bab 4

Action Series 30130

SEMUA mata memandang ke arah Airiel yang baru masuk sambil mengendong Arwin. Wajah Airiel tidak usah dibicarakan, tidak lari daripada harimau sedang mencari mangsa.

“Amik bantal tu.” arah Airiel supaya dapat meletakkan Arwin.

“Eh kau, pergi ambil barang Arwin dalam kereta.” Airiel merenung isterinya, kejadian tadi masih berlegar-legar dalam fikirannnya. Airiel mengetap gigi menahan amarah dan tiba-tiba dia menendang pasu yang berada berdekatan dengannya. Ternaik bahu mereka di situ apabila kejadian itu seperti sekilas lalu. Nasib sahaja Arwin masih tidak terjaga.

“Binatang punya orang tua! Kau ingat semudah tu aku nak lepaskan kau!” mereka yang berada di situ makin keliru dengan apa yang berlaku. Namun tiada seorang pun yang berani bertanya.

“Aku nak korang cari info pasal dua orang tua yang jual dia ni. Cari semua, aku tak nak satu pun terlepas.” mereka mengangguk faham. Tiba-tiba Arwin seperti terjaga, dia sudah mengereng ke kiri dan ke kanan. Mereka sudah memandang satu sama lain.

“Ja…jangan pakngah… tolong! Jangan buat Awin macam ni… Awin taknak! Pakngah jangan…. tolong…. tolong…. Airiel!!!!” Arwin terjaga dan orang pertama yang dilihat adalah Airiel. Lantas dia memeluk Airiel. Orang di sekeliling tidak dihiraukan.

“Awak tolong Awin… pakngah…. dia…”

“Tak, dia dah tak ada… aku ada dengan kau… Dah shhhh.” pujuk Airiel sambil menggosok lembut belakang isterinya. Buat pertama kali melihat Airiel berlembut dengan Arwin. Mereka di situ hanya memerhati. Sedikit sebanyak mereka tersentuh dan secara tidak langsung mereka tahu mengapa lelaki itu mengamuk.

“Awin ajak awak…. awak tak nak ikut…Awin takut…. muka dia dekat semua tempat.” adu Arwin lagi. Wajah Airiel kembali bengang. Dia tahu itu adalah salahnya membiarkan Arwin masuk berseorangan.

“Aku….Aku tak buat lagi lepas ni.” hanya itu yang keluar daripada mulut Airiel dan ia bukan perkataan maaf.

“Jom naik atas… kau rehat dekat bilik.” Laju Arwin menggelengkan kepala. Airiel memandang isterinya sedikit geram apabila dia menolak cadangan Airiel.

“Dah tu tak akan kau nak baring dekat sini. Ni kau tak nampak semua dekat sini? Kau dah macam ni pun degil lagi!” marah Airiel membuatkan mereka sudah menggaru kepala.

‘Adu Cik Arwin ni tengok je macam ni, degil juga ye.’

“Tak nak! Arwin tak rasa selamat dalam bilik.”

“Dia dah tak ada! Sekarang kau dekat rumah aku! Pergi naik!” Sekali lagi Arwin menggelengkan kepala.

“Budak ni kang!” Arwin terus bangun. Terasa hati dengan lelaki itu apabila lelaki itu masih memarahinya. Airiel merenung Arwin yang sudah jalan menuju ke dapur.

‘Lama aku sabar dengan budak ni, degil!’

“Hah kau pergilah dekat dapur tu… aku nampak lipas tadi.” entah apa yang ada di dalam otak Airiel ketika itu apabila dia mengunakan taktik budak-budak untuk menakutkan Arwin. Mereka yang ada di situ sedaya upaya menahan daripada ketawa apabila bosnya berkata begitu. Langkah Arwin terhenti. Tidak sangka taktik itu berjaya digunakan.

“Awak!” tanpa Arwin sedar dia sudah merengek manja membuatkan Airiel terlepas tawa kecil. Pertama kali mereka melihat bosnya tersenyum ikhlas. Laju sahaja kaki Airiel mendapatkan Arwin yang sudah tidak bergerak.

“Hah pergilah, pergi…. aku ajak naik atas degil. Aku lempang kau kang apa tak dapat. Jom.” ajak Airiel sambil menarik tangan Arwin, Arwin mahu tidak mahu tetap mengikut langkah suaminya. Hilang sahaja bayangan mereka. Mereka tergelak kecil sesama sendiri dan menggelengkan kepala. Ugut begitu pun sudah membuatkan Arwin takut. Jelas Arwin seorang yang manja.

MAKIN lama Arwin berada di rumah itu makin banyak air matanya yang mengalir. Setiap hari pasti dia akan ditengking Airiel. Kadang-kadang Arwin tidak tahu dimana salahnya. Walaupun Airiel tidak pernah memukulnya namun emosi dan mentalnya makin lama semakin koyak.

“Aku dah cakap dengan kau, jangan sentuh baju-baju aku! Aku tak suka! Apahal kau ni lembab sangat!”

“Awin nampak baju awak dekat lantai, Awin ambillah….”

“Tak payah! Jangan sibuk-sibuk sentuh barang aku! Apa yang susah sangat kau nak faham? Kau sekolah tak dulu?” Arwin terkedu sambil menunduk. Air mata yang bertakung ditahan supaya tidak keluar.

“Hah itu je lah modal kau… cakap sikit menangis! Macam budak! Kau ingat kau siapa?”

“Orang gaji.” jawab Arwin laju sambil memandang tepat wajah Airiel.

“Kau cakap apa?” seakan tidak percaya Arwin menjawab dalam keadaan begitu.

“Kenapa? Awak pekak ke? Awin cakap Awin orang gaji dalam rumah ni!” tinggi suara Arwin. Buat pertama kalu gadis itu meninggikan suara.

“Kau jangan cabar aku Arwin.”

“Tak betul Arwin cakap? Setiap hari Airiel, setiap hari awak tengking Awin awak buat Awin ni macam orang suruhan awak!”

“Sebab kau yang pilih!” Airiel tidak mahu mengalah. Dia tidak mahu egonya tercalar begitu sahaja.

“Ada ke pilihan? Ada ke pilihan untuk Awin selama dengan awak? Tiga bulan, tiga bulan Awin duduk rumah ni, tak ada sehari pun Awin rasa Awin bebas. Duduk rumah ni dengan duduk dengan makngah pakngah sama! Semua buat Awin ni macam hamba korang! Perkahwinan bodoh ni pun semua sebab korang! Adil ke adil ke dia yang berhutang, Awin yang kena hah? Adil ke?” Airiel mengumpal penumbuknya menahan amarah. Perempuan di hadapannya betul-betul mencabar kesabarannya.

“Perkahwinan bodoh? Tak cukup aku bagi kau tempat tinggal…”

“Tempat tinggal? Awin lagi rela merempat bawah jambatan daripada duduk dalam rumah ni dengan suami… ouh tak…. dengan suami dalam kertas ni! You know what? I hate you so much Airiel Zacky! Kalau awak anak lelaki, let me go! Jangan kaitkan Awin dengan hutang bodoh awak dengan pakngah! Dua-dua sama tak ada beza! Sorang gila nafsu, sorang lagi lelaki baran!”

“CUKUP! Sebelum aku hilang sabar baik kau diam! Jangan melampau Arwin Nur Qaira.” Arwin tersenyum, tidak sangka selepas akad nikah, ini kali ke 2 Airiel menyebut nama panjangnya.

“That your wife’s name, Airiel.” kata Arwin terus keluar daripada bilik. Airiel merasakan Arwin benar-benar mencabarnya ketika itu. Sedaya upaya Airiel menahan diri supaya tidak mengasari Arwin.

SEJAK pergaduhan itu, Arwin seperti mengelakkan untuk bercakap dengan Airiel. Apa yang disuruh oleh Airiel hanya dituruti tanpa bantahan. Airiel juga menyedari hal itu.

Entah apa yang difikirkan oleh Airiel apabila dia mengajak Arwin membeli barang dapur. Kebiasaannya orang-orang Airiel yang akan membeli barang dapur. Namun tidak pula Arwin menyoal. Sampai sahaja Arwin terus menuju ke arah troli dan tidak memperdulikan Airiel. Selepas itu, Arwin terus berjalan namun tiada satu barang pun di ambil.

“Yang kau tak ambil barang tu kenapa?”

“Barang awak bukan Awin. Awin tukang tolak je.” jawab Arwin selamba. Kata-kata Airiel masih segar dalam ingatannya.

“Kau ingat aku tahu ke? Selalu bukan aku yang beli.”

“Dah tu kenapa tiba-tiba harini awak nak pergi beli pula. Buang tebiat?” Selamba sahaja Arwin berkata begitu. Airiel merenung wajah Arwin geram. Cepat tangannya menjentik dahi Arwin.

“Sakitlah!”

“Itu balasan biadap dengan suami.” Jawab Airiel menjeling Arwin. Arwin mengejek Airiel dengan mengulang kata Airiel.

“Suamilah sangat.” omel Arwin sendiri.

“Aku dengar Arwin Nur Qaira.” kata Airiel yang sudah jalan sambil menolak troli. Cepat-cepat Arwin menutup mulut.

Sedang leka Arwin mencari barang, ada seseorang yang menegurnya.

“Awin!”

“Eh Kyra.” sapa Arwin semula sambil memandang sekelilng mencari kelibat suaminya. Takut juga jika Airiel ternampak dia bercakap dengan orang lain.

“Kau hilang mana Awin? Semua contact kau tak dapat tau.”

“Sorrylah aku dah tak guna nombor tu. Em telefon aku ha, telefon aku masuk air dah tak boleh guna.”

“Lah ye ke? Habistu kau pakai apa sekarang?”

“Em tak pakai apa-apa. Yang semua contact aku kenapa? Wait jangsn cakap kau nak kahwin?” soal Arwin seakan teruja.

“Ish kau ni, tak lah! Sabtu ni kita ada makan-makan together. Kira reunionlah… kau jangan tak datang tau. Semua nak tengok princess diaorang yang cantik ni.”

Arwin tersenyum tawar. Apalah alasan yang mahu diberikan kepada Kyra ini.

“Kyra… aku, aku bukan tak nak datang tapi…”

“No excuse okay! Semua orang nak kau datang. Dekat dewan Alamanda. Pukul 8 malam okay. Jangan lupa!”

“Em okay insya allah.”

“Okaylah aku kena gerak ni. Nanti kita jumpa tau. Bye.” ucap Kyra sambil berpelukan bersama Arwin. Hilang sahaja Kyra, Arwin mencari kelibat Airiel. Arwin menghembus nafas lega apabila bayangnya tidak kelihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience