Bab 16

Romance Completed 207956

"Tuan Caden nak ke mana?" soal Intan apabila melihat Caden turut keluar dari lift bersamanya.

Caden hanya diam dan tidak menoleh pada Intan. Terus sahaja berjalan hingga hilang dari pandangan. Dia ni dah kenapa? Tiba-tiba angin monsun datang. Ikut awak la Caden.. Malas nak layan.

Intan kemudian mengatur langkah ke bilik rehat dan terus menuju ke lokarnya. Beg galas diambil dan juga helmet. Sebaik sahaja kaki mahu melangkah, Amira datang menegur.

"Eh, kau pergi mana tadi. Tiba-tiba je hilang lepas siap kat tingkat dua belas" tanya Amira pada Intan.

"Kenapa, En Rahim cari ke?" tanya Intan risau.

Manalah tau En Rahim mencarinya, jenuh pula nak menjawab nanti.

"Tak de la saja tanya. Dah nak balik ke?" soal Amira pada Intan yang dilihat sudah siap bersama helmet di tangan.

"Haah. Nak balik, ingat nak singgah kedai jap. Barang dapur dah habis" jawab Intan.

"Ye lah, hati-hati. Sekarang ni macam-macam orang ada" kata Amira pada Intan.

Dia juga sedang bersiap untuk pulang. Esok last kerja, lepas tu cuti. Yeay...

Intan melangkah keluar dari bilik rehat dengan beg dan helmet ditangan. Laju langkah di atur ke lift. Butang lift ditekan ke bawah.

'Ting'

Sebaik pintu lift terbuka, terjengul wajah Caden di dalam. Aik, tadi bukan dia dah turun dengan aku ke, ni mai mana pulak. Intan pelik.

Langkah diatur ke dalam perut lift.

"Selamat petang Tuan Caden" tegur Intan sambil pamer senyum.

"Hm.." balas Caden.

Pintu lift tertutup. Senyap sunyi tiada bunyi di dalam lift tu. Hm.. Bukan biasa dia guna personal lift dia ke.. Kenapa guna lift yang ni. Macam pelik je..

'Ting'

Destinasi sampai dan pintu lift terbuka. Pantas Intan membuka langkah. Sesak nafas kalau lama-lama dalam tu. Caden masih lagi diam sambil memerhati Intan berjalan ke arah motorsikalnya.

Intan toleh ke belakang, Caden masih tengok dia lagi la. Dah kenapa mamat ni hari ni. Tergaru kepala Intan dibuatnya dengan perangai pelik Caden hari ini. Intan terus menuju ke motorsikalnya.

Motorsikal ditunggung keluar dari kawasan hotel menuju ke rumah tetapi sebelum itu Intan singgah di sebuah pasaraya untuk membeli barang-barang dapur.

Walaupun jarang memasak tetapi barang dapur perlu juga ada untuk masa terdesak.

Sedang Intan memilih barang untuk dibeli, terdengar suara perempuan menjerit di kaunter hadapan. Pantas Intan berlari ke hadapan kedai.

Pada masa yang sama ada beberapa orang pekerja lain dari dalam kedai turut sama berlari ke arah kaunter untuk bertanyakan apa yang berlaku.

"Perompak! Tolong! Tolong!" jerit seorang gadis sambil menunding tangan ke luar kedai.

Pada waktu itu Intan nampak ada dua orang lelaki berada di luar kedai dalam keadaan kelam kabut menghidupkan enjin motorsikal untuk melarikan diri. Laju kaki Intan berlari, dengan helmet ditangan kuat dihayun pada pembonceng di belakang.

"Kelepuk"

Kena pada bahagian belakang. Terjatuh lelaki tersebut, manakala penunggang terus memulas trotel minyak dan melarikan diri sebaik enjin motorsikal berjaya dihidupkan.

Intan terus memegang tangan kiri lelaki yang terjatuh tadi lalu mengilas ke belakang badan dan menolak badannya hingga tertiarap. Kemudian Intan naik menekan lutut kanannya di belakang badan lelaki tersebut bagi mengelakkan lelaki itu melepaskan diri.

Dalam masa yang sama, beberapa orang pekerja tadi datang membantu memegang lelaki yang berjaya ditangkap itu.

Pihak polis telah dihubungi oleh pekerja perempuan di kaunter tadi dan lelaki berkenaan telah dibawa ke Balai Polis, turut dirampas wang tunai yang diambil dari mesin tunai di kaunter.

"Kak, terima kasih tolong tangkap perompak tu. Terer la akak, macam cerita Gerak Khas pulak." kata perempuan yang ada di kaunter tadi.

"Eh, mana ada. Dia jatuh sendiri tu. Saya tak buat apa-apa pun. Tapi lepas ni jangan lupa ke Balai Polis, nanti nak ambil rakaman percakapan. Tadi polis kereta peronda ada bagitau kan?" soal Intan bimbang perempuan ini terlupa.

"Haah, saya tunggu manager kejap. Tabik la saya kat akak. Sesuai kalau jadi polis" kata perempuan itu sambil tersenyum.

Intan membalas dengan senyuman sahaja. Bukan kalau lagi dah dik, akak ni memang polis pun...

"Okeylah, saya nak sambung beli barang semula" kata Intan.

Baru sahaja hendak memulakan langkah masuk ke dalam kedai itu semula. Terdengar seperti orang memanggilnya.

"Cik, Cik.. Nanti sekejap" panggil satu suara lelaki. Pantas Intan menoleh.

"Maaf, saya Harun manager kedai ni. Terima kasih banyak-banyak sebab dah bantu tadi." kata lelaki separuh umur itu. Murah dengan senyuman.

"Eh.. Tak ada apalah." segan Intan bila orang menghargai pertolongannya itu.

"Cik, boleh ambil je barang yang Cik nak, percuma untuk Cik sebagai tanda terima kasih" kata Harun sambil tersenyum.

Terkejut Intan dengan penghargaan itu.

"Jangan la macam tu, tak apa. Itu dah tugas dan tanggungjawabkan" kata Intan menolak.

Tidak mahu pertolongan yang diberi itu ada balasan. Cukup dengan ucapan terima kasih sahaja.

"Kalau Cik menolak maknanya Cik tak terima ucapan terima kasih dari kami" kata perempuan itu tadi.

Serba salah Intan dibuatnya.

"Iyelah. Kalau dah macam tu" Intan akur.

"Ravi, nanti Cik ni tak perlu bayar harga barang dia ye. Bagi tau yang lain." pesan Harun pada salah seorang pekerjanya.

Ravi hanya mengangguk.

"Terima kasihlah En Harun. Susah susah je. Segan saya" ucap Intan.

"Eh.. Saya yang kena ucap terima kasih atas pertolongan Cik. Masuklah, pilih barang. Saya nak ke Balai Polis, takut lambat pulak nanti" kata Harun.

"Ye lah. Terima kasih Cik" ucap Intan sekali lagi.

"Akak, terima kasih" kata perempuan itu tadi dan terua berlalu bersama Harun.

Kemudian Intan melangkah masuk ke dalam kedai untuk membeli barang atau mengambil barang la kot. Hm.. Rezeki kau lah Intan..

Bukan niat dihati pertolongan yang diberi mengharapkan balasan. Tapi orang cakap rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Bersyukur lah Intan. Mungkin dengan cara ini Allah beri kau rezeki.

Tanpa Intan sedari, dari jauh ada sepasang mata tajam memerhatikan apa yang berlaku dari permulaan kejadian hinggalah ke saat ini. Bergerak-gerak rahang pemilik mata tersebut.

"Carlos, let go"

Alamak! Banyak kali Intan dah kantoi ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience