BAB 1

Drama Series 9442

Tudung bawal hitam yang tersangkut dicapai Syaiha lalu di sarungkan pada kepalanya. Dia hanya menyelempang tudung itu ke kiri dan kanan. Tak sempat langsung nak di butang. Kira jadilah !

Syaiha melihat jam. Alamak, dah pukul 9.30 ! habis la dia kali ni. Mampus kena maki dengan Prof. Hadi gamaknya.

Ini semua sebab si minah senget dua orang tu, Hani dan Hana ! ada pula pergi ajak dia karok semalam?

Laju Syaiha mencapai beg sandangnya. Kasut nike yang terletak cantik di rak di sarung ke kaki. rasa macam casual sangat dia harini.

Ahhhhh peduli kan ! yang pasti dia tak kena bambu dengan Prof. Hadi sudah. Kadang- kadang mood pensyarahnya itu lain macam sikit, boleh buat seluruh UPSI itu dilanda tsunami.

Langkah Syaiha di percepatkan. Langsung dia tidak pandang kiri dan kanan. Tujuan utamanya sekarang hanya pada kelas yang sudah hampir separuh berjalan itu.

Kalau ikutkan hati mahu saja dia ponteng tetapi bila ingatkan bonda Hawa terus hilang niatnya itu. Lagipun dia sudah berjanji mahu belajar rajin- rajin, mana boleh buat bonda Hawa kecewa.

Digagah langkahnya mendekati kelas yang terletak di hujung bangunan aras 2 itu. Belum sempat Syaiha sampai ke kelas tiba- tiba tubuh kecilnya di rempuh kuat dari arah bertentangan.

Dia terus terjatuh dan fail- fail yang berada di tangan sama- sama mengikut langkahnya. Bala ! apa malang lah nasib si Syaiha Ariffin hari ni ? Serba tak kena semuanya !

Syaiha mendengus marah. Siapa pula yang langgar dia siang- siang buta ni ? dah terang lagi tak payah suluh kan ? tak kan tak nampak lagi.

“Buta ke ? siang-siang pun tak nampak orang ?" soal Syaiha dengan wajah bengang.

Dia mengutip fail-fail yang sudah bertaburan tadi dengan laju. Rasa nak maki saja lelaki yang melanggarnya itu. Boleh pula tercegat tak kata apa. Bukan nak minta maaf. Huh !

“Maaf, saya tak sengaja tadi." ujar lelaki itu perlahan.

“Lain kali mata tu buka, harapkan mata je besar tapi tak reti nak tengok elok-elok !" marah Syaiha tanpa mempeduli lelaki itu.Terus dia melangkah pergi.

Lelaki tadi sudah buat muka tercengang. Aik ? dia pula yang kena. Padahal gadis itu yang sedang berkhayal tak tengok jalan. Nasib baik dia sempat mengelak , kalau tidak dua-dua tersembam.

“Aku ke yang salah ?" soal lelaki itu pada dirinya sendiri. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan.

____________________________

Perlahan- lahan Syaiha menyusup masuk ke dalam kelas Prof. Hadi. Terjengkek- jengkek dia menghampiri meja yang terletak di belakang kelas.

Baru saja dia mahu melabuhkan punggung tiba- tiba pandangannya jatuh pada Hani dan Hana yang sedang berdiri sambil memegang sehelai kertas di hadapan kelas.

‘Apa pula kembar dua orang tu buat kat depan ?'

Syaiha tertanya- tanya. Dah kenapa pula mereka berdiri ? penuh sangat ke kelas ni sampai kerusi pun tak ada yang kosong. Syaiha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Hani yang perasaan dengan kehadiran Syaiha sudah membulatkan mata. Dari jauh Hani merawang- rawang tangan kepada sahabatnya itu.

Syaiha buat muka pelik, dia mengangkat kedua bahu tanda tidak faham dengan apa yang hendak di sampaikan Hani.

Hana yang berada di sebelah sudah mahu ketawa. Habis la Syaiha ! salah percaturan sahabatnya itu kali ini.

“Syaiha Ariffin !" laung Prof. Hadi kuat. Hampir satu kelas menoleh ke belakang.

Terkejut Syaiha apabila namanya dipanggil.Terus dia buat muka tak bersalah sambil tersengih panjang. Kepalanya ditundukkan beberapa kali kepada pelajar yang berada di situ.

Masak la kau Syaiha !

Hani menampar dahi manakala Hana pula sudah ketawa sambil menutup mulutnya. Masing- masing mengangkat thumb up kepada Syaiha.

“Kamu berdua, angkat kertas tu tinggi !" marah Prof. Hadi apabila Hani dan Hana menjatuhkan tangan mereka.

Laju dua beradik itu meluruskan kembali tangan yang di jatuh tadi. Mereka berdua sama- sama menelan air liur.

“Kamu ! datang depan !" arah Prof. Hadi kepada Syaiha.

Syaiha melangkah sambil menundukkan wajahnya. Lemah gemalai saja dia berjalan, macam gaya tuan puteri pula. Lembut mengalahkan sotong kurita !

“Cepat sikit jalan tu !" jerkah Prof. Hadi.

Kelam kabut Syaiha berjalan apabila suara Prof. Hadi bagai guruh berdentum. Mahu gugur jantung dia dibuatnya. Nasib lah dia tak ada lemah jantung, kalau tidak mungkin dah arwah kot ?

“Kenapa lambat ?" soal Prof. Hadi dengan muka menyinga.

Syaiha diam mahu memikir alasan apa yang harus diberi kali ni.

“Hurm... semalam saya teman kawan saya." ujar Syaiha perlahan.

“Apa kaitan kamu lambat dengan teman kawan kamu ?" tanya Prof.Hadi dengan muka serius.

Halamak ! soalan pensyarahnya seorang ni memang tak dapat nak cantas. Cis !

“Kaitan dia mesti la ada, Prof."

“Ha, apa kaitanya ?"

“Kaitan dia...."

Lama Syaiha berfikir dan kepalanya sekejap tertoleh ke kiri, sekejap ke kanan.

“Tak ada kaitan kan !" jerkah Prof. Hadi tiba-tiba.

Terkejut Syaiha sampai terangkat bahunya apabila Pro. Hadi menaikkan suaranya. Hani dan Hana yang berada di situ juga sudah kecut perut.

“Macam- macam alasan kamu bertiga ni tau. Tak habis buat masalah dalam kelas saya ! ingat saya tak tahu kamu bertiga pergi karok semalam ? itu yang tidur lambat lepastu bangun lambat !" Prof. Hadi membebel pula.

Syaiha, Hani dan Hana sudah memandang antara satu sama lain. Mereka bertiga buat muka tak percaya.

Pensyarah mereka itu ada pasang CCTV ke sampai mereka pergi karok pun boleh tahu ? Pelik bin ajaib !

“Tapi prof, pergi karok salah ke ?" soal Syaiha bodoh.

Hani dan Hana yang berdiri ditepi sudah menepuk dahi.

“Tak salah, tapi yang salahnya kamu lambat datang ke kelas saya !"

Sekali lagi kelas itu didatangi dengan suara kuat Prof.Hadi. Terdiam semua yang ada situ. Garang benor pensyarah mereka itu. Kekwat pun ya juga !

“Nah ! ambil kertas ni pergi berdiri sebelah kawan baik kamu tu." arah Prof. Hadi sambil menghulur sehelai kertas.

Syaiha mengambil kertas itu lalu dia membaca perkataan yang ada pada kertas yang baru di beri Prof. Hadi.

‘SAYA SYAIHA BINTI ARRIFIN, BERJANJI AKAN DATANG KE KELAS LEBIH AWAL. KALAU TIDAK PROF. HADI AKAN GAGALKAN SAYA. SEKIAN.'

Cis, tak guna !

Syaiha menjelir lidah kepada Prof. Hadi apabila lelaki itu sudah memalingkan badannya. Suka main ugut- ugut tau !

Laju Hani menarik Syaiha apabila Prof. Hadi tiba- tiba berpusing. Terus mereka tersengih seperti kerang busuk. Prof. Hadi yang tidak perasan apa yang baru dilakukan Syaiha kembali menyambung pengajarannya.

“Kenapa tak ponteng je ?" soal Hani berbisik.

“Habis tu yang korang berdua tu ?" soal Syaiha pula.

“Hana dah ajak tapi Hani buat- buat jadi budak cemerlang pula." kata Hana sambil mencebik.

Tajam anak mata Hani menikam adik kembarnya itu.

“Ni korang punya pasal la !" marah Syaiha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience