BR 02

Romance Series 4386

"Warghh."

Mia menggeliat malas.

Terpesat-pesat Mia menggosok matanya yang baru bangun daripada tidur sambil menggeliat.

Enak sungguh rasanya dapat tidur petang setelah penat menghabiskan masa dari pagi hingga ke petang dengan kuliah yang baru sahaja bermulanya.

Maklumlah, cuti semester sebulan digunakan sepenuhnya dengan mereput di dalam biliknya sahaja.

Terasa lenguh tubuhnya bila kena kerah menghadiri kuliah semula.

Mia menoleh ke kiri mencari kelibat Bella dan matanya terhenti di sekujur tubuh yang lena di buai mimpi.

Mia tersenyum melihat sahabatnya yang satu itu.

Tangan Mia mula meraba-raba mencari telefon bimbitnya. Dapat sahaja, jarinya pantas menekan punat 'on' agar dia dapat melihat jam.

6.30 petang.

Terbeliak mata Mia lalu bingkas dia bangun mengejutkan Bella kerana mereka berdua masih belum menunaikan solat Asar. Matanya meliar mencari kelibat Syahira yang tidak kelihatan di katilnya.

"Bell, bangun Bell! Solat Asar dah lewat ni. Nanti nak Maghrib. Cepat Bell!" lantang suara Mia memanggil Bella yang tidur mati itu.

Ditepuknya juga punggung Bella agar gadis itu bangkit dari tidurnya.

"Hurmmm." gumam Bella sambil matanya masih terkatup rapat.

"Bell bangun. Kalau tak aku jirus air." ugut Mia yang sedang menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

"Ya! Aku bangun ni....." balas Bella lambat diikuti dengan nguapan luas olehnya.

Seusai mereka berdua menunaikan kewajiban.

Masing-masing kembali terlentang di atas katil mereka sambil termenung melayan perasaan.

"Mia, kau ada apa-apa rancangan ke esok?" soal Bella yang memecahkan keheningan.

"Esok?" soal Mia kembali untuk kepastian.

Bella membalas dengan anggupan.

"Kita ada kelas pagi je kan tapi full sampai tengah hari. Lepas rehat tu free sampai petang sebab lab kita start minggu ketiga. Takde lah kot. Tapi kelas Jepun aku pukul lapan pagi besok. Huhu...malasnya." ujar Mia sambil mengingati jadual kuliahnya esok.

"Cantik! Moh kita gi mall. Aku nak beli barang sikit. Stok jajan aku dah habis. Barang keperluan lain pun dah tinggal sikit. Buku nota lagi." bebel Bella sambil menyenaraikan barangan yang ingin dibeli.

"Boleh je. Aku pun rasa nak shopping sikit. Tambah stok juga." sokong Mia yang juga merasakan barang keperluannya telah habis dari semester lepas.

"Kita ajak budak-budak ni sekali nak? Lama tak lepak sesama." cadang Bella.

"Ajak je la. Diorang pun mesti nak beli barang juga." balas Mia bersahaja.

"Tapikan, asal kita berdua aje ni. Mana yang lain-lain? Cepat betul lesap." belum sempat Mia membalas pertanyaan Bella, tiba-tiba kedengaran riuh di depan rumah sewa mereka.

Segera Mia dan Bella ke pintu hadapan rumah mereka untuk menyambut kepulangan sahabat mereka yang lain. Bau aroma masakkan panas menusuk hidung Mia dan Bella.

"Waaa, torrrbaik. Ni baguih ni bangun-bangun dapat makanan." Bella menghulurkan tangan untuk mengambil plastik makanan di tangan Kaira.

"Itulah kau. Membuta aje tak habis-habis. Tahu makan aja." selar Kaira sekadar mengusik Bella.

"Ye...ye masuk dulu. Nak maghrib dah ni." cadang Syahira apabila langit kelihatan semakin gelap.

Begitulah rutin mereka apabila malas memasak, mereka akan membeli makanan di luar. Sama ada bungkus atau makan di kedai sahaja. Ikut kerajinan. Itulah untungnya apabila rumah sewa mereka dikelilingi dengan kedai makan. Mudahkan, tidak perlu bersusah payah fikir pasal perut lapar.

•••

Malam kian kelam. Bulan nun jauh di sana bersembunyi di sebalik kepulan awan-awan kecil yang berhimpun. Sepasang mata berwarna biru itu menerawang menikmati pemandangan hamparan pantai yang kelihatan tenang sahaja dari tingkap bilik tidurnya. Sudah lama dia tidak menikmati pemandangan ini.

Lamunannya terhenti apabila deringan daripada iPhone 11 itu memecah kedamaian. Melihatkan nama si pemanggil, pemuda itu segera menolak butang hijau.

"Assalamulaikum umi. Why are you calling me?"

"Waalaikumusalam. Oh my darls. Is it wrong for a mum to call her son? I miss your voice honey. Have you arrived Malaysia?"

"I just left you about a day and you miss me already umi. Yeah. I'm at Malaysia already with Bareeq."

"How come I can not missing you honey? You are my only son. When you will be home? Do you really need to go there?"

Hati ibu mana yang tidak rindukan anak bila berjauhan. Merentas lautan yang luas pula.

"Umi, I'm here for study. So, it can't be so soon for me to go home. I will be back when I'm done here."

"Fine. If that your decision, I'm not gonna stop you but if anything happens you must come home. Otherwise, I will not tolerate with you anymore. Remember our promise. Okay honey, I think it's quite late for you there. So, we hang up for tonight."

"Okay umi. Sleep tight. Sweet dream. Assalamualaikum."

Mendengar arahan keras yang diberikan oleh uminya, pemuda itu terpaksa akur kerana mereka telah berjanji.

Pemuda itu kembali ke katilnya untuk melelapkan mata. Dia perlu bangun awal esok untuk ke Pusat Pentadbiran Universiti bagi menyelesaikan masalah perpindahannya.

"Umi called?" suara Bareeq kembali membuka mata pemuda itu. Dia mengangguk.

"Hey, how your transfered process? Is the problem settled already?"

"I'm needed to go to the Administration to settle the transfer stuff. It should be done a week ago but I'm not sure the problem now." bengang pula bila dia tidak dapat masuk ke kuliah yang sepatutnya telah bermula.

"Okay. I will show you our university tomorrow."

Setelah Bareeq ke biliknya, pemuda itu menutup lampu biliknya. Ruangan kecil itu menjadi gelita. Namun, cahaya rembulan curi–curi masuk ke bilik melalui tingkap yang hanya ditutupi dengan langsir berwarna putih itu.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience