"Okay, semua dah ready kan? Bagasi pun dah check in kan tadi?" soal Anya. Kelima-lima pekerja menganggukkan kepala mereka. Jelas keterujaan mereka yang akan bercuti ke Bali, ini dikira bonus mereka sebagai pekerja yang bertungkus lumus membantu dia dan Becky.
"Okay, kalau dah semua.. Marilah masuk. Jom." senyum Anya. Becky seakan menunggu seseorang. "Becky, jom.." kata Anya. Namun, masih lagi Becky seakan menunggu kehadiran seseorang. "Kau tunggu siapa? Aku rasa semua pekerja kita dah masuk dalam kapal." kata Anya. "Aku ingatkan Bahr datang nak jenguk kita. Hurm.. mungkin dia buzy lah kut. Takpelah, jom." kata Becky.
Ketika mereka sudah duduk dalam pesawat, Anya yang ingin mematikan telefon dan mesej daripada Bahr sampai.
"Sorry tak dapat hantar, saya hantar Sherry. Enjoy yourself and Becky. Jaga adik saya tu ye, dan jaga diri. I'm gonna miss you." -B.M
Anya hanya tersenyum, "nah.. mesej daripada Abang Bahr kesayangan kau tu." Anya menyerahkan telefonnya kepada Becky. Becky terus memuncung mulutnya. "Hish. kenapa dia pergi hantar Sherry, dia sepatutnya kena hantar kita kut." kata Becky, sedikit marah. "Biarlah dia. Mungkin, mana lah tahu.. Bahr dah betul-betul jatuh cinta dengan Sherry, lagipun Sherry tu baik apa." kata Anya.
"Tak.. salah ke aku harapkan hubungan kau dengan Abang Bahr. Sherry tu tak sesuai. Dia macam ada something." kata Becky. "Becky, tak baik cakap orang macam tu. Mungkin sebab kau tak rapat dengan dia, so.. kau tak boleh judge orang macam tu." nasihat Anya.
Becky menarik nafas dan meredakan sedikit emosinya. "Kita lupakan pasal Sherry dan Bahr okay, sepatutnya kita kena gembira. Bali, here we go!!" kata Anya, Becky sudah sedikit terpujuk.
***
Dan, mereka sudah dua hari berada di Bali, perasannya sangat gembira. Kebudayaan di sini sangat mempesona. Ketika Anya sedang berjemur di bawah terik matahari, dan menutup matanya.
"See.. I see you, again!" kata seorang lelaki. Anya membuka kaca mata hitamnya dan tersenyum. "Zahin?" soal Anya. "Ya.. saya Zahin. Kan saya dah cakap.. saya akan jumpa awak juga." kata Zahin terus melabuhkan tempat duduknya di sebelah Anya.
"Macam mana awak jumpa saya? Dan.. awak buat apa dekat sini?" soal Anya, terkejut. "Kan saya dah cakap, saya memang ada urusan dekat sini. Terus.. saya hubungi setiap hotel dekat sini untuk cari nama awak, dan jumpa.. dan, orang pertama saya jumpa ialah..." belum sempat Zahin menghabiskan ayatnya, muncul satu suara lagi.
"Jumpalah aku! Anyway, banyak ke hotel kau call, baru jumpa nama Anya Inayla?" soal Becky meletakkan minuman di atas meja mereka. "Adalah dalam tiga hotel, kali keempat baru lah ada nama Anya Inayla." senyum Zahin.
"Uish.. sempat kau erk? Kenapa, nak kejar Anya lah tu?" usik Becky. "Takdelah. Korang berdua dah macam kawan saya. Tak salah kan?" soal Zahin sambil tersenyum menyerlahkan lesung pipitnya sebelah kiri. "Tak salah pun." senyum Anya.
"Hye.. Cik Anya, Cik Becky.. wahh. Selama ni kita sehotel ke?" soal seorang perempuan lagi. "Wah.. Sherry lah. Haii, you pun dekat sini ke?" ramah Anya. "Ye. dah dua hari.. Bahr hantar." kata Sherry sengaja menekan nama Bahr. Becky hanya diam. "Oh.. Bahr tak ikut ke?" soal Anya, ramah. "Tak, dia cakap dia sibuk dengan urusan kerja. Takpe lah, dia cuma suruh saya belikan dia buah tangan je." terang Sherry. "Anyway, ni Zahin." kata Anya.
"Oh.. hai, saya Sherry." senyum Sherry. "Hai.. awak yang model kan? Siapa je tak kenal awak, cantik natural." puji Zahin. "Alah, Encik Zahin ni, saya biasa-biasa saja." kata Sherry. "Duduklah sini Sherry." ramah Anya. "Boleh ke? Okay.." kata Sherry.
Mereka bercerita dan bergelak ketawa dengan cerita masing-masing. Namun, tidak pada Becky. Disebabkan kenangan lalu, dia tahu Sherry seakan sesuatu. Dan, dia harus berhati-hati.
"Jom, kita buat status IG, nak?" soal Sherry. Terus mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam momen mereka. "Okay, nanti I tag korang tau. Zahin, kita belum berfollow kan? Apa nama IG you?" soal Sherry.
"Okay, done.. Nanti kita jumpa lagi ye. Bye.." kata Sherry. Mereka bertiga tersenyum. "Malam ni, korang berdua buat apa?" soal Zahin. Anya melihat Becky, "rasanya malam ni takde. Sebab nak rehat. Tapi, esok.. esok kami ingat nak singgah pergi tengok tempat bersejarah dekat sini. Kuil Uluwatu kan?" soal Anya. "Okay.. I follow tau." kata Zahin.
"Bila you balik Zahin?" soal Becky. "Bila korang balik .. kita balik sama-sama ye, satu flight. Boleh kan?" soal Zahin. "Boleh je.. okay, kami nak rehat dulu ye, bye Zahin. Jumpa esok." kata Becky dan Anya. "Bye.." ramah Zahin. Terlihat satu notifikasi daripada telefon Anya mengenai story Sherry sebentar tadi. "Uish, rapat sangat tu Zahin dengan kau, kau tengok kedudukkan kau dengan dia.." kata Becky. "Alah.. kamera punya side. Memang lah macam rapat. Dah, jumpa esok tau. Rehat yang cukup.. bye.." kata Anya.
***
"Ye you.. you tengok tak story I tu, rapatlah Anya dengan Zahin tu. Macam sepadan sangat I tengok Anya dengan Zahin tu tau." kata Sherry. Bahr di Malaysia sudah menggengam tangannya. Tak disangka, selepas melihat story Sherry di instagram, terkejut dia melihat Zahin juga berada di sana. Adakah selama ni Zahin mengikut Becky dan Anya? Ataupun..
Bahr menarik nafas.. meredakan perasaannya. "Oh, you okay tak dekat sana?" soal Bahr. Sherry tersenyum, seakan Bahr sudah masuk perangkapnya. "Okay je. I just wish you were here.." manja Sherry. "I pun.. I just miss you. Okaylah.. enjoy tau. I masuk meeting dulu, bye.. I love you." kata Bahr.
Setelah dia mematikan telefon, dia memanggil setiausahanya.. "Ya Tuan.." kata PAnya. "Cuba cek, senarai penumpang dekat kapal terbang yang berlepas sama dengan hari Anya dan Becky bertolak ke Bali." arah Bahr. "Takde Tuan. Takde nama penumpang namanya Zahin, Tuan." kata PA nya.
"Ataupun? Shit! How can I forgot, ada meeting Asia dekat Indonesia, dan aku hantar pegawai aku dekat sana.. Bodoh punya Bahr, Hish! Kalau lah aku tahu.. baik aku je yang pergi Indonesia. Ni tak boleh jadi ni." kata Bahr. "Tuan.. Tuan okay ke?" soal pekerjanya. "Okay.. Okay.. awak boleh keluar." kata Bahr. Berkali-kali dia melihat status milik Sherry. "Anya aku punya! Bukan Zahin punya! Hishh.. geram lah aku!!" kata Bahr, tidak tenang jiwanya apabila partner in crimenya rapat dengan orang lain dan orang lain tu ialah musuhnya.
***
Sherry sudah menghamburkan ketawanya. "Mesti Bahr akan fikir, Cik Anya tu jenis yang sosial dan rapat dengan lelaki lain. Yes, semua kena jerat.. mesti Bahr akan marah dekat Cik Anya dan sudah semestinya, mereka akan putus kawan. Yes.. tak sabar nak tengok mereka bergaduh." kata Sherry.
"Aku akan pastikan Bahr aku punya." kata Sherry.
stay tuned for next chapter.. jangan lupa komen tau.. Tq :)
Share this novel