Full

Short Story Completed 2256

Aku hanya inginkan sebuah kejujuran. Sebagai remaja berusia 17 tahun, rasa ingin tahuku membuak-buak. Aku ingin tahu apa yang disembunyikan oleh mama dan papa. Aku ingin diriku diakui sebagai anak. Selama ini, papa tidak pernah mengakui aku ialah anaknya. Dia juga selalu berkasar denganku dan mama. Dalam sebulan, papa hanya datang menjenguk dan meluangkan masa kami 10 kali sahaja.
  Aku ingin persoalan di benakku dipecahkan. Selepas pulang sekolah pada petang itu, aku terus memandu kereta Toyota Camry pemberian papa semasa ulang tahunku yang ke-17 lima bulan lalu ke pejabat papa. Aku sudah hampir menduduki peperiksaan SPM. Aku tidak dapat fokus kerana fikiranku terganggu. Jadi, aku ingin semua persoalan di benakku terjawab. Aku harus mencari jawapannya.
  Aku memberhentikan keretaku di hadapan pejabat papa. Aku melihat papa keluar dari pejabat. Dia masuk ke dalam kereta. Aku mengekori kereta papa tapi pada jarak aman agar papa tidak menyedari kehadiranku. Papa pergi ke sebuah restoran. Papa menemui seorang wanita. Mereka kelihatannya berbincang sesuatu. Aku panas hati apabila melihat papa memegang tangan wanita itu. Aku meluru ke arah mereka. Mereka bangun.
"Kau ni memang perempuan tak tahu diri!! Apa hubungan kau dengan papa aku?!" Aku menolak wanita itu.
"Dato' Iskandar is my client. Kami tak ada apa-apa hubungan special." Wanita itu menjelaskan.
"Qila! What are you doing here?! Jangan buat malu kat sini!" Papa menengkingku.
"Pa! Papa sepatutnya malu. Papa dah ada anak isteri tapi masih nak jalin hubungan dengan wanita lain." Aku marah.
"Sekarang kita balik!" Papa menarik lenganku.
"Perampas!!" Aku merentap tanganku lalu menarik rambut perempuan itu.
"Qila, stop it! Jom balik!" Papa melepaskan tanganku dari rambut perempuan itu.
"Hei budak! Kau tu masih kecik. Tak belajar adab ke?!" Wanita itu menunjuk-nunjuk jari telunjuknya ke mukaku.
"Kau kata aku kecik? Kau tu masih kecik. Kalau kau tak kecik, kau takkan jalin hubungan dengan suami orang!" Aku menolak wanita itu sehingga terjatuh.
  Dia kata aku kecik? Tengok siapa kecik sekarang? Ingat aku nak biarkan dia rampas papa dari mama? Berhadapan dengan aku dulu!
  Papa menolakku masuk ke dalam keretaku. Aku pulang. Papa juga beredar. Aku tetap mengekori kereta papa. Aku melihat papa berhenti di sebuah butik. Aku mengikutinya. Aku melihat papa sedang berbelanja bersama seorang gadis muda yang aku rasa tua sedikit daripadaku. Aku hanya memerhati. Aku ingin tahu sejauh mana hubungan papa dengan perempuan tu. Aku berusaha menyabarkan diri. Aku tidak boleh gegabah. Papa membeli banyak barang untuk wanita itu. Aku mendekati wanita itu.
"Apa hubungan cik dengan Dato' Iskandar?" Aku bertanya lembut.
  Kekerasan tidak boleh digunakan kali ini.
"Saya tidak ada apa-apa hubungan dengan dia." Perempuan itu menahan sebuah teksi.
"Cik malu? Malu sebab berhubungan dengan lelaki tua?" Aku menyindirnya dan dia berlalu pergi.
  Kemudian aku beredar ke keretaku. Kereta papa sudah tiada di sana. Aku kehilangan jejak papa. Ya Allah, tunjukkanlah kebenarannya kepada hamba-Mu ini. Aku berfikir seketika. Aku pulang ke rumah. Esok hari Sabtu. Aku akan meneruskan pencarian kebenarannya esok. Papa berada di rumah semasa aku sampai.
"Papa, Qila nak tahu siapa perempuan bersama papa kat butik tadi." Aku terus bertanya kepada papa selepas mengunci pintu kereta.
"Qila, tak payah nak menyibuk hal orang tua!" Papa membentakku.
"Pa, I need explanation. Papa dah banyak berubah." Aku menangis.
"Qila, pergi masuk bilik. Belajar. Kamu tu tak lama lagi exam." Mama menyuruhku masuk ke rumah.
  Mamaku, Puan Kartini ialah seorang yang penyabar dan baik. Dia mempunyai sebuah restoran. Mama sangat menyayangiku. Namun, aku berasa aneh kerana hatiku keras mengatakan bahawa ada sesuatu yang mama sembunyikan. Apa? Itu yang harus aku cari tahu.
  Keesokan paginya, aku mengekori papa lagi. Kali ini aku minta bantuan teman lelakiku, Luqman. Aku tidak mahu papa tahu aku mengekorinya. Papa kan kenal kereta aku. Jadi, akan jadi masalah kalau papa tahu. Luqman seniorku di sekolah. Aku form five, dia upper six. Kami dah lama menjalin hubungan bersama, dah hampir tiga tahun. Luqman tempatku mengadu selama ini. Dia sangat pandai menghiburku. Luqman sangat mencintai dan menyayangiku. Apabila aku sakit, dia sangat cemas sehingga sanggup duduk di luar kamarku sampai tertidur. Papa dan mama sudah tahu hubungan kami. Mama selalu pulang lewat dari restoran manakala papa jarang pulang. Jadi, Luqman tempatku berteduh kasih. Begitu juga, Mak Sal, pembantu rumah kami.
"Sayang, betul ke kita nak ikut papa ni?" Luqman bertanya.
"Ya. I want to know the truth. Luq, saya pasti ada yang papa dan mama sembunyikan.
  Luqman beberapa kali bertanya sebab Aqila mahu mengetahui kebenaran semua itu beberapa kali dan jawapan Aqila tetap sama. Dia menyayangi ayahnya.
  Kereta papa berhenti di sebuah rumah. Papa memberikan sebuah plastik kecil kepada seorang wanita tua. Kemudian, papa beredar. Aku dan Luqman turun dari kereta lalu mendekati wanita tua itu.
"Nenek, tumpang tanya. Siapa lelaki tu tadi?" Luqman bertanya.
"Dia anak nenek. Kamu berdua ni siapa?" Nenek itu bertanya.
"Nek, ini Aqila. Cucu nenek." Aku memperkenalkan diri.
"Cucu? Aku tak ada cucu nama Aqila. Cucu aku nama dia Dinda." Nenek itu menggelengkan kepalanya.
"Nek, saya anak Dato' Iskandar anak nenek. Mama saya Kartini." Aku juga baru tahu dia nenekku.
"Isteri Iskandar, Maya dan anak dia Dinda. Pergi balik. Aku tak tahu siapa kau!" Nenek mengusirku.
"Nek, Qila cucu nenek." Aku terduduk lalu menangis.
"Sayang, dah. Jom pergi." Luqman membantuku untuk bangun.
"Luq, why? Why this happens to me?" Aku menangis lagi.
"Shhh. Dah, jangan nangis. Sayang, calm down. Pasti ada sesuatu di sebalik semua ini." Luqman mengusap kepalaku.
  Selepas aku tenang, kami meneruskan perjalanan. Aku sudah memasang GPS handphone papa. Aku melihat kereta papa yang berada di garaj sebuah rumah yang lebih kurang besar rumah kami. Papa duduk di gazebo bersama seorang perempuan seusiaku.
Mereka sangat mesra.
"Hei! Kau siapa?!" Aku menarik tangan perempuan itu.
"Qila buat apa kat sini?!" Papa berdiri di hadapan perempuan itu.
"Sepatutnya Qila yang tanya papa buat apa kat sini!" Aku marah sekali.
"Hei, apa bising-bising ni?! Kau siapa?" Seorang wanita agak berumur keluar dari dalam rumah.
"Jadi papa ada isteri lain selain mama? Sampai hati papa kan?" Aku menangis.
"Abang, siapa budak ni?! Apa maksud dia?" Maya bertanya sambil menolakku.
"Iskandar! Maya!" Mama datang lalu menolak wanita itu.
  Luqman melindungiku daripada Maya. Maya bertindak memukulku dengan sebatang kayu tetapi Luqman dengan pantas memelukku. Jadi, dia yang kena pukulan wanita itu. Aku yakin itu Maya. Mama menolak Maya.
"Hei Maya! Jangan cuba sakiti anak aku!" Mama membelaku.
"Mama, cukup. Papa, jelaskan supaya tak ada salah faham lagi." Luqman berteriak sehingga kami semua terdiam.
"Okey, biar saya jelaskan!" Papa mengalah.
"Tini, awak dah janji nak ceritakan semuanya kepada Qila. Maya, ini Kartini, isteri kedua saya. Aqila anak kami. Qila, ini anak pertama papa, Dinda." Papa menjelaskan semuanya.
"Kenapa papa abaikan mama?" Aku menangis.
"Sebab mama kamu curang!" Papa menuding telunjuknya tepat ke wajah mama.
"Is, hal tu dah lama berlalu!" Mama marah.
"Papa, Qila sayangkan papa. Selama ni dia cuma nak papa mengakui dia sebagai anak! Papa mesti buat keputusan terbaik." Luqman bersuara.
  Luqman yakin hati Aqila sangat sakit dan terluka setelah mengetahui bahawa dia hanya anak dari isteri kedua ayahnya.
"Saya ceraikan awak dengan talak satu, Tini!" Papa memutuskan.
"Papa. Jangan buat kami macam ni. Qila sayang papa." Aku memeluk kaki papa.
"Maya, dengar sini. Isteri Iskandar tak hanya kau dan aku. Dia ada empat orang isteri!" Mama memberitahu Maya.
  Itu bermakna mama dah tahu semuanya tetapi mama tidak mahu aku tahu. Mama tidak mahu aku terluka dan bersedih kerana mengetahui diriku hanya anak isteri kedua papa. Yang pasti, semua ini tidak mengubah kasih sayangku kepada papa.
"Abang, saya minta cerai." Maya menarik tangan Dinda lalu mereka masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu rumah.
  Aku, mama dan Luqman pulang. Aku tidak mahu pulang. Aku nak papa, aku nak papa! Mama menarikku keluar dari rumah itu lalu menolakku masuk ke dalam kereta Luqman.
  Sampainya hati seorang ayah menyakiti hati anaknya sendiri. Walaupun Kartini isteri kedua, Iskandar tidak patut memperlakukan Kartini seperti itu. Dia harus bersikap adil dalam poligami. Dalam 365 hari, Iskandar bersama Kartini dan Aqila hanya selama 120 hari. Sampai hati seorang ayah berbuat begitu terhadap anak yang sangat menyayanginya. Dia telah mensia-siakan keluarga yang benar-benar menghargai dan menyayanginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience