BAB 5

Family Completed 447

DZULKIFLIhanya lesu memandang anaknya yang terbaring di katil
hospital. Melihat tangan dan kaki Asha Malika yang berbalut, membuat
dia terasa bersalah. Entah mengapa, tiba-tiba Asha terjatuh sewaktu dia
dan Adawiyah bertengkar kecil. Harap-haraplah Asha tidak terdengar akan
pertengkaran mereka itu. Dia bersyukur kepada Allah, anaknya tidak
menghadapi kecederaan serius. Hanya cedera di kaki, tangan dan badan.
Jika kepalanya turut terhantuk, mungkin boleh membawa maut.

Adawiyah sejak tadi tidak henti-henti membaca Yaasin untuk anak tirinya
yang masih koma itu. Hendak katakan koma juga tidak boleh, kerana
menurut doktor hanya sedikit kecederaan di kepala. Dia hanya pengsan,
atas sebab yang tidak diketahui. Dzulkifli memandang Fatimah Adawiyah
dengan wajah taksub. Wanita yang dahulunya berpakaian terdedah, singkat
dan ketat itu kini ternyata telah berubah sepenuhnya. Alhamdulillah,
syukur dipanjatkan kepada-Nya berkali-kali terucap di bibir Dzulkifli,
langsung tidak pernah kering lidahnya. Dia berjaya merubah Adawiyah
menjadi muslimah sejati.

Ya, baginya arwah Ayumi masih tetap di hati. Tetapi, sejak melihat
kasih sayang Adawiyah yang tidak terhingga kepada Asha , menyebabkan
terdetik rasa kasih itu di hati Dzulkifli. Adawiyah , bolehkah abang
menumpang kasih sayangmu? seru hatinya sendirian.

“Assalamualaikum, ayah!” wajah putih Asha Taqdeer terpapar di pintu
bilik ini. Dia segera masuk, masih berpakaian formal. Baru usai berkerja
rasanya, jam baru menunjukkan waktu enam petang. Taqdeer mengambil tempat
di sebelah Fatimah Adawiyah . “Astaghfirullah al-Azim, kenapa dengan Asha ,
umi?”

Fatimah Adawiyah tersenyum. Diikuti dengan senyuman Taqdeer pula. Ya, ini
kali pertama Asha Taqdeer membahasakan diri Adawiyah sebagai seorang ibu.
Entah kenapa rasa ingin menukar panggilan itu tiba di hati Taqdeer .
Mungkin dari doa Fatimah Adawiyah . Mereka berdua berpelukan sebentar,
sebelum diterangkan oleh ayah apa yang menyebabkan Asha menjadi
sebegini. Taqdeer hanya mampu membuka mulut sahaja mendengar apa yang
dikatakan oleh ayahnya.

“Ayah..?”

Pandangan mereka bertiga dialihkan pada Asha yang disangkakan masih
pengsan. Mata bulat Asha Malika terkedip-kedip sedikit, cuba untuk
membukanya.

“Ya, Asha , ayah di sini,” kata Dzulkifli, agak janggal. Sudah lama
Asha tidak memanggilnya dengan nada suara sebegitu.

Tiba-tiba air mata mengalir di hujung mata Asha Mardhiah. Dzulkifli,
Adawiyah serta Taqdeer terus menjadi terkejut. “Kenapa ni, Asha ?” soal
Taqdeer kepada adiknya.

“Maafkan Asha , ayah,” pohon Asha , suaranya perlahan.

Dzulkifli memandang anaknya itu. Redup matanya, terpancar kasih sayang.
“Ayah yang sepatutnya meminta maaf pada Asha ,” katanya. Asha
menggeleng perlahan.

“Maafkan Asha , umi,”

Kini Adawiyah pula yang menitiskan air mata. “Tak mengapa, Mardhiah, umi
maafkan,” katanya, sambil mengambil tangan Asha Malika dan
mengucupnya lembut.

Mereka berempat berpelukan seketika, dengan cuba tidak menghimpit Asha
Mardhiah, semestinya. Terasa kebahagian melanda bilik ini secara
tiba-tiba. Dzulkifli, Asha Mardhiah, Asha Taqdeer serta Fatimah Adawiyah
akhirnya menjadi satu keluarga yang lengkap – tanpa duka – mahupun
derita. Asha Malika tersenyum di dalam hati. Tidak perlulah
memberitahu kepada ayah yang dia terdengar akan pertengkaran mereka,
fikirnya. Baginya, ia lebih penting yang hatinya telah terbuka
sepenuhnya untuk ayah dan umi. Mengapa dia tidak salahkan umi? Kerana
jika dia tidak ditakdirkan sedemikian oleh-Nya, pasti dia tidak menjadi
wanita semulia kini. Dia kagum dengan ketentuan Ilahi. Segalanya
sentiasa bersambung dengan yang lain. Tiada apa yang tertinggal, tiada
yang tidak bersebab. Syukur, itu sahaja yang mampu diluahkan di bibirnya
saat ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience