"Hani,takkanlah Hani lupa ayah kandung Hani sendiri?"Air mataku laju mengalir di pipi ini. Alangkah pilunya perasaanku.Sebak di dalam hatiku ini terkenang kejadian 7 tahun yang lalu.Ya Allah,apakah dugaan ini?
Aku tidak bermaya lalu pengsan di birai katilku.Aku bermimpi tentang kejadian 7 tahun yang lalu.Ketika itu aku dan kakak kandungku menunggu bas. Ayah mengupah seseorang untuk membunuhku kerana ayah menganggap aku sama seperti arwah ibuku.Pembunuh itu menculik kami berdua.Ketika pembunuh itu ingin membunuhku kakak menepisku bagi melindungi diriku.Kakak meninggal di tempat kejadian. Dengan kemarahan yang maksimum,aku membunuh pembunuh itu di tempat kejadian.Aku ditahan kerana membunuh kedua-dua mangsa sedangkan aku hanya menegakkan keadilan.
Ayah langsung tidak menjaminku kerana dia memang tidak mahu menjagaku dan berdendam denganku atas kematian kakakku.Aku dijamin oleh keluarga angkatku.Mereka sayang aku seperti keluarga yang betul.Jari jemariku perlahan-lahan bergerak.
"Awak dah bangun ke?"Suara itu langsung tidak ku kenal."Siapa awak dan macam mana awak boleh ada dekat dalam bilik saya?"Aku sedikit terkejut apabila pelajar paling popular di universitiku duduk betul-betul di sebelahku. Kalaulah aku yang dapat milikinya tentu ramai orang cemburu...hihihi.Tapi ianya tak mungkin berlaku kerana dia dah ada buah hati.
"Saya kenal mama awak.Dia cuma minta bantuan saya untuk tengok-tengokkan awak sementara dia pergi ke pasar."Aikk mama ni, orang tengah pengsan dia pergi pasar pulak.
"Terima kasih tapi saya dah okey.Tak manis kalau berdua-duaan macam ni."Sebenarnya aku teruja sebab dia ada dekat sebelah aku je.
"Okeylah kalau macam tu,lagipun mama awak dah balik.Saya dah masukkan nombor telefon saya dalam telefon awak.Kalau awak nak minta batuan,telefon je saya.I'll be there for you."Wahh! rasa macam nak pengsan lagi sekali je..Happy lagi kalau dia tu 'boyfriend' aku.
"Mama,siapa lelaki tadi tu..dan kenapa mama tinggal Hani dengan dia dalam bilik Hani? Bertubi-tubi soalan daripada mulutku keluar.
"Oh,itu anak kawan mama.Kenapa?Dah jatuh cinta ke?" "Iya lah tu ma. Kan dia ni pantang nampak lelaki 'handsome'.." "Mana ada!!pandai-pandai je cakap orang pantang nampak lelaki 'handsome'.Merajuk la kalau macam ni." "Eleh..merajuk konon.Besok naik bas tau?"ugut Kiara,kakak angkat aku yang seorang ni." Ish.. main ugut-ugut pulak!" "Dah,dah,dah..jangan nak gaduh dekat sini pulak.Mama ketuk dengan senduk ni baru tahu."
Aku duduk makan seorang kerana Kiara sakit jadi kena ikhtiarla dekat universiti ni. "Hai! Jauh termenung cik adik?"Tegur Iqram. Jejaka pujaan ramai dan yang paling popular.
"Apa awak buat dekat sini?Nanti Tak pasal-pasal pulak jadi drama dekat sini kalau 'girlfriend' awak nampak."Aku memberi amaran kepada jejaka pujaan hatiku ini.
"Saya mana ada 'girlfriend' yang awak maksudkan tu.Kalau awak nak tahu dia tu kakak sayalah."Bulat mataku apabila tahu yang dia ni 'single'."Maknanya saya ada peluang lah?"Saja tanya pendapat.hihihi."Peluang?Peluang apa?"
"Tak ada apa-apalah."Hubungan aku dengan Iqram semakin lama,semakin rapat.Apakah mungkin adanya peluang untuk aku bergelar isteri kepadanya? atau mungkin dia menganggap aku tidak lebih daripada kawan.Itu masih aku tak pasti tapi yang pastinya aku dah jatuh cinta dengan dia.
Share this novel