Bab 35

Romance Completed 15358

(Eca POV)
"Weh, Hannah!" Aku menyapa Hannah yang aku lihat sedang ke hulu ke hilir seperti mencari sesuatu.
"Eh, Eca! Ha, Eca kau dah tahu kan pasal Sakinah tu? Perempuan itu gila betullah." Ujar Hannah.
Aku ketawa, "Semua kawan kita mana ada yang normal." Jawabku.
"Hm, kau bila sampai?" Soalku.
"Baru je. Aku nak cari kau lah ni. Macam mana plan kita lepas ambil result ni?" Soal Hannah. Okey, cerita sebenarnya, kami berdua di sekolah. Hari ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia keluar. Jadi, kami pun datanglah sekolah. Si budak bertiga yang masih di Jepun itu, nanti sahajalah ambil keputusan SPM mereka.
Kami duduk di kantin.
"Jadi, plan kita jadi. Habis ambil result kita keluarlah pergi cari barang yang kauorang kirim itu." Ujarku pula. Hannah mengangguk.
"Hei, weh, Eca! Hannah! Lama tak jumpa. Apa cerita sekarang? Haha!" Seseorang menegur kami. Kami menoleh.
"Eh, Wardah! Ha, lama juga tak jumpa kau. Kami baik sahaja. Kawan baik kau seorang itu sahaja yang gila." Balasku merujuk kepada Sakinah. Wardah ini kawan baik Sakinah juga. Mereka rapatlah juga.
"Ha? Siapa kawan baik aku yang gila tu?" Soal Wardah.
"Sakinah." Jawab Hannah ringkas.
"Kenapa dengan dia? Eh, sekejap. Mana dia? Tak sampai lagi? Hm, dari form 1 tak berubah. Selalu datang lambat." Bebel Wardah.
"Taklah, bukan datang lambat." Ujar Hannah. Aku hanya mengangguk.
"Habis tu, mana dia?" Soal Wardah lagi.
"Sakinah...accident di Jepun." Jawabku perlahan.
Satu kantin tertumpu pada kami.
"ACCIDENT?!" Bergema satu kantin dibuatnya.
"Ha, korang janganlah terkejut sangat. Dia accident sikit je." Ujarku.
Semua orang meluru ke arah kami.
"Macam mana dia boleh accident?!" Soal Khairina terkejut.
"Eh, janganlah sergah aku macam tu. Ada orang lain yang pengsan di sini nanti." Balasku.
"Dia okey tak?"
"Dia kat mana sekarang?"
"Ceritalah kat kitorang."
"Kesian dia."
"Tiba-tiba pula aku rindu dia."
Bermacam-macam reaksi dan soalan dituju padaku.
"Sabar, macam ni cerita dia. Korang semua tahu kan Ryoga Funatsu yang dia selalu sebut-sebut tu?" Ujarku memulakan cerita.
Semua di situ mengangguk. Sakinah memang. Apa yang dia suka, semua orang tahu sebab dia suka warwarkan secara meluas.
"Siapa je tak tahu? Satu form tahu." Kata Wardah.
"Ha, tu, lelaki itulah sebabnya." Jawab Hannah pula.
"Kenapa dia pula?" Soal salah seorang kawan kami. Umairah.
"Ha, kalau nak tahu, dia bahayakan nyawa dia untuk selamatkan lelaki itu." Jawabku pula.
"Dia bahayakan nyawa dia untuk selamatkan lelaki itu?!" Soal Wardah dan Khairina serentak kemarahan.
Aku dan Hannah mengangguk.
"Itulah kerja gila yang dia buatnya." Balasku.
"Eh, kau ada nombor dia? Kau call dia sekarang sementara ada masa lagi sebelum masuk dewan. Aku bengang pula dengan dia ni. Dia ni memang nak kena bebel dengan aku ni. Ini baru bebelan aku. Belum lagi bebelan si Wardah ni. Kau tahu lah dia ni kalau marah bebelan dia panjang mana dan laju mana." Khairina membebel. Aku hanya akur sebelum aku dan Hannah yang perlu menadah telinga untuk mendengar bebelan mereka berdua.
Aku mendail nombor Sakinah.
*******
(Sakinah POV)
"Sakinah, tolong tengokkan Quieshah di belakang. Entah apa yang dia buat. Diam sahaja budak itu. Tak apa, kaunter ni biar akak yang jaga." Kata Kak Syera. Ya, kaunter. Aku penjaga kaunter dan Dini dan Alyn, pelayan.
"Yes, boss!" Jawabku tersenyum. Sekarang, aku, Alyn dan Dini menolong Kak Syera dan suaminya di restoran. Alah, dapat upah sikit, boleh buat belanja di Jepun ni. Salah satu alasan aku juga untuk tidak balik ke Malaysia terlalu awal.
Aku pergi ke belakang, satu bilik yang dikhaskan untuk Iesh dan Quieshah sementara ibubapa mereka sedang bekerja.
"Quieshah?" Panggilku. Iesh tiada. Iesh ikut papanya pergi beli barang.
"Quieshah, buat apa tu?" Soalku melihat Quieshah duduk di meja kecilnya.
"Akak, Quieshah..nak jumpa Abang Ryoga, boleh?" Soal Quieshah. Aku duduk di kerusi kecil di sebelah Quieshah.
Aku sebak melihat Quieshah.
"Quieshah, not now, okay? Abang Ryoga tak sedar lagi." Jawabku memujuknya.
"Tapi, Quieshah rindu Abang Ryoga. Quieshah nak jumpa Abang Ryoga. Abang pun cakap macam tu. Abang Iesh pun rindu Abang Ryoga." Kata Quieshah lagi.
"Hm, okey, akak boleh bawa tapi, dengan satu syarat." Ujarku tersenyum.
"Ha? Syarat apa, kak?" Soalnya teruja. Aku ketawa. Tiba-tiba sahaja telefonku berkumandang lagu. Haish, siapa pula yang telefon ini?
Aku melihat di skrin telefonku.
"Eca?" Soalku sendiri.
"Siapa, kak?" Soal Quieshah.
"Kejap, eh? Kawan akak." Jawabku. Quieshah mengangguk.
"Helo? Assalamualaikum, Eca." Ujarku setelah aku menjawab panggilan itu.
"HELO?! KAU NI MEMANG TAK ADA KERJA LAIN, KE HAA?!" Aku terkejut terus menjauhkan telefon itu daripada telingaku.
"Aii, team choral speaking sekolah mana yang call aku ni?" Soalku pelik.
"Kenapa, kak?" Soal Quieshah.
"Ha? Tak ada apa." Jawabku tersenyum.
Aku kembali mendekatkan telefonku ke telinga.
"Si-Siapa ni?" Soalku gagap. Sebab terlalu banyak sangat suara yang menembusi telingaku melalui telefonku itu.
"Khairina! Wardah! Umairah! Husna! Tasneem! Suraya!" Jawab mereka serentak.
Aku terkebil-kebil. Wah, hebat sungguh penangan suara budak berenam ini.
"Ha..ha..kauorang semua ni dah kenapa? Tak reti-reti nak pergi ambil result SPM ke?" Soalku lalu ketawa.
"Kau tu yang kenapa?! Tak reti nak jaga nyawa?!" Soal Khairina kemarahan.
"Woo, jaga nyawa apa pula dah ni? Aku tak faham lah. Cuba cerita satu-satu." Ujarku tenang.
"Lain kali, kalau jumpa artis tu tepi jalan, dia tak kenal kau pun. Tak payahlah membahayakan nyawa kau." Kata Umairah.
"Ha? Apa yang kau cakap ni?" Soalku pelik.
"Kau tak ada kerja lain selain selamatkan Ryoga? Lebih baiklah kau balik Malaysia ambil result SPM yang menunggu kau ni." Kata Wardah pula.
"Korang, relax eh? Korang pergi tanya si Eca atau Hannah dulu apa cerita, baru sergah aku. Ha, bye-bye, aku nak sambung kerja." Jawabku lalu mematikan talian telefon. Haih, sahabat-sahabat aku ni. Ada-ada sahajalah mereka ni.
"Kenapa, kak?" Soal Quieshah.
"Tak ada apa. Kawan-kawan akak ni, rindu akak. Hm." Ujarku menyimpan telefonku di dalam poket.
"Ha, kak. Apa syaratnya?" Soal Quieshah.
"Ha? Syarat? Oh, syarat. Haa, syaratnya, pergi tanya ibu. Kalau ibu bagi, baru akak bawa Iesh dan Quieshah jumpa Abang Ryoga." Jawabku.
Dia mengangguk lalu berdiri.
"Ehh, bukan sekarang. Lepas kedai tutup, okey?" Ujarku pula. Dia mengangguk lagi lalu duduk semula.
Aku kembali ke kaunter setelah mendapati Quieshah baik-baik sahaja.
"Ha, apa khabar si Quieshah itu di belakang?" Soal Kak Syera.
"Dia okey je. Main kat dalam bilik. Hm, akak, Sakinah nak minta izin ni." Ujarku.
"Minta izin apa?" Soal Kak Syera.
"Hm, Quieshah..dia nak melawat Ryoga. Boleh ke?" Soalku.
Kak Syera berfikir sambil memandang aku.
"Hm, boleh tapi! Sakinah lah yang kena bawa budak berdua itu. Kak Syera tak boleh nak bawa. Sibuk." Kata Kak Syera tersenyum.
"Yay! Terima kasih, bos! Bos ni memang terbaiklah, bos!" Ujarku menyakat. Kak Syera ketawa melihat aku.
"Hm, bila nak perginya?" Soal Kak Syera.
"Hm, petang ni, lepas kerja. Kak Syera tak ikut?" Soalku.
"Hm, mungkin tak. Nak kena settle kan restoran ni dulu. Tak apa, Sakinah, Alyn dan Dini bawa je diorang berdua tu. Nanti, hantarlah mereka ke sini semula. Tak payah hantar ke rumah." Balas Kak Syera.
"Okey, kak." Jawabku. Kami menyambung kerja kami.
********
(Eca POV)
"Aik? Dia tutup macam tu sahaja?" Soalku pelik.
"Hm, ha, kau dan kau, cerita cepat, apa yang berlaku sebenarnya?" Soal Umairah.
"Haa, perlu ke kitorang yang cerita? Kenapa dia tak cerita tadi?" Soalku mengeluh.
"Dia kerja. Kau lah kena cerita." Jawab Khairina.
"Ryoga kenal dia. Diorang berdua tu rapat gila!" Kata Hannah tiba-tiba.
"Haa?! Kenal dia?" Soal mereka. Tak, korang ni boleh tak berhenti cakap serentak.
"Maknanya, dia kenal korang jugalah, kan?" Soal Suraya. Kami berdua mengangguk.
"Tapi, macam mana? Ah! Kepala aku tidak dapat membayangkannya." Kata Khairina memegang kepalanya.
"Meh, sini kitorang cerita." Ujar Hannah. Hannah memulakan cerita dari hari pertama mereka di sana. Maklumlah, aku datang waktu hari kedua.
*******
"Drama gila! Diorang berdua ni tak ada kerja lain ke? Mendrama je kerja." Kata Tasneem. Aku dan Hannah hanya mengangguk. Mereka berdua memang berdrama.
"Lepas tu, sekarang ni, Ryoga terlantar kat hospital sebab tolak Sakinah yang cuba selamatkan dia?" Soal Husna.
Aku mengangguk, "Mengikut apa yang diceritakan oleh saksi kejadian, Dini Qistina." Kata Hannah.
Mereka semua menunduk.
"Hm, sudahlah, lepas habis majlis mengambil result SPM ni, baru kita call Sakinah balik. Dia tengah kerja tu." Kataku pula. Mereka semua mengangguk lalu kami masuk ke dewan menunggu majlis bermula.
*******
Kami keluar dari dewan setelah semuanya selesai. Kami sudah berjanji untuk berjumpa semula di kantin setelah jumpa ibubapa atau guru-guru, bergambar dan sebagainya.
"Hm, dah, semua dah ada, eh?" Soalku. Mereka mengangguk.
"Okey, jom kita call dia." Ujarku. Baru sahaja aku hendak mendail nombor Sakinah, telefonku berdering. Aku terkejut melihat nama yang terpampar di skrin telefonku.
"YUKI?" Soal mereka serentak.
"Eh, stop choral speaking boleh? Sekejap, sekejap. Yang ni urgent. Hehehe." Aku menyengih lalu menjauhi mereka.
"Konnichiwa!" Ucap Yuki gembira setelah aku menjawab panggilan itu.
"Konnichiwa. Where did you get my phone number?" Soalku.
"Sakina-chan." Jawab Yuki sepatah. Hm, aku dah agak.
"Hm, okay, so, why?" Soalku.
"Erm, when you want to get back here? I want to ride the roller coaster with you." Katanya. Hek eleh, hari itu, dia yang melengahkan. Haa, lengah-lengahkan lagi. Aku dah sampai di Malaysia, baru nak cari.
"Hm, I don't know. Maybe it takes a long time to I can get back there. I'm sorry." Balasku.
"It's okay. Text me frequently. Bye, I have to work." Balasnya.
"Okay, bye. Don't ride the roller coaster without me." Balasku pula.
"Okay, I'll wait for you." Jawabnya. Aku mematikan talian. Aku kembali mendekati kawan-kawanku.
"Hm, sukalah tu." Kata Hannah.
"A-Apa? Dia tanya bila kita nak balik sana lagi je." Jawabku.
"Hm, cepatnya rindu." Kata Hannah lagi.
"Bukan rindu, tanya. Rindu dan tanya lain. Sudah, aku nak call Sakinah ni. Ready semua." Ujarku. Mereka mengangguk.
Aku mendail nombor Sakinah. Tak sempat aku mahu menekan untuk memulakan panggilan, seseorang menelefon aku.
"Takuya?" Soalku pelik.
"Tak, dia ni kenapa sesat ke sini?" Soalku kepada Hannah.
"Manalah aku tahu, cuba kau jawab." Balas Hannah. Aku menjawab panggilan itu lalu memberi semua dengar. Yang ini, tak adalah privasi pun.
"Konnichiwa, Eca-chan." Ucap Takuya.
"Takuya-kun, konnichiwa. Doushita?" Soalku.
"Hm, is Hana-chan with you?" Soal Takuya.
"Ha, ya, why? Soalku lagi.
"Hm, nothing. I just want to make sure that she is okay. Is she fine?" Soal Takuya.
"Yaa, she's really fine. But, where did you get my number?" Soalku lagi.
"Yuki." Jawabnya. Hm, sampai kesudah. Nanti ada lagi yang telefon aku lah ni.
"Hm, can I get her phone number?" Pinta Takuya.
"Go get it from Sakinah. I'm busy right now." Balasku.
"Okay. But, when you two want to get back here?" Soal Takuya.
"I don't know. Go ask Sakinah. We will get back to Japan if she, Dini or Alyn call us to go back there." Jawabku.
"Okay, bye. See you later." Kata Takuya. Dia mematikan talian.
"Okey, aku tekan ni. Satu, dua, tiga." Aku menelefon Sakinah. Kami mendengar dan menunggu bersama-sama.
Dengan tiga deringan, panggilan itu dijawab.
"Helo?" Ujar Sakinah.
"Helo, assalamualaikum, weh." Kata Khairina.
"Waalaikumussalam. Ha, nak apa?" Soal Sakinah.
"Haa, kitorang dah tahu ceritanya. Patutlah beria kau nak selamatkan dia. Rupanya, ada cerita di sebalik drama kau ni." Kata Umairah.
"Hm, tahu pun." Jawab Sakinah.
"So, kau okey tak ni? Kau tak apa-apa?" Soal Tasneem.
"Aku okey je. Aku dah sihat. Dia tu lah masih di hospital." Jawab Sakinah sayu.
"Hm, elok-elok lah kat sana tu." Kata Husna pula.
"Hm, okey." Balas Sakinah.
"Kau okey tak ni?" Soal Wardah pula.
"Aku...okey je. Cuma aku kasihan pada dia. Kalaulah dia tak nampak si Tengku Syed Adib lamar aku waktu itu, mungkin semua ni takkan jadi." Kata Sakinah.
"Sudah, jangan nak salahkan takdir. Ini semua takdir. Semuanya Allah dah tulis untuk kita. Allah tahu apa yang terbaik." Kata Khairina. Kami semua mengangguk.
"Okey, sorry." Kata Sakinah.
"Hm, ni kau habis kerja pukul berapa?" Soal Khairina.
"Pukul 4.00 petang." Jawab Sakinah. Pukul 4 petang di sana, pukul 3 petang di sini.
"Okey, dah, tak nak sedih-sedih, tak nak bermasam muka. Senyum! Macamlah kutorang tak tahu macam mana riak wajah kau sekarang." Kata Khairina lagi.
"Okey." Kata Sakinah sedikit ketawa.
"Hm, Sakinah, aku dengan Hannah nak keluar pergi beli baju Melayu ni. Ada apa-apa pesanan lagi?" Soal Eca.
"Oh! Ya ke? Nak pergi sekarang? Okey, aku nak kau beli baju Melayu tu sebiji warna dia dengan yukata aku." Balasnya tiba-tiba sahaja dengan nada yang agak laju.
"Yukata?" Aku pelik. Sejak bila pula dia ni ada yukata?
"Yup, yukata. Waktu kita beramai-ramai kat kafe, yang hari first Dini kat sini tu, kan aku keluar kejar dia. Nak tengok dia kemana. Lepas tu, aku tengok dia di kedai baju. Dia pegang satu beg. Aku tak tahu beg apa. Rupanya isi dalam beg tu adalah yukata purple. Dia bagi kat aku yukata tu dan dia suruh aku pakai yukata tu waktu hari jadi aku, 14 Mei yang jatuh pada hari raya kedua tahun ni." Balas Sakinah panjang.
"Oo~ okey, so, sekarang ni, kau nak aku beli baju Melayu dia, sebiji dengan warna purple yukata kau?" Soalku.
"Yes, yes, yes. Kau betul. Nanti aku bagi gambar yukata aku. Songkok dia, kau agak-agak je saiznya. Abang aku punya pun sama. Butang baju, send aku gambar. Biar aku yang pilih. Samping pun. Sudah, itu sahaja aku nak pesan." Ujarnya.
"Okey, apa-apa lagi, call aku atau Hannah." Balasku.
"Bye, Sakinah!" Kata Tasneem. Semua orang mula mengucapkan selamat tinggal pada Sakinah.
"Bye, korang. Sayang korang." Kata Sakinah. Dia mematikan panggilan.
"So, sekarang ni, kau dan Hannah nak kemana?" Soal Wardah.
"Kedai baju. Awal betul nak belikan baju raya untuk bakal suami dia tu. Haih." Jawabku.
*******
(Sakinah POV)
__Malam itu__
"Weh, boleh tak kalau kitorang nak balik dulu?" Soal Alyn.
"Ha, so, kau nak lepaskan budak-budak ini pada aku?" Soalku pula.
"Aku penat sangatlah hari ni. Boleh, eh?" Soal Alyn lagi.
"Hm, yalah." Balasku hanya meredhakan kepulangan Alyn ke rumah obaa-san.
"Eh, Alyn je. Aku tidak. Aku ikut kau." Kata Dini.
"Okey, cantiklah, Dini!" Balasku.
"Apa? Aku cantik? Terima kasih." Ujarnya memuji diri sendiri lalu ketawa.
"Perasan! Aku kata plan kau. Bukan kau. Dah, jom gerak." Ujarku. Kami keluar dari restoran itu. Alyn menghala balik ke rumah obaa-san manakala, aku dan Dini bersama Iesh dan Quieshah berjalan menuju ke hospital.
"Hm, kak, agak-agak, Abang Ryoga suka tak tengok kitorang datang melawat dia?" Soal Quieshah.
"Mestilah Abang Ryoga suka. Abang Ryoga kan suka main dengan Iesh dan Quieshah." Balasku. Aku tersenyum.
Setibanya kami di bilik Ryoga, kami masuk dan Iesh dan Quieshah terus melulu berlari ke arah katil Ryoga.
"Iesh, Quieshah, jangan berlari, nanti jatuh." Kataku lalu duduk di kerusi sisi katil Ryoga itu.
Aku teringat sewaktu di Ueno Park dulu.
'Hm, your mother said you wanted to watch a beautiful scenery. So, come on I bring you there.' Katanya sambil berlari meninggalkanku.
'Don't run. You will fell down.' Aku memberi amaran. Dia berhenti dan pusing.
'You are afraid I will fell down or afraid I will left you?' Soalnya sambil menunggu aku.
'Both.' Balasku setelah aku tiba di hadapannya. Dia senyum.
Bayangan terhenti apabila Dini mengejutkan aku.
"Weh, kau okey tak?" Soal Dini.
"A-Aku okey. Kenapa?" Soalku kembali.
"Nothing." Jawabnya.
"Abang Ryoga, bila abang nak bangun? Kesian Quieshah tengok Kak Sakinah. Kak Sakinah sunyi bila Abang Ryoga asyik tidur je." Kata Quieshah. Aku ketawa melihat dia berkata begitu. Suka hati sahaja si kenit seorang ini.
"Haih, Quieshah, Quieshah. Apalah yang Quieshah cakap pada Abang Ryoga itu? Merepeklah." Ujarku.
"Dah, kita tak boleh lama di sini. Jom, nanti ibu dan papa balik pula." Kataku.
"Ala, tapi, kita baru je sampai." Keluh Iesh sambil merenung ke arah Ryoga yang terbaring.
"Dini, kau..hantar mereka balik restoran boleh? Aku nak teman dia sekejap." Ujarku.
"It's okay, take your time. Aku hantar diorang. Kau nak balik pukul berapa ni?" Soal Dini.
"Malam sikitlah aku balik. Hari ni, semua sibuk tak ada siapa nak jaga dia." Jawabku memandang dia. Dini mengangguk.
"Okey, kitorang pergi dulu." Kata Dini.
"Hm, bye, Kak Sakinah. Esok jumpa lagi." Kata Iesh. Aku mengangguk tersenyum. Mereka keluar dar bilik itu dan menutup pintu dengan rapi.
Aku duduk dengan betul, memandang dia.
"Haih, kesian awak. Hari ni tak ada siapa yang jaga awak. Semua orang sibuk. Tak apa, saya jaga awak eh? Awak rehatlah." Kataku.
"Disebabkan awak tak boleh buat apa-apa dan tak boleh nak kemana-mana, apa kata awak dengar cerita saya? Nak tak?" Ujarku senyum.
"Awak tahu tak, hari ni, hari ambil keputusan SPM. Alah, peperiksaan yang saya cerita pada awak tu. Lepas tu, tadi ramai kawan-kawan saya yang dah ambil result dan result diorang membanggakan. I'm wondering how my result is. Awak rasa keputusan saya macam mana?" Soalku memandang dia.
"Hm, saya ingat lagi waktu saya cerita awak pasal SPM ni, awak bagi saya semangat. Saya ingat lagi ayat awak, 'Relax and don't afraid of your result. I will always be with you.' Saya ingat lagi. Lepas tu, awak cakap lagi, nanti dapat result bagus, belajar dekat sini. Dekat dengan awak. Duduk dengan awak lagi. Awak hantar saya ke universiti lah. Haih, merepek-repek lah awak ni." Bebelku sendiri lalu ketawa.
"Sudahlah, saya ngantuk lah. Boleh tak saya nak tidur sini? Penatlah saya nak jalan kaki balik rumah. Kejap lagi lah saya balik. Saya teman awak dulu, eh?" Ujarku lagi. Aku membetulkan posisiku dan mula untuk tidur di kerusi itu. Biarlah aku teman dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience