BAB 17

Romance Completed 3910

''Aaaaaaaa,.'' Nurul pekup kedua belah matanya. Tak sanggup nak melihat tubuh Amirul yang separuh bogel, dengan kain basahan yang singkat dan jarang. Amirul ketawa galak. Nurul cuba melarikan diri ke bilik air bersama baju dan kain batik. Kain tuala diletaknya di atas kepala dan berlari laju mengelak dari bertembung dengan Amirul yang sudah mengekek kesukaan. Amirul memang nakal, dihadang Nurul di muka pintu bilik,walau sekuat mana Nurul menolak Amirul tetap tak bergerak.

''Aku puasalah ngok,batal puasa aku hang siap la,.konon pening,tak larat, tapi,.hiesyy,.'' Nurul membentak marah. Amirul mengangkat kedua belah tangan. Bila Nurul sebut dia sedang puasa, Amirul baru teringat Nurul meminta izin darinya untuk berpuasa sunat bulan saaban. Bulan depan dah mula puasa Ramadhan.

''Yalah,.cepat sikit mandi,nanti kita jemaah,lepas tu kau tolong aku cari mangga muda,aku tak kira,apa nak jadi pun, aku nak jugak mangga muda tu,.'' mendengar saja arahan Amirul,bibir Nurul spontan melebarkan senyuman.Dah buang tabiat agaknya Amirul ni? Dari tadi asyik minta mangga muda ja.

''Sengeh,sengeh, aku tak buat lawaklah! Aku betul-betul lapar ni, kau ingat aku main-main ke?'' Amirul tersentap lagi,wajahnya berbahang,dia sendiri keliru dengan seleranya. Sejak balik ke rumah tadi setiap kali dia lapar,digeledahnya dapur tapi semua makanan yang dia jumpa ,tak membuka seleranya. Dia hanya nampak mangga muda yang segar. Semuanya menganggu mindanya.

''Hang mengandung sulung ya abang Mirul??'' sebelum keluar dari bilik sempat lagi Nurul berseloroh, suaranya sengaja dilunakkan,meleret saja bunyinya sambil tergelak panjang. Amirul ketap bibir. Nasib baik kau puasa Nurul. Kalau tak,tahulah kau, satu rumah ni aku kejar!

Usai solat zohor berjemaah Nurul turun ke bawah dan menuju ke dapur. Bila difikirkan balik kesian juga dengan Amirul yang kelaparan,agaknya ada apa di dapur? Pagi tadi dia dan ibunya bangun sahur bersama dan mereka sudah masak untuk adik-adiknya yang tak berpuasa. Hurm,.Amirul ni ribut tak,angin tak,tiba-tiba saja jatuh sakit pulak tapi yang hairannya tu,dalam sakit tu sempat lagi nak kenakan aku. Dah la buat perangai pelik,nak makan mangga muda?? Sambil mengeledah dapur Nurul berdialog di dalam hati. Amirul memang bersikap pelik dari kebiasaannya.

''Nurul!,.kau dah pergi cari ke belum?'' Amirul masuk ke dapur sambil mengosok perut, Nurul memandang sekilas sebelum menyambung kembali kerjanya. Nurul buka almari dapur dan mengeluarkan bawang merah dan cili kering. Nurul menuju pula ke arah peti ais dan membukanya.

''Please Nurul! Aku tak main-main,.sumpah! Aku betul-betul lapar mangga muda ni,sebiji pun jadilah!'' Amirul menghampiri Nurul.

''Please! Please!!,.'' Amirul memusingkan tubuh Nurul untuk mengadap ke arahnya pula sambil merenung Nurul dengan mata yang sedikit kuyu memohon simpati. Gulp!,.Nurul tertelan liur sendiri. Batal puasa kau Nurul!

''Aku nak masak dulu,hang nak makan apa? Aku masak nasi goreng naa,ni ja yang ada,petang satgi aku nak pi ambik Nadia aku nak singgah pasar malam,aku beli la lauk untuk makan malam ni,.'' Nurul menolak tangan Amirul secara lembut dan memulakan kembali kerjanya yang terganggu sebentar tadi.

''Aku tak mau nasi goreng! Aku nak mangga muda! Mangga muda!! Berapa kali aku nak ulang,pergilah cari kejap,kalau aku kuat,aku keluar cari sendiri. Aku letih sangat ni,aku pening,loya,.kau faham tak ni??'' Amirul mula nak membentak. Minta cara elok Nurul tak faham.

''Ya la! Aku keluaq pi caghi!'' Nurul berdecit geram sambil kakinya melangkah menuju pintu dapur. Kalau tak salah di belakang rumah mereka ada buah mempelam telur yang masih berbuah lebat. Kalau ada, rezeki kaulah Amirul,sebab selepas Pak Muin meninggal ibu Nurul menjual semua hasil kebun mereka termasuk buah mempelam dan sebagainya.

Nurul mengelilingi rumahnya sambil melangutkan kepala ke atas,memerhati kalau-kalau ada mangga muda yang masih sesat. Pokok mangga memang sedang berbuah sekarang ni,ada yang sudah tua dan menguning tapi semua pokok terlalu tinggi untuk Nurul mengaitnya. Nurul mencari lagi,mana tahu nasibnya baik dan menjumpai pokok mangga yang ada buah di hujung julainya yang rendah dan boleh dicapai dengan tangan.

''Hah! ada pun,.eh,ni bukan mempelam buah yang manih tu ka? Lantaklah,orghang tua tu cuma cakap nak mempelam putik,bukan dia cakap nak mempelam masam pun,'' Nurul berdialog seorang diri. Mangga muda yang lemak-lemak manis rasanya,memang sedap dimakan ketika masih muda. Tapi mangga ni bila masak,buahnya akan buruk. Inilah dia,setiap sesuatu yang istimewa tu mesti ada keburukannya. Kalau masak buah mangga ni semakin manis tapi isinya hanya boleh dimakan separuh,adakalanya langsung tak boleh dimakan,makan saja buahnya yang masih muda.Isinya pula berwarna putih walau sudah masak.

Tiga biji buah mangga dipetik masuk ke dalam rumah. Buah mangga yang baru nak membesar. Dia berharap sangat Amirul takkan mengamuk lagi dan berpuas hati dengan mangga ini. Nurul sudah letih hari ini. Bukan Amirul saja yang sedang lapar,dia pun berpuasa,lepas ni nak kena pergi mengambil Nadia pula di sekolah,kemudian dia harus singgah di pasar malam. Ibu Nurul yang bekerja di kilang di kampung sebelah biar saja Habil atau Nabil yang mengambilnya. Nazrul dan Nazri pula pergi sekolah dengan basikal,tak payah susah-susah nak mengambil mereka.

Nurul memasukkan buah mangga di dalam besen kecil dan dibasuh,sedikit garam dimasukkan ke dalam piring kecil. Nurul masih berkira-kira untuk memasukkan belacan kerana Amirul tidak suka makan makanan yang berbau busuk. Dibawanya buah mangga dan garam lalu menuju ke ruang depan untuk mencari Amirul.Bila melihatAmirul yang tersadai di depan tv Nurul terus melajukan langkah ke arah tv. Nurul meletakkan buah mangga di sebelah Amirul sedangkan matanya difokuskan kepada tv yang sedang menyiarkan drama sinetron. Nurul pandang wajah Amirul dengan perasaan pelik.

''Mana pisau?'' soalan pertama yang keluar dari Amirul membuatkan Nurul membeliakkan matanya. Nurul bangun dan menuju ke dapur semula. Nurul mengambil pisau dan membawa pula ke ruang depan. Bibirnya membisu tapi hati di dalam sudah memarakkan kemarahan yang paling berbahang. Kau tak ikhlas ya Nurul,layan suami sendiri?

''Nah!'' Nurul hulurkan pisau sambil berdiri.

''Tolong buang kulit,lepas tu potongkan sekali,kecil-kecil,.'' sekali lagi Nurul berdecit geram. Mengada-ngada!

''Buatlah sendhighi!'' Nurul membentak dan ingin berlalu,dengan pantas Amirul menyambar tangannya.

''Please! Aku sayang kau,takkan kau tak sayang kat aku? Kalau tak sayang pun,kesianlah kat aku ni,akukan suami kau.Kalau kau tak tolong aku,kau nak tolong siapa lagi?'' Amirul bersuara perlahan untuk mengambil hati Nurul yang masih belum berjaya dilembutkannya. Baru sebulan kot Amirul dengan Nurul ni kahwin.

''Sayanglah sangat! Macam la aku nak percaya!'' dalam keras Nurul dia tetap duduk dan menolong Amirul mengupas buah mangga untuk Amirul dan memotongnya kecil-kecil seperti yang diminta. Amirul tersenyum dalam diam,menyaksikan Nurul yang menunaikan permintaannya.

Amirul mula mencicah buah mangga dengan garam,tapi riak wajahnya berubah selepas mengigit untuk kali pertama. Kenapa manis pulak? Bukan mangga muda selalunya masam ka? Amirul terus mengunyah dan menelannya. Perasaan pelik tu semakin bertamu dalam benaknya.

''Nurul!!!. Kenapa buah ni manis? Aku nak mangga muda yang masam la. Takkan tak ada kot?'' Amirul melaung kuat,tapi dalam masa yang sama buah mangga tetap dikunyah dan ditelan.

''Tinggi sangatlah! Aku tak sampai nak ambik. Lagi pun yang muda ibu dah jual kat kak Mah kedai makan depan simpangtu. Kak Mah nak buat rojak buah,.'' dalam marah Nurul menjawab juga pertanyaan Amirul dari dalam bilik. Mereka saling melaung dengan suara yang kuat.

''Nanti kau tolong belikan aku rojak buah tu ya?'' Amirul melaung lagi. Nurul keluar dari bilik dan kembali kepada Amirul yang sedang rancak mencicah buah mangga muda dengan garam. Dia duduk di depan Amirul dan memandang wajah Amirul dengan hairan. Entah kenapa dia menghulur kedua belah tangannya kepada Amirul.

''Aku minta maaf,kalau aku buat salah dengan hang. Kalau hang mati nanti hang maafkan semua kesalahan aku naa?'' sambil mencium tangan Amirul Nurul mengungkapkan kata,laju pula tangan Amirul meluku kepala Nurul.

'' Kalau kau tak suka aku sekali pun,takkan sampai nak doakan aku mati cepat pulak kot. Nah! masukkan belacan sikit,kalau ada cili padi,potong sikit masukkan dalam ni,.'' sambil memarahi Nurul, Amirul menghulur piring berisi garam kepada Nurul. Berkerut dahi Nurul mendengar permintaan Amirul yang terbaru.

''Belacan?? Ni,.aku rasa,aku kena telepon ummi,dan suruh ummi bagitau kat walid,kak zahra dan abang Shid suqhuh depa mai sini,kot-kot tak dan pulak depa nak jumpa anak bongsu manja depa ni,.'' Nurul berkata sambil menyambut piring yang dihulurkan Amirul. Amirul sudah mengetap bibir geram. Dia faham dengan maksud Nurul tu,yang dia tak faham dengan seleranya sendiri yang berubah 99.9%.

''Haa,.bagus sangatlah tu,telefon jangan tak telefon. Bagitau mereka aku tengah nazak sangat. Nanti mereka boleh datang ambil aku. Bila aku dah balik KL nanti kau jangan nak rindu-rinduan kat aku pulak nanti!'' Amirul berkata geram. Dalam hati sudah terdetik satu perasaan antara marah dan keliru. Akan rindukah Nurul pada dia nanti dan adakah dia juga akan merindui Nurul.

''Berikan sepuluh sebab pasai pa aku kena rindu kat hang?'' Nurul tak jadi melangkah ke dapur bila mendengar kata-kata Amirul. Dia tahu kata-kata dia tu memang keterlaluan untuk diungkapkan oleh seorang isteri tapi orang macam Amirul ni reti ka nak terasa hati?

''Eh,.sepatutnya kau la yang kena jawab sendiri soalan kau tu,kenapa pula aku yang kena beri sebab pulak?'' Nurul duduk kembali di depan Amirul. Macam nak berperang saja lagaknya.

''Aku minta sepuluh sebab,bukan aku soal hang la ngok!''

''Ngok tu apa? Boleh tak kau cakap bahasa yang aku mudah faham? Dulu kau suruh aku beli tongyu,lepas tu beli camca,tapi bila aku beli semuanya tak betul!'' Nurul dah menghamburkan ketawanya. Bila diingat balik kejadian tu memang lawak sangat. Nurul suruh Amirul pergi kedai beli toyu(kicap) tapi Amirul minta tongyu,akhirnya yang Amirul bawa balik tong isi air dengan seekor ikan yu.Bila Nurul suruh beli camca(sudu) di pasar malam Amirul bawa balik ialah masak dalca ayam.

''Ngok tu hang la,ngok ngek!'' Nurul tergelak lagi dan terus bangun bila melihat Amirul sudah mencerunkan wajahnya.

''Sedap ja mengata aku 'ugly Betty' ni!''

''Hodoh-hodoh aku bini hang jugak!''

'' Sejak bila kau ubah nama jadi Betty?'' Nurul masuk perangkap,dia terdiam dan berjalan menuju ke dapur. Amirul dah tergelak di depan tv.

''Hahaha,.ugly Betty,jangan lupa ya,masukkan belacan dengan cili padi,campur cuka sikit,buah ni tak masam langsung,tak best. Nanti kalau kau keluar,jangan lupa beli rojak buah dan jeruk sama.Aku teringin ni. Aku mati kempunan nanti,kau jugak yang nak menyesal.'' dalam ketawa yang masih bersisa Amirul melaung Nurul yang sudah melangkah menuju ke dapur. Oh Amirul! mengalahkan orang mengidamlah kau ni, kalau macam ni punya gaya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience