SEBELAS

Other Series 3280

Iman Daniela meneliti satu persatu kertas ujian pelajar-pelajarnya. Kebanyakan daripada mereka mendapat keputusan yang baik. Hanya dua tiga pelajar yang mungkin memerlukan pertolongan.

Salah seorang daripada pelajar yang mendapat markah rendah itu adalah pelajar paling nakal dan bermasalah di dalam kelasnya. Dia tahu pelajar itu bermasalah kerana namanya sering menjadi sebutan guru-guru di pejabat kecil jabatan kejuruteraan di mana dia ditempatkan.

Ilham Hafiz bin Abu. Walaupun begitu, Iman Daniela merasa gembira kerana pelajar tersebut tidaklah berbuat masalah ketika di dalam kelasnya. Bahkan dia sering bertanya jika ada yang tidak difahaminya.

Ini menunjukkan yang sebenarnya dia hanya mahukan perhatian. Biasalah, masih di bawah umur. Jika apa yang dimahukan tidak dapat dicapai, pastilah sesiapa sahaja akan berbuat masalah.

Iman tidak tahu cara yang baik untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah. Apa yang dia tahu setiap manusia mesti diberi peluang dan mesti didekati supaya permasalahan sebenar dapat diketahui.

"Kita bukan tak pandai cikgu. Kita malas je." Itulah ayat yang sering ditutur oleh Ilham.

"Kalau tahu macam tu kenalah rajin. Buang rasa malas tu kalau nak berjaya." Nasihat Iman Daniela.

Iman tersenyum sendiri. Dia sendiri pun seorang yang malas. Dia tahu dirinya. Cuma dia bersyukur kerana semalas-malasnya, apabila diberi tugasan, sedaya upaya disiapkan sebaik mungkin.

Tempoh latihan praktikalnya bakal tamat tidak lama lagi. Dia ingin meninggalkan sesuatu yang bermakna buat pelajar-pelajarnya kalau boleh. Tapi dia tidak tahu apa yang patut dia hadiahkan pada pelajar-pelajarnya.

"Hei, buat apa tu? Termenung jauh nampak?" Tiba-tiba dia disapa seseorang.

Lalu kepalanya diangkat untuk melihat siapa gerangan yang menegur.

"Eh, awak? Buat apa kat sini?" Iman sedikit berdebar. Si jejaka manis hari tu!

"Macam biasa cari awak lah" Selamba dia membalas.

Iman Daniela ketawa kecil.

"Hmm, itu aje lah ayat awak daripada hari tu.." Iman menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

" Laa..awak tak percaya?" tanya dia bersungguh-sungguh.

Iman menggelengkan kepalanya lagi sambil memandang tepat pada Ikmal.

"Okay..tak percaya sudah. Tapi awak dah janji nak keluar makan dengan saya kan? So bila free?"

Iman ternganga sedikit. Biar betul dia ni? Iman tidak tahu bagaimana hendak menolak. Dia merasa tidak selesa untuk keluar dengan sesiapa. Terutamanya lelaki.

"Err..." Baru saja dia ingin membuka mulut, kata-katanya dipintas.

"Tak baik tipu tau. Berdosa. "

Iman tidak tahu apa yang patut dikatakannya. Lalu dia bertanya kembali. " Kita berdua aje ke?"

" Of course la cik Iman. Takkan nak ajak orang lain sekali. Saya nak kenal awak." Ikmal berterus terang.

Sekali lagi dia terpaku. Nak kenal aku??

Akhirnya dia bersetuju saja dengan pelawaan Ikmal. Tapi dia akan sedaya upaya meminta pertolongan daripada teman sebiliknya nanti untuk turut sama menemani mereka.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"Ila, mintak tolong sikit boleh?" Iman keresahan.

Mana pernah dia keluar dengan lelaki sebelum ini. Tiba-tiba hadir pula insan yang sudi mengajaknya keluar. Jujurnya, sebelum ini dia belum pernah diajak keluar oleh mana-mana lelaki dan itu jugalah antara sebabnya kenapa dia merasa terlalu merendah diri dan kurang yakin.

Itu jugalah perasaan yang dirasakan ketika menyukai Hairi dahulu.

Dia merasa Hairi tidak ingin keluar dengannya kerana dia tidaklah menarik di mata sesiapa. Dia tahu kekurangan dirinya dan bila difikirkan tiada sesiapa yang pernah mencuba untuk mengajaknya keluar, dia rasa lebih yakin yang dirinya memang tidak menarik di mata sesiapa.

"Nak mintak tolong apa tu?"

Tanya Syahila sambil menanggalkan make-up di mukanya. Dia baru sahaja pulang dari luar. Keluar makan dengan buah hatinya, Hazman.

"Ni, ada sorang ni. Nama dia Ikmal. Kenal tak? Dia ajak saya keluar, saya tak biasa la keluar berdua dengan laki-laki ni. Awak temankan saya boleh?"

Iman berterus terang. Tiada apa yang perlu disembunyikannya.

Syahila berfikir sejenak. Macam tak pernah dengar nama tu. Maklumlah, dia sendiri pun baru sahaja praktikal di sini.

"Macam tak kenal. Tapi okay apa dia ajak keluar. Iman pergilah!" Dia seakan ingin ketawa dengan gelagat Iman Daniela. Iyalah, Sah-sah orang tersebut nak ajak dia dating. Dia mintak kita jadi third wheel pulak. Alahai...

Syahila ketawa dalam hati.

"Alaah..boleh la. Kali ni je! " pujuk Iman. Mukanya mempamerkan riak meminta simpati yang amat sangat.

"Okaylah. In shaa Allah. Tapi tak nak janji tau. Takut ade emergency ke or ada hal-hal berbangkit ke." Syahila sengaja berseloroh.
Dalam hati, dia merancang sesuatu. Untuk kebaikan Iman jugak. hatinya berkata nakal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience