Aku seriuslah nie, buat apa aku nak main-main"
"Kau nie gilalah Farid, tak akan nak kahwin pun sampai perangkap orang"
Kata pula seorang lelaki berjubah biru
Farid lantas memandang rakan-rakannya
"Sakit pulak hati aku dengan korang nielah, banyak betul tanya?,"
"Yelah.. kita orang kena tanya farid, ini benda berat kita orang kena buat"
"Dahla.. bagi balik duit aku"
"Ala.. ala relexlah Farid, tanya pun tak boleh"
"tapi aku ingatkan korang kena belakon betul-betul, desak dia cukup-cukup sampai dia nak kahwin dengan aku, ingat tu"
Rakan-rakan farid Husin mengeleng kepala hanya mampu menurut setelah menerima bayaran 2000 ribu setiap sorang
Farid Husin melihat skrin Telefon pintarnya menunggu mesej dari Hamdan, setelah mendengar idea hamdan malam tadi, dia terus sahaja bersetuju kemudian menghubungi rakan-rakannya yang berkerja sebagai anggota polis meminta bantuan mereka supaya berlakon sebagai pegawai agama islam
"Okay, dia dah bergerak dari dari sana"
Kata Farid Husin sambil melihat skrin Telefon pintarnya
"Mari sini korang, tengok sekali lagi muka dia, risau pulak aku kalau korang salah orang"
"Kita orang polislah Farid, sekali tengok kita orang boleh ingatlah"
Farid Husin menjeling ke arah rakan-rakannya
"Kalau macam tu, aku naik dulu, bila dia dah masuk je dalam lif, mesej aku cepat-cepat"
"Ye farid.. kami semua ingat, pergilah naik"
Sebuah kereta jenis proton iriz berwarna biru berhenti di depan pintu lobi hotel, Fazura segera keluar dari kereta sambil membawa satu set pakaian suit yang di tutupi plastik, Kedua anak matanya memerhati seketika dari luar lobi, hatinya masih bebelah bahagi untuk masuk ke dalam hotel namun beberapa detik kemudian barulah dia menapak masuk ke dalam hotel
"Lepas aku ketuk pintu bilik tu, dia buka je pintu aku campak je baju nie dari luar, lepas tu aku lari"
Bisik Fazura dengan wajah nekad, dia melihat seketika kertas di tangannya tertera tingkat dan nombor bilik yang harus dia pergi kemudian berjalan ke dalam ruangan lobi mencari Lif
Pintu Lif terbuka setelah sampai ke tingkat 6, Fazura perlahan-lahan menapak keluar dari Lif, dia mengalih-ngalih kepalanya memerhati kiri dan kanannya mencari arah nombor bilik,
"nombor 101, mana pulak nie"
Bisik Fazura dengan raut wajah gelisah
Setelah beberapa detik, dia melihat sebuah pintu bilik terbuka separuh, dia segera menapak laju ke arah pintu bilik itu
"101, inilah biliknya"
Ucap Fazura perlahan, kemudian memanjangkan lehernya meninjau-nijau dalam ruangan bilik
"Fazura tolong letak pakaian tu atas katil, nanti ambik pakaian lama aku nie, bawa balik office"
Arah farid husin di dalam bilik hanya memakai jubah mandi
Fazura yang masih dalam keadaan terkejut selepas di tegur farid Husin, menapak perlahan-lahan masuk ke dalam bilik, pakaian yang dia bawa tadi cepat-cepat dia taruh di atas katil sambil menjeling ke arah Farid Husin sedang sibuk dengan Telefon pintar
"aku nak masuk bilik air, so jangan lupa ambik pakaian lama tu"
Arah Farid Husin kemudian masuk ke dalam bilik air
Fazura memperhati Farid Husin masuk ke dalam bilik air lalu cepat-cepat dia mengutip pakaian di atas lantai, kemudian memusingkan tubuhnya ke arah pintu
"Assalamualaikum"
Fazura berdiri kaku, wajahnya tergamam bila melihat tiga orang lelaki berpakaian melayu dan jubah berdiri di depannya
Di saat yang sama, Farid Husin keluar dari bilik air hanya bertuala mandi tanpa baju, membuatkan Fazura semakin terkejut
"Kenapa nie encik?,"
Tanya Farid Husin
"Maafkan kami encik, kami bertiga nie, dari jabatan agama islam"
Jawab lelaki berbaju melayu warna hitam
"Kami terima aduan, yang bilik nie ada pasangan yang belum berkahwin, sedang melakukan maksiat"
Kata pula lelaki berjubah biru
"tidak encik, kami berdua tak buat apa-apa pun, sumpah! lelaki nie bos saya, saya datang sini hantar pakaian bos saya je"
Terang Fazura dengan wajah ketakutan setelah di tuduh membuat maksiat
Lelaki berjubah biru memandang Farid Husin
"Betul encik, apa cik nie cakap?,"
Fazura mengangguk-ngangguk kepala sambil memandang farid Husin, wajahnya ketakutan mengharapkan Farid Husin mengatakan pekara sebenar kepada pegawai agama islam itu
"Taklah, kami baru je lepas buat,"
wajah Fazura lantas tergamam, dengan kedua matanya membulat bila mendengar jawapan dari farid Husin
Share this novel